The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melatih minda untuk mahir menjawab aspek morfologi dan sintaksis sebagai persediaan ke arah peperiksaan yang sebenar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70064607, 2021-08-16 02:46:32

MODUL APLIKASI BAHASA

Melatih minda untuk mahir menjawab aspek morfologi dan sintaksis sebagai persediaan ke arah peperiksaan yang sebenar

SET 1
Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja terbitan dan dua kata nama
terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Bagi mengarusperdanakan TVET, Malaysia berhadapan dengan cabaran keperluan untuk

membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi menyokong ekonomi

Negara. Cabaran juga dihadapi dalam aspek penyampaian pendidikan teknikal dan vokasional. Oleh

itu, perlu ada perubahan dalam pelbagai aspek termasuklah kurikulum, tenaga pengajar, pelatih, ibu

bapa dan masyarakat. Hasilnya, dalam tempoh rancangan Malaysia ke-10, kerajaan berusaha untuk

memperluas akses pendidikan dan latihan TVET bagi keperluan tenaga kerja mahir untuk keperluan

industri. [ 8 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris di bawah kepada ayat aktif
tanpa mengubah maksud asalnya.

Di bandar, pertandingan ‘Taman Perumahan Terhijau’ harus diadakan oleh pihak berkuasa. Usaha
murni ini mendorong masyarakat menanam pokok di halaman rumah masing-masing. Pertandingan
menanam dan menggubah pokok bunga turut saya sertai setiap tahun. Pelaksanaan kempen
sedemikian dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Institut Kajian Sosio-Ekonomi
dan Alam Sekitar (SERI). Pameran tentang suasana di tempat pelupusan sampah serta flora dan
fauna yang diancam kepupusan juga patut diadakan oleh badan berkenaan. Pameran sedemikian
dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang natijah kerakusan mereka menjalankan
beraneka projek pembangunan.

[ 8 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala dalam petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Namofobia merupakan perasaan takut untuk berhidup tanpa telefon bimbit dalam kehidupan yang
membawa impak negatif kepada kehidupan seharian kita. Fenomena ini menjadikan kita hamba
pada telefon bimbit kerana isi kandungan yang terdapat dalam telefon kita. Kita akan berasa amat
stress apabila telefon bimbit tidak berada di sisi kita. Kadang kala, fokus kita terpecah kerana
penagihan penggunaan telefon bimbit sehingga mengundang kemalangan jalan raya. Sesetengah
golongan turut menjadi seseorang yang anti-sosial kerana kurangnya interaksi sesama insan.

[ 6 markah ]

Petikan 2

Sebanyak sembilan kes penipuan umrah melibatkan kerugian kira-kira RM14.1 juta direkodkan oleh

Kementerian Pelancongan dan kebudayaan sejak daripada 2009 hingga Mei 2013. Mantan Menteri

Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan bahawa kes itu memasukkan lapan buah syarikat

pengendalian pelancongan yang tidak berlesen. Menteri pada ketika itu berkata, tindakan yang

boleh kenakan terhadap syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang tidak

memberikan perkhidmatan mengikut terma dan syarat dipersetujui atau penipuan ialah mereka

perlu melakukan pembayaran balik, membayar pampasan, dikenakan tindakan kompoun atau

pembatalan lessen. [ 5 markah ]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
“Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?
Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “benarlah seperti
kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun
kembalilah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat
tersebut.

1. Samad yang asalnya tidak rela bergerak itu bermandi peluh mengalihkan guni beras itu ke
dalam gudang kerana upah RM300 yang diberikan Tauke Lim.

2. Sindiket penipuan tersebut akhirnya diberkas juga kerana termakan umpan yang dipasang
unit siasatan jenayah itu.
[ 4 markah ]

SET 2

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Pada sidang tengah hari, Tan Sri Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-19 berjaya
ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama-sama keluarga
dengan selamat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam, dan
semua pihak yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19,” katanya.

Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasisempadan hingga ke seluruh dunia
dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian
yang tinggi.

