The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-08-27 04:36:17

MODUL TUDINGAN SEJARAH SEMESTER 2 2020

MODUL TUDINGAN SEJARAH SEMESTER 2 2020

SEJARAH ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : MOHD ZAKI AHMAD - SMK SULTAN SULAIMAN
DISEMAK OLEH : ROKAMISAH MOHD YANUN - SMK SULTAN AHMAD
: HANITASURIA ABD GHANI - HUTECS

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH SEMESTER 2

TAJUK – TAJUK PERUNCINGAN

TEMA 1:

TEMA SKOP CONTOH SOALAN

 Kepemimpinan Nabi Muhammad Huraikan pembaharuan yg

dilaksanakan oleh Nabi Muhammad

s.a.w. selepas terbtknya ng Islam

Madinah

 Sumbangan Khalifah Bincangkan sumbangan Khalifah Harun
Masyarakat, Pemerintahan, al Rasyid yg membawa kegemilangan
Pertahanan dan Perhub Luar kerajan Abbasiyah.

 Jihad dan Peperangan Berikan pengertian jihad dan
kepentingan pelaksanaan etika
peperangan pd zaman Khulafa al
Rasyidin.

 Sistem Naungan Huraikan pelaksanaan sistem naungan
pada zaman Bani Umayyah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

TEMA 2:

TEMA SKOP CONTOH SOALAN

 Institusi Ekonomi Huraikan peranan Baitulmal pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah

Pembangunan dan  Pendidikan Nilaikan peranan Acheh sbg pusat
Penerokaan  Sumbangan Tokoh pendidikan di Alam Melayu pd abad ke-
16

Nilaikan sumbangan Ibn Sina dalam
bidang kedoktoran

 Penerokaan Jelaskan sumbangan Ibn Majid dalam
bidang penerokaan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

TEMA 3: SKOP CONTOH SOALAN
TEMA  Peluasan kuasa Barat
Bincangkan faktor kemerosotan
kerajaan Uthmaniyah.

 Kebangkitan Masyarakat Huraikan kebangkitan masyarakat
Tempatan tempatan terhadap British di Mesir.

Nasionalisme dan Pembtk Nilaikan kesan politik, ekonomi dan
Negara Bangsa sosial terhadap kerajaan Uthmaniyah
ekoran pembabitan dlm Perang Dunia I
 Perang Dunia Pertama

 Negara Bangsa Sejauh manakah pembentukan negara
bangsa dikaitkan dengan pengaruh
sekularisme mulai abad ke-19

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

TEMA 1

TAJUK : MASYARAKAT JAHILIYAH

SOALAN : Bincangkan ketamadunan kaum Quraisy sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan.

Pengenalan Kaum Quraisy berasal daripada keturunan Fihr bin Malik bin al Nadr, oleh sebab
kemunculan kaum ini sebelum diutuskan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul
akhir zaman, kaum ini juga tergolong dalam kalangan masyarakat Jahiliyah. Nama
Quraisy pula digunapakai berikutan kejayaan Qusay bin Kilab berjaya menyatukan
kelompok- kelompok tertentu; sesuai dengan perkataan taqarrasya yang
bermaksud penyatuan. Meskipun muncul pada zaman Jahiliyah, kabilah ini telah
memaparkan identiti memiliki ketamadunan yang tinggi.

Isi 1 Kaum Quraisy memiliki sistem pentadbiran yang sistematik bagi mentadbir kota
Pentadbiran Makkah sejak zaman Qusay bin Kilab lagi, apabila dibentukknya beberapa jawatan
dan jabatan. Penubuhan jabatan – jabatan ini diperlukan bagi menguruskan
pentadbiran khususnya pada musim haji. Antara jabatan yang dibentuk ialah Majlis
Hijabah, Majlis Siqayah, Majlis Rifadah, dan Majlis Liwa. Jabatan – jabatan ini
akan diisi oleh ahli keluarga / Bani Abd Manaf dan Abd al Dar selepas kematian
Qusay bin Kilab. Darul Nadwah telah didirikan sebagai tempat perbincangan,
menggambarkan wujudnya amalan demokrasi dalam kaum ini. Selain itu, kaum
Quraisy mempunyai sebuah majlis tertinggi yang dikenali sebagai Mala’ yang akan
disi oleh ketua – ketua suku, namun keputusan dalam majlis ini sering dipengaruhi
oleh golongan kaya dan lebih berpengaruh. Apa yang pasti, ternyata kaum Quraisy
memiliki sistem pentadbiran yang kemas dan segala keputusan adalah secara
kolektif.

Isi 2 Quraisy dianggap antara kaum bertamadun disebabkan kemampuan mereka
Ekonomi menjalan dan menjana ekonomi. al Quran sendiri mengiktiraf akan kehebatan kaum
ini menjalankan aktiviti perdagangan pada dua musim perdagangan yang berbeza,
Isi 3 iaitu musim panas, dengan Syam menjadi destinasi dan Yaman pada musim dingin.
Kebudayaan Kehebatan mereka menjalankan perdagangan berskala antarabangsa dibuktikan
dengan jalinan hubungan dengan Parsi, Habsyah, Mesir, China, dan India.
Isi 4 Kedudukan Makkah di tengah tengah jalan perdagangan juga telah menyebabkan
Keamanan kota ini berkembang sebagai pusat perdagangan dan ianya bertambah pesat ketika
musim haji. Situasi yang sibuk menyaksikan pembukaan pasar – pasar seperti
Isi 5 Ukadz, Zul Majaz dan al Majinah. Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan oleh kaum
Sifat Terpuji Quraisy ialah penternakan dan pertukangan khususnya mengukir patung patung
berhala. Apa yang menarik, dalam aktiviti ekonomi khususnya perdagangan, kaum
Quraisy telah menggunakan wang dinar dan dirham sebagai medium pertukaran.
Malah, golongan peniaga bijak membuat spekulasi, manipulasi kredit dan melabur
yang meliputi kegiatan perekonomian dari Aden di selatan hinggalah ke Damsyik di
utara. Saudagar yang kaya dari kalangan Bani Umaiyyah dan Bani Makhzum
dikatakan mempunyai kawasan perdagangan khas di Najran dan Tabalah serta Taif.

Walaupun masyarakat Arab sebelum Islam dikatakan majoriti buta huruf, namun
kelebihan kaum Quraisy mereka mampu menghasilkan karya – karya lisan sastera
berbentuk syair dan pidato secara lisan. Malah, pada musim haji telah dianjurkan
festival syair di pasar – pasar tersohor di kota Makkah itu. Kebiasaanya festival
ini dijalankan pada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. Syair – syair
yang terbaik akan digantung di dinding kaabah untuk tatapan khalayak. Pada zaman
ini, lahir ramai penyair dan penyajak serta pemidato seperti Imra al Qays, Zuhair,
Labid, ‘Antarah dan Amr bin Kulstum. Syair dan sajak yang dinukilkan dikatakan
mengandungi nilai sastera yang tinggi dan mengandungi informasi tentang
kehidupan masyarakat Arab. Malah, syair juga digunakan untuk menyemarakkan
perjuangan di medan perang sebagaimana ketika tentera Quraisy bertempur
dengan tentera Islam dalam Perang Uhud

Kabilah Quraisy berjaya mewujudkan keamanan dengan memperkenalkan bulan –
bulan suci. Pada bulan - bulan ini, segala konflik akan dihentikan serta merta
termasuk pergaduhan dan peperangan. Inilah antara faktor menyebabkan kota ini
berkembang sebagai pusat perdagangan. Selain itu, keamanan kota Makkah juga
dikaitkan dengan kebijaksanaan pemimpin Quraisy mengadakan perjanjian
keselamatan dengan kerajaan Byzantine, Parsi, dan Habsyah. Moyang Nabi
Muhammad, Hashim juga mengadakan perjanjian yang sama dengan kabilah –
kabilah Arab di sekitar Semenanjung Tanah Arab, perjanjian ini juga menawarkan
perkongsian perdagangan serta melindungi kota Makkah daripada serangan luar.

Di sebalik akhlak yang buruk, terselit juga sifat terpuji dalam kalangan
masyarakat ini. Antaranya, sifat berani, lasak, menepati janji dan sumpah, serta
sentiasa membantu golongan yang memerlukan sama ada golongan miskin mahupun
anak yatim. Selain itu, mereka juga sentiasa melayan tetamu dengan baik demi
menjaga imej mereka.

Kesimpulan Tidak dinafikan walaupun bangsa Arab sebelum Islam sering dikaitkan dengan
kemunduran dan kejahilan, namun begitu kalau diperhatikan secara terperinci
terdapat kemajuan yang dicapai oleh kaum tertentu, sebagai contohnya kaum
Quraisy di Makkah yang telah berjaya menonjolkan nilai ketamadunan yang tinggi,
maka tidak hairanlah daripada suku kaum ini lahir pemimpin yang berwibawa
termasuk Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa perubahan besar dalam kehidupn
masyarakat di Tanah Arab.

KLON SOALAN MASYARAKAT JAHILIYAH
1. Huraikan ketamadunan bangsa Arab sebelum Islam dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.
2. Bincangkan agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam
3. Bincangkan perubahan dalam kehidupan masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.

TAJUK : KEPEMIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

SOALAN : Huraikan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin kerajaan Islam Madinah.

Pengenalan Pembentukan negara Islam dikaitkan dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad
s.a.w. ke Madinah. Pembentukan negara Islam ini disusuli dengan penggubalan
Piagam Madinah yang telah membawa kepada perlantikan dan pengisytiharan Nabi
s.a.w. sebagai ketua negara Islam. Bermula dari sinilah, Baginda s.a.w. telah
melakukan pelbagai pembaharuan yang menggambarkan kejayaannya sebagai
pemimpin negara Islam Madinah.

Isi 1 Penggubalan Piagam Madinah menggambarkan kejayaan dan kehebatan Baginda
Penggubalan s.a.w. sebagai pemimpin negara Islam Madinah. Piagam ini digubal berdasarkan
Piagam sumber wahyu dan norma masyarakat dan ianya mengandungi 47 fasal dengan
pembahagian fasal kpd warga Islam dan bukan Islam. Piagam yang digubal ini
bersifat menyeluruh, merangkumi aspek kepemimpinan, tanggungjawab orang
Islam, hak – hak orang bukan Islam dan tanggungjawab bersama menjaga
keselamatan. Piagam yang digubal ini telah dijadikan set perundangan tertinggi
negara, asas penyelesaian masalah yang dihadapi oleh warga Madinah, mengawal
perilaku bangsa Yahudi, dan dijadikan asas untuk menentukan kesetiaan warga
Madinah terhadap negara dan kepemimpinan Baginda s.a.w. Tegasnya, penggubalan
piagam ini sesungguhnya menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad menggubal
sistem perundangan bertulis pertama dan menyerlahkan kehebatannya sebagai
pemimpin politik sekaligus menyerlahkan akan kedaulatan negara Islam Madinah.

Isi 2 Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. juga dilihat apabila Baginda s.a.w. telah bertindak
memperkenalkan prinsip dan amalan syura dalam pemerintahan. Tujuan Baginda
Prinsip dan berbuat sedemikian ialah bagi menggambarkan tidak berlakunya pemusatan kuasa
dalam pemerintahan, malah Baginda s.a.w. sentiasa telus dan terbuka menerima
Amalan Syura pandangan, kritikan atau apa – apa yang memberikan impak yang positif kepada
warga Madinah. Pelaksanaan prinsip dan amalan syura ini menggambarkan Nabi
Muhammad s.a.w. tidak berprejudis terhadap mana – mana pihak. Hal ini

disebabkan syura merupakan bukan sahaja hak pemerintah, malah menjadi hak
rakyat. Prinsip syura adalah bertunjangkan keikhlasan, dan segala keputusan
dibuat berdasarkan suara majoriti. Jelasnya di sini, prinsip dan amalan syura
diperkenalkan untuk memastikan semua warga negara tanpa mengira bangsa,
keturunan mahupun agama mengambil bahagian dalam pentadbiran sekaligus dapat
mewujudkan kestabilan politik negara Islam Madinah.

Isi 3 Seterusnya, Baginda s.a.w. telah bertindak membentuk sistem ekonomi baharu di
Sistem Ekonomi Madinah yang bercirikan keadilan dan menghapuskan segala bentuk penindasan
Islam dengan berpandukan wahyu. Pengenalan sistem ekonomi ini bermakna segala bentuk
penindasan seperti riba, penipuan serta yang lebih penting berjaya menghapuskan
eksploitasi Yahudi terhadap kegiatan ekonomi di Madinah. Sistem ekonomi yang
diperkenalkan ini juga menganjurkan pengagihan kekayaan secara sama rata, ini
terbukti dengan kwajipan umat Islam berzakat dan digalakkan bersedekah bagi
membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus dapat mengurangkan jurang
sosial antara umat Islam. Apa yang penting dengan pengenalan sistem ekonomi ini,
Nabi Muhammad s.a.w. dapat menyusun semula sistem ekonomi di Madinah
sekaligus dapat memulihkan ekonomi umat Islam di sana.

