KONSEP KEJIRANAN "JIRAN SEPAKAT MEMBAWA KOMUNITI YANG SIHAT'
PENULIS EMIL RAIF BIN SYAHRUDIN 18DDT22F1109 KHAIRUL FAHMI BIN ARMAN JUNAIDIE 18DDT22F1033 NURUL AIN SAFIYA BINTI HASMADI 18DDT22F1013 EDITOR PENSYARAH ENCIK HANAFI BIN JUSOH
KANDUNGAN ISI PENGENALAN KONSEP KEJIRANAN DEFINISI JIRAN HAK BERJIRAN CIRI-CIRI JIRAN YANG BAIK 06 07 10 MUKA SURAT 05 08 ASAS KEJIRANAN OBJEKTIF BERJIRAN 11 12 ADAB BERJIRAN 04 KATA-KATA ALUAN 13 KESIMPULAN 14 RUJUKAN
ُة ِهللَا م َوَرْحَم ُك ْي لَسالُم َعَل َا ُه ُت َوَب َركا ASSALAMUALAIKUM W.B.T Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana dengan limpah kurnianya kami mampu menyediakan e-majalah Pengajian Islam. Seterusnya kalungan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Hanafi Bin Jusoh kerana beri tunjuk ajar dan bantuan terhadap e-majalah ini.
Pengenalan Konsep Kejiranan KONSEP KEJIRANAN adalah salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat iaitu amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan kejiranan adalah suatu konsep yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang akan memberi kesan yang besar kepada pembangunan, keamanan dan kesejahteraan suatu negara. Konsep kejiranan juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi suatu masyarakat setempat, melaluinya kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Hadis Nabi mengenai tanda kecil kiamat ada berbunyi: "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji. memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)
DEFINISI JIRAN Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan) samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat ataU kondominium. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga.
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. 4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya. 5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya. 6. Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juaga turut sedih bersamanya. 7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya. 8. Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. 9. Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu. HAK BERJIRAN 1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya. 2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman kepadanya.
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baikdalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah j ika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. 3 ASAS YANG PERLU DIAMALKAN MEMELIHARA JIRAN Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian polis. BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN
JANGAN MENYAKITI JIRAN tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan didalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Lebih dahsyat lagi apabila terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.
CIRI-CIRI JIRAN YANG BAIK • Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran lain. •Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan walaupun mereka bukan beragama Islam • Memuliakan dan menghormati jiran tetangga •Hidup aman damai jika wujud persefahaman dan kerjasama antara jiran tetangga
OBJEKTIF BERJIRAN contohnya meminjamkan kawasan rumah, membersihkan kawasan sekitar dan sebagainya ketika jiran mengadakan majlis seperti kenduri dan begitu juga kita hendaklah memberikan bantuan dan sokongan kepada jiran jika mereka ditimpa maksiat seperti apabila berlakunya kematian, kebakaran, bencana alam dan seumpamanya. Amalan sebegini dapat memupuk sikap berkasih-sayang dan hormat- menghormati sesama jiran tetangga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda Darioada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, darioada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ua memuliakan jirannya"
ADAB TERHADAP JIRAN -TOLONG MENOLONG -ZIARAH MENZIARAHI -SENTIASA BERTEGUR SAPA -SENTIASA PRIHATIN TERHADAP KEADAAN JIRAN -SAYANG MENYAYANGI -SENTIASA MEWUJUDKAN SUASANA YANG HARMONI
KESIMPULAN Kesimpulannya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang kian pupus ini amat penting untuk masyarakat kita terus mengamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedartentang kepentingan semangat kejiranan ini. Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh kita laksanankan untuk mewujudkan semua suasana yang positif ini di kediaman kita. Sekiranya pencegahan ini tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ia akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita. Ibarat kata pepatah, 'Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyara kat untuk bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejiranan di kediaman tempat tinggal kita tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa yang akan datang Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Akhir sekali, jika kita mengamalkan kehidupan yang baik, kehidupan kita akan sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Maka kita wajib mengamalkan adab ketika berada bersama jiran, la akan membawa banyak kebaikan dan hidup kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.
RUJUKAN KONSEP KEJIRANAN – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (wordpress.com) https:l/semiotik2 11.wordpress.co m/isu-konsephubungansesamamanusia/konsep -kejiranan-2/ http:l/keharmoni anhidupberjiran. blogspot.com/20 17/03/ciri-cirijiran-yangbaik.html http://linambadr i weebly.com/taju k--adabberjiran.html