The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-08-27 04:15:01

KOLEKSI SOALAN SEBENAR SEJARAH ISLAM

KOLEKSI SOALAN SEBENAR SEJARAH ISLAM

KOLEKSI SOALAN SEBENAR SEJARAH ISLAM
SOALAN STPM PENGGAL 2/2013

1. Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
2. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya
menubuhkan negara Islam dim Madinah.
3. Sejauh manakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kepada
kegiatan ekonomi penduduk Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka?
4. Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberi impak yang besar kepada masyarakat hari
ini. Bincangkan penyataan tersebut.
5. Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria.
6. Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah
pada awal abad ke-20 Masihi.
SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 2/2013
1. Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin.
2. Bincangkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammed al-Fateh.
3. Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16 Masihi.

4. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran.

5. Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20. Berikan ulasan anda.

6. Berikan ulasan anda tentang pengelibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 2/2014
1. Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik
sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah.
2. Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Perang Badar.
3. Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
4. Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
5. Sejauh manakah golongan intelektual berperanan menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir pada
abad ke-20 Masihi?
6. Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856
sehingga tahun 1918.

1

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 2/2014
1. Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khulafah al Rasyidin.
2. Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem
pemerintahannya.
4. Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.
5. Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19
dan abad ke-20 Masihi.
6. Bincangkan faktor luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 2 / 2015
1. Sejauhmanakah masyarakat Arab Jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang bertamadun.
2. Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al Khattab.
3. Bincangkan bagaimana pengurusan baitumal pada zaman Khulafa al Rasyidin
4. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, institusi pendidikan tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Jelaskan
5. Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18
Masihi hingga abad ke-20 Masihi.
6. Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
SOALAN STPM ULANGAN 2015
1. Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras golongan ar Riddah.
2. Nilaikan kepemimpinan Sultan Muhammad al Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15.
3. Huraikan ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.
4. Nilaikan sumbangan al Mas’udi dalam bidang penerokaan.
5. Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20 Masihi.
6. Huraikan faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada anad ke-20.

2

SOALAN STPM PENGGAL 2 2016
1. Bincangkan ciri – ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam di Madinah.
2. Jelaskan sistem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di
India.
3. Terangkan sumbangan Imam al Ghazali dalam bidang falsafah.
4. Huraikan lima ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 Masihi.
5. Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19
Masihi.
6. Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang tokoh intelektual Mesir. Terangkan peranan beliau dalam
gerakan nasionalisme di Mesir.

SOALAN STPM ULANGAN PENGGAL 2 2016
1. Jelaskan prinsip – prinsip daripada Piagam Madinah yang menjadi dasar pemerintahan Nabi
Muhammad SAW di Madinah.
2. Huraikan ciri kepemimpinan Salehuddin al Ayyubi sebagai seorang pemimpin tentera yang cemerlang.
3. Jelaskan pelaksanaan zakat pada zaman Khulafa al Rasyidin.
4. Huraikan faktor – faktor yang menjadikan Andalusia sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli,
iaitu pada zaman Khalifah Umayyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi.
5. Peluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyah berlaku kerana faktor agama, politik, dan
ekonomi. Huraikan.
6. Terangkan tiga peranan bidang kewartawanan dan media akhbar dalam gerakan nasionalisme di Mesir
pada akhir abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi.

3

SOALAN STPM PENGGAL 2 2017
1. Jelaskan struktur masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

2. Huraikan faktor politik, ekonomi, dan sosial yang mempengaruhi zaman keemasan Islam semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid.

3. Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad
ke-13 Masihi.

4. Bincangkan tiga pemikiran Ibnu Khaldun dalam bidang ketamadunan.

5. Perihalkan peranan Abdul Qadir al-Jazairi sebagai pelopor gerakan penentangan rakyat Algeria
terhadap penjajah Perancis pada abad ke-19 Masihi.

6. Penglibatan Khalifah Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan politik, ekonomi, dan
sosial kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah.Bincangkan.