Isi 4 Pembentukan negara Islam telah membawa kepada pembentukan konsep baharu
Konsep Ummah masyarakat di Madinah. Sebelum penghijrahan Nabi ke Madinah dan pembentukan
negara Islam, masyarakat terbentuk melalui sistem kabilah yang diikat oleh
fahaman assabiyah ( perkauman yang melampau ). Fahaman inilah yang
menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat, mengundang
pergaduhan, peperangan, pembunuhan dan sebagainya. Namun, dengan
pembentukan negara Islam ini , Baginda telah memperkenalkan konsep ummah,
masyarakat baharu yang diikat dengan semangat kerjasama dan mengenepikan
fahaman yang melampau. Bagi umat Islam pula, mereka diikat dengan konsep akidah
dan persaudaraan manakala golongan bukan Islam khususnya Yahudi pula
diwajibkan menghormati kaum lain dan meninggalkan amalan memperlekehkan
bangsa lain. Hal ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang harmonis dan saling
bekerjasama antara satu sama lain sekaligus akan mewujudkan kestabilan politik
negara Islam Madinah.

Kesimpulan Pembaharuan yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja telah
mewujudkan landskap baharu terhadap negara Madinah, malah ianya telah
mencerminkan akan kewibawaan Nabi Muhammad sebagai pemimpin tertinggi
negara, dan ianya bersesuaian dengan gelaran sebagai negarawan ulung

KLON SOALAN KEPEMIMPINAN NABI MUHAMMAD
1. Huraikan dasar – dasar Nabi Muhammad s.a.w. bagi mentadbir pemerintahan negara Islam
Madinah.
2. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang layak bergelar negarawan. Jelaskan.

TAJUK : KEPEMIMPINAN KHALIFAH

SOALAN: Khalifah Harun al Rasyid merupakan individu yang bertanggungjawab membawa kegemilangan
kerajaan Abbasiyah. Bincangkan.

Pengenalan Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Abbasiyah, memerintah dari
tahun 786 M – 809 M, dilahirkan di Rayy, Khurasan. Harun al Rasyid memiliki
keperibadian yang hebat seperti bijak, citakan ilmu pengetahuan, warak, suka
membuat kebajikan, berpandangan jauh, dan gemar melakukan amalan keabjikan.
Kebijaksanaan menguruskan pemerintahan dan pentadbiran khususnya merangka
dasar politik, ekonomi, dan sosial ditambah dengan kerjasama pentadbir kerajaan
telah membawa kepada kegemilangan kerajaan ini.

Isi 1 Kejayaan terbesar Harun ialah berjaya mengalahkan musuh tradisi tersebut
Mengalahkan sebanyak dua kali di medan perang. Kemenangan pertama diperoleh pada tahun 782
Rom Timur Masihi, Maharani Irene terpaksa menandatangani gencatan senjata selama 3 tahun
dan sedia membayar sebanyak 90 000 dinar setiap tahun. Kemenangan ini juga
memberikan impak yang besar kepada pedagang Islam; kini dibenarkan
menjalankan perdagangan di perairan Laut Mediterranean. Malah, pada
kesempatan ini orang Islam bebas menyebarkan agama Islam. Peperangan kedua
berlaku ekoran pengganti Maharani Irene, Nichephorus enggan terikat dengan
perjanjian damai bertindak biadap dengan kerajaan Islam. Sebagai tindak balas,
Khalifah Harun membentuk tentera sejumlah 130 000 orang menggempur Rom,
bukan sahaja berjaya mengalahkan Rom Timur dan memaksa pemerintah tersebut
berdamai dan membayar ufti tahunan dengan kadar yang lebih tinggi. Tentera
Islam kini juga berjaya menguasai bandar – bandar seperti Iconium, Heraclea,
Tyans, dan Emphesus di Asia Minor. Kemenangan tentera Islam ke atas Rom bukan
sahaja telah menenggelamkan ego Rom Timur, malah memberikan banyak impak
positif dari sudut politik, ekonomi, dan agama sekaligus menonjolkan kehebatan
kerajaan ini.

Isi 2 Khalifah Harun al Rasyid bertindak bijak dengan mengadakan hubungan diplomatik
Pengiktirafan dengan kuasa – kuasa luar yang hebat. Antaranya, Perancis telah bersedia
Kerajaan Besar menjalinkan hubungan kerajaan Abbasiyah. Hubungan yang dijalinkan ini
menggambarkan Charlemagne dan Harun al Rasyid mencapai kesepakatan dalam
hubungan diplomatik ini memandangkan kedua – dua kerajaan ini menghadapi musuh
yang sama, iaitu kerajaan Islam di Andalusia dan kerajaan Rom. Perancis bukan
sahaja mengiktiraf kerajaan Abbasiyah, malah perjanjian yang termeterai ini
membolehkan orang – orang Islam berdagang dan berdakwah di Eropah Barat;
seolah – olah menjadikan negara Eropah Barat ini sebagai jambatan untuk Islam
bertapak ke benua Eropah. Pertukaran diplomat dan hadiah sering berlaku antara
kedua – dua belah pihak. Umpamanya, Khalifah Harun al Rasyid pernah mengirimkan
sebuah jam yag berdetik menggunakan air bagi menandakan waktu. Begitu juga
hubungan dengan China dan India telah banyak memberikan impak yang besar dari
sudut ekonomi dan perkembangan intelektual dan teknologi penciptaan kapal dan
kertas. Ringkasnya, jalinan hubungan dengan kuasa – kuasa besar telah membawa
kepada kestabilan dan keutuhan kerajaan Abbasiyah

Isi 3 Zaman Khalifah Harun al Rasyid menyaksikan pelbagai sektor ekonomi berkembang
Memakmurkan pesat khasnya pertanian dan perdagangan. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh
Ekonomi Khalifah Harun al Rasyid bagi memastikan perkembangan sektor pertanian
memandangkan Baghdad dan wilayah kekuasaan kerajaan ini seperti Mesir,
Khurasan, Syam, Yaman serta Bukhara memiliki banyak tanah pertanian yang
subur dan perkebunan yang luas khususnya tanaman buah – buahan dan bijirin.
Usaha menggalakkan pembukaan tanah – tanah baharu, bantuan baja, dan
kemudahan sistem tali air untuk mengairi kawasan pertanian telah disediakan.
Malah, Khalifah Harun menggalakkan golongan cerdik pandai melakukan
penyelidikan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Berhubung
dengan sektor perdagangan pula, kedudukan Baghdad yang strategik di laluan
perdagangan antarabangsa menyebabkan ianya berkembang dan menjadi tumpuan
para pedagang Timur dan Barat. Pelabuhan – pelabuhan lain seperti Aden, Basrah,
Kaherah dan Iskandariah turut dimajukan. Kemudahan prasarana dan jaminan
keselamatan disediakan termasuk kawasan perairan. Pelaksanaan sistem cukai yang
adil telah menyebabkan pelbagai barangan dagangan terdapat di sini seperti
sutera, kasturi, permata, permaidani, beras, gandum dan kaca. Bagi memastikan
pengurusan perdagangan, jalan dari Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean,
Tunisia dan Maghribi telah disediakan. Sesuatu yang menarik bagi menjana
ekonomi negara, Khalifah Harun juga menggalakkan pembabitan golongan
pembesar dan kaya membuka kilang – kilang khususnya industri pembuatan.
Ringkasnya, perkembangan ekonomi ini telah banyak meletakkan nama Harun al
Rasyid sebagai pemacu ekonomi kerajaan Abbasiyah seterusnya meniti era
gemilang.

Isi 4 Khalifah Harun al Rasyid juga telah berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai
Perkembangan pusat intelektual sekaligus menjadi tumpuan golongan cerdik pandai sama ada yang
Intelektual beragama Islam dan sebaliknya. Hal ini berkaitan dengan tindakan Khalifah Harun
yang telah mendirikan Baitul Hikmah yang merupakan gedung ilmu yang memainkan
pelbagai peranan seperti pusat penghasilan karya, penyalinan karya,
penterjemahan, muzakarah ilmu dan lokasi penyimpanan pelbagai karya serta
tempatan penyelidikan golongan cerdik pandai. Sikap Khalifah Harun yang
mencintai ilmu pengetahuan dan gemar berdamping dengan ilmuwan merancakkan
lagi perkembangan intelektual di sini setanding dengan kota Cordova, Seville,
Toledo di Andalusia. Antara ilmuwan yang lahir, berkhidmat dan aktif
menghasilkan karya ialah Abu Yusof , Imam Abu Haniffah, Imam Malik, Imam
Shafie, Suffian al Thauri, Ibn Sina, al Khwarizmi, Ibn Mattar, dan Yuhanna bin
Musawaih . Kesungguhan Khalifah Harun juga dapat dilihat apabila bandar – bandar
seperti Madinah, Kufah dan Kaherah turut dijadikan bandar ilmu, malah Khalifah
Harun sendiri dikatakan telah menggunakan wang sakunya untuk memberika
insentif di samping menyediakan peruntukan khas kerajaan kepada golongan cerdik
pandai.

Kesimpulan Kejayaan Khalifah Harun al Rasyid meletakkan kerajaan Abbasiyah pada era
kegemilangan sebenarnya diikaitkan dengan pelbagai faktor sama ada faktor
keperibadiannya, sokongan pembesar dan golongan cerdik pandai, iklim politik yang
stabil, memiliki kekuatan tentera dan kekuatan ekonomi menyebabkan zaman ini
dianggap sebagai penyumbang kepada bertahannya kerajaan beberapa abad
walaupun meniti era kemerosotan.

KLON SOALAN KEPEMIMPINAN KHALIFAH
1. Huraikan faktor – faktor yang menyumbang kegemilangan kerajaan Abbasiyah zaman Harun
al Rasyid
2. Bincangkan peranan Abu Bakar sehingga terbentuknya institusi khalifah dalam pemerintahan
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Kejayaan Khalifah Umar al Khattab membina era kegemilangan dikaitkan dengan sumbangan
Abu Bakar al Siddiq. Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini.

TAJUK : JIHAD DAN PEPERANGAN

SOALAN : Jelaskan pengertian jihad dan pelaksanaan etika peperangan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w

Pengenalan Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Islam yang datangnya dari
Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk membawa
manusia ke arah kesejahteraan dan keamanan sebagai khalifah di muka bumi.
Namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah
umat Islam diancam oleh musuh. Peperangan dalam Islam dimantapkan lagi adanya
konsep jihad bagi menyemarakkan lagi semangat tentera Islam ketika berhadapan
dengan musuh. Oleh itu tujuan peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin adalah
kesinambungan daripada peperangan yang telah berlaku pada zaman Rasulullah
iaitu untuk menjaga kesucian agama, mempertahan negara dan juga maruah umat
Islam itu sendiri.

Isi 1 Jihad dari segi bahasa berasal daripada kata terbitan Jahada yang bermaksud
Pengertian berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari sudut istilah syariat Islam,
Jihad ia merujuk usaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan
meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi bagi memimpin seluruh alam. Jihad
juga sering disitilahkan dengan perkataan perang dan perkara yang berkaitan
dengannya bagi mempertahankan agama, diri dan negara dengan matlamat
perjuangan kerana Allah. Dalam al Quran, perkataan jihad sering dikaitkan dengan
perkataan fi sabilillah yang membawa pengertian perjuangan dalam menegakkan
agama Allah sebagaimana terdapat dalam ayat Quran dalam Surah al Maidah dan
Surah al Anfal. Perkataan fi sabilillah di sini mengandungi pengertian yang luas
antaranya jalan kebaikan dan kebenaran, jalan untuk menegakkan agama Allah,
menghapuskan kezaliman dan kefasikan serta menegakkan keadilan dan
kesejahteraan.

Isi 2 Berjihad melalui peperangan bukanlah tindakan sembrono, Islam telah
Membentuk menganjurkan tatacara atau etika peperangan yang merangkumi sebelum, semasa
disiplin dan selepas peperangan. Pelaksanaan etika dalam peperangan merupakan salah
satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh kerana melalui etika
ianya akan membantu membentuk disiplin para pejuang Islam, umpamanya
mematuhi arahan daripada pemimpin atau mengikut strategi yang dirangka.
Tragedi Perang Uhud membuktikan perlunya akur dengan arahan pemimpin,
kegagalan mengikut arahan Nabi Muhammad apabila para pemanah yang berada di
Bukit Uhud meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan sahaja telah
menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan gugurnya 70
orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda SAW turut
mengalami kecederaan.

Isi 3 Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya agama Islam
Tolak ansur terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung akan dapat menarik
agama Islam golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima Islam sebagai pegangan
hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan membunuh golongan lemah, tidak
memusnahkan harta awam atau persendirian, dan layanan yang baik terhadap
tawanan – tawanan perang. Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan
tawanan Badar, malah dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan
Baitulmaqdis dan Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople

Isi 4 Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang mementingkan
Islam perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan etika sebelum
pentingkan peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau membayar jizyah
kedamaian sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan kepada mana – mana
pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan Islam. Begitu juga dengan etika
semasa peperangan, para tentera Islam mesti menghentikan peperangan
seandainya pihak musuh memohon perdamaian, malah ditegaskan setiap perjanjian
yang ditandatangani wajib ditaati, umpamanya ketetapan gencatan senjata selama
10 tahun antara umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan
musyrikin Makkah.

Kesimpulan Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas
peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep jihad yang
disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan kesucian agama
Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam tidak dihina atau
diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu, dalam merealisasikan
konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi panduan kepada para pejuang
Islam sama ada zaman Nabi Muhammad SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta
zaman – zaman seterusnya

KLON SOALAN JIHAD DAN PEPERANGAN
1. Bincangkan etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam di medan perang
2. Muhammad al Fateh bukan sahaja panglima tentera yang hebat malah dianggap pemacu
pembangunan kota Constantinople. Bincangkan.

TAJUK : BENTUK PEMERINTAHAN

SOALAN : Jelaskan sistem pemerintahan kerajaan Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Pengenalan Islam bertapak di Sepanyol ( Andalusia ) pada tahun 711 Masihi apabila tentera
Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan pemerintahan
Visigoth. Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk kerajaan Islam di Andalusia
yang dapat dibahagikan kepada beberapa tahap sehinggalah berakhirnya
kerajaan terakhir yang berpusat di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar
( Nasriyyah ) dikalahkan oleh tentera – tentera Kristian. Pun begitu, sepanjang
abad ke-13 Masihi telah memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil,
iaitu kerajaan Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem pemerintahan
tersendiri.

Isi 1 Sama ada kerajaan Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyyah, kedua – duanya
Pusat mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri. Kerajaan Muwahidun telah
Pemerintahan menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka selepas kejayaan
menyeberang Andalusia. Susulan daripada kejayaan ini, beberapa wilayah telah
dikuasai seperti Toledo, Santarem, dan Granada. Sejarah mencatatkan,
kerajaan ini mempunyai 13 orang pemerintah, dan pemerintah yang terkenal ialah
Sultan Abu Ya’qub Yusuf. Di bawah pimpinan Ibn Hud pula, Amir ini telah
menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya, dan memulakan usaha
menguasai wilayah seperti Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz. Manakala
kerajaan Nasriyyah pula diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga
dikenali sebagai Ibn al Ahmar telah menjadikan Granada sebagai pusat
pentadbirannya pada tahun 1235 memandangkan kedudukannya yang
strategik, antara Almeria dan Gibraltar serta dikelilingi oleh kubu
pertahanan yang kuat. Kekuatan kerajaan ini menyebabkan kerajaan Bani al
Ahmar dapat bertahan sehingga tahun 1396 Masihi

Isi 2 Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua – dua buah
Pemusatan kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah, amir, mahupun sultan.
kuasa di tangan Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran amir merupakan simbol kekuasaan
pemerintah tertinggi dan bertujuan memastikan jawatan ini berkekalan dan diwarisi oleh
putera – putera mahkota. Pun begitu, ada sesetengah pemerintah telah
menggunakan gelaran al Mahdi, al Nasir dan al Mansor yang bertujuan
menggambarkan akan keagungannya sebagai pemerintah; secara tidak langsung
menggambarkan adanya pengaruh Syiah dalam kerajaan ini. Sementara dalam
kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang menggunakan gelaran Sultan selain
penggunaan gelaran yang sinonim dengan kerajaan al Muawahidun iaitu Amir. Apa
yang pasti, gelaran yang digunapakai ini menggambarkan bertujuan menunjukkan
pemusatan kuasa di tangan pemerintah.

Isi 3 Seterusnya, bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar, pemerintah sama ada
Sistem Amir mahupun Sultan akan membentuk sistem birokrasi sama ada di peringkat
Birokrasi pusat mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah agak terhad. Antara jawatan
yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang merupakan wakil bagi khalifah
bertanggungjawab melantik pegawai – pegawai untuk membantunya dalam urusan.
Jabatan dan jawatan lain yang dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun

antaranya ialah Rais al Dawlah, al Wuzara, al Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah
al Jund, dan Nizam al Jibayah. Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek
politik, kewangan, ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus memberikan
gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah kepada pembangunan ekonomi,
sosial dan budaya.

Isi 4 Oleh sebab kedua – dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana yang agak
Polisi terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu, polisi ketenteraan
Perdamaian dan merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan ini. Bagi kerajaan al
Liberal Muwahidun umpamanya, mereka telah mengadakan perjanjian damai dengan pihak
Kristian yang telah bertahan selama 10 tahun sebelum berlakunya semula
pertelagahan antara kedua – dua pihak. Begitu juga dengan Ibn Ahmar pada tahun
1246 Masihi telah menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian serta
sedia membayar ufti dan menyerahkan beberapa buah wilayah demi
menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan
mengekalkan penguasaan kerajaan Nasriyah. Pun begitu sentimen antiIslam yang
menebal dalam kalangan pemimpin Kristian telah menyebabkan kerajaan Granada
diserang bertali arus sekaligus melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492 Masihi
Salah satu keunikan dua buah kerajaan ini ialah dasar liberal yang dilaksanakan,
umpamanya bagi kerajaan al Muwahidun, pemerintah tidak memihak kepada mana
– mana mazhab sebagaimana kerajaan Murabitun sebelum ini yang memihak kepada
Mazhab Maliki. Sikap liberal ini menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan
daripada orang – orang Islam. Dasar liberal kerajaan Nasriyah pula dapat dilihat,
apabila pemimpin – pemimpin kerajaan ini memberikan layanan yang baik kepada
golongan bukan Islam sekaligus telah mendapat kesetiaan daripada penduduk
Granada. Dasar liberal yang dilaksanakan sesungguhnya dapat menjamin kekuatan
dan keutuhan sama ada kerajaan al Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyah

Kesimpulan Walaupun kedua – dua buah kerajaan Islam ini menghadapi ancaman yang begitu
getir daripada golongan bukan Islam khususnya golongan Kristian, namun dengan
pentabiran yang sistematik khususnya pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun
Sultan, ditambah dengan dasar – dasar yang dilaksanakan kerajaan ini telah dapat
bertahan sehingga penghujung abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang
bernilai di bumi Eropah

KLON SOALAN BENTUK PEMERINTAHAN
1. Bincangkan bentuk pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin
2. Huraikan struktur pemerintahan kerajaan pusat kerajaan Uthmaniyyah.

TAJUK : HUBUNGAN LUAR

SOALAN: Perihalkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kekuasaan kerajaan Bani Umaiyyah.

Pengenalan Pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke-7
hingga abad ke-8M boleh dilihat menerusi pembayaran jizyah. Jizyah merupakan
cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir zimmi. Pelaksanaan cukai ini
sebagai balasan kerajaan Islam memberikan status perlindungan nyawa dan harta
benda, hak kebebasan beragama, memperoleh perlindungan (kebajikan) dan hak
kebebasan bekerja iaitu mendapat jawatan kerajaan daripada pemerintah.
Jelaslah bahawa, pelaksanaan sistem naungan ini memberikan kebaikan kepada
kedua- dua pihak, iaitu pemerintah mendapat kutipan cukai (jizyah) manakala
rakyat (kafir zimmi) akan mendapat perlindungan dan manfaat sebagaimana
dijanjikan

Isi 1 Bermula zaman Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan, pengasas kerajaan Bani
Zaman Umaiyah, Diwan al Kharaj ( Jabatan Kewangan ) telah ditubuhkan bagi
Muawiyyah 1 mengendalikan urusan pemungutan cukai termasuk cukai jizyah. Pegawai – pegawai
yang bertugas dalam jabatan ini dilantik secara langsung oleh khalifah, dan
bertanggungjawab menjalankan kutipan cukai sama ada di peringkat pusat mahupun
peringkat wilayah. Tegasnya dengan penubuhan jabatan ini, pengutipan cukai lebih
sistematik dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar

Isi 2 Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685-705M), jizyah turut
Zaman Abd dikenakan ke atas golongan Mawali (bukan Arab yang memeluk Islam) dan
Malik
golongan rahib yang sebelum ini dikecualikan pada zaman Khulafa al Rasyidin. Hal
ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati golongan Mawali dan menganggap
tindakan Khalifah Abdul Malik bin Marwan sebagai satu bentuk diskriminasi Arab
dan bukan Arab. Manakala bagi golongan rahib pula tindakan ini menimbulkan rasa
tidak senang kalangan agamawan bukan Islam, kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w
lagi mereka tidak dikenakan sebarang cukai. Hal ini menyebabkan adanya cubaan
memberontak dalam kalangan golongan Mawali selain menganggap diskriminasi ini
semata-mata memenuhi sumber prndapatan kerajaan serta memenuhi agenda
politik khalifah semasa.

Isi 3 Di samping itu, ketika pemerintahan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik, baginda
Zaman Al Walid meneruskan sistem naungan ini dengan mengenakan jizyah ke atas penduduk
(kafir zimmi) setelah berjaya dalam beberapa ekspedisi ketenteraan ke Asia
Tengah, Afrika Utara dan Eropah Selatan. Selain itu, baginda juga mengenakan
jizyah sebagai balasan memberikan naungan setelah berjaya dalam ekspedisi yang
diketuai oleh Muhammad al Qasim ke India Barat dan China Barat. Dalam misi ini,
Muhammad al Qasim berjaya mengalahkan Raja Dhaha (pemerintah Sind) dan
Multan. Tuntasnya, kemenangan dalam ekspedisi ketenteraan ini telah
menyebabkan sumber Baitul mal meningkat ekoran peningkatan hasil kutipan
jizyah dari wilayah – wilayah berkenaan.

Isi 4 Selain itu, pelaksanaan sistem naungan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
Zaman Umar Abdul Aziz agak berbeza. Baginda mengambil pendekatan berbeza dengan
Abd Aziz memanggil balik tentera di medan peperangan dan menggantikannya dengan
seruan dakwah, selain melakukan perubahan dasar pungutan jizyah. Khalifah
Umar bin Abdul Aziz bertindak memansuhkan cukai jizyah ke atas orang
Islam bukan Arab (Mawali). Baginda menghapuskan diskriminasi terhadap
golongan Mawali dan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur antara Arab
dan bukan Arab serta memujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam. Kadar
bayaran cukai jizyah juga dikurangkan kepada 200 dirham agar tidak
membebankan rakyat. Tindakan ini telah menyebabkan negara berada dalam
keadaan aman dan makmur dengan rakyat menyanjung pemerintahan baginda.

Zaman Yazid b Di samping itu, pelaksanaan sistem naungan yang diamalkan oleh pemerintahan
Abd Malek dan Khalifah Yazid bin Abdul Malik agak berbeza berbanding Khalifah Umar Abdul
seterusnya Aziz. Khalifah Yazid Abdul Malik telah menghidupkan kembali dasar diskriminasi
terhadap golongan Mawali. Golongan Mawali perlu membayar kembali jizyah
dengan bayaran dinaikkan sebanyak 20 peratus. Akibatnya, rakyat yang tidak
berpuas hati telah memberontak selain, banyak wilayah dan negeri naungan cuba
membebaskan diri dari kawalan pemerintah di Damsyik. Golongan Khawarij dan
Syiah turut menggunakan kesempatan ini untuk memberontak terhadap kerajaan
Umaiyah.

Kesimpulan Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa kepada
pengiktirafan negara-negara lain termasuk dari dua kuasa dunia ketika itu, iaitu
Rom dan Parsi, walaupun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam. Menerusi
hubungan yang dijalankan ini keunggulan pemerintah Islam terserlah menerusi
pendekatan yang diambil oleh pemerintah dan peranan gabenor dalam
melaksanakan kutipan jizyah dan timbal balas menjaga keselamatan rakyat tanpa
mengira agama dan warna kulit.

KLON SOALAN HUBUNGAN LUAR
1. Bincangkan kesan perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan Uthmaniyyah dengan kuasa – kuasa
Barat pada abad ke-16 dan abad ke-17
2. Perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat telah meninggalkan impak yang mendalam terhadap
kerajaan Uthmaniyyah
3. Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada era pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar al Khattab

TEMA 2

TAJUK : INSTITUSI EKONOMI

SOALAN: Analisiskan peranan penubuhan Baitulmal pada zaman kerajaan Abbasiyah

Pengenalan Baitulmal dapat ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab
menyelenggara segala urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Istilah moden
kepada Baitulmal ialah Perbendaharaan Negara. Institusi ini juga
bertanggungjawab menguruskan segala harta – harta amanah seperti wakaf dan
menyimpan barangan berharga seperti emas, perak, permata dan sebagainya.
Zaman kerajaan Abbasiyyah menyaksikan peranan Baitulmal begitu penting
khususnya dalam menjana ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup umat
Islam bukan sahaja di Baghdad malah wilayah kekuasaan kerajaan ini.