[ 8 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Seketika dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.
Kepupusan ini merupakan satu kehilangan besar buat khazanah negara. Pelbagai usaha yang
dipergiat demi menjaga kelestarian alam semula jadi. Masih ramai yang tidak peduli usaha
memulihara spesies terancam. Menurut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya tergolong dalam kategori terancam di Malaysia.
Spesies seladang juga tergolong dalam kategori terancam di Malaysia. Malahpenyu juga merupakan
spesies terancam.

[ 6 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala dalam petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Corak permakanan semasa

kanak-kanak di egara ini menunjukkan kanak-kanak lebih gemar akan sajian yang mengandungi

kadar gula yang tiggi seperti donut, kek dan krim roti yang banyak dijual di kantin-kantin sekolah.

Kanak-kanak yang berusia antara 2 dengan 10 tahun sebenarnya perlu menikmati lima kumpulan

hidangan, iaitu bijian, buahan-buah dan sayur-sayuran, daging dan protin, tenusu serta minyak, gula

dan garam dalam kadar yang tepat, seimbang serta dipelbagaikan. Namun begitu, kegagalan ibubapa

memahami kepentingan panduan piramid makanan telah menyebabkan anak-anak mengalami

obesiti. [6 markah]

Petikan 2

Kebanyakkan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad untuk bersama-sama
keluarga terutamanya dengan anak-anak. Oleh kerana itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada
hari ini memanjakan anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara
itu merupakan cara yang paling berkesan sekali sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-
anak. Walaubagaimanapun, tindakan ini lama-kelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini
lupa diri. Walaupun ibu bapa mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila
masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap bolos dan tidak
mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan.

[5 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum.Maka Tuan Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun
Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar,
maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja,
kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka
Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam
kampung Seri Nara Diraja.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja., kemudian
bina ayat menggunakan peribahasa tersebut dengan ayat sendiri.

Pak Yaakob : Pada zaman sebelum merdeka, penduduk kampung terpaksa bekerja dari pagi hingga
ke petang demi mencari rezeki untuk keluarga. Itupun cukup-cukup makan sahaja.

Afif : Begitu sukar kehidupan dulu ya, datuk?

Pak Yaakob : Betul, Afif. Lebih menyedihkan, ada orang kampung yang menjadi dalang dan
mengkhianati negara semata-mata demi keuntungan sendiri daripada menjaga maruah bangsa.

Afif : Sedihnya apabila ada manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut.

Ayah Aji : Walaupun begitu, keangkuhan dan kejahatan mereka akhirnya terbongkar juga. Mereka
malu sendiri dan keluar dari kampung.

[4 markah]

SET 3

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu.
Permainan tradisional bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malahan juga meningkatkan daya
kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan fizikal. Sehubungan
dengan itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan
tradisional. Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan Kelab Permainan Tradsional dalam
atkitivi kokurikulum sebagai usaha menghidupkan kembali permainan tradisional.

[ 8 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Nyatakan pola ayat dalam petikan di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Membaca jambatan ilmu. Tahap pembacaan para murid masih lemah. Ibu bapa perlu menyediakan

bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan

peringkat umur mereka. Bahan bacaan di perpustakaan jaga dapat membantu meningkatkan amalan

pembacaan. Semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca

khususnya dalam kalangan murid. [ 5 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sepuluh kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Jiran tetangga perlu mengamalkan amalan bertegur-sapa seperti bertanya khabar atau bertukar-

tukar pandangan supaya hubungan kejiranan semakin kukuh. Sebenarnya semangat kejiranan

mampu mendatangkan impak yang ketara pada kesejahteraan masyarakat. Bagi mengukuhkan

semangat ini setiap jiran hendaklah mempunyai matlamat hidup yang sama yang inginkan

perpaduan agar kehidupan berjiran akan berkekalan. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu

keadaan yang jiran hadapi dapat membantu memupuk semangat hidup berjiran. Hal ini kerana,

banyak masaalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masing-masing saling mengambil peduli

sesame jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza

bangsa dan agama, sikap saling hormat-menghormati kepercyaan masing-masing dan mengamalkan

amalan mulia. Di samping itu, dalam etika kejiranan, kita hendaklah mengelakkan diri daripada

melakukan perkara yang mengguris perasaan jiran. Hak mereka sebagai jiran perlu kita hormati

seperti tidak berbuat bising dan tidak mengangu kesejahteraan mereka. Hubungan kejiranan

memerlukan kita saling bertemu. Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk mengunjungi ke

rumah jiran juga dapat mengeratkan semangat hidup berjiran. [10 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian. Tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka bendahara pun kembali ke Melaka mengahap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perhal ehwal
sekaliannya dipersembahkan oleh Bendahara ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka;
maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-
mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda
persalin masing-masing pada kadarnya.

[6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa, kemudian
berikan maksud peribahasa tersebut.

Gejala rasuah merujuk perbuatan menyorok seseorang dengan wang atau barangan agar orang yang
disogok dapat menggunakan kuasa atau kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara
tidak amanah. Kekurangan pemantauan dan sikap bekerja sambil lewa merupakan punca yang boleh
dikenal pasti mengakibatkan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Oleh itu, semua pihak harus
bekerjasama untuk menwujudkan sebuah Negara yang bebas daripada gajala rasuah agar negara
kita boleh terus maju dan sejahtera setanding dengan negara maju yang lain.

[ 6 markah]

SET 4

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata sendi nama.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Autism ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak-kanak yang
mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa yang panjang yang memberi kesan dalam
pemikirannya. Tanda awal autisme adalah pada usia enam bulan, bayi tersebut tidak mengukir
senyuman dan tidak menunjukkan ekspresi gembira. Tanda autisme yang boleh dikenal pasti
termasuklah perkembangan pertuturan yang lambat. Jika didapati anak yang berusia empat tahun
tatapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah bertemu doctor. Selain itu, anak istimewa ini juga
cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya.

[8 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

Kementerian Kesihatan Mengingatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan cara

hidup sihat dan kekal aktif sepanjang musim Aidilfitri ini, sekali gus dapat menikmati kemeriahan

perayaan bersama-sama keluarga dengan sempurna. Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah turut

menasihati orang ramai dengan memastikan persekitaran rumah bersih bagi mengelak pembiakan

nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi, chikungunya, malaria dan lain-lain penyakit

bawaan vektor. Oleh itu kami perlu menyediakan juadah dengan mengutamakan amalan kebersihan

dan keselamatan makanan yang menggunakan bahan mentah segar. [6 markah]

Soalan 3 : Penyutingan

Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat empat kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Antara langkah-langkah utama yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah dengan
memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Negara yang memunyai sejarah yang panjnag
seperti Jepun dan Perancis bangga pada bahasa ibunda masing-masing. Mereka meremehkan
bahasa asing dan cuna mewujudkan adat agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan
kepentingan bahasa kebangsaan. Rakyat negara tersebut berasa bangga menggunakan bahasa
kebangsaan walaupun kemahiran menguasai bahasa ke-dua dianggap penting dan digalakkan untuk
memudahkan mereka berinteraksi dengan orang asing.

[5 markah]

Petikan 2

Industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan satu dari kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh

sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak insentif bagi merancakkan lagi pelaksanaan

industri ini selain memberikan penekanan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan

industry kecil amat penting dalam kontek pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS

mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia wujud sebagai negara

perindustrian yang dinamik. Pembangunan industry berat yang berlaku di negara ini terutama

industri besi, keluli, industri motor, petroleum, elektronik dan pencetakan boleh mendorong

perkembangan IKS. [4 markah]

Soalan 4: Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Telah tuan itu mnedengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri

di hadapan baginda. Maka dihalakan panahnya itu ke benua Siam. Maka Tuan Sidi Arab, sambil

menarik panahnya itu, “mati engkau, Cau Pandan.” [6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana
rakyatnya mengamalkan hidup _______________________. Semua masyarakat di negara ini
mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti __________________ untuk
mengelakkan perpecahan kaum. Oleh itu, perpaduaan nasional harus menjadi misi penting supaya
Malaysia ____________________ dengan negara-negara lain.