SOALAN STPM ULANGAN PENGGAL 2 2017
1. Huraikan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa ar- Rasyidin.

2. Jelaskan struktur pemerintahan zaman Khalifah Uthmaniyah pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi.

3. Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

4. Nilaikan sumbangan intelektual al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi.

5. Bincangkan peranan golongan intelektual dan sasterawan dalam gerakan nasionalisme di Syria.

6. Bincangkan dasar British terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL PENGGAL 2 2018

1. Piagam Madinah menyumbang kepada pembentukan negara Islam yang maju dan stabil dari aspek politik
dan sosial. Bicangkan.

2. Terangkan ciri – ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al Ayyubi dalam pembebasan kota
Jerusalem.

3. Baitul Hikmah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan
Abbasiyah. Bincangkan.

4. Perihalkan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-12 Masihi.
5. Galurkan gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat dari abad ke-19 Masihi hingga

abda ke-20 Masihi.
6. Jelaskan faktor pembentukan negara bangsa Turki.

4

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL PENGGAL 2 2018
1. Terangkan konsep ummah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah
2. Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.
3. Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
4. Jelaskan peranan dan pelaksanaan baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
5. Bincangkan peranan Sayyid Jamaluddin al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh dalam gerakan

nasionalisme di Mesir.
6. Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20

Masihi.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL PENGGAL 2 2019
1. Huraikan peranan golongan Muhajirin bagi mengukuhkan negara Islam Madinah pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w.
2. Huraikan usaha yang telah dilakukan oleh Aurangzeb bagi mengukuhkan kerajaan Moghul di India.
3. Bincangkan pelaksanaan kharaj pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
4. Jelaskan sumbangan al Mas’udi dalam bidang geografi dan pelayaran.
5. Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Mesir.
6. Huraikan empat peperangan yang melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL PENGGAL 2 2019
1. Jelaskan sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah
2. Huraikan pembaharuan yang telak dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah kerajaan Bani

Umayyah.
3. Perihalkan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
4. Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 hingga

abad ke-13 Masihi
5. Bincangkan gerakan penentangan Abdul Qadir al Jazairi terhadap penjajahan Perancis di Algeria.
6. Bincangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20 Masihi.

5

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL PENGGAL 2 2020

1. Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial
bagi membina sebuah negara yang berkebajikan.

2. Bagaimanakah perjanjian yang dimeterai dengan pihak luar mempercepat kejatuhan Khalifah
Uthmaniyyah?.

3. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.
4. Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-11 Masihi hinggi abad

ke-13 Masihi.
5. Perihalkan peranan Ahmad Urabi Pasha dalam gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan

British pada abad ke-19 Masihi.
6. Huraikan faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN SEMESTER 2 2020
1. Bincangkan pembaharuan dalam bidang ekonomi dan politik semasa pemerintahan Khalifah Umar bin

Abdul Aziz
2. Huraikan pencapaian Maharaja Akhbar dalam bidang politik dan sosial untuk mengukuhkan empayar

Moghul di India.
3. Bincangkan peranan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Khalifah

Abbasiyah dari abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi.
4. Nilaikan sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan.
5. Bincangkan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19

hingga abad ke-20 Masihi.
6. Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20

Masihi.

SOALAN SEJARAH STPM 2020 - CALON KHAS ‘PANDEMIK’
1. Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang bertamadun?
2. Masyarakat Islam pada zaman Khalifah al Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan.
3. Bincangkan ciri pendidikan Islam pada zaman Khalifah Umayyah dari abad ke-7 Masihi hingga abad ke-8

Masihi.
4. Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran.
5. Gerakan Islah berperanan dalam meningkatkan kesedaran menentang penjajah di Mesir pada abad ke-19

Masihi. Bincangkan.
6. Bincangkan empat strategi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk mengalahkan kerajaan Turki

Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

6

7


Click to View FlipBook Version