Isi 1 Salah satu sumber utama Baitulmal ialah zakat yang terbahagi kepada zakat fitrah
Golongan asnaf dan zakat harta. Sumber yang diperoleh ini akan diagihkan kepada golongan asnaf,
iaitu golongan yang layak menerima zakat iaitu golongan fakir, miskin, mualaf,
orang berhutang, hamba yang ingin membebaskan diri, musafir yang keputusan
bekalan, orang yang berjihad di jalan Allah serta amil yang dipertanggungjawabkan
memungut sumber zakat ini. Institusi Baitulmal berperanan mengagihkan sumber
ini dengan bertujuan untuk meringankan beban golongan ini dalam meneruskan
kehidupan, merapatkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat, dan paling
penting akan mengeratkan silaturahim. Sesungguhnya, Baitulmal ini penting bagi
kedamaian dalam masyarakat dan sifat saling bertanggungjawab sesama saudara
beragama Islam

Isi 2 Sumber Baitulmal juga digunakan untuk membiayai apa – apa perkara yang
Ketenteraan berkaitan dengan ketenteraan, sama ada gaji dan imbuhan kepada tentera,
penyediaan kelengkapan dan prasarana serta senjata di samping menampung
operasi – operasi ketenteraan sama ada di darat mahupun di kawasan perairan.
Semua anggota tentera sama ada tentera tetap, pengawal khalifah, dan
sukarelawan diberikan gaji daripada sumber Baitulmal. Sumber Baitulmal juga
digunakan untuk mengambil dan memberikan latihan kepada tentera – tentera
baharu yang akan disalurkan melalui Majlis Muqabalah ( Bahagian Latihan ). Zaman
Khalifah Harun al Rasyid, peruntukan baitulmal telah dimanfaatkan bagi membiayai
kempen memerangi Rom Timur dan menguasai wilayah di Asia Minor serta
menamatkan pemberontakan di Mosul, Armenia, dan Afrika Utara. Malah,
penyediaan pangkalan – pangkalan bagi tentera laut serta kelengkapan ketenteraan
seperti senjata dan kapal – kapal juga disediakan khas oleh Baitulmal. Tegasnya,
peruntukan ketenteraan yang disediakan ini mampu memberikan kekuatan ampuh
kepada sistem pertahanan dan ketahanan kerajaan Abbasiyah.

Isi 3 Seterusnya, institusi Baitulmal juga berperanan menyalurkan sumber kewangan
Penyediaan bagi penyediaan kemudahan atau prasarana yang boleh manfaatkan oleh rakyat.
Prasarana Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan jalan perdagangan sama ada
jalan darat mahupun laluan kawasan perairan bagi memastikan aktiviti perdagangan
Isi 4 berjalan dengan lancar. Kerajaan juga menyediakan kemudahan – kemudahan di
Pendidikan pelabuhan seperti ruang niaga yang selesa ( pasar ), tempat penyimpanan barangan
dan sebagainya. Kemudahan ini terdapat di pelabuhan seperti Baghdad, Basrah,
Isi 5 Kaherah, Khurasan, dan lain – lain. Bagi membantu golongan petani pula, kerajaan
Intelektual menyediakan kemudahan seperti sistem tali air, bantuan pembukaan tanah – tanah
baharu, dan bantuan baja. Kerajaan Abbasiyah juga menyediakan bantuan sosial
Kesimpulan dengan memperuntukkan khas bagi menyediakan rumah – rumah kebajikan,
hospital, dan rumah anak anak yatim. Bagi memastikan syiar Islam berkembang,
banyak masjid didirikan termasuk membesarkan ruang – ruang di masjid tertentu.

Baitulmal juga berperanan menyediakan kemudahan pendidikan dalam kalangan
rakyat sesuai dengan sikap pemerintah yang gemarkan ilmu pengetahuan dan
berhasrat melahirkan golongan bijak pandai. Kebanyakan kampung dan bandar
mempunyai sekolah rendah dan sekolah menengah. Institusi pengajian tinggi turut
disediakan, umapamanya Universiti al Nizamiyah, Universiti al Mustansir, al
Aminiyah, al Tarkhaniyah, al Salaniyah, dan al Nasiriyah. Di setiap bandar seperti
Kaherah, Naisabur, Samarqand, Isfahan, Marw, Balkh akan terdapat sekurang –
kurangnya sebuah pusat pengajian tinggi. Kerajaan melalui Baitulmal turut
mendirikan perpustakaan dan menyediakan pelbagai insentif bagi menarik pelajar
mendalami ilmu pengetahuan.

Baitulmal merupakan institusi terpenting menyemarakkan perkembangan
intelektual. Dalam hal ini, Baitulmal memainkan peranan penting memastikan Baitul
Hikmah berfungsi sebagai pusat intelektual, sama ada sebagai tempat penghasilan
karya, penyalinan karya, penterjemahan, penyelidikan, perbincangan ilmiah dan
sebagainya. Kegiatan intelektual berkembang pesat pada zaman pemerintahan
Khalifah Harun al Rasyid dan Khalifah al Makmun, ramai ilmuwan sama ada yang
menguasai ilmu aqli dan ilmu naqli telah menghasilkan pelbagai karya untuk rujukan.
Contohnya, Ibn Sina telah menghasilkan karya perubatan, al Qanun al Tibb yang
dianggap ensiklopedia perubatan terawal manakala al Khawarizmi mengemukakan
idea – idea matematik sehingga digelar Bapa Algebra. Banyak karya Yunani, India
telah diterjemahkan khususnya bidang perubatan dan astronomi serta falsafah.
Baitulmal telah memperuntukkan dana khas bagi menggalakkan kegiatan
penyelidikan dan insentif bagi setiap ilmuwan yang menghasilkan karya sehingga
Baghdad pada masa itu telah menjadi pusat intelektual setanding dengan Cardova.

Peranan Baitulmal pada zaman kerajaan Abbasiyah bukan sekadar mengumpul
sumber pendapatan negara dalam bentuk cukai mahupun zakat, sebaliknya institusi
ini memainkan peranan penting dalam menunaikan tanggungjawab dan membantu
kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan atau prasarana serta
menambahkan kemasyhuran kota Baghdad sebagai ketamadunan yang unggul
menjelang Zaman Pertengahan.

KLON SOALAN INSTITUSI DAN KEGIATAN EKONOMI
1. Bincangkan pelaksanaan cukai jizyah pada zaman Khulafa al Rasyidin.
2. Huraikan pelaksanaan sistem cukai pada zaman Khulafa al Rasyidin.
3. Bincangkan pengurusan kewangan kerajaan Abbasiyah dari zaman Khalifah Harun al Rasyid
sehingga Khalifah al Qadir.
4. Bincangkan faktor perkembangan kegiatan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 Masihi

TAJUK : INTELEKTUAL

SOALAN : Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan.

Pengenalan Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota Thus, timur laut Iran pada
1058M. Sejak kecil Al-Ghazali mengembara untuk mendalami pelbagai disiplin
ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam Al- Radzakani dan Imam Al-Abi Nash
Al-Ismail’li. Kealiman beliau dalam menuntut ilmu telah membolehkan beliau
menguasai ilmu falsafah, usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-
Ghazali diambil bersempena pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing
(al-Ghazzal). Keintelektualan al-Ghazali terselah sehinggakan beliau dikenali
dengan pelbagai gelaran termasuklah Hujjatul Islam (Pembela Islam).

Isi 1 Antara sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan ialah menghasilkan
Falsafah karya falsafah Islam bagi memurnikan dan menyaingi falsafah Yunani yang
berdasarkan fikiran semata – mata. Penulisan beliau menerusi kitab Maqasid
Falasifah (Tujuan Ilmu Falasafah) memerihalkan teori falsafah, manakala Kitab
Tahafut al-Falasifah (Kekacauan Para Filosofi) yang membincangkan
penyelewengan falsafah Barat tentang Fizik dan metafizik daripada sudut
pandangan Islam. Hasil karya berkaitan falsafah Islam ini lahir di tengah-tengah
kecelaruan yang timbul dalam dunia keintelektualan Islam yang mula diresapi
pengaruh falsafah Barat. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh al-Ghazali
sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan Yang Esa. Selain
itu, keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat apabila beliau mengkategorikan
ahli falsafah kepada tiga golongan pada zamannya yang membincangkan perkara
yang berhubung kait dengan falsafah ketuhanan. Golongan ini membincangkan soal
ketuhanan berdasarkan akal semata-mata, golongan atheis (menafikan wujudnya
pencipta) dan golongan natural yang banyak mengkaji tabiat, kejadian dan anatomi
manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tiada kebangkitan
semula, tiada dosa dan tiada pahala. Hal ini mendapat kritikan yang hebat
daripada al-Ghazali yang kemudiannya menolak hujah-hujan tersebut dengan
mengkategorikan ilmu falsafah ini kepada ilmu matematik, mantik, fizik,
ketuhanan, siasah dan akhlak

Isi 2 Keintelektualan al-Ghazali juga boleh dilihat menerusi bidang politik. Al-Ghazali
Politik mempelajari ilmu sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau menghasilkan karya
Mustaz-hiri, Al-Munqiz Minad Dhalal dan Iqtishad fil I’tiqad. Karyanya, Iqtishad
Isi 3 fil I’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga
Tasawwuf menyatakan cara untuk membaiki urusan politik dengan memberi pengertian
pemasalahan, menasihati pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam
Isi 4 karyanya berjudul al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Hal ini jelas menunjukkan
Ilmu Kalam al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukakan idea baharu, bahkan sanggup
mengkritik pemimpin yang mula meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Politik
yang dianjurkan oleh al Ghazali adalah politik bermoral, bertujuan mengelak
penyelewengan kuasa dan kezaliman. Beliau mengemukakan pandangan sewajarnya
pemimpin mendapat nasihat daripada ulama dalam hal ehwal pentadbiran. Beliau
juga berpandangan kerosakan rakyat adalah disebabkan kerosakan pemimpin, dan
kerosakan pemimpin disebabkan kebekuan ulama yang mengejar kemewahan.
Hubungan antara pemimpin dan rakyat seperti dua tonggak, satu patah pasti akan
berlaku kepincangan. Beliau juga berpandangan konsep politik perwakilan mesti
dihormati dengan jelas dan mendalam.

Di samping itu, al-Ghazali juga terkenal dalam bidang keagamaan khususnya
bidang tasawwuf, menerusi karya agungnya iaitu Ihya’ Ulumuddin yang
kemudiannya diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Karangan beliau ini
dihasilkan ketika falsafah Yunani mula meresap masuk dalam jiwa umat Islam.
Beliau juga menyentuh peri pentingnya keseimbangan antara urusan dunia dan
akhirat. Antara kata-kata terkenal beliau “tidaklah akan ada sistem yang baik
bagi agama kecuali dengan adanya sistem yang baik untuk urusan-urusan dunia”.
Al-Ghazali juga menekankan kepentingan mempelajari ilmu, dan memiliki akhlak
yang baik, selain memaparkan kaedah pembelajaran yang baik serta kepentingan
ilmu sains seperti perubatan, pertanian, matematik, teknik dan lain-lain yang
mesti selari dengan al-Quran dan sunnah Rasul. Hasil daripada keilmuan al-Ghazali
masyarakat Muslim di Andalusia mampu menterjemahkannya dalam bentuk
pembinaan teknologi dan sains yang sangat pesat setelah ketiadaan beliau.

Selain itu, al-Ghazali juga terkenal dengan kehebatan ilmu Kalam. Beliau banyak
mematahkan hujah-hujah pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu
yang timbul berkaitan ilmu kalam ini. Al-Ghazali berpendapat mempertahankan
dan membela akidah ahli sunnah waljamaah menjadi keutamaan beliau. Beliau juga
tidak menyukai majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam kerana sekiranya silap
berhujah, tanpa berpaksikan al-Quran dan Hadis, kelak akan meningkatkan
kecelaruan dalam masyarakat ketika itu. Baginya, Ilmu Kalam tidak menjadi
keutamaan kerana kurang memberikan manfaat dan mudah tersasar dari
mengenal Allah serta menyimpang jauh daripada perkara yang dibincangkan oleh
para ulama salaf. Jelaslah bahawa walaupun al- Ghazali seorang yang hebat
berkaitan ilmu kalam, namun beliau dapat melihat sekiranya tidak ditangani
pemasalahan ilmu kalam ini sebaik mungkin, perpecahan dalam kalangan
masyarakat Islam akan berlaku

Kesimpulan Kesimpulannya, keintelektulan al-Ghazali telah membolehkan beliau menguasai
pelbagai disiplin ilmu yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat
komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang falsafah,
keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah- tengah umat Islam berhadapan
pemikiran Barat dengan menangkis dan memberikan hujah-hujah yang bernas
telah melayakkan beliau digelar dengan Hujjatul Islam.

Soalan : Nilaikan sumbangan Ibn Sina dalam bidang kedoktoran.