[6 markah]

SET 5

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Guru minda kelas pertama lebih tegar dan tabah menghadapi halangan dan rintangan. Mereka
sangat cinta akan profesion meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah anak murid dalam
merealisasikan kemenjadian murid. Guru ini akan menganggap dirinya sebagai ejen perubahan dan
berperanan utama dalam usaha menghasilkan kemenjadian murid.

[8 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah, bina tiga ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan fasa yang berhuruf condong.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sivik bermaksud ilmu tatarakyat atau perasaan

tanggungjawab terhadap masyarakat. Bermula bulan Jun 2019, pendidikan Sivik telah mula

diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

menetapkan Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu jam pada setiap bulan dalam waktu

pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah untuk

memastikan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Sivik. [ 6 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Belian saham koperasi pada peringkat awal persekolahan akan bertambah saban tahun dengan
adanya proses jual beli yang aktif dari warga sekolah. Rentetan daripada situasi tersebut, divident
yang terkumpul sepanjang persekolahan dapat ditebus semula selepas murid-murid menamatkan
sesi sekolah seperti persis kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Pemberian
bonus pula akan diberikan berdasarkan keuntungan yang diperoleh daripada proses jual beli
spenjang tahun semasa. Sebagai contoh, murid-murid akan diberikan bonus dalam bentuk duit tunai
atau pemberian diskoun harga barangan.

[6 markah]

Petikan 2

Antara pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah

diterapkan unsur KBAT dalam soalan peperiksaan, melaksanakan ujian bahasa inggeris mengikut

tahap piawai antarabangsa, iaitu dengan pengenalan tahap piawai Common English Framework

References (CEFR) dan memansuhkan penilaian terhadap murid Tahap 1 pada peringkat sekolah

rendah. Persoalannya, bagaimana para guru dan murid dalam usaha untuk mencapai tahap

minimum dalam peperiksaan, menguasai bahasa Inggeris dan mengurangkan capasiti murid buta

huruf dalam kalangan murid Tahap 1? [5 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang
banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala
orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun
orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; Adapun orang kelang ini
menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil
tuan?”

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

1. Sikap dan perangai dua beradik itu ______________, kerana apabila bertemu, mereka pasti
bergaduh.
(_______________________________________________)

2. Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberi panduan kepada manusia dalam
kehidupan umpama peribahasa ____________________.
(_______________________________________________)
[4 markah]

SET 6

Soalan 1 : Morfologi

Baca setiap ayat di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata majmuk bagi setiap ayat.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

1. Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah ialah seorang ketua pengarah yang amat disegani dan
dihormati oleh sahabat handai dan rakan sejawatan.

2. Jika perlu mengadakan pertemuan, rakyat dinasihati agar memakai pelitup muka dan
memastikan penjarakan sosial untuk mengekang wabak influenza.
[4 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah, kemudian tukar ayat aktif yang bergaris dalam petikan di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Terompah tempurung merupakan antara permainan sukan rakyat yang masih popular pada masa ini.
Cara bermainnya adalah dengan meletakkan kaki di atas tempurung. Ibu jari kaki perlu menyepit tali
manakala tangan juga perlu mengawal tali ketika kaki digerakkan. Permainan ini bukan sahaja
bersifat menyeronokkan tetapi dapat menyihatkan tubuh badan dan meningkatkan kekuatan fizikal
otot tangan dan kaki. Selain itu, kita dapat memupuk emosi dan kesabaran dalam permainan ini.
Pemain harus bersabar dan terus mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan melangkah kaki
sedikit demi sedikit hingga tiba di garisan penamat. Permainan rakyat ini mampu memberikan
kebaikan yang banyak kepada kita.

[6 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat tiga kesalahan kata penguat manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan ejaan dan petikan 3 terdapat lima kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1

Sewaktu kecil dahulu apabila anda ditanya tentang cita-cita, apakah jawapan yang sangat amat
mudah sekali yang pernah anda berikan? Lazimnya, jawaban yang sering kali kita berikan ialah kita
hendak menjadi seorang guru, doktor, jurutera, ataupun tentera yang tersungguh baik. Pernahkah
terlintas dalam fikiran anda untuk menjadi seorang juru solek yang paling profesional sekali?

[3markah]

Petikan 2

Resepi perpaduan dan integrasi nasional perlulah diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Sebagai

negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan etnik, perpaduan serta integrasi nasional

memainkan peranan utama untuk mewujudkan negara yang aman, harmoni, dan makmor. Oleh hal

yang demikian, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab untuk memastikan perpaduan dan

integrasi nasional terus berkekalan. Marilah kita bersatupadu. Hal ini dikatakan demikian kerana

hanya dengan perpaduanlah kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-

negara modern. [5 markah]

Petikan 3

Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah murid yang disah oleh pakar perubatan sebagai murid yang

tidak mempunyai ketidakupayaan yang tertentu. Antara ketidakupayaan tersebut termasuklah dari

segi pelihatan, perdengaran, pertuturan, fizikal,dan masalah pembelajaran. Contoh masalah

pembelajaran ialah autisme, sindrom kurang daya penumpu, dan disleksia. Autisme ialah gangguan

saraf yang memberi kesan dalam perkembangan komunikasi sosial interaksi sosial, dan tingkah laku

yang berulang-ulang dan terhad. Oleh sebab itu, MBK perlu mengikut pendidikan khas agar tidak

ketinggalan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. [5 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan
segala perkakas. Maka benarkah pada fikiran tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga,
dengan begini jauh Selat Kelang?

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Berikan maksud peribahasa di bawah.

1. belukar sudah menjadi rimba
2. malang tidak berbau
3. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
4. sediakan payung sebelum hujan

[8 markah]

SET 7

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk mantap. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Pengomposan ialah proses pereputan secara sistematik tanpa memerlukan usaha daripada mana-

mana kakitangan di mana-mana jabatan. Proses ini dapat dilakukan secara manual atau

menggunakan mesin dalam industri tertentu seperti industri pertanian secara kerjasama antara

pemain industri. Hal ini membuktikan kita sebagai warganegara Malaysia mempunyai

tanggungjawab yang besar untuk menjamin keseimbangan ekosistem sekali gus menjadi teladan

kepada dunia. Oleh sebab itu, banyak pengusaha industri pertanian bumiputera di Malaysia sudah

melibatkan diri dalam bidang ini dengan memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Mereka mampu

berdiri di pentas antarabangsa dalam usaha menyelamatkan bumi dengan mengurus sampah secara

sistematik untuk dikomposkan. [6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah, kemudian tukar empat ayat pasif yang terdapat dalam petikan di bawah
kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Anda perlu menyalin ayat yang berkenaan dan
melabelkan jenis ayat tersebut.

Tugasan telah diberikan oleh Cikgu Zainab Abdullah kepada murid Tingkatan 5 Doritis. Tugasan ini

bagi menentukan pokok herba yang sesuai ditanam di taman herba kelas mereka. Daun kari dipilih

oleh murid-murid kerana banyak digunakan dalam masakan. Selain itu, daun kemangi juga selalu

digunakan oleh masyarakat untuk merawat bengkak, bisul, lebam, penyakit kulit, luka dan sakit

kepala. Murid-murid juga mencadangkan bunga teratai. Bunga teratai ditanam oleh mereka di

kawasan berair. Daun bunga teratai dapat mengelakkan pitam, pening, dan hidung berdarah.

Selepas menjalankan kajian, murid-murid banyak mempelajari kebaikan menanam pokok herba di

kawasan sekolah. [8 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat tiga kesalahan frasa sendi nama manakala petikan 2 terdapat tiga
kesalahan ejaan dan petikan 3 terdapat tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1

12 April 2021

Perjalanan daripada Bandar Rimbayu ke Pulau Pinang yang dikenali juga sebagai Pulau Mutiara kali

ini sungguh lancar sekali. Pukul 8:00 pagi, kami sudah tiba di kawasan Rehat dan Rawat Tapah demi

untuk sarapan dan solat sunat. Pukul 10:30 pagi, kami sudah pun merentas Jambatan Kedua Pulau

Pinang yang kelihatan di jauh. [3 markah]

Petikan 2

Modul Pengajian Tinggi disusun untuk gulungan yang berusia antara 18 hingga 25 tahun yang sedang

menjalani pendidikan selepas bersekolah menengah. Tujuan modul ini dibangunkan adalah untuk

menyalorkan pendidikan kepada pelajar agar bertanggungjawab terhadap masa hadapan kewangan

mereka sendiri. Antara kandungan modul ini ialah pengurusan aliran tunai, belanjawan dan

simpanan, dan perbankan internet. [3 markah]

Petikan 3

Sisa elektronik ialah komponen eletronik yang telah usang atau tidak memerlukan penggunanya lagi.

Sisa elektronik mengandungi bahan kimia merbahaya seperti asid, pelarut, raksa, dan plumbum.

Bahan kimia ini berupaya mengancamkan kesihatan manusia dalam jangka masa pendek dan

panjang tidak diurus dengan baiknya. [3 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Petikan di bawah mengandungi peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian bina ayat
dengan menggunakan ketiga-tiga peribahasa tersebut. Ayat yang anda bina mestilah menjelaskan
makna peribahasa tersebut.

Ayah tidak menyalahkan adik yang gagal dalam perniagaan dan diisytiharkan gulung tikar. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah sedar gading mana yang tak retak dan bumi mana yang tak ditimpa
hujan dalam soal perniagaan kerana kesilapan membuat keputusan dan kekhilafan mengambil risiko
itu sebagai rencam dalam apa-apa juga perniagaan. Walau bagaimanapun, ayah berasa sedih kerana
anak buah yang bekerja bawah syarikat adik kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan
disebabkan oleh penutupan perniagaan adik lantaran tidak mampu bertahan lama dalam gelombang
kegawatan ekonomi.

[6 markah]

SET 8

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu perkataan berimbuhan sisipan dan satu
perkataan berimbuhan apitan serta satu perkataan berimbuhan akhiran. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Tumbuk kalang ialah permainan muzik asli yang dilhamkan daripada kegiatan menumbuk padi dan

dikategorikan sebagai permainan rakyat di Negeri Sembilan. Irama dan bunyi yang terhasil adalah

daripada tumbukan manja beberapa batang antan ke sebuah lesung kayu. Tumbuk kalang asalnya

dimainkan oleh masyarakat kampung zaman dahulu setelah seharian berpenat lelah menuai dan

membanting padi. Pada sebelah malamnya, mereka akan berkumpul untuk membuat emping. Bunyi

antan yang bertingkah-tingkah semasa menumbuk emping itu menghasilkan irama yang

menghiburkan. Jika ada tiupan seruling, keharmoniannya pasti mengasyikkan. Sambil menumbuk

padi itu, mereka akan menyanyikan lagu-lagu mengikut bunyi tumbukan antan. Para petani

memberikan tepukan gemuruh selepas setiap persembahan. [6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca ayat-ayat tunggal di bawah dengan teliti. Terbitkan ayat majmuk dengan menggunakan kata
hubung pancangan komplemen yang paling tepat. Ayat yang anda terbitkan itu mestilah gramatis
dan tidak mengalami pengguguran makna daripada ayat-ayat asal.

(i) Ayat 1: Perkara itu amatlah senang.
Ayat 2: Irdina lulus dalam ujian bulanan itu.

(ii) Ayat 1: Sesuatu itu kurang tepat.
Ayat 2: Ekonomi negara kita pada masa itu merosot.

(iii) Ayat 1: Puan Ziana Zain mengetahui sesuatu. [6 markah]
Ayat 2: Dato Johari Teh sudah bersara.

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat dua kesalahan hukum DM manakala petikan 2 terdapat tiga kesalahan
ejaan dan petikan 3 terdapat dua kesalahan istilah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Yang di-Pertuan Agong berkenan melakukan uji pandu kereta nasional yang terbaharu dalam majlis

pelancaran yang dijalankan secara gilang gemilang. Baginda memandu kenderaan itu melalui ibu

pejabat Proton yang terletak di Shah Alam. Baginda yang ditemani Perdana Menteri.Orang ramai

yang sama-sama menyaksikan pelancaran itu membeli kereta nasional terbaharu itu membuat temu

janji dengan jurujual yang bertugas. [2 markah]

Petikan 2

Bendera dinaikkan atau diturunkan secara pelahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Sebahagian

daripada bendera hendaklah diselimpangkan ke bahu supaya tidak meleret ke tanah. Upacara

menaikkan bendera dilakukan pada awal sesi persekolahan, manakala upacara menurunkan bendera

dilakukan setelah tamat sesi persekolahan. Semasa bendera sedang dinaikkan, semua yang berada di

kawasan berhampiran hendaklah berdiri untuk menghormatinya. Pada hari-hari biasa dan ketika ada

acara Kerajaan Persekutuan, jalur gemilang berada pada kedudukan tengah-tengah. Di kirinya ialah

bendera negeri, manakala di kanannya ialah bendera institusi. [3 markah]

Petikan 3

Walczeck: Sasterawan Negara telah mamainkan peranan yang penting sebagai pelincir
pembangunan negara. Sebagai murid, kita wajar menghargai mereka.

Nawal: Saya tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh Sasterawan Negara. Namun demikian,
kita juga tidak boleh mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh para penulis muda.

[2 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu
Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke
sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka
Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Penduduk di Kampung Kemuning hidup ibarat______________ kerana mereka
semuafakat dan tidak berubah kesetiaannya.

(ii) Anak-anak muda di kampung itu dinasihati oleh ketua kampung agar mengamalkan
sikap_____________ dengan mengikut peraturan dan adat resam yang lazim diamalkan
dalam soal pergaulan demi menjaga imej baik keluarga masing-masing.

(iii) Adat berpantun dalam majlis peminangan dikatakan ___________ kerana kekal popular
dan adat ini tidak pernah dipinda-pinda walaupun majlis dijalankan di tempat yang lebih
moden dan hotel yang lebih mewah.

(iv) Oleh sebab _____________, rakyat Malaysia harus sedar bahawa keadaan negara yang
huru-hara akan menyebabkan pihak tertentu mahu mengambil kesempatan dan
mengaut keuntungan terhadap kekacauan yang berlaku di dalam negara.
[8 markah]

SET 9

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda separa. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

RIMUP ialah program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah dilaksanakan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1986 lagi. Melalui program ini, KPM

menyediakan peluang kepada murid berbagai-bagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan

terancang. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan setiap tahun oleh pihak sekolah. Aktiviti-

aktiviti tersebut merangkumi lima elemen, iaitu akademik, khidmat masyarakat, jati diri dan

patriotism, kebudayaan dan kesenian, serta sukan dan permainan. Murid-murid diharapkan dapat

bantu-membantu dan bahu-membahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan segala yang

dirancang. [4 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam
petikan di bawah. Kemudian, cerakinkan mana-mana empat ayat majmuk kepada ayat tunggal
dengan mengekalkan makna asalnya.

Puan Nor Ashikin mengajarkan penulisan dengan menggunakan slaid. Dalam setiap slaid tersebut,

beliau memasukkan unsur animasi dan grafik. Murid-murid yang melihat paparan slaid itu berasa

seronok kerana gambar dalam slaid itu bergerak-gerak. Hali ini menarik perhatian murid-murid

mengikuti kelas beliau. Beliau juga menggunakan konsep permainan bahasa dalam pengajaran

beliau. Murid-murid dapat menjawab soalan dengan mudahnya. Pendekatan beliau dipuji oleh

pengetua. Pengetua berharap agar guru-guru lain juga akan menggunakan pendekatan ini dalam

PdPR. [8 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat dua kesalahan kata bilangan manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan istilah dan petikan 3 terdapat enam kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1

Akhbar berbahasa Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1876 di Singapura ialah Jawi

Peranakan. Akhbar ