Ayat Majmuk / Ayat Tunggal SINTAKSIS FARAHIRYANNA_IPGKPT
Frasa Subjek Frasa Predikat Allahyarham Abd. Rahiman b. Abd. Rashid ialah ayah saya. Ayat Tunggal? Ayat tunggal juga disebut sebagai ayat selapis, ayat mudah dan ayat pendek. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat. Sekiranya sesuatu ayat tidak mempunyai pasangan berkenaan, ayat tersebut dipanggil ayat tergantung. Contoh ayat tunggal:
Frasa Subjek Frasa Predikat 1 Kata Hubung Frasa Predikat 2 Hafiz makan roti dan nasi Ayat Majmuk Ayat di atas mengandungi satu subjek dan dua predikat. Dalam kata lain, ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu; Apabila dua ayat tunggal ini digabungkan menjadi ayat majmuk, penggunaan kata hubung 'dan' digunakan dan terbinalah ayat majmuk seperti dalam jadual. Peringatan: Semasa binaan ayat majmuk, subjek Hafiz yang digunakan tidak diulang kerana subjeknya adalah orang yang sama. Kemahiran ini amat penting dalam membina ayat semasa menjawab latihan rumusan kerana penggunaan ayat majmuk akan mengurangkan bilangan patah perkataan. i. Hafiz makan roti. ii. Hafiz makan nasi. DEFINISI Ayat majmuk merupakan binaan ayat yang mengandungi satu subjek dan dua predikat atau lebih. Binaan ayat majmuk juga boleh mengandungi dua subjek dan satu predikat.
CONTOH MENUKARKAN AYAT TUNGGAL KEPADA AYAT MAJMUK Contoh pertama: 1. Ah Boon pergi ke pasar raya. 2. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. 3. Mereka membeli gula. 4. Mereka membeli ikan. Ayat majmuk yang dibina: Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. Contoh kedua: Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga. Ayat majmuk yang dibina: 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur atau, 2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
AYAT MUDAH (BIASA) DAN AYAT MAJMUK Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal: ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja. A. MAKSUD AYAT Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang: ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu predikat.
B. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK: Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan. Ayat majmuk: Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus. Ayat majmuk: Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga. Ayat majmuk: i. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur. ii. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
C.CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK: Contoh 1: (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan. Jawapan 1: Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah. Jawapan 2: Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut. Jawapan 3: Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.