DISEDIAKAN UNTUK: DR MOHAMED ALI HANIFFA PayaBakau Merbok: PermataHijaudiUtara Malaysia KENEGARAAN MALAYSIA MPU 1042 NO. MATRIK NAMA 297335 NUR FARAH AIESYA BINTI ZULKIFLI 297396 KIRTHANA DEWI A/P DHARAN 298811 CHONG WEN QI 298820 NURUL HUSNA BINTI MAHADI 300448 MUHAMMAD FAHIM BIN MOHAMAD NAZRI 300480 NOR AISHAH BINTI ZAMRI 300899 NUR NAFISA SHAZAYANA BINTI AZALLI 301217 ADAM DANIEL BIN AZMAN 302142 NUR AQILAH BINTI MOHAMAD
PENYATAAN MASALAH Bagaimana pertumbuhan ekonomi dan industri di kawasan paya bakau dapat mempengaruhi kelestarian warisan paya bakau? Adakah terdapat konflik kepentingan antara pembangunan dan pemeliharaan alam? 01 02 03 Bagaimana pertumbuhan ekonomi dan industri di kawasan mempengaruhi kelestarian warisan paya bakau? OBJEKTIF Analisis Ancaman dan Strategi Pelestarian Warisan Hutan Paya Bakau Sungai Merbok. Dapat mengetahui kepentingan Alam Sekitar dan Ekonomi disekitar Paya Bakau Sungai Merbok. 01 02 03 Dapat menghayati kepentingan paya Bakau Dan melahirkan perasaan cinta akan Warisan alam semulajadi
METODOLOGI KAJIAN 01 02 03 WAWANCARA RUJUKAN INTERNET & ILMIAH TINJAUAN LOKASI
01 - 02 03 - 08 09 - 12 13 - 16 17-24 Pengenalan Keistimewaan dan Kepentingan Paya Bakau Paya Bakau Sebagai Satu Warisan Pendidikan dan Ekopelancongan Suatu Penyelesaian ISIKANDUNGAN Cabaran Memelihara serta Memulihara Paya Bakau Kesimpulan 25 - 26 Rujukan 27
Gambar 1: Hasil dapat lawatan kajian di Bakau Hijau Sungai Merbok pengenalan OLEH: NUR NAFISA SHAZAYANA BINTI AZALLI (300899) 1
Bakau hijau yang dikenali dengan keindahan hutan paya bakau yang bertempat di Sungai Merbok telah menambat hati para pelancong untuk datang ke negeri Kedah. Hutan paya bakau adalah satu ekosistem yang istimewa yang terletak di kawasan persekitaran ekstrim dan air masin. Bakau berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan hidup yang melampau, ia mempunyai pelbagai strategi yang membolehkannya bertahan dengan jayanya dalam persekitaran yang mencabar. Terdapat pelbagai spesies pokok bakau seperti Bakau Kurap, Bakau Minyak, pelbagai jenis Tumu, Nyireh dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai spesies fauna seperti, monyet, lutong, beruk dan menjadi kawasan pembiakan pelbagai jenis tiram, dan juga ikan. Hutan paya bakau menyediakan kedua-dua habitat semula jadi untuk pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan serta penghalang semula jadi terhadap bencana alam seperti ribut, ombak besar dan tsunami. Di samping itu, penduduk tempatan meletakkan kepentingan ekonomi yang besar terhadap hutan ini. Ia memberi penduduk tempatan akses kepada sumber kewangan melalui ekopelancongan, memancing dan pengeluaran arang. Hutan paya bakau ini juga turut menyediakan pusat tuisyen untuk masyarakat setempat yang berumur dalam lingkungan 7 tahun hingga 17 tahun. Menurut pengusaha, pelajar ini akan dijaga untuk menerapkan perasaan cintakan paya bakau dan dapat mengetahui kepentingan Sungai, Paya Bakau dan alam sekitar. Di samping itu, Hutan paya bakau merupakan hutan tertentu yang berkembang di sekitar muara sungai atau pantai di mana pasang surut laut mempengaruhi mereka. Pokok bakau tumbuh subur di kawasan pantai yang terlindung daripada angin kencang, dan ia akan merebak dan tumbuh lebih banyak jika terdapat muara sungai yang besar. Di kawasan tropika dan subtropika, hutan paya bakau adalah salah satu bentuk ekologi utama. 2 Gambar 2-4: Hasil Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok
Gambar 5: hasil dapatan lawatan kajian di Bakau Hijau Sungai Merbok KEISTIMEWAAN& KEPENTINGAN OLEH: NUR FARAH AIESYA BINTI ZULKIFLI (297335) NURUL HUSNA BINTI MAHADI (298820) 3
Selain itu, paya bakau juga berperanan dalam menjaga kualiti udara. Akar-akar paya bakau dapat menyerap nutrien dan polutan dari udara, membantu membersihkan dan memperbaiki kualiti udara di sekitarnya ( Ngadi, E. , 2020). Gambar 6: Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok Kedua, paya bakau di Merbok, Kedah adalah habitat yang penting bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Ekosistem paya bakau menyediakan tempat berlindung, makanan, dan tempat berkembang biak bagi pelbagai jenis haiwan, termasuk burung migran, ikan, kepiting, dan moluska. Keberadaan paya bakau di Merbok, Kedah juga menyokong keanekaragaman hayati dan menjaga keseimbangan ekosistem ( Hamid, A. N.& Hassan, F. , 2018). Terakhir, paya bakau di Merbok, Kedah juga mempunyai nilai ekonomi yang signifikan. Ekosistem ini menyokong kegiatan perikanan, pariwisata, dan budidaya kepiting bakau. Hal ini memberi manfaat ekonomi bagi masyarakat setempat dan menyumbang kepada pembangunan wilayah ( Ahmad, S. , 2021) Secara keseluruhan, keistimewaan paya bakau di Merbok, Kedah meliputi peranan sebagai pantai, habitat penting bagi flora dan fauna, menjaga kualiti udara, serta memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat. Paya bakau di Merbok, Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang perlu diperhatikan. Pertama, paya bakau berfungsi sebagai penyangga pantai yang efektif. Akar-akar paya bakau membantu menahan erosi pantai dan mengurangkan kesan gelombang pasang. Hal ini membantu melindungi wilayah pesisir daripada kerosakan yang disebabkan oleh abrasi (my metro, 2017). KeistimewaanPaya Bakau OLEH : NUR FARAH AIESYA BINTI ZULKIFLI (297335) 4 Gambar 7: Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok
Sungai Merbok, Kedah Selain itu, Paya Bakau Sungai Merbok juga menjadi habitat bagi spesies fosil hidup seperti belangkas ( Junus, L. ,2009). Selain daripada belangkas, terdapat pelbagai haiwan lain yang menjadikan Paya Bakau Sungai Merbok sebagai habitat seperti haiwan invertebrata iaitu haiwan tanpa tulang belakang (Laupa Junus,2009). Di dalam ‘ the journal of biodiversity data ‘ terdapat 138 spesies ikan di Paya Bakau Sungai Merbok ( Abidin, Z. H. D. et al., 2021). Antara spesies ikan yang terdapat di Paya Bakau Sungai Merbok ialah Ikan Pelata Malam (Alepes melanoptera), Ikan Seluncung (Strongylura strongylura.) dan sebagainya (Abidin, Z. H. D. et al, 2021). Terdapat beberapa kepentingan Paya Bakau Sungai Merbok antaranya ialah menjadi habitat bagi pelbagai flora dan fauna. Menurut penyelidik Universiti Sains Malaysia, Paya Bakau Sungai Merbok telah menjadi rumah kepada lebih 32 spesies pokok bakau dan antaranya terdapat pokok bakau yang telah diancam kepupusan iaitu spesies Gedabu (Sonneratia ovata), spesies Berembang (Sonneratia caseolaris), dan spesies Berus Mata Buaya (Bruiguiera hainseii) (Alias, M. M. , 2015). KEPENTINGANPAYA BAKAU OLEH: NURUL HUSNA BINTI MAHADI (298820) Ekosistem ialah saling kebergantungan dan interaksi yang berlaku antara biotik (benda hidup) dan abiotik (benda bukan hidup) dalam satu sistem untuk mencapai keseimbangan dalam sesuatu unit ruang atau kawasan. Paya Bakau Sungai Merbok ialah satu contoh ekosistem yang membawa pelbagai kepentingan kepada alam sekitar. Gambar 9: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok 5
Seterusnya, Paya Bakau Sungai Merbok juga membawa kepentingan dalam menyederhanakan suhu mikro. Menyederhanakan suhu mikro boleh dikaitkan dengan kepentingan Paya Bakau Sungai Merbok sebagai elemen untuk mengimbangi kandungan gas di dalam atmosfera. Gas karbon dioksida adalah antara gas yang menjadi penyumbang kepada pemanasan suhu dunia kerana gas karbon dioksida yang bebas di atmosfera akan membentuk satu lapisan yang tidak membenarkan haba keluar daripada bumi. Hal ini akan mengakibatkan suhu bumi meningkat. Oleh itu, dengan adanya pokok bakau yang menyerap karbon dioksida dengan giat, suhu persekitaran Paya Bakau Sungai Merbok dapat disederhanakan. Selain daripada menyerap karbon dioksida untuk menyederhanakan suhu setempat, pokok bakau di Paya Bakau Sungai Merbok juga menjalankan aktiviti transpirasi dimana pokok-pokok bakau membebaskan wap-wap air ke udara. Dengan ini, udara menjadi lembap dan sejuk. Paya Bakau Sungai Merbok juga bertindak sebagai pengawal dan mengimbangi kandungan gas di dalam atmosfera. Dalam era yang serba moden ini, pelbagai aktiviti ekonomi telah menjejaskan alam sekitar dengan pembebasan pelbagai jenis gas yang berbahaya seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, dan sebagainya. Namun dengan adanya pokok-pokok di Paya Bakau Sungai Merbok, pembebasan gas seperti karbon dioksida akan diserap untuk menjalankan proses fotosintesis dan gas oksigen akan dibebaskan. Dengan ini, kandungan gas karbon dioksida di atmosfera dapat dikurangkan. Selain itu, kepentingan Paya Bakau Sungai Merbok ialah menjadi zon penampan semula jadi. Pokok bakau memiliki akar banir, akar ceracak, dan akar jangkang. Akar-akar pokok bakau yang kuat bertindak sebagai pengikat tanah atau pemegang struktur tanah yang menyebabkan struktur tanah tidak mudah terhakis apabila terkena ombak kuat. Batang pokok bakau pula bertindak sebagai benteng yang menahan arus angin yang kuat. Dengan ini, angin yang kuat akan menjadi perlahan kerana pokok-pokok bakau bertindak sebagai penghalang angin. Gambar 12: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok Gambar 11: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok Gambar 10: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok 6
Paya bakau memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan penduduk tempatan di Merbok. Antaranya paya bakau sebagai sumber makanan yang penting kepada penduduk tempatan kerana paya bakau merupakan ekosistem yang penting bagi ikan dan pelbagai jenis spesies hidupan. Hal ini disebabkan oleh kawasan paya bakau menyediakan persekitaran yang sesuai untuk bertelur dan menjalani bahagian awal dalam kitaran hidup sesetengah spesies laut (Nurdiyanah R.,2022). Contohnya, udang, ketam, kerang, ikan dan burung-burung air. Kerang telah diternak di paya bakau di Merbok. Paya bakau bukan sahaja membekalkan sumber makanan, ia juga merupakan sumber pendapatan yang penting kepada nelayan tempatan. Hal ini kerana, nelayan-nelayan tempatan boleh menjual hasil-hasil tangkapan dan ternakan ini untuk menjana pendapatan. Seterusnya, paya bakau di Merbok juga sebagai tempat rekreaksi yang membolehkan pelancongpelancong berkunjungi ke sana. Aktiviti rekreaksi yang terdapat di paya bakau Sungai Merbok termasuklah kayak, memancing, menaiki rivercruise untuk menyusuri sungai Merbok, berbasikal pusing kampung dan sebagainya (Hijau. B, 2020). Terdapat banyak pelancong telah tertarik oleh aktiviti-aktiviti yang menarik ini untuk berkunjung ke paya bakau Sungai Merbok. Oleh itu, pendapatan dan taraf hidup penduduk setempat di Sungai Merbok telah ditingkatkan. Selain itu, paya bakau di Sungai Merbok memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan penduduk setempat sebagai zon penahan banjir kepada penduduk setempat kerana dapat mengurangkan risiko banjir dan hakisan tanah (Bidin, K., 2015). Hal ini kerana akar-akar bakau mempunyai keupayaan penyerapan air yang kuat. Maka, ia boleh membantu mengurangkan air hujan yang berlebihan dan jumlah air yang mencurah ke kawasan petempatan penduduk di sekitar Sungai Merbok dapat dikurangkan. Tambahan pula, akar-akar bakau yang kuat mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kestabilan struktur tanah untuk mengelakkan tanah di sekitarnya daripada menjadi longgar dan mudah dihakis oleh air hujan dan aliran sungai (Abdullah, N. ,2021). Kestabilan struktur tanah dapat mengurangkan hakisan tanah yang akan menyebabkan peningkatan aliran air ke Sungai Merbok yang akan menyebabkan banjir. Oleh itu, risiko banjir di sekitar Sungai Merbok dapat dikurangan. Seterusnya, paya bakau juga sebagai penampan angin kencang disebabkan oleh dedaun dan cabang-cabang pohon bakau yang subur dan padat mempunyai keupayaan untuk menampan angin kencang ( Abdullah, N.,2021). Oleh itu, kelajuan angin dapat dikurangkan dan hasil pertanian di sekitarnya dipelihara daripada tiupan angin yang kuat. 10 KEPENTINGAN PAYA BAKAU buat manusia OLEH: CHONG WEN QI (298811) 7
Di samping itu, paya bakau di Sungai Merbok menyediakan udara yang segar kepada penduduk setempat. Pokok Bakau memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis, ia menyimpan kandungan karbor dioksida dalam tubuhnya dan sebagai gantinya ia memberi udara yang lebih segar dan bersih kepada penduduk setempat. Selain itu, habuk yang berterbangan di udara menyebabkan udara yang dihidup oleh penduduk setempat tidak segar dan sihat. Dengan mempunyai paya bakau, habuk tersebut diserap dan dijatuhkan ke tanah semula dan seterusnya ke Sungai Merbok yang berhampiran ketika hujan (Nadz, 2023). Akhir sekali, paya bakau di Merbok merupakan sumber pengetahuan yang penting dan berharga kepada penduduk setempat. Penduduk setempat di sekitar paya bakau Sungai Merbok dapat mengkaji dan meningkatkan pemahaman tentang bakau. Penduduk setempat dapat dimanfaatkan pengetahuan tentang cara-cara penanaman tanaman bakau, pemeliharaan tanah dan air, kegunaan bakau dan sebagainya. Selain itu, penduduk setempat juga berpengetahuan dalam menggunakan paya bakau untuk menjaga keseimbangan ekosistem dan menggunakannya dalam hidupan harian mereka. Gambar 13: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok Gambar 14: Dapatan Kajian Lapangan di Paya Bakau Sungai Merbok 8
payabakau warisannegara Gambar 15: hasil dapat lawatan kajian di Bakau Hijau Sungai Merbok OLEH: KIRTHANA DEWI A/P DHARAN (297396) DAN NUR AQILAH BINTI MOHAMAD ( 302142 ) 9
Gambar 16: Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau Sungai Merbok aya Bakau Merbok merupakan warisan negara yang merupakan sebahagian daripada identiti negara. Hutan ini juga memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep kenegaraan dan kebangsaan. Warisan ini perlu diiktiraf oleh UNESCO, dan pihak Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk menjayakan usaha ini. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk mengemukakan permohonan bagi menyenaraikan Paya Bakau Merbok dibawah Rizab Biosfera UNESCO pada Januari 2016 setelah pengkaji dari Universiti Sains Malaysia (USM) melengkapkan penyelidikan tersebut. Projek ini diketuai oleh Profesor Dr. Siti Azizah Mohd, Pengarah Pusat Inisiatif Pengkajian Sains Hayat. Menurut Pengarah Pusat Pengkajian Arkeologi Global, USM, Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, Universiti Sains Malaysia telah melakukan kajian ini selama 40 tahun untuk mewartakan kawasan paya bakau ini. Kerajaan negeri juga mencadangkan untuk mengurangkan aktiviti penebangan pokok bakau dan meminta pihak berkuasa untuk meminimumkan kelajuan bot di sekitar Sungai Merbok untuk menjaga pokok-pokok bakau di sekitar kawasan tersebut. Penyelidikpenyelidik USM juga telah merangka pelan strategik untuk memelihara kawasan Paya Bakau Sungai Merbok dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan eko-pelancongan yang lestari. P 10
arisan ini berpotensi untuk berjaya disenaraikan di bawah UNESCO. Hal ini demikian kerana kawasan ini merupakan sebuah kawasan yang unik. Dalam tempat kawasan yang agak kecil itu iaitu hanya dalam keluasan 4,000 hektar , terdapat pelbagai spesies pokok bakau. Di samping itu, kawasan paya bakau tersebut sangat unik kerana terdapat 42 jenis pokok paya bakau daripada 60 spesies yang terdapat di seluruh dunia, termasuk Pokok Mata Buaya yang hanya terdapat di empat kawasan paya bakau di seluruh dunia. Selain itu, Paya Bakau Merbok mempunyai ekosistem yang sangat baik dan membekalkan sumber makanan kepada fauna. Dalam pada itu, kawasan ini menjadi zon penampan kepada bencana alam seperti tsunami. Seterusnya, hutan ini memainkan peranan penting dalam mengawal suhu alam sekitar (Alias, M. M. , 2015) . Tambahan pula, hutan ini juga berperanan sebagai tempat penternakan udang dan ketam.Sekiranya Paya Bakau Sungai Merbok disenaraikan di bawah UNESCO, hal ini akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada negara kita dari segi ekonomi dan sosial. Kebaikan tersebut ialah kedatangan pelancong dari seluruh dunia ke negeri Kedah. Perkara ini menyumbangkan kepada pembangunan negeri tersebut. Hal ini juga membolehkan kita untuk terus memelihara khazanah negara kita. Dalam pada itu, pewartaan kawasan ini akan mengekalkan Kedah sebagai lokasi bakau yang mempunyai pelbagai spesies. Faedah lain yang diperoleh ialah penduduk sekitar kawasan ini boleh melakukan aktiviti sosio-ekonomi seperti aktiviti penternakan dan perikanan. Pewartaan tempat ini juga akan melonjakkan hasil penyelidikan penyelidik negara kita ke peringkat antarabangsa. W Gambar 17: Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau Sungai Merbok 11
eopark bermaksud satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan jelas dan juga mengandungi beberapa tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan tahap ekonomi dan nilai budaya penduduk. Terutamanya, melalui aktiviti pelancongan. Geopark juga merupakan satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan. Terdapat tiga komponen utama iaitu termasuklah aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat, pemuliharaan sumber asli dan juga pembangunan inftrastruktur untuk pelancongan. Pada tahun 1994, konsep geopelancongan diperkenalkan yang semakin berkembang di mana memberi tumpuan lebih kepada penghayatan sumber warisan geologi dan landskap fizikal. Ia juga merupakan penting bagi sesebuah geopark yang mempunyai unsurunsur ekologi, arkeologi, sejarah dan juga budaya. Terdapat hubung kait antara kehidupan, kepelbagaian geologi dan biologi serta budaya. Ia merupakan komponen yang penting bagi setiap Geopark. Geopark jugak mempunyai kaitan dengan Paya Bakau Merbok. Terdapat kepentingan penubuhan geopark dalam Paya Bakau Merbok. Antaranya adalah termasuk penting meningkatkan taraf sosioekonomi warga dengan mengambil kira kelebihan yang ada pada kekayaan khazanah warisan, melalui industri. Sebagai contoh, pelancongan. Seperti yang kita tahu, Paya Bakau Merbok juga merupakan salah satu tempat pelancongan bagi orang awam. Memajukan industri pelancongan lestari dan memperkenalkan sektor geopelancongan dengan menerap elemen geosains dalam aktiviti pelancongan dan rekreasi alam semulajadi sedia ada dan membuka tapak Geopelancongan baru. Geopelancongan bukan sahaja menjamin pulangan ekonomi tetapi turut menyokong usaha pemuliharaan dan peningkatan modal insan. Selain itu, termasuk juga pemuliharaan. Pengurus paya bakau Merbok boleh juga melibatkan diri sebagai render dan sukarelawan yang akan bertanggungjawab dalam memantau aktiviti disesuatu tapak geopelancongan. G Gambar 19 : Hasil dapat lawatan kajian di Bakau Hijau Sungai Merbok Gambar 18 : Gambar pelancong berkayak Sumber : https://images.app.goo.gl/TqQUUAbPRvo3MjfX8 12
CABARAN Gambar 20: hasil dapat lawatan kajian di Bakau Hijau Sungai Merbok OLEH:MUHAMMAD FAHIM BIN MOHAMAD NAZRI (300448) 13
Paya bakau merupakan salah satu alam semulajadi yang amat signifikan buat penduduk setempat. Hal ini demikian kerana paya bakau merupakan warisan yang seharusnya dijaga dan dilindungi dari satu generasi ke satu generasi. Namun terdapat banyak cabaran yang menyukarkan proses memelihara dan memulihara paya bakau di Sungai Merbok. Terdapat beberapa cabaran yang akan diperincikan bagi memastikan kita dapat menganalisa dan mencari satu jalan penyelesaian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengungkapkan ketidakpuasan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menggunakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di sekitar Sungai Merbok, berdekatan dengan Sungai Petani, Kedah, sebagai tapak pembuangan sampah (M. A. Kader, 2022) . Hal ini amat membimbangkan kerana perkara ini adalah masalah mentaliti masyarakat yang mengambil sikap acuh tak acuh, sikap yang tidak bertanggung jawab dalam kalangan masyarakat yang tidak rasa bersalah membuang sampah sarap merata-rata. Hal ini akan merosakkan ekosistem serta boleh mencemarkan Sungai sekaligus merosakkan sektor penternakan di sekitar sungai merbok. Melalui pemerhatian kami terdapat penternakan udang, ikan serta tiram. Menurut sesi wawancara kami bersama seorang pengusaha Tiram di sekitar Sungai Merbok , kualiti air amat penting dalam memastikan kelangsungan serta kualiti tiram. Tiram amat sensitif akan pencemaran yang boleh menyebabkan kematian kepada tiram itu sendiri. Isu sampah ini merupakan isu yang sering berlaku dan perlu ditangani oleh kedua-dua belah pihak iaitu penguasa dan juga pengguna atau pelancong. Penguasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang tegas kepada mereka yang membuang sampah dan mengenakan bayaran bagi pelancong yang datang. Begitu juga pelancong dan masyarakat perlu melahirkan sifat bertanggungjawab terhadap kelestarian alam. HUTAN PAYA BAKAU DICEMARI SAMPAH SARAP Gambar 22: Sampah berdekatan Sungai Merbok Sumber: https://consumer.org.my/ms/hutan-paya-bakau-di-sungaimerbok-dicemari-sampah-sarap-cap/ Gambar 21: Sampah di Sungai Merbok Sumber: https://consumer.org.my/ms/hutan-paya-bakaudi-sungai-merbok-dicemari-sampah-sarap-cap/ 14
i Malaysia terdapat banyak kes berkaitan pencemaran air yang sehinggakan menganggu ketenteraman awam dengan bau yang busuk, kemorosotan kualiti air dan sebagainya. Secara umum, pencemaran yang sering berlaku dalam ekosistem sungai melibatkan pencemaran nutrien, iaitu nitrogen (N) dan fosforus (P), serta masalah sedimen (Ibrahim, 2017). Pencemaran ini berpunca dari penggunaan racun, baja yang berlebihan sehingga menyebabkan eutrofikasi yang menjejaskan kualiti air. Fenomena eutrofikasi berlaku apabila kandungan nutrien diperkaya secara berlebihan, menyebabkan pertumbuhan alga dan tumbuhan air dengan cepat (Ibrahim, 2017). Secara umum, orang mengguna sungai ini untuk bersantai seperti memancing, menaiki, dan beristirahat, terutama di Jeti Semeling. Tetapi jika sungai ini tercemar dan tidak aman untuk digunakan, peranannya secara langsung akan hilang. Selain itu, sungai ini menjadi sumber rezeki bagi sebahagian penduduk melalui aktiviti perikanan dan juga sebagai sumber air untuk berbagai kegiatan ekonomi. Air dari sungai juga dipakai untuk kebutuhan harian seperti minum, mandi, dan kegiatan sehari-hari lainnya. Menurunnya kualitas air akan mengakibatkan segala kegiatan penduduk setempat yang bergantung pada sumber air sungai terganggu dan terpengaruh. D PENCEMARAN AIR DARI INDUSTRI “Nelayan dan penternak ikan dalam sangkar di Sungai Merbok semakin gelisah apabila sumber pendapatan mereka terjejas akibat pencemaran yang semakin serius.” (Sinar Harian, 22 April 2022) Gambar 23:Sungai yang tercemar Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/199216/edisi/su ngai-merbok-semakin-terancam-nelayan-terjejas 15
Konflik berterusan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan suatu permasalahan yang sudah wujud sekian lama. Sementara itu, di Kedah, hutan bakau sepanjang Sungai Merbok semakin berkurangan disebabkan pembersihan hutan bakau untuk memberi jalan kepada penternakan udang, perumahan, dan pembangunan lain. Perlu diingat, lokasi-lokasi ini merupakan kawasan yang paling terjejas di Semenanjung Malaysia semasa tsunami 2004 yang berlaku tepat 19 tahun yang lalu. Paya Bakau merupakan perlindungan semulajadi yang penting sejak dari zaman Melaka lagi, melindungi dari zaman Kesultanan Melaka daripada serangan Siam sehinggalah ke bencana Alam. Paya Bakau merupakan pelindung alam semulajadi daripada bencana Alam. Oleh itu, amat penting untuk kita ingatkan kembali kejadian tsunami 2004 yang menimpa Kuala Muda. Terdapat korban dalam kejadian tersebut. Pembangunan perlulah dirancang dengan baik serta kajian perlu dilakukan bagi memastikan kesejahteraan manusia dan alam. Sungai Merbok telah menjadi tempat menarik para sejarawan, saintis, dan peminat alam sekitar selama tempoh yang panjang kerana sejarah semulajadi dan warisan budayanya yang kaya (Dr A. Amir, 2019) . Lokasi tersebut mempunyai nilai sejarah yang bernilai sejak dari zaman Kedah Tua merupakan kerajaan yang lebih tua daripada Kesultanan Melayu Melaka. Seperti tamadun awal seperti Mesir yang berdekatan dengan Sungai Nil, Mesopotamia diantara Tigris dan euphrates serta Tamadun Babylon. Dinamika menarik landskap pantai Merbok turut dicatat, termasuk perubahan morfologi muara dan delta yang digambarkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa (Dr A. Amir, 2019). PENEBANGAN HUTAN BAGI PEMBANGUNAN INDUSTRI Analisis menunjukkan penurunan mendalam dalam kawasan hutan bakau sejak tahun 1960-an, dan perubahan penggunaan tanah setelah tsunami 2004. Kesedaran akan pantai dan kepentingan melindungi hutan bakau dan habitat pantai masih belum mencukupi. Tanggungjawab untuk mengawal ini seharusnya di tangan pemilik tanah, iaitu kerajaan negeri, yang harus memberi keutamaan kepada integriti alam sekitar sebelum membuat keputusan yang melibatkan hutan bakau. Tidak seharusnya mengharapkan badan bukan kerajaan sahaja kerana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bagi memelihara warisan Negara kita. Pembangunan harus seimbang, menjaga keperluan masyarakat dan lingkungan. Pembelajaran dari kesilapan lalu dan perubahan dalam pendekatan adalah kunci untuk memastikan kesejahteraan generasi masa depan (Dr A. Amir, 2019). 16
PENDIDIKANDAN EKOPELANCONGAN Gambar 24: hasil dapat lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok OLEH: NOR AISHAH & ADAM 17
Gambar 25: Hasil lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok Baru-baru ini kami berpeluang mengunjungi Paya Bakau Sungai Merbok di Sungai Petani. Paya Bakau Sungai Merbok adalah syurga alam yang menakjubkan. Ditumbuhi oleh pohon-pohon bakau yang berakar kuat, hutan bakau ini memberikan lanskap yang menakjubkan bagi para pengunjungnya. Selain itu, Paya Bakau Sungai Merbok di Sungai Petani mempunyai sekurang- kurangnya 30 daripada 52 spesis bakau di dunia menjadi tempat yang menarik untuk dipelajari dan dijelajahi. Paya Bakau Sungai Merbok di Sungai Petani mempunyai dua aktiviti berkaitan dengan pendidikan iaitu tuisyen dan penanaman pokok bakau. PENDIDIKAN OLEH: ADAM DANIEL BIN AZMAN 18 NOMBOR MATRIK: 301217
TUISYEN Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan masyarakat, dan kawasan Paya Bakau di Sungai Merbok menyediakan persekitaran pembelajaran yang unik. Banyak organisasi pendidikan tuisyen telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas di kawasan ini. Ini memberikan peluang kepada pelajar dari kawasan luar bandar untuk mendapatkan akses kepada bimbingan pendidikan tambahan, membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik mereka. Kelas tuisyen di sekitar paya bakau tidak hanya menyediakan bimbingan akademik tetapi juga memberikan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam. Pelajar diajar tentang nilai dan fungsi ekosistem paya bakau serta bagaimana mereka boleh menjaga dan melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan alam sekitar mereka. Paya bakau Sungai Merbok telah menyediakan pusat tuisyen secara percuma pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pada masa ini iaitu 14 November 2023 terdapat lebih kurang 20 orang pelajar merupakan pelajar daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 majoritinya dari kampung itu sendiri. Selain itu, guru yang mengajar adalah secara sukarela tanpa dibayar, subjek yang ditawarkan mengikut guru yang mengajar. Terdapat juga guru dari negara Korea yang mengajar di pusat tuisyen itu, membuatkan murid-murid lebih bersemangat datang ke pusat tuisyen. Gambar 26: Hasil dapat lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok Gambar 27: Hasil dapat lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok 19
elaslah bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam memajukan masyarakat, dan kawasan Paya Bakau di Sungai Merbok menyediakan platform pembelajaran yang unik. Inisiatif organisasi pendidikan tuisyen untuk membuka kelas di kawasan ini memberikan peluang luar biasa kepada pelajar dari kawasan luar bandar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Pentingnya kelas tuisyen tidak hanya terbatas kepada aspek akademik, tetapi juga mencakup aspek kelestarian alam. Pelajar diajar untuk menghargai nilai ekosistem paya bakau dan bagaimana mereka dapat turut serta dalam usaha pemuliharaan alam. Ini mencerminkan kesedaran yang penting terhadap tanggungjawab sosial dan persekitaran. Gambar 28-30 : hasil dapat lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok Keberadaan pusat tuisyen percuma di Paya Bakau Sungai Merbok menunjukkan komitmen terhadap meningkatkan akses pendidikan di kalangan pelajar dari pelbagai peringkat. Keterlibatan sukarela guru tempatan dan kehadiran guru dari negara Korea menambah nilai positif kepada pengalaman pembelajaran muridmurid, menciptakan semangat dan keghairahan dalam proses pembelajaran. Secara keseluruhannya, melalui gabungan pendidikan dan kesedaran kelestarian alam, kawasan paya bakau di Sungai Merbok membuka pintu kepada peluang pembangunan holistik masyarakat. Dengan menerapkan pendekatan ini, kita tidak hanya membentuk individu yang cemerlang secara akademik tetapi juga warganegara yang peka terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar mereka. J 20
Aktiviti penanaman pokok bakau adalah salah satu cara terbaik untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan paya bakau. Sekolah-sekolah tempatan, bersama dengan masyarakat setempat, sering mengadakan program penanaman pokok bakau sebagai sebahagian daripada kurikulum atau projek kemasyarakatan. Melalui proses penanaman pokok bakau, pelajar tidak hanya memahami betapa pentingnya pokok bakau ini dalam menjaga keseimbangan ekosistem, tetapi mereka juga belajar mengenai proses pertumbuhan pokok dan bagaimana tindakan mereka dapat memberi impak positif kepada alam sekitar. Aktiviti ini turut memupuk kesedaran akan kepelbagaian hayati dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu, Semua alat-alatan, tanah dan benih disediakan bagi memudahkan aktiviti pembelajaran. Tambahan pula, Mereka dapat melihat secara langsung bagaimana usaha pemuliharaan alam dapat membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat dan alam sekitar. Melalui kesedaran ini, generasi muda dapat menjadi pelindung alam semula jadi dan pembela pemuliharaan ekosistem. Kesimpulannya, penanaman pokok bakau di Sungai Merbok bukan hanya sekadar langkah pemuliharaan alam semula jadi, tetapi juga menyentuh dimensi pendidikan yang mendalam. Melalui pengalaman praktikal ini, kita tidak hanya menanam pokok, tetapi juga menanam nilai-nilai kelestarian dan pengetahuan dalam kalangan generasi muda, membentuk masyarakat yang peka terhadap keindahan dan keunikan alam sekitar kita. Gambar 31: Hasil dapat lawatan kajian di Paya Bakau Hijau Sungai Merbok PENANAMAN POKOKBAKAU 21
Gambar 32 : Hasil Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok EKOPELANCONGAN OLEH: NOR AISHAH BINTI ZAMRI(300480) 22
elain itu, kepelbagaian flora dan fauna yang ada turut menjadi faktor tarikan pelancong ke sini. Aktiviti dan proses penangkapan secara tradisional sumber fauna seperti ikan, udang, ketam, dan tiram adalah antara aktiviti yang amat menarik untuk dijalankan oleh para pelancong (Norsuhana & Fatimah, 2018). Tambahan lagi, pelancongan di hutan bakau di Sungai Merbok turut dapat memberikan impak positif dari segi penyebaran kesedaran tentang kepentingan hutan bakau kepada masyarakat. Menurut Tuan Ridzwan Ishak (2023), para pelancong yang berkunjung ke Bakau Hijau akan diberikan penerangan tentang asal usul, sejarah, dan kepentingan paya bakau bukan sahaja untuk manusia tetapi untuk keseluruhan alam. Hutan paya bakau adalah nurseri alam untuk hidupan marin, unggas, dan menjadi habitat kepada banyak hidupan alam. Jika tidak dipelihara, rantaian makanan manusia boleh terjejas dengan teruk seiring dengan kemerosotan kadar pembiakan haiwan-haiwan tersebut. Dalam perspektif sejarah, paya bakau di Sungai Merbok sangat penting dalam pembinaan Kerajaan Kedah Tua. Menurut Tuan Ridzwan Ishak, pokok bakau dijadikan sebagai bahan bakar asas untuk meleburkan logam dalam kerajaan terdahulu. S Gambar 33: Sesi Wawancara Bersama Pengurus Bakau Hijau 23
Seiring dengan ini, Kerajaan Negeri Kedah telah mengangkat status hutan paya bakau Merbok sebagai warisan semula jadi dunia, dan hal ini telah diusahakan bersama dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menjaga dan memelihara hutan bakau Merbok pada masa akan datang (Ong et al., 2015). Sektor pelancongan hutan bakau Merbok perlu dimangkinkan lagi untuk tujuan kemajuan dan pemeliharaan hutan tersebut. Dalam temuduga yang dijalankan dengan pengurus Bakau Hijau Sungai Merbok, beliau berharap agar lebih banyak pertolongan kewangan dan usahasama yang dapat dijalankan dengan pihak kerajaan mahupun swasta. Beliau turut bercita-cita untuk mengkomersilkan produk paya bakau di pasaran luar. Hal ini termasuk dengan inovasi produk berasaskan pokok bakau menjadi jem, roti, dan makanan. Hal ini dapat menambahkan dana kewangan untuk memajukan lagi sektor pelancongan di sini. Menurut Norsuhana & Fatimah (2018), banyak cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah menyediakan lebih banyak papan tanda dan pandu arah untuk memudahkan para pelancong untuk tiba ke destinasi tersebut. Selain itu, pakej pelancongan yang terhad juga perlu diperbanyakkan dan dipelbagaikan untuk menarik minat para pelancong. Pakej pelancongan ini boleh dipromosikan dengan lebih meluas melalui penggunaan aplikasi sosial media seperti Instagram, Facebook, dan juga TikTok. Gambar 34: Hasil Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok 24
KESIMPULAN OLEH: NUR NAFISA SHAZAYANA BINTI AZALLI ( 300899 ) 25 Gambar 35: Hasil Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok
KESIMPULAN Kesimpulannya, Hutan paya bakau merupakan satu tumbuhan yang sangat unik. Sumber pendapatan seperti bahan api, sumber perikanan, ubat-ubatan dan bekalan makanan untuk penduduk tempatan juga merupakan peranan hutan paya bakau. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan usaha mengawal dan memulihara hutan paya bakau dapat dipertingkatkan agar dapat melestarikan hutan paya bakau ini demi masa hadapan. Untuk memastikan kelangsungan hutan paya bakau ini dapat dijayakan, pengunjung perlu didedahkan berkaitan paya bakau ini agar mereka dapat menghormati dan memelihara alam semula jadi. Selain warga pendidik di sekolah, pemandu pelancong juga mempunyai kewajipan untuk menyumbang kepada kesedaran dan impak masyarakat. Ini menunjukkan bahawa pendidikan tidak terhad kepada bilik darjah. Sebenarnya ia boleh berlaku di mana-mana sahaja asalkan orang yang memberi makkumat itu berkemahiran tinggi dalam meningkatkan kesedaran masyarakat. Jelaslah bahawa, hutan paya bakau ini amat penting untuk kita terus memelihara dan memulihara kerana ia menjadi komponen penting kepada ekosistem dan masyarakat. 26 Gambar 36: Hasil Dapatan Kajian Lapangan di Bakau Hijau, Sungai Merbok
Rujukan 27 Ahmad, S. (2021, May 23). Jaring gesa Perak henti projek akuakultur hutan paya bakau. Sinar Harian. Alias, M. M. (2015, Oktober 19). USM Bantu Lonjak Hutan Bakau Merbok dalam Rizab Biosfera UNESCO (UNESCO Biosphere Reserve). https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/2870-usm-bantu-lonjak-hutan-bakau-merbok-dalam-rizab-biosfera-unesco-unescobiosphere-reserve Abidin, D. H. Z. al. (n.d.). Ichthyofauna of Sungai Merbok Mangrove Forest Reserve, northwest Peninsular Malaysia, and its adjacent marine waters. https://www.researchgate.net/profile/SebastienLavoue/publication/350668175_Ichthyofauna_of_Sungai_Merbok_Mangrove_Forest_Re serve_northwest_Peninsular_Malaysia_and_its_adjacent_marine_waters/links/60875f958ea909241e28c3fb/Ichthyofauna-of-SungaiMerbok-Mangrove-Forest-Reserve-northwest-Peninsular-Malaysia-and-its-adjacent-marine-waters.pdf?origin=publication_detail Bakau hijau (2022). Aktiviti dan sukan lasak yang menarik di Sungai Merbok https://bakauhijau.com/2020/06/15/sukan-lasak/ Bidin, K.(2015). Peranan hutan ada hadnya mengelak bencana banjir ketika cuaca ekstrem. https://www.astroawani.com/kini-trending/peranan-hutan-ada-hadnya-mengelak-bencana-banjir-ketika-cuaca-ekstrem-51768 Dr. A. A. Amir (2019). Learn from our past https://www.ukm.my/aldrie/learn-from-our-past/ Fadzlina, S. U. (2023, February 11). Ekopelancongan Hutan Paya Bakau: pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Universiti Sains Islam Malaysia. Ibrahim, M. N. (2017). Fluks Nutrien Dan Sedimen di Lembangan Sungai Merbok, Kedah. Fluks Nutrien Dan Sedimen Di Lembangan Sungai Merbok, Kedah. Kedah cadang warta hutan paya bakau Sungai Merbok Rizab Biosfera UNESCO. (2015, October 19). Borneo Post Online. https://www.theborneopost.com/2015/10/20/kedah-cadang-warta-hutan-paya-bakau-sungai-merbok-rizab-biosfera-unesco/ Junus, L. . (2019, Oktober 7). Kepentingan Memulihara Paya Bakau. 5 lokasi Tapak Warisan dunia terus unggul | berita harian. (n.d.-a). https://www.bharian.com.my/hujungminggu/kembara/2022/07/972739/5-lokasi-tapak-warisan-dunia-terus-unggul MPRC, P. M. & P. A. (2015, October 19). USM Bantu Lonjak Hutan Bakau Merbok Dalam Rizab BIOSFERA UNESCO (UNESCO Biosphere Reserve). Welcome to Repository@USM - USM Research and Publication. http://eprints.usm.my/36172/ M. H. Kader (2022). Hutan paya bakau di Sungai Merbok dicemari sampah sarap: CAP – Persatuan Pengguna Penang. https://consumer.org.my/ms/hutan-paya-bakau-di-sungai-merbok-dicemari-sampah-sarap-cap/ Ngadi, E. Ekopelancongan Hutan Paya Bakau: Pendidikan Alam Sekitar Kepada Masyarakat. (2020, February 10). Bernama. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1882695 Norsuhana, & Fatimah. (2018). Potensi Lembah Bujang sebagai destinasi pelancongan kulinari berasaskan sumber alamiah: Satu kajian awal. Malaysian Journal of Society and Space, 14(4). https://doi.org/10.17576/geo-2018-1404-12 Nurdiyanah R. (2022).Hutan paya bakau miliki potensi pelbagaikan ekonomi. https://mediapermata.com.bn/hutan-paya-bakau-miliki-potensi-pelbagaikan-ekonomi/ Natasha Abdullah(2021). Selami Kepentingan Hutan Paya Bakau. https://sites.google.com/view/beritadimensi/utopia/selami-kepentingan-hutan-paya-bakau Nadz(2023). Kepentingan Paya Bakau. https://nadz.my/pokok-bakau/ Satibi, Z. (2017, May 20). Pulihara ekosistem paya pantai. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/05/231067/pulihara-ekosistem-paya-pantai
PayaBakau Merbok: PermataHijaudiUtara Malaysia KENEGARAAN MALAYSIA MPU 1042 #Cintai Alam #Kenegaraan #Kumpulan 8 Video