Nama : QISTINA SAFIA BINTI MOHD RIZAL
Tingkatan : 1 MAWADDAH
Guru Penilai : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI
02/09/2021 Menerima tajuk tugasan Geografi daripada cikgu Asiah.
Serta mendengar taklimat tentang kerja lapangan daripada
guru mata pelajaran geografi iaitu Cikgu Asiah.
30/09/2021 Perbincangan bersama guru tentang :
28/10/2021 a. Jenis dan contoh sisa domestik
b. Kesan pembuangan sisa domestik
c. Langkah pengurangan sisa domestik
Mengumpulkan maklumat dari pemerhatian, rujukan dan temubual
29/10/2021 Memproses data dan maklumat
29/10/2021 Menulis laporan tentang kerja lapangan.
29/10/2021 Menulis laporan hasil kajian
30/10/2021 Melengkapkan rumusan dan rujukan
30/10/2021 Menyerah tugasan kepada guru
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada puan Asiah atas bimbingan dalam
menjalankan kerja lapangan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan saya
iaitu Wan Nur Maisarah dan rakan-rakan yang lain atas bantuan mereka sepanjang
kajian yang saya jalankan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan bagi menyiapkan kerja lapangan ini.
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi tingkatan 1 yang bertajuk
‘KERJA LAPANGAN GEORAFI’. Saya telah memilih Taman Sri Aman sebagai
kawasan kajian. Terdapat beberapa sebab saya memilih taman ini sebagai kawasan
kajian. Antaranya kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan kawasan
perumahan ini mudah untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.
Objektif kajian:
a. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di kawasan kajian iaitu Taman
Sri Aman.
b. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Taman
Sri Aman.
c. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
bijaksana di Taman Sri Aman.
Kawasan kajian saya ialah Taman Sri Aman iaitu tempat tinggal saya.
Ia terletak di Jitra , Kubang Pasu, Kedah. Jarak kawasan ini dari pusat
bandaraya Alor Setar ialah 15km. Perjalanan ke Pusat bandaraya tersebut
mengambil masa kira-kira 20 minit sekiranya dengan menaiki kereta. Kawasan
kajian saya ini merupakan kawasan perumahan .Pandang darat fizikal yang
terdapat p a d a k a w a s a n k a j i a n i n i h a n y a r u m p u t . Manakala pandang
darat budaya yang terdapat di kawasan kajian ini pula jalan raya, padang,
petempatan dan masjid.
Saya telah menggunakan beberapa jenis kaedah kajian untuk membantu saya
melengkapkan kajian saya ini.Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah
pemerhatian dan rujukan.
a. Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 28/10/2021 pada
pukul 5.30 petang.Saya telah catatkan maklumat yang dapat sepanjang
menjalankan pemerhatian.
b. Rujukan
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang
jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian.Selain itu saya juga telah merujuk
kepada buku teks Geografi tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat.
Jenis jenis sisa domestik
Menurut Wikipedia,sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang
dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai.Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan
racun rumpai atau serangga dan hampas organik.Sisa domestik terdiri daripada
sisa pepejal dan sisa cecair.Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik
dan bahan bukan organik.Kebanyakan sisa domestik berpuca daripada aktiviti
harian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam
sekitar.
Jenis jenis sisa domestik di kawasan kajian
Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di Kawasan Taman
Sri Aman ini terdiri daripada bahan organik seperti sisa makanan, sisa
kebun, kertas dan lain-lain lagi.Sisa bukan organik seperti tin, plastik, bekas
kaca dan sebagainya.
Kesan Pembuangan Sisa Domestik di Kawasan Taman Sri Aman :
PENCEMARAN
Menurut kajian,kesan pembuangan sisa domestik yang dialami oleh
penduduk di sini ialah pencemaran . Jenis pencemaran yang dialami
termasuk pencemaran udara dan air.Pencemaran udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia,jirim zarahan
atau bahan biologi yang boleh meyebabkan kemudaratan,ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar
apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Pencemaran air pula ialah perubahan
yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat
kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai
bentuk seperti pepejal,cecair dan gas.
WABAK PENYAKIT
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menyebabkan penularan
wabak penyakit yang amat berbahaya kepada manusia.Sebagai contoh ,
demam denggi iaitu bawaan peyakit dari nyamuk.
BANJIR KILAT
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.Sikap tidak
bertanggungjawab yang membuang sisa domestik di dalam longkang yang
menyebabkan longkang tercemar dan tersumbat.Apabila hujan lebat,jumlah
air akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat berlaku.
Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
bijaksana di kawasan kajian.
1)Amalan 3R iaitu REDUCE, REUSE, RECYCLE
REDUCE = KURANGKAN
Pengurangan bermaksud mengurangkan penjanaan sisa sebelum,semasa dan
selepas menggunakan sesuatu produk.
REUSE = GUNA SEMUA
Penggunaan semula adalah menggunakan ssuatu produk secara berulang kali.
RECYCLE = KITAR SEMULA
Kitar semula adalah memproses sisa bagi tujuan menghasilkan bahan mentah
untuk pembuatan produk baru sama ada melibatkan proses fizikal ataupon kimia.
Contoh : Tong Kitar Semula Diletakkan Di Jalan Masuk Utama.
2)Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang
berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman bertujuan
untuk memberikan kesedaran kepada semua orang.
3)Kempen
Kempen kesedaran harus dijalankan untuk menyedarkan pendudukan tentang
kepentingan mengurangkan sisa domestik.
Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah mengetahui sisa
domestik yang ada di kawasan Taman Sri Aman. Langkah-langkah
pengurusan sisa domestik secara bijaksana adalah dengan mengamalkan
3R, menguatkuasakan undang-undang dan mengadakan kempen.Saya juga
mengetahui kesan pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran, wabak
penyakit dan banjir kilat.Oleh hal yang demikian,saya berharap
pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawasanTaman Sri Aman,
Jitra, Kedah.
Buku teks
-Hizman Azman dan Mohamad Khairun,2016,Geografi Tingkatan 1,Selangor Darul
Ehsan,Era Visi SDN BHD
Internet
-Wikipedia