Yayasan Islam Kelantan
Hab Pendidikan Islam
ﻛﻠﻨﺘﻦ ﺳﺠﻬﺘﺮا أوﻧﺘﻮق إﺳﻼم
Kelantan Sejahtera untuk Islam
Sebuah terbitan
YAYASAN ISLAM KELANTAN
www.yik.edu.my
YAYASAN ISLAM KELANTAN HAB PENDIDIKAN ISLAM
© Yayasan Islam Kelantan
Cetakan Pertama : Oktober 2017
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana
bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi,
dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi,
mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih
dahulu mendapat izin bertulis daripada Yayasan Islam Kelantan.
Diterbitkan oleh
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248, Nilam Puri,
15730 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7126315, 7128144 Faks : 09-7127806
2 Yayasan Islam Kelantan
ISI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan 03
Menteri Besar Negeri Kelantan 06
Kata Alu-aluan 09
11
Pengerusi Jawatankuasa 13
Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, 16
Negeri Kelantan 18
26
Kata Alu-aluan 28
30
Pengarah Yayasan Islam Kelantan
Sejarah Penubuhan
Peranan & Halatuju
Visi, Misi & Matlamat Pendidikan
Sekolah-sekolah YIK
Pemerkasaan Pentadbiran YIK
Pembaharuan Pengurusan & Pentadbiran
Anugerah Dan Pencapaian
Hab Pendidikan Islam 3
KATA ALU-ALUAN
Menteri Besar Negeri Kelantan,
Merangkap Pengerusi Lembaga
Yayasan Islam Kelantan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka
dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Al-A’raf :96)
4 Yayasan Islam Kelantan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, Yayasan Islam
Kelantan (YIK) dapat menerbitkan siri Buku Kelantan di Hati pada kali ini.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
penerbitan buku yang cukup bermakna ini.
Sesungguhnya Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan
sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu
yang mampu membangunkan diri dan menggerakkan aktiviti harian
selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT.
Dalam menjulang semangat masyarakat berilmu ini, Kerajaan Negeri
melalui YIK, terus melaksanakan tanggungjawab pendidikan berteraskan
Pengajian Islam dan bahasa Arab peringkat menengah sejak awal
mentadbir Negeri Kelantan lagi. Usaha ini adalah diharapkan dapat
mengekalkan Kelantan sebagai negeri yang bertamadun tinggi dalam
aspek pendidikan dan pentarbiahan.
Harapan saya agar siri buku yang mengandungi agenda dan aktiviti
fizikal serta spritual YIK ini akan dapat melonjak perkembangan institusi
pendidikan di Kelantan serta berupaya mengangkat martabat agama
dan bangsa.Dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan pada hari
ini kita melihat betapa saluran-saluran untuk mendapatkan ilmu
begitu terbentang luas. Melalui alat komunikasi moden dan alat-alat
perhubungan yang canggih, capaian maklumat menjadi terlalu mudah.
Justeru YIK juga perlu menggunakan medium-medium penyebaran
maklumat ini untuk terus bersaing dalam arus perdana bagi mendekati
setiap isu yang hangat diperkatakan.
Hab Pendidikan Islam 5
Sekian, Wassalam.
** ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG **
** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI
PERUBAHAN **
** KEBAJIKAN – KEBERKATAN - KEMAKMURAN **
Dengan hormatnya,
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB, S.J.M.K., D.J.M.K., ( Kelantan )
(DATO’ BENTARA KANAN)
Menteri Besar Kelantan
6 Yayasan Islam Kelantan
KATA ALU-ALUAN
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Insan,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi
Negeri Kelantan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah SWT yang merupakan Pentadbir bagi seluruh
kerajaan di langit dan di bumi, selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat
baginda serta seluruh penyambung risalah yang suci ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan
terima kasih kepada Yayasan Islam Kelantan yang telah berjaya
menerbitkan siri Kelantan Di Hati yang memaparkan usaha-usaha
dan pencapaian kerajaan negeri melalui agensi pendidikan agama
dan bahasa Arab. Sesungguhnya pendidikan ini adalah merupakan
penerus kepada dakwah dan risalah yang dibawa oleh junjungan
besar nabi Muhammad s.a.w. Tanggungjawab ini disambung oleh
warga pendidik yang mengasuh anak anak sehingga menjadi insan
berilmu dan bertaqwa.
Hab Pendidikan Islam 7
Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam
kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan telah bermula apabila
Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk menjadi khalifah di bumi dan
berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur’an banyak
ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya
firman Allah S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu:
Maksudnya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di
antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Mujadalah,58:11)
Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah
untuk memperoleh darjat atau ketinggian sebagai khalifah Allah di
bumi. Kurniaan Allah mengangkat akan darjat manusia adalah untuk
meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang
akan mentadbir alam.
Tujuan pendidikan al-Qur’an adalah membina pengetahuan atau
kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan Islam dan sikap
serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran terhadap
alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi
kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma’rifah kepada Allah
dan beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan
menjauhi segala laranganNya.
8 Yayasan Islam Kelantan
Dalam meyebarluaskan informasi pendidikan, buku ini merangkumi
agenda, aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh Yayasan
Islam Kelantan dari sudut pembangunan fizikal, pencapaian dalam
bidang pentadbiran, pengurusan sekolah, pengurusan akademik
dan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
Kita mengharapkan terbitan buku ini akan menjadi rujukan segera dan
capaian maklumat yang bermanfaat terutamanya dalam era kecanggihan
media yang ada pada hari ini. Akhirnya marilah kita sama sama berdoa
agar kita usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran dan diangkat darjat
kita di sisi Allah Yang Maha Esa.
Sekian, Wassalam.
“ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG”
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-KELANTAN MENERAJUI
PERUBAHAN”
“KEBERKATAN KEMAKMURAN DAN KEBAJIKAN”
YB DATO DR MOHAMED FADZLI BIN DATO HAJI HASSAN
Hab Pendidikan Islam 9
KATA ALU-ALUAN
Pengarah Yayasan Islam Kelantan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah siri Buku Kelantan Di Hati
telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Saya amat berterima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
menyumbang tenaga sehingga terhasilnya pendokumentasian ini.
Kelantan Di Hati bagi siri terbitan Yayasan Islam Kelantan adalah
sebahagian daripada agenda teras yang menjadi nadi kepada
kesinambungan pendidikan semenjak daripada dahulu lagi. Sejarah
perkembangan pendidikan Islam di negeri Kelantan telah mendahului
negeri-negeri lain dalam bentuk yang teratur dan tersusun.
Bermula dengan penubuhan “Madrasah Muhammadi Melayu (laki-laki)”
pada tahun 1932 di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan, kesedaran masyarakat tempatan bergerak seiring dengan
pemerintah telah sama-sama menubuhkan sekolah-sekolah yang dimiliki
sepenuhnya oleh masyarakat tempatan di seluruh negeri Kelantan.
Sekolah-sekolah ini akhirnya diletakkan di bawah satu pengurusan dan
penyelarasan bermula dari Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA)
sehinggalah penubuhan YIK pada tahun 1983.
10 Yayasan Islam Kelantan
Saya mengharapkan dengan penerbitan buku ini dapat memberi
gambaran yang lebih menyeluruh berhubung Yayasan Islam Kelantan
yang merangkumi Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Sekolah dan
Akademik serta pencapaian-pencapaian yang telah dilakar oleh institusi
ini serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Akhir kata, adalah diharapkan penerbitan siri 35 ini dapat memenuhi
kehendak masyarakat dan orang ramai yang memerlukan penerangan
serta maklumat untuk mendapat gambaran tentang peranan dan
pencapaian Yayasan Islam Kelantan dalam pendidikan agama di negeri
ini.
YM HJ TENGKU AB RAHMAN TUAN YUNUS
PENGARAH
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Hab Pendidikan Islam 11
11
Sejarah
Penubuhan
12 Yayasan Islam Kelantan
SEJARAH PENUBUHAN
YIK ditubuhkan melalui satu enakmen iaitu
Enakmen Kelantan Bil. 8/1982 yang dinamakan
Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 1 Mac 1983.
Hab Pendidikan Islam 13
13
Peranan
&
Halatuju
14 Yayasan Islam Kelantan
PERANAN DAN HALATUJU
Yayasan Islam Kelantan merupakan agensi
yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti
pendidikan Islam dan bahasa arab bagi rakyat
negeri Kelantan dan merupakan sebuah agensi
agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan
Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan
penduduk negeri ini.
Meningkatkan taraf pendidikan dan
pelajaran agama dalam negeri ini supaya
seimbang dengan keperluan ummah dan
negara.
Bagi memaju dan melayakkan sekolah-
sekolah agama di negeri ini menjadi
saluran kepada pusat-pusat pengajian di
dalam dan di luar negeri.
Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran
yang licin dan cekap bagi menjamin supaya
sekolah agama akan berkembang maju.
Hab Pendidikan Islam 15
YIK bertanggungjawab mentadbir dan mengurus
hal-hal berikut:-
Sekolah-sekolah Menengah Agama/Arab seluruh
negeri Kelantan
Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri
Pusat Pengajian Pondok, Telong, Kandis, Bachok
Tadika Tengku Anis, Kampung Sireh, Kota Bharu
dan Pasir Mas
Kewangan untuk pengurusan dan pembangunan
16 Yayasan Islam Kelantan
Visi, Misi
&
Matlamat
Pendidikan
Hab Pendidikan Islam 17
VISI, MISI & MATLAMAT PENDIDIKAN
Visi
Peneraju Kecemerlangan Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab menjelang 2020.
Misi
Menggerakkan sepenuh tenaga dan
keupayaan untuk melahirkan muslim
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu
pengetahuan, beramal soleh dan layak
berkhidmat untuk membangunkan
keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
Matlamat Pendidikan YIK
Matlamat Pendidikan Yayasan Islam
Kelantan ialah melahirkan muslim yang
beriman, berakhlak mulia, berilmu
pengetahuan, beramal soleh dan layak
berkhidmat untuk membangun keluarga,
masyarakat, negara dan ummah.
18 Yayasan Islam Kelantan
Sekolah-sekolah
Yayasan Islam
Kelantan
Hab Pendidikan Islam 19
SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN
Kategori Sekolah
Maahad Kawalan 01
Aliran Sains
Aliran Tahfiz wal Qiraat
Aliran Tahfiz Sains
Maahad Muhammadi Lelaki
Maahad Muhammadi Perempuan
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah
Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman
Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat
Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Nipah
20 Yayasan Islam Kelantan
Maahad Pilihan
02
Maahad Pengajian Islam
Maahad Amir Indera Petra
Maahad Muhammadi Pasir Mas
Maahad Muhammadi Rantau Panjang
Maahad Saniah
Maahad Ahmadi
Maahad Muhammadi Tumpat
Maahad Muhammadi Pasir Pekan
Maahad Ar-Rahmah Kenali
Maahad Rahmaniah
Hab Pendidikan Islam 21
Maahad Yayasan 03
Maahad Yaakubiah
Maahad Syamsul Maarif (P)
Maahad Syamsul Maarif (L)
Maahad Al-Sabirin
Maahad Raudzah Al-Nazirin
Maahad Muhammadi Gua Musang
22 Yayasan Islam Kelantan
Pusat Pengajian Pondok
04
Pusat Pengajian Pondok
Yayasan Islam Kelantan
Tadika Tengku Anis 05
Tadika Tengku Anis 1
Tadika Tengku Anis 3
Hab Pendidikan Islam 23
Bilangan Pelajar & Guru
Bilangan Pelajar
36, 227 orang
Bilangan Guru
2, 641 orang
Pentadbiran Sekolah
Pengetua
Penolong Kanan
Guru
24 Yayasan Islam Kelantan
Kurikulum & Kokurikulum
Kurikulum
Kurikulum
Kebangsan
Kurikulum Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Arab/ Agama Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Agama Malaysia
Penilaian Standard Kurikulum I’dadi
Sijil Menengah Ugama
Kokurikulum Kegiatan Ilmiah
Sukan Peringkat Zon
Peringkat Negeri
Peringkat Zon Peringkat Kebangsaan
Peringkat Negeri
Peringkat Kebangsaan
Hab Pendidikan Islam 25
Sekolah Luar Kelantan yang
menggunapakai sukatan YIK
01 Maahad Annuriah Addiniah, Sg Udang, Melaka
02 Madrasah Al-Rahmah Bukit Lintang, Melaka
03 Sek. Men. Islam Puchong, Selangor
04 Madrasah Al-Ansar, Bistari Jaya, Selangor
05 Madrasah Mujahidin, Selangor
06 Sek. Men. Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu
07 SMK Pasentren Abdu0l6Taib Mahmood, Sarawak
08 Maahad Muhammadi Ben Broul, Kemboja
09 Madrasah An-Nikmah, Kemboja
10 Maahad Tahfiz Quran
Al- Muhammadi,
Kundang Ulu, Johor
26 Yayasan Islam Kelantan
Pemerkasaan
Pentadbiran
YIK
Hab Pendidikan Islam 27
PEMERKASAAN PENTADBIRAN
Penggubalan Pelan Strategik YIK
2010 -2015
Penggubalan Pelan Strategik YIK
2016-2020
Pemerkasaan Lawatan Naziran
Pengemaskinian Pentadbiran
berasaskan Teknologi IT
• Semakan Kemasukan Pelajar Baru
menggunakan IT
• Analisa Peperiksaan semua sekolah
secara atas talian
• Aduan Awam
Pelaksanaan Sistem HRMIS
28 Yayasan Islam Kelantan
Pembaharuan
Pengurusan
&
Pentadbiran
Hab Pendidikan Islam 29
PEMBAHARUAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN
Pemakaian Sistem
Analisa Peperiksaan
Berpusat
Pewartaan Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum)
2017
30 Yayasan Islam Kelantan
Anugerah &
Pencapaian
Hab Pendidikan Islam 31
2017 | Pewartaan Peraturan-peraturan
01 Pendidikan YIK (Kurikulum) 2017
32 Yayasan Islam Kelantan
2016 | Pelancaran Buku Pelan Strategik Yayasan
02 Islam Kelantan bagi tahun 2016-2020 serta
Buku Manual Pengurusan dan Sistem Pengajian
Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan
Hab Pendidikan Islam 33
34 Yayasan Islam Kelantan
03 2016 | Pengiktirafan Bintang Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) HRMIS Tahun 2016
Hab Pendidikan Islam 35
2013 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan
04 tahun 2013
36 Yayasan Islam Kelantan
05 2014 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan
tahun 2014
Hab Pendidikan Islam 37
06 2015 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan
tahun 2015
38 Yayasan Islam Kelantan
07 2016 | Anugerah Perintis Pembangunan
Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Tahun 2016
Hab Pendidikan Islam 39
2016 | Berjaya mengadakan kerjasama
pendidikan dengan negara Saudi Arabia
08 untuk mengadakan kursus Bahasa Arab yang
diurusetiakan oleh ISSESCO
40 Yayasan Islam Kelantan
2016 | Berjaya memperolehi pengiktirafan
Diploma Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail
Petra (KIAS) bagi Pengajian Qiraat pelajar-pelajar
09 lepasan Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai
Chondong melanjutkan pelajaran ke Maahad
Qiraat Syoubra Mesir
Hab Pendidikan Islam 41
2016 | Merintis dan memperluaskan peluang-
10 peluang di pusat pengajian baharu di Arab
Saudi, Jordan, Morocco dan Indonesia
42 Yayasan Islam Kelantan
11 2016 | Merintis peluang pengajian baharu di
Algeria dan Tunisia
Hab Pendidikan Islam 43
2016 | Membina bangunan akademik Maahad
Saniah bernilai RM 1.4 juta dan SMU(A) Darul
12 Ulum Diniah Padang Siam bernilai RM 0.5 juta
dan Maahad Syamsul Maarif Labok (Lelaki)
bernilai RM 1.37 juta
44 Yayasan Islam Kelantan
2016 | Mengadakan makmal tambahan di
13 Maahad Muhammadi Perempuan dengan kos
perbelanjaan sebanyak RM0.5 juta dan Maahad
Muhammadi Tumpat dengan sebanyak 1.53 juta
Hab Pendidikan Islam 45
2016 | Menyiapkan bangunan Maahad Sains
Tok Guru dengan kos perbelanjaan sebanyak
14 RM12.94 juta dan mula beroperasi pada tahun
2017
46 Yayasan Islam Kelantan
2015 | Melahirkan Huffaz khatam 30 juzu’ al-
15 Quran seramai 3,192 orang bermula tahun 1992
sehingga tahun 2016
Hab Pendidikan Islam 47
2015 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan
16 Tahun 2015
48 Yayasan Islam Kelantan
2015 | Anugerah 5 bintang bagi portal rasmi
17 jabatan dalam Provider Based Evaluation
(PROBE) 2015 oleh Malaysia Administrative
Hab Pendidikan Islam 49
2015 | Pengiktirafan Bintang Petunjuk Prestasi
18 Utama (KPI) HRMIS Tahun 2015