Pengenalan Ibn Sina atau nama sebenarnya Abu Ali al Husayn bn Abdullah dilahirkan pada
tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Merupakan individu yang taat beragama dan
tekun mempelajari apa – apa bermanfaat. Semasa berusia 16 tahun, tokoh ini
telah menguasai ilmu perubatan selain menguasai pelbagai cabang ilmu lain seperti
ilmu falsafah, geografi, kimia dan ilmu agama. Tokoh yang dikenali dengan nama
Avicenna di Eropah ini telah meninggal dunia pada tahun 1037 Masihi di Hamazan
ketika berusia 58 tahun.

Isi 1 Ibn Sina telah menghasilkan karya perubatan teragung yang dikenali sebagai
Karya Qanun al Tibb yang dianggap sebagai ensiklopedia perubatan terawal atau
Perubatan himpunan segala ilmu perubatan. Karya ini merupakan salah satu karya perubatan
yang dihasilkan daripada 116 buah karya yang dihasilkan. Karya ini mengandungi
atau menyenaraikan segala penyakit dan ubatan yang melibatkan anggota badan
manusia. Seperkara yang menarik karya ini juga membicarakan tentang penyakit
saraf, suatu penemuan baharu dalam kalangan pengamal perubatan. Kehebatan Ibn
Sina menghasilkan karya perubatan ini juga dapat dilihat dengan kemampuannya
menghasilkan karya dalam bentuk puisi yang judulnya diterjemahkan The Remedies
of Heart. Karya – karya perubatan yang dihasilkan oleh Ibn Sina ialah al Adawiyah
al Qalbiyah, al Affiyah al Tibbiyah, dan Kitab al Sifa. Sesungguhnya, kehebatan
Ibn Sina bukan sahaja disebabkan komitmen dan kesungguhannya melakukan
penyelidikan malah beliau telah merakamkan dalam bentuk tulisan, dan ianya telah
diterjemahkan ke pelbagai bahasa sebagaimana kitab Qanun al Tibb yang dijadikan
sumber rujukan di universiti di Eropah dan rujukan hingga kini.

Isi 2 Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini, Ibn Sina telah
Penemuan berjaya menemui beberapa penyakit baharu termasuk menjelaskan simpton –
Penyakit Baharu simpton penyakit ini dan bagaimana menangani penyakit – penyakit ini. Ibn Sina
telah berjaya mengenalpasti penyakit baharu seperti rubella, alahan, cacar, dan
penyakit jiwa. Begitu juga penyakit diabetes, Ibn Sina telah mengenal pasti
simpton – simptonnya dan menghuraikan kesan penyakit ini terhadap badan
manusia. Sesuatu yang menarik juga di sini, beliau telah mencatatkan penyakit paru
– paru merupakan suatu penyakit yang berjangkit, dan langkah tertentu perlu
dilakukan termasuk kuarantin. Beliau juga menyatakan bahawa antara penyakit
berbahaya yang boleh membawa maut ialah barah; penyakit ini banyak menyerang
golongan wanita. Apa yang pasti penemuan pelbagai penyakit baharu ini merupakan
sesuatu yang penting dan akan menyedarkan masyarakat betapa perlu berhati –
hati dan menitik beratkan aspek kesihatan.

Isi 3 Teori ini dikemukakan dalam karya teragung, Qanun al Tibb. Ilmu anatomi
Teori Anatomi merupakan cabang ilmu berkaitan dengan struktur tubuh pada manusia, haiwan
dan Fisiologi atau makhluk lain. Manakala ilmu fisiologi pula berkaitan dengan sistem atau fungsi
tubuh yang ada dalam badan termasuk organ – organ secara keseluruhan termasuk
sel – sel kecil , dan amnya kedua – dua ilmu ini, anatomi dan fisiologi tidak dapat
dipisahkan. Ibn Sina telah menjelaskan secara lakaran dan terperinci akan sistem
peredaran manusia termasuk fungsi kedua – dua injap jantung manusia. Beliau telah
mengemukakan satu analogi struktur dan organ manusia umpama alam semesta
yang luas. Ibn Sina dalam karya tersebut telah menyatakan darah mengalir secara
terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Oleh sebab inilah,
Ibn Sina dianggap sebagai doktor pertama yang dikatakan menemui akan sistem
peredaran darah manusia. Melalui bidang ini juga, Ibn Sina berjaya
mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung.

Isi 4 Tokoh ini juga telah berjaya menemukan aspek – aspek baharu dalam bidang
Bidang Farmasi farmasi; salah satu cabang dalam ilmu kedoktoran. Sesuai dengan penyakit –
penyakit yang ditemui dan dikenalpasti, Ibn Sina telah berjaya menghasilkan ubat
untuk pelbagai jenis penyakit, dan hasil daripada diagnosis beliau mampu
mengutarakan kaedah pengambilan ubat mengikut preskripsi atau dos yang betul
bagi mempercepatkan lagi penyembuhan. Seperkara yang menarik dalam bidnag
farmasi ini, Ibn Sina telah berjaya menemui dan mencipta peralatan yang
membantu pembedahan, umpamanya penghasilan ubat bius, penciptaan picagari,
benang khas untuk menjahit luka pembedahan dan lain – lain. Setiap luka perlu
dibersihkan bagi mengelak infeksi yang berbahaya.

Isi 5 Ibn Sina juga dianggap antara pakar jiwa yang terawal; memperkenalkan kaedah
Ilmu Kejiwaan rawatan penyakit jiwa kerana menyedari kepentingan emosi dalam proses rawatan
dan pemulihan pesakit jiwa atau yang menghadapi kemurungan. Kejayaan terbesat
tokoh ini ialah mengembangkan ilmu psikologi dalam perubatan membuat beberapa
penemuan baharu yang dikenali sebagai ilmi psikosomatik. Kehebatannya sebagai
pakar sakit jiwa atau tekanan perasaan ini dibuktikan dengan kejayaannya
memulihkan emosi seorang pembesar dan kerabat pemerintah wilayah Jurjan. Apa
yang penting berhubung dengan rawatan kejiwaan ini ialah Ibn Sina telah
menyatakan kesan gangguan jiwa terhadap minda dan fizikal / jasad manusia.

Kesimpulan Kehebatan Ibn Sina dalam bidang perubatan menyebabkan tokoh ini dikenali
dengan pelbagai gelaran antaranya Medicorum Principal ( Raja Diraja Doktor ) oleh
masyarakat Latin, malah pernah berkhidmat sebagai doctor diaraja di Bukhara
letika berusia seawal 18 tahun. Ibn Sina juga disanjung sebagai Zenith; iaitu
puncak tertinggi dalam ilmu perubatan dan gelaran al Syeikh al Rais iaitu guru raja
dan Raja Para Doktor dan Raja Ubat dalam dalam kalangan pengamal perubatan
Islam.

SOALAN KLON TOKOH INTELEKTUAL
1. Analisiskan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik

TAJUK : PENEROKAAN

SOALAN : Penerokaan Ibn Majid telah menghasilkan pelbagai catatan dan peningkatan ilmu tekonologi
pelayaran.

Pengenalan Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al Din bin Majid al Najdi merupakan
antara pelayar berbangsa Arab yang hebat kerana keupayaannya meneruskan
legasi bapanya yang berjaya merentasi Lau Merah dan Laut Hindi. Sekiranya bapa
dan datuknyanya terkenal dengan jolokan Mualim al Barrain, Ibn Majid dianggap
umpama Singa Laut disebabkan kemahirannya tentang kawasan atau perairan Laut
Hindi. Tokoh ini banyak memberikan sumbangan dengan menghasilkan pelbagai
karya dan mencetuskan idea yang membawa kepada peningkatan ilmu berkaitan
teknologi pelayaran.

Isi 1 Ibn Majid telah menghasilkan pelbagai karya yang menyentuh tentang ilmu
Karya Ibn Majid kelautan, penggunaan bintang dalam pelayaran, kaedah penentuan kiblat dan
pelbagai perkara yang berkaitan dengannya. Tokoh ini dikatakan telah
menghasilkan lebih daripada 40 buah kitab. Antara karyanya yang masyhur ialah al
Fawaid fi Usul Ilm al Bahr wa al Qawaid yang mencatatkan laluan Lautan Hindi,
penggunaan jarum magnet dan kompas dalam pelayaran, gambaran 10 buah pulau
termasuk Pulau Jawa, Sumatera, dan Sri Lanka. Sebuah lagi kitabnya yang
terkenal ialah Hawiyat al Ikhtisar fi Usul Ilm al Bihar, yang membicarakan tentang
ilmu bintang, ilmu bahasa, pantai dan pelabuhan, serta laluan laut di pantai Laut
Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. Karya – karya lain yang dihasilkan ialah Al Urjuzah
al Mu’arrabah, Qailah al Islam fi Jami’ al Dunya, dan Kanz al Mu’alimah. Ibn Majid
juga telah menghasilkan ensiklopedia ilmu pelayaran yang menjelaskan sejarah dan
prinsip – prinsip asas pelayaran, kedudukan bulan, jenis jenis kompas, lokasi bandar
di Afrika Timur, kedudukan bintang, ulasan angin monsun, dan angin bermusim.. Ibn
Majid juga mampu menghasilkan karya berbentuk puisi umpamanya al Qasidah al
Makkiyah yang mengandungi 172 rangkap puisi yang menghuraikan laluan dari
Jeddah ke Aden, Tanjung Fartak, Kalikut, Dabul, Gujerat dan Hormuz.

Isi 2 Menurut Ibn Majid, kapal terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya al Aikar
Teknologi yang digunakan bagi perjalanan dekat dan al Sunbuk yang digunakan bagi
Perkapalan perjalanan jarak jauh. Tokoh ini berpandangan kapal yang digunakan untuk aktiviti
pelayaran sewajarnya kayu yang kukuh buatannya, disyorkan di sini kayu yang
paling sesuai untuk membina kapal adalah kayu jati. Kapal yang tidak cukup kukuh
akan menghalang pelayar daripada membuat aktiviti pelayaran yang melibatkan
perjalanan lebih jauh ke tempat seterusnya. Kekukuhan dan ketahanan kapal
adalah faktor terpenting sebelum memula dan memastikan kelancaran ekspedisi,
hal ini kerana struktur dan bagaimana kapal itu dibina amat mempengaruhi jarak
perjalanan, kapasiti muatan, dan ketahanan untuk tempoh masa tertentu. Segala
keterangan atau penjelasan Ibn Majid ini dinyatakan dalam karyanya berjudul
Urjuzah Nadirah al Ibdal. Ibn Majid juga pernah mengemukakan pandangan kayu
yang sesuai digunakan untuk pembinaan kapal ialah kayu yang diimport dari
Perancis. Ibn Majid membahagikan kapal kepada 32 bahagian sebagaimana

terdapat 32 mata arah angin, namun aspek yang penting ialah kepanjangan dan
keluasan sesebuah kapal. Ibn Majid mengingatkan apabila angin ribut menaikkan
air laut, saranannya menggunakan rantai rantai besi untuk mengukuhkannya dengan
sauh

Isi 3 Al Buslah merupakan sebatang kompas yang diletakkan dalam sebuah kotak kecil.

Kompas / al Ibn Majid telah menjelaskan penggunaan al Buslah bagi menentukan cara – cara

Buslah menentukan kiblat dari arah yang berbeza. Dalam kitab al Fawaid, Ibn Majid

mendakwa beliaulah yang bertanggungjawab mencipta alatan ini. Bagi membantu

aktiviti pelayaran , magnet telah dicipta dan dilengkapi dengan teknologi dan

kemahiran tinggi; diletakkan dalam kotak yang sesuai bagi membolehkan ia

digunakan dengan lebih mudah. Manfaat al Buslah ini sering dinyatakan dalam

dalam karyanya berjudul Hawiyah al Ikhtisar dan ianya diakui akan kepentingan

alatan ini oleh Sulayman al Mahri, pelayar berasal dari Hadhramaut yang

melakukan aktiviti pelayaran selepasnya. Kehebatan Ibn Majid dalam perhitungan

pelayaran mencapai kemuncaknya apabila beliau berjaya menghasilkan kompas

dengan 32 arah mata angin yang jauh buatannya lebih baik daripada kompas yang

dibuat oleh orang – orang Mesir dan Morocco.

Isi 4 Ibn Majid telah menghasilkan peta laluan yang memudahkan dan memberi inspirasi
Peta kepada para pelaut pada zamannya melakukan penjelajahan. Sebelum ini, sangat
sedikit pelayar yang berani mengharungi wilayah yang lebih jauh dari kawasan Laut
Merah, Pantai Timur Afrika hingga Pantai Tenggara Afrika atau Sofala, wilayah
berhampiran Madagascar. Ibn Majid mengakui pembetulan peta yang dilakarkan
oleh al Biruni berdasarkan pengalamannya menjelajahi lautan. Menurut Ibn Majid,
di selatan Sofala terdapat selat yang menghubungkan Laut Hindi dan Laut Pasifik,
ini dibuktikan dengan keupayaannya mengelilingi benua Afrika bermula dari Laut
Merah ke arah selatan lalu ke barat hingga Morocco dan Laut Tengah. Apa yang
jelas di sini, tujuan Ibn Majid ialah untuk membetulkan kesalahan yang dilakarkan
oleh Claudius Ptolemy.

Isi 5 Ibn Majid telah menggunakan alatan ini lebih awal berbanding dengan pelayar
Astrolab Barat, ini dibuktikan dengan reaksinya terhadap hujah Vasco da Gamma yang
mendakwa menggunakan alatan tersebut bagi melakukan pelayaran. Bagi Ibn Majid
dan pelayar berbangsa Arab mereka menggunakan Rub’u al Da’irah sebagai alatan
penyelaras untuk mengukur jarak matahari dan bintang. Penggunaan alatan ini
penting memandangkan kesukaran mengukur jarak sebenar disebabkan
pergerakan ombak dan angin.

Kesimpulan Sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran ini begitu besar bukan sahaja kerana
mengemukakan idea untuk bagi meningkatkan teknologi pelayaran, malah ilmu dan
kepakaran yang dimilikinya telah menyebabkan khidmatnya digunakan oleh Vasco
da Gamma untuk mencari jalan ke Timur, sehingga beliau digelar Malemo Canaqua
oleh bangsa Portugis. Beliau juga diakui sebagai ahli geografi kerana mampu
menghuraikan keadaan fizikal berkaitan laut, ombak, angin dan sebagai serta
sasterawan kerana mampu mengolah idea dalam bentuk puisi termasuk sebagai
pendakwah apabila menyelitkan ayat – ayat al Quran menggambarkan kekuasaan
Allah.

SOALAN KLON TOKOH PELAYARAN
1. Analisiskan sumbangan Ibn Batuttah dalam meningkatkan pengetahuan pelbagai ilmu kesan
daripada pelayarannya

TEMA 3

TAJUK : PELUASAN KUASA BARAT

SOALAN : SEJAUH MANAKAH KELEMAHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH TELAH MEMBAWA KEPADA
PELUASAN KUASA BARAT MULAI ABAD KE-19

Pengenalan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah yang diasaskan oleh Uthman Erthugal pada tahun
1299, telah mencapai zaman kemuncaknya ketika pemerintahan Sulaiman al-
Qanuni pada tahun 1566. Kelemahan pengganti-pengganti Khalifah Sulaiman al-
Qanuni dan tekanan Barat telah menyebabkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah
mulai merosot yang membawa kepada campur tangan kuasa Barat. Peluasan kuasa
Barat ke atas wilayah Khalifah Uthmaniyyah telah bermula sejak penghujung abad
ke-18 lagi, dengan campur tangan Perancis di Mesir pada tahun 1795.
Sememangnya tidak dinafikan faktor kelemahan khalifah merupakan sebab
utama peluasan kuasa Barat, pun begitu terdapat faktor ekonomi, agama, dan
sosial yang menjadi pelengkap kepada situasi yang melanda kerajaan Uthmaniyyah

ini.

Isi 1 Kelemahan pemerintah atau khalifah dapat dilihat kegagalan menangani tekanan
Kelemahan daripada kuasa – kuasa Barat, ini dibuktikan dengan penerimaan perjanjian –
Khalifah perjanjian yang menyebabkan satu persatu wilayah telah diserahkan kepada kuasa
Barat membolehkannya bertapak di wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah.
Selain itu, pada abad ke-18 amnya kerajaan Uthmaniyyah ditadbir oleh pemimpin
yang tidak berkaliber, malah ada dalam kalangan pemimpin dipengaruhi oleh
permaisuri dan ibu – ibu mereka yang mempunyai kepentingan peribadi ( golongan
harem ). Bukti lain kelemahan pemerintah ialah naiknya pemimpin seawal usia 13
tahun seperti Sultan Uthman II sekadar menjadi boneka kepada golongan
pembesar di Turki, begitu juga dengan Sultan Murad III yang lalai dengan
kemewahan dunia. Keadaan bertambah para apabila ada komplot dalam istana untuk
menyingkirkan individu tertentu, seperti Sultan Ibrahim yang dipengaruhi oleh
bonda dan tiga orang isterinya agar menyingkirkan Wazir Agung yang boleh
menggugat pengaruh dan kekuasaan mereka, Kara Mustaffa. Sejarawan juga
berpandangan punca kejatuhan kerajaan ini disebabkan ketiadaan sistem yang
khusus dalam menentukan pengganti pemerintah. Perebutan takhta sering berlaku
ditambah dengan persaingan antara golongan bangsawan. Sistem syura diketepikan
sebaliknya pemilihan pemimpin berdasarkan pengaruh. Tindakan pemerintah
membubarkan tentera elit telah membawa padah, tentera kian luntur disiplin
menyebabkan kuasa Barat kian bermaharaja lela malah bijak memprovokasi
penduduk minoriti di tanah jajahan.

Isi 2 Kuasa Barat seperti Britian, Perancis, Russia, Jerman dan Austria-
Persaingan Hungary bersaing antara satu sama lain untuk menguasai empayar Turki
Kuasa Barat Uthmaniyah - 1830, Perancis amat berminat menguasai Algeria dan Tunisia. Pada
tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada tahun 1831 Perancis menawan
Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan kabilah Tunisia yang
menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah tersebut
kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.Kekalahan di tangan Russia
terlibat dengan Perang Crimea menyebabkan wilayah Romania, Serbia dan
Montegnegro memerdekakan dirinya dari Turki. Rusia menghasut wilayah-wilayah
Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah. Perjanjian
Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah.
Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina
dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut Perjanjian Berlin,
Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara.
Namun selepas 30 tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal
kerajaannya.Walaupun dalam Perjanjian Berlin (1878) Turki Uthmaniyah mendapat
sokongan Britain dalam menentang Rusia. Sokongan Britain bukan percuma kerana
Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan Cyprus kepada Britain. Hal ini
menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus
berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari kuasa pemerintahan Britain
menguasainya.

Isi 3 Dikaitkan dengan Revolusi Perindustrian yang berlaku, Kepesatan sektor
Faktor Ekonomi perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa
Barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi
kehendak Revolusi Perindustrian. Menjelang abad ke-18, kuasa Barat amat
memerlukan bahan mentah bagi memenuhi hasrat mendapatkan keuntungan yang
berganda. Pemodal-pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah - wilayah
Turki Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali
lombong, mengimpot buruh dan sebagainya. Kuasa Barat memerlukan bahan mentah
- 1795, British memerlukan bekalan makanan seperti gandum untuk ke Perancis.
Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq.
Penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain
merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini. Kerajaan Uthmaniyah
kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong
kuasa-kuasa barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak
keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.

Isi 4 Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez
Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala,
dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua
Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari
kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.
Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan
Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan
dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan. British berminat menguasai
saham terusan Suez dan Benjamin Disraeli mengambil tindakan membeli saham
kompeni Terusan Suez.

Isi 5 Oleh sebab empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama
Sosial turut mendorong kuasa kuasa barat menghapuskan empayar Islam ini. Selain itu,
pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang
Kesimpulan berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Golongan yang berselindung di sebalik
alasan kajian ilmiah ini telah berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan
tamadun barat sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau
memfitnah Islam sebagai agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak
berperikemanusiaan. Penerapan falsafah dan pemikiran Barat dilakukan melalui
dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan
masing -masing. British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir
pada tahun 1881. Peranan British menguasai pemikiran rakyat Mesir menjadi
mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon Bonaparte semasa menakluki Mesir
pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan kedaulatan dan ketaatan
kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir. Pihak Barat memuji
sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden dengan jolokan seperti orang
yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan
tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis) Turki seperti Mustafa
Kamal Ataturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya. Mana – mana yang
menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

Peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan Uthmaniyyah secara amnya berlaku
disebabkan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyyah sendiri yang
sekaligus telah memberi ruang kepada kuasa – kuasa Barat untuk bertapak serta
bertindak mengambil satu persatu wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Islam ini.
Malah kesungguhan kuasa Barat ini terbukti dengan tindakan mereka yang
melancarkan provokasi di wilayah - wilayah yang dikuasai oleh kerajaan
Uthmaniyyah.

SOALAN : Bincangkan faktor – faktor kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah.

Pengenalan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah yang diasaskan oleh Uthman Erthugal pada tahun
1299, telah mencapai zaman kemuncaknya ketika pemerintahan Sulaiman al-
Qanuni pada tahun 1566. Namun selepas kemangkatan Sultan Sulaiman, kerajaan
Uthmaniyyah mula meniti era kemerosotan disebab faktor – faktor dalaman yang
berlaku dalam kerajaan itu sendiri di samping faktor luar khususnya tekanan
daripada kuasa – kuasa Barat yang sememangnya bersikap antiUthmaniyyah.

Isi 1 Kelemahan pemerintah atau khalifah dapat dilihat kegagalan menangani tekanan
Kelemahan daripada kuasa – kuasa Barat, ini dibuktikan dengan penerimaan perjanjian –
Pemerintah perjanjian yang menyebabkan satu persatu wilayah telah diserahkan kepada kuasa
Barat membolehkannya bertapak di wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah.
Selain itu, pada abad ke-18 amnya kerajaan Uthmaniyyah ditadbir oleh pemimpin
yang tidak berkaliber, malah ada dalam kalangan pemimpin dipengaruhi oleh
permaisuri dan ibu – ibu mereka yang mempunyai kepentingan peribadi ( golongan
harem ). Bukti lain kelemahan pemerintah ialah naiknya pemimpin seawal usia 13
tahun seperti Sultan Uthman II sekadar menjadi boneka kepada golongan
pembesar di Turki, begitu juga dengan Sultan Murad III yang lalai dengan

Isi 2 kemewahan dunia. Keadaan bertambah para apabila ada komplot dalam istana untuk
Kelemahan menyingkirkan individu tertentu, seperti Sultan Ibrahim yang dipengaruhi oleh
Tentera bonda dan tiga orang isterinya agar menyingkirkan Wazir Agung yang boleh
menggugat pengaruh dan kekuasaan mereka, Kara Mustaffa. Sejarawan juga
Isi 3 berpandangan punca kejatuhan kerajaan ini disebabkan ketiadaan sistem yang
Tanzimat khusus dalam menentukan pengganti pemerintah. Perebutan takhta sering berlaku
ditambah dengan persaingan antara golongan bangsawan. Sistem syura diketepikan
sebaliknya pemilihan pemimpin berdasarkan pengaruh. Tindakan pemerintah
membubarkan tentera elit telah membawa padah, tentera kian luntur disiplin
menyebabkan kuasa Barat kian bermaharaja lela malah bijak memprovokasi
penduduk minoriti di tanah jajahan.

Sebelum era kemerosotan, tentera kerajaan Uthmaniyyah terkenal dengan
semangat juang yang tinggi dengan setiap jiwa anggota tentera sedia berjihad dan
syahid bila – bila masa. Hal ini terbukti dengan kejayaan tentera di bawah pimpinan
Muhammad al Fateh yang berjaya membuka kota Constantinople. Namun begitu,
dari semasa ke semasa, Tentera Janissari yang selama ini amat dibanggakan kian
alpa dengan tugasan serta latihan, disiplin kian merosot, malah golongan tentera
elit ini tidak lagi tinggal dalam kem, sehingga latihan ketenteraan diabaikan, malah
ada yang terlibat dengan gejala tidak sihat seperti minum arak, rasuah, berfoya –
foya dan seumpamnya. Kelemahan tunjang kekuatan ini sememangnya
mempercepatkan lagi kejatuhan kerajaan ini. Malah, tentera ini telah dibubarkan
oleh Sultan Mahmud II yang merancang melaksanakan reformasi. Malangnya,
disebabkan disiplin tentera yang agak merosot di samping teknologi yang jauh
ketinggalan menyebabkan tentera kerajaan Uthmaniyyah gagal menyaingi tentera
– tentera kuasa Barat. Keadaan bertambah parah, apabila kepemimpinan golongan
tentera diambil alih oleh golongan muda yang agak rakus atau agresif.

Tanzimat merupakan gerakan pembaharuan yang dilancarkan oleh kerajaan
Uthmaniyyah bertujuan untuk menarik sokongan golongan non muslim agar tidak
menentang kerajaan Uthmaniyah. Tanzimat merangkumi aspek pentadbiran,
pendidikan, ekonomi, perundangan, dan ketenteraan. Namun begitu ternyata
rancangan ini telah meninggalkan impak yang negatif terhadap kerajaan Islam ini.
Umpamanya, pembaharuan dalam bidang ekonomi, menyebabkan kerajaan ini
terjerat dengan perancangan jahat kuasa – kuasa Barat sehingga menanggung
beban hutang yang amat serius manakala pembaharuan dalam bidang pendidikan,
walaupun matlamat gerakan ini untuk melahirkan golongan intelektual, namun
keadaan sebaliknya berlaku apabila muncul golongan berpendidikan dan berfikiran
sekular yang dikenali sebagai Turki Muda mula mengkritik pemerintahan
berkhalifah, menanamkan cita – cita untuk membentuk sebuah negara berbentuk
republik moden. Sokongan kuasa Barat menyebabkan, situasi kerajaan Turki
umpama retak menanti belah semata – mata. Kuasa Barat juga bertindak menaja
mana – mana pertubuhan yang berhasrat menjatuhkan kerajaan Turki, contohnya
membantu pertubuhan atau parti al ittihad wa al Taraqqi yang kini dipengaruhi
dengan fahaman nasionalisme yang melampau. Kumpulan ini telah menguasai
pentadbiran Turki selepas berjaya menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II, segala
dasar kerajaan Turki dibuat oleh kumpulan termasuk penyertaan dalam Perang
Dunia II yang menjadi pemangkin kepada kejatuhan kerajaan.

Isi 4 Kuasa Kuasa – kuasa Barat menjadi dalang kepada kebangkitan atau penentangan
Peranan penduduk nos muslim atau minoriti di tanah – tanah jajahan. Golongan minoriti
Barat turut sama menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah, paling
ketara golongan Yahudi dan Armenia. Bangsa Yahudi melakukan pelbagai cara untuk
menjatuhkan kerajaan khilafah ini seperti memupuk semangat perkauman dan
mempelawa mana – mana pihak yang berminat menyertai pertubuhan sulit yang
dikenali sebagai Freemason. Bangsa Armenia yang selama ini begitu setia kini
berpaling tadah, membantu Rusia kerana terpengaruh dengan idea nasionalisme
dan bertindak membentuk pergerakan bersenjata yang bila – bila masa boleh
memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah Pengaruh luar yang membawa
kepada kejatuhan kerajaan ini dikaitkan dengan dasar imperialisme kuasa – kuasa
Barat yang semakin kuat menekan kerajaan ini.

Isi 5 Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I juga menjadi penyumbang
Perang Dunia kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Uthamniyyah. Kekalahan sekutunya,
Jerman dalam perang ini menyebabkan tempias turut dirasai oleh kerajaan Islam
ini. Malah, kuasa – kuasa Barat telah merancang membahagikan wilayah kekuasaan
kerajaan Uthmaniyyah ini sesama mereka apabila menjangkakan kemenangan akan
berpihak kepada mereka. Perjanjian Sykes – Picot 1916 antara Britain dan Perancis
jelas menggambarkan perancangan jahat dua kuasa Barat ini. Kuasa – kuasa Barat
seperti British, Rusia, dan Perancis semakin aktif di Turki terutama selepas
sekutu Turki dalam Perang Dunia I telah dikalahkan, perjanjian damai yang
dimeterai seperti Perjanjian Mudros dan Perjanjian Versailles hanya
menguntungkan kuasa – kuasa Barat, sedangkan kerajaan Turki dipaksa membayar
gantirugi, dan membubarkan tentera bagi melemahkan system pertahanan dan
ketahanan kerajaan khilafah terakhir ini.

Isi 6 Kebijaksanaan Barat meniup dan menyemarakkan nasionalisme Arab juga menjadi
Nasionalisme punca kemerosotan pengaruh kerajaan ini di Tanah Arab. Dalam hal ini, British
Arab memainkan peranan penting mempengaruhi dua keluarga Arab, Saud dan Shariff
Hussain menentang kerajaan Uthmaniyyah. British menanamkan sentimen
kononnya bangsa Arab lebih mulia dan layak memerintah bukannya bangsa Turki.
Impaknya, Shariff Hussain telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang
merdeka atau bebas daripada campur tangan kerajaan Uthmaniyyah yang dikenali
sebagai Arab Saudi, namun tidak bertahan lama, pun begitu dengan sokongan
British berjaya membentuk kerajaan Bani Hashim Jordan

Kesimpulan Sesungguhnya kejatuhan Daulah Uthmaniyyah ini berpunca daripada kesilapan
bangsa Turki sendiri sama ada dari kelompok golongan pemerintah hinggalah
golongan radikal yang dikenali sebagai golongan Turki Muda yang dipengaruhi oleh
pemikiran Barat. Pembabitan dan kekalahan dalam Perang Dunia I serta peranan
aktif kuasa – kuasa Barat telah menjadi pemangkin kepada jatuhnya kerajaan
Uthmaniyyah pada awal abad ke- 20

TAJUK : REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
SOALAN : Analisiskan Pemberontakan Urabi yang dilancarkan terhadap British pada abad ke-19.

Pengenalan Peluasan kuasa Barat di Mesir sama ada oleh Perancis mahupun Britsih telah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap politik negara Mesir dan masyarakat
tempatan amnya. Kedua – dua kuasa khususnya British telah melaksana dasar –
dasar yang mencengkam termasuk dalam bidang ketenteraan dengan mengamalkan
dasar diskriminasi terhadap golongan tentera Felahin yang telah membawa kepada
kebangkitan atau pembenrontakan yang dipimpin oleh seorang jeneral tempatan
yang dikenali sebagai Pemberontakan Urabi. Kebangkitan atau Pemberontakan
Urabi di Mesir berlaku antara tahun 1879 – 1881 dipimpin oleh Kolonel Ahmad
Urabi yang dibantu oleh tiga pemimpin lain iaitu Ali Fahmi dan Sami al Barudi.

Isi 1 Pemberontakan ini dianggap sebagai kebangkitan yang benar – benar datang
Gabungan daripada masyarakat tempatan memandangkan ianya dipimpin oleh tiga pemimpin
Perjuangan tempatan berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang bagi mempertahankan
Pemimpin kepentingan Mesir di bawah pengaruh suasana tempatan. Kebangkitan ini bermula
Tempatan ekoran gabungan dua pergerakan nasionalisme yang sebelum ini bergerak secara
berasingan, iaitu golongan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan
( Pasha ), ulama dan tuan tanah bersatu dengan golongan tentera yang dianggotai
oleh tentera – tentera fellahin. Penyatuan ini berpunca daripada bangsa Eropah
menunjukkan sikap dan dasar permusuhan terhadap kedua – dua golongan tersebut
dan menyokong Khediwi Taufiq yang menindas rakyat. Gabungan perjuangan rakyat
ini dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi yang bercita – cita untuk mengusir bangsa
Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.

Isi 2 Pun begitu, kebangkitan utama ini sebenarnya berpunca daripada ketidakpuasan
Diskriminasi hati golongan tentera tempatan yang telah didiskriminasikan. Gaji golongan
Terhadap tentera beberapa bulan tidak dibayar, dan ketegangan semakin memuncak apabila
Fellahin pegawai berpangkat rendah yang berketurunan fellahin tidak diberikan peluang
yang sama dalam soal kenaikan pangkat berbanding pegawai tinggi yang
berketurunan Turki – Circassia dan yang akrab dengan pihak istana. Khabar angin
ramai tentera fellahin akan diberhentikan perkhidmatan membangkitkan
kemarahan tentera tempatan ini. Diskriminasi ini menyebabkan Kolonel Ahmad
Urabi menubuhkan pakatan sulit dalam tentera Mesir. Tujuan utama bukan sahaja
menamatkan dasar diskriminasi, malah mempunyai visi yang lebih besar iaitu
mengatasi keruntuhan akhlak masyarakat Mesir dan kemelesetan ekonomi akibat
kelemahan dalam pemerintahan.

Isi 3 Sementara golongan tuan tanah menyertai penentangan Urabi disebabkan mereka
Sokongan Tuan berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh peminjam wang
Tanah Kristan Lubnan. Kegagalan melangsaikan hutang menyebabkan tanah mereka
tergadai atau dirampas. Malah, golongan ini juga menanggung bebanan cukai yang
tinggi. Jaminan Ahmad Urabi yang akan mengurangkan masalah ini menyebabkan
mereka menyokong pemberontakan ini.

Isi 4 Ahmad Urabi yang disokong oleh Khedif Ismail telah menubuhkan al Hizb al al
Sokongan Watani yang memperjuangkan penghapusan pengaruh asing di Mesir, memulihkan
Khedif ekonomi, dan segala pendapatan daripada perkhidmatan kereta api akan
dipulangkan kepada kerajaan Mesir sendiri. Namun begitu, ekoran tekanan kuasa
Barat, Khedif Ismail telah dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Khedif Taufiq.
Pada penghujung tahun 1881, Kolonel Ahmad Urabi dan para penyokongnya telah
bertindak mengambil alih kuasa Khedif Taufiq, disebabkan sikap Taufiq yang
semakin diktator dan alat kepada kuasa Eropah khususnya British. Golongan ulama
semakin tertindas, manakala rakyat pula dibebani dengan cukai yang kadarnya
amat tinggi. Kekalahan ini menyebabkan Taufiq memohon bantuan British.

Isi 5 balas Tentera British di bawah pimpinan Laksamana Seymour telah menggunakan
Tindak dan kelemahan tentera tempatan; menekan golongan pemberontak termasuk menuntut
British golongan pejuang membubarkan kubu pertahanan yang didirikan di Iskandariah.
Impak Ekoran tuntutan ini ditolak, British membedil Iskandariah sekaligus menguasainya
diikuti menawan Port Said, Ismailiyah dan bandar Suez sendiri. Walaupun Kolonel
Ahmad Urabi masih bertahan, namun disebabkan kelemahan dari sudut
persenjataan dan taktikal, mereka ditewaskan di benteng terakhir, Tel al Kabir.
Kekalahan ini membolehkan Khedif Taufiq kembali bertakhta dan berada di bawah
naungan British. Sementara Kolonel Ahmad Urabi telah dibuang ke Ceylon, begitu
juga dengan pejuang – pejuang lain seperti Muhammad Abduh dan gurunya,
Jamaluddin al Afghani yang diusir kerana bersubahat dengan dalam kebangkitan
ini.

Kesimpulan Walaupun pemberontakan ini telah digagalkan, namun ianya meninggalkan kesan
yang cukup besar memandangkan ini merupakan kebangkitan yang menjadi titik
tolak kepada kebangkitan masyarakat tempatan. Malah, individu – individu yang
diusir seperti Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh masih aktif menentang
dan mengkritik British melalui penulisannya, Urwat al Wuthqa yang menyeru umat
Islam sejagat untuk bersatu bagi menghadapi agenda jahat penjajah Barat yang
diketuai oleh British.

SOALAN KLON REAKSI PELUASAN KUASA BARAT
1. Huraikan kebangkitan – kebangkitan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Algeria
2. Bincangkan faktor kebangkitan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Mesir
3. Nilaikan sebab kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria

TAJUK : PEMBABITAN KERAJAAN UTHMANIYYAH DALAM PERANG DUNIA 1

SOALAN : Huraikan kesan – kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap kerajaan Uthmaniyyah akibat
pembabitan dalam Perang Dunia I

Pengenalan Perang Dunia I amnya melibatkan dua buah blok besar yang dikenali sebagai
Pakatan Bertiga yang dianggotai oleh Britain, Perancis dan Rusia dengan Perikatan
Isi 1 Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman dan Austria – Hungary. Kerajaan
Kehilangan Uthmaniyyah menyertai Perikatan Kuasa Pusat apabila pemimpin – pemimpin muda
Wilayah kerajaan tersebut berkeyakinan Jerman akan memenangi perang tersebut
sekaligus akan membolehkan mereka mendapatkan semula wilayah – wilayah yang
Kejatuhan terlepas ke tangan kuasa – kuasa Barat tersebut. Namun begitu, kesudahan perang
Kerajaan yang berlaku antara 1914 – 1918 adalah sebaliknya, apabila Jerman ditumpaskan,
Berkhalifah dan kesan kekalahan yang dialami oleh sekutunya amat dirasai oleh kerajaan
Uthmaniyyah dalam pelbagai aspek.
Kemunculan
Nasionalis Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini menyebabkan
Liberal Turki menerima tempias yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah kehilangan
banyak wilayah kekuasaannya termasuk Palestine. Malah, kerajaan Turki
Uthmaniyah telah berjaya dipecahkan melalui perjanjian - perjanjian yang
ditandatangani seperti Perjanjian Mudros, di mana kerajaan Uthmaniyyah
terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat
Dardanelles dan Selat Bosphorus kepada Kuasa – kuasa Bersekutu. Kawasan –
kawasan lain yang dikuasai oleh Kuasa – kuasa Bersekutu ialah selat – selat dari
Laut Aegean hingga ke Laut Hitam. Ruang dan benteng pertahanan yang kian
lumpuh ini telah memberikan laluan mudah kepada pihak Bersekutu menakluk
Istanbul kelak.

Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak membubarkan
sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan berbentuk republik yang
diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui Perjanjian Lausanne yang turut
mengisytiharkan penamatan sistem berkhalifah, harta khalifah dirampas, dan
kerajaan Turki baharu akan dibentuk berasaskan sekularisme. Bukan sahaja sistem
berkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan terhadap pemerintah sebelumnya
ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul Majid II telah diusir dan dibuang negeri
iaitu ke Switzerland, diikuti perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke
kota Ankara.

Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara Barat,
Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal seperti
memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah Syariah, gelaran
Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut
budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah kepada huruf Latin

Kesan Ekonomi Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan ekonomi
yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan Sykes-Picot,
wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British, Perancis, dan Itali.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana bangsa Eropah kini menguasai
aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan
- jalan perdagangan lain. Terusan Suez yang merupakan laluan strategik kini
dikuasai oleh Perancis dan Britain ekoran pertapakan dua kuasa Barat tersebut di
Mesir. Golongan Yahudi kini juga mengambil kesempatan atas kelemahan kerajaan
Uthmaniyyah dengan bertindak menguasai ekonomi Mesir dengan memiliki hampir
semua gedung perniagaan yang besar, terlibat dengan pasaran saham serta
memperkenalkan sistem kewangan yang berasaskan riba menyebabkan kerajaan
Uthmaniyyah menghadapi nilai hutang yang amat serius.

Kesan Sosial Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan masyarakat
Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat telah berjaya
meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian ketara dalam kalangan
masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan semangat persaudaraan kian
luntur. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah, malah
umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya lenyap
khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku umat Islam di
sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran Islam sekaligus
membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman kekuasaannya

SOALAN KLON PERANG DUNIA 1
1. Huraikan faktor pembabitan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia 1

TAJUK : NEGARA BANGSA
SOALAN : Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20

Pengenalan Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun
1281M. Kerajaan Turki Uthamniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar
yang memerintah lebih 600 tahun. Namun empayar Turki Uthamniyah mula
merosot pada penghujung abad ke-19.Akibat daripada pengaruh Barat,
sekularisme mempengaruhi pemikiran masyarakat termasuk kerajaan Turki
Uthmaniyah yang telah membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki

Isi 1 Pembentukan negara bangsa Turki selari dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.
Kelemahan Hal ini kerana pembentukan negara bangsa pada abad ke-20 dikaitkan dengan
Khalifah kelemahan khalifah yang memerintah kerajaan tersebut. Sultan Mahmud II (1808-
1839) meningkatkan kekuasaan mutlak khalifah dengan menubuhkan pasukan
tentera baharu Muallem Eshkinji dan membubarkan tentera elit Janissari dan
menguasai golongan ulama. Keadaan ini telah melemahkan pengaruh dan kuasa
khalifah. Perjuangan pembentukan negara bangsa Turki yang pada awalnya untuk
menentang campur tangan kuasa Barat akhirnya berubah menjadi penentangan
terhadap khalifah berikutan kelemahan khalifah dan kerajaan dalam menghadapi
kuasa-kuasa imperialisme Barat. Situasi ini membangkitkan kesedaran rakyat
untuk membentuk identiti baharu bagi kerajaan Turki Uthmaniyah.

Isi 2 Turki Selain itu, kemunculan dan peranan golongan Turki Muda membawa kepada
Peranan pembentukan negara bangsa Turki. Golongan ini merupakan para pelajar yang
Muda dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke barat terutamanya dalam
bidang perubatan. Golongan ini berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan
ketenteraan. Contohnya, Halim Pasha sebagai Perdana Menteri, Enver Pasha
sebagai Menteri Perang dan Mustafa Kamal menguasai bidang ketenteraan.
Golongan ini telah menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915 mereka
talah menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah
sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan
Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Dasar yang dianjurkan ini telah mempercepatkan
lagi pembentukan negara bangsa Turki.

Isi 3 Kegagalan dasar tanzimat turut membawa kepada pembentukan negara bangsa
Tanzimat Turki. Dasar Tanzimat diharapkan akan memberikan hak sama rata kepada warga
negara bukan Islam (Kristian) dalam aspek ekonomi dan jaminan keselamatan.
Dasar ini juga bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah ekoran kelemahan
yang wujud dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Dasar ini dilaksanakan
dalam Piagam Hatti Humayyun pada tahun1856. Walau bagaimanapun dasar ini
dilihat sebagai suatu kegagalan kerana pengaruh Barat dilihat telah meresap dalam
pentadbiran kerajaan. Situasi in membawa kepada kemunculan gerakan
memperjuangkan pembentukan negara bangsa Turki.

Isi 4 Penglibatan kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) turut
Perang Dunia I memberi ruang kepada pembentukan negara bangsa. Kekalahan Kuasa Pusat dalam
Perang Dunia Pertama mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki.
Golongan Turki Muda memainkan peranan penting melibatkan kerajaan Turki
Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Kekalahan demi kekalahan kerajaan
Turki Uthmaniyyah dalam beberapa siri peperangan sehingga terpaksa
menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan kerajaan menyebabkan
rakyat turut mempertikaikan kemanpuan sultan (khalifah) untuk mentadbir
negara.

Isi 5 Kuasa Tekanan kuasa – kuasa imperialis seperti Britain, Perancis dan Rusia, Jerman dan
Tekanan Austria dan Hungary bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan
Barat turki Uthmaniyah mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Turki. Hal ini
kerana kerajaan Turki Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya
petroleum. Kuasa-kuasa besar itu turut bergabung untuk menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyah. Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang dikuasai,
semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuas Barat. Keluasan tanah jajahan
dan penaklukan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
Penglibatan kerajaan Turki dengan sistem ekonomi kapitalis Barat turut
membebankan kerajaan akibat peningkatan hutang untuk membiayai dasar
Tanzimat, konflik di Balkan dan juga pembinaan terusan Suez yang akhirnya
membawa padah kepada ekonomi Negara. Tindakan kuasa-kuasa barat tersebut
turut mempercepatkan ke arah pembentukan negara bangsa Turki oleh golongan
nasionalis melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan sebagainya.

Isi 6 Tindakan kuasa – kuasa Barat yang menghasut penduduk minoriti dan melakukan
Golongan provokasi di wilayah – wilayah kekuasaan juga membawa kepada pembentukan
Minoriti negara bangsa Turki. Pihak Barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah
Turki Uthmaniyyah untuk memberontak. Dendam merupan punca negara - negara
Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Uthmaniyyah untuk merebut wilayah-
wilayah dan harta peninggalannya. Impaknya, lahir gerakan antiUthmaniyyah di
Balkan dan Armenia yang didokong oleh kuasa-kuasa besar. Ketidaksetiaan
penduduk minoriti dengan melakukan pemberontakan dan pengkhianatan telah
mendorong pemimpin nasionalis Turki untuk mewujudkan negara bangsa Turki.

Isi 7 Kewujudan institusi pendidikan Kristian dan persatuan kebajikan yang dinaungi
Peranan oleh gereja Barat juga menyumbang ke arah pembentukan negara bangsa Turki.
Pertubuhan Pengaruh luaran yang menyokong gerakan Turki Muda seperti Shibli Shumayyil
Kristian seorang Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan masyarakat yang waras
dan adil di mana unsur-unsur agama dan negara dipisahkan (sekularisme). Begitu
juga dengan pembaharuan yang dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul Hamid II
menyebabkan banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi telah didirikan. Ramai
dalam kalangan pelajar telah dihantar ke Eropah. Keadaan ini menyebabkan idea-
idea baharu dari Barat seperti nasionalisme, negara bangsa dan sekularisme mula
meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki.

Isi 8 Termeterainya beberapa perjanjian antara kuasa – kuasa besar turut membawa
Perjanjian kepada pembentukan negara bangsa Turki. Matlamat utama perjanjian – perjanjian
Antara Kuasa tersebut ialah menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah, antaranya Perjanjian
Besar London, Perjanjian Sykes-Picot, Perjanjian antara Sharif Hussein dan McMohan.
Kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya kepada kuasa
Barat, contohnya Ukraine diserahkan kepada Poland. Beberapa wilayah turut
diserahkan kepada Rusia. British dan Perancis juga turut memberikan tekanan
kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Perjanjian-perjanjian ini telah berjaya
menggerakkan pergerakan anti Turki dan timbul kesedaran rakyat Turki untuk
membentuk imej kerajaan Uthmaniyah yang baharu.

Kesimpulan Proses pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 melibatkan pelbagai
faktor. Gabungan faktor dalaman seperti peranan tokoh Turki Muda Mustafa
Kamal Ataturk yang menjadi pembinaan bangsa Turki dan faktor luaran merupakan
faktor pendesak kepada kemunculan negara bangsa Turki.

SOALAN : Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20

Pengenalan Sebelum terbentuknya negara bangsa di Mesir, negara ini berada di bawah naungan
kerajaan Uthmaniyyah, pun begitu di penghujung abad ke- 18, Mesir telah dikuasai
oleh Perancis dalam tempoh masa tertentu sebelum dikuasai semula oleh kerajaan
Uthmaniyyah yang mendapat sokongan pihak British. Pada pertengahan abad ke-
19, Mesir dikuasai sepenuhnya oleh Britsih menyebabkan timbulkan gerakan –
gerakan antiBarat, namun masih gagal perluasan kuasa Barat tersebut yang
bertindak pula menaja pembentukan negara bangsa bagi mengukuhkan
kedudukannya di sana.

Isi 1 Antara faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa di Mesir ialah
Kebangkitan kebangkitan nsionalis – nasionalis berpendidikan Barat. Golongan yang berkelulusan
Nasionalis undang – undang ini telah bangkit dan menuntut kemerdekaan dan sistem Parlimen
sebagaimana yang dipraktikkan di negara – negara Barat. Apa yang menariknya,
perjuangan nasionalis terhadap kuasa British yang digerakkan oleh tokoh seperti
Mustaffa Kamil ini turut mendapat sokongan pensyarah Perancis yang bertugas di
Mesir dengan menghasut pelajar bangkit menentang British.

Isi 2 Faktor bahasa turut sama menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir.
Faktor Bahasa Sebahagian besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada bangsa
Arab, namun kerajaan British menggalakkan masyarakat Mesir bertutur dalam
dialek Misriyah ( untuk mengukuhkan identiti Mesir ) menyebabkan generasi
baharu akan tersisih daripada bahasa Arab Fashah yang digunakan dalam al Quran
dan telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ulama Mesir. Ini bermakna ,
kerajaan British berhasrat mewujudkan kerajaan baharu berteraskan bangsa
baharu dengan menjadikan dialek tempatan sebagai lambang identiti negara
bangsa Mesir.

Isi 3 Terusan Pembukaan Terusan Suez turut sama menarik perhatian kuasa Barat untuk
Isu menguasainya khususnya British dan Perancis. Khedif Ismail telah terperangkap
Suez dengan jerat British, dibebani dengan hutang menyebabkan diisytiharkan sebagai
muflis sekaligus membolehkan British menguasai jalan perdagangan utama ini dan
membolehkan kuasa Barat tersebut menempatkan tentera sekaligus menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan. Ketidakpuasan hati
terhadap British dan pemerintah Mesir menyebabkan rakyat membangkitkan rasa
tidak puas hati dan merangka untuk membentuk kerajaan baharu

Isi 4 Institusi pendidikan turut sama memainkan peranan dalam pembinaan negara
Institusi bangsa Mesir. Antara universiti yang paling dominan ialah Universiti al Azhar yang
Pendidikan berjaya melahirkan ramai golongan intelektual dan golongan nasionalis. Malah,
intitusi – institusi pendidikan telah menjadi pentas kepada golongan intelektual
berbahas dan meluahkan idea berkaitan isu semasa khusunya pembentukan sebuah
negara yang berdaulat. Oleh sebba itu, institusi ini telah menjadi lokasi penting
dalam pembinaan negara bangsa.

Isi 5 Krisis ekonomi yang dialami oleh negara Mesir dan masalah yang berkaitan turut
Krisis Ekonomi / sama menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir. Kegagalan Mesir
Hutang melunaskan hutang dalam projek Terusan Suez sehingga mengundang kemasukan
pemodal Eropah dan Barat bagi membantu menguruskan kewangan negara. Campur
tangan sebegini pastinya mengundang ketidakpuasan hati rakyat, terutama
apabila kuasa Barat seperti British dan Perancis telah menggugat kemerdekaan
dan kedaulatan, ditambah dengan pemerintah Mesir seolah tidak berusaha
memperbaiki taraf hidup masyarakat.

Isi 6 Penyebaran ideologi Barat dalam pemikiran masyarakat tempatan turut sama
Ideologi Barat menyumbang kepada pembentukan negara bangsa. Ideologi seperti sekularisme,
nasionalisme, sentimen anti Turki Uthmaniyah, berjaya mempengaruhi minda
untuk berfikir tentang jatidiri dan maruah negara. Antara tokoh tempatan yang
terpengaruh dengan idea – idea seperti ini ialah Saad bin Zaghlul dan Muhammad
Farid.

Isi 7 Perang Dunia I turut menyumbang kepada pembentukan negara bangsa, golongan
Perang Dunia I petani kini dikerah menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi
hamba tentera di Palestine, Gallipoli dan Perancis. Perang Dunia I juga telah
menyebabkan kebangkitan golongan tuan – tuan tanah akibat penanaman kapas kini
tersekat dan golongan menengah di bandar terpaksa menghadapi kenaikan harga
barangan terlalu tinggi.

Kesimpulan Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa
Mesir, perjuangan semakin ketara berikutan penguasaan Barat terhadap Mesir dan
pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat. Kehadiran tokoh nasionalis
melengkapkan dan mempercepatkan lagi pembentukan negara bangsa Mesir


Click to View FlipBook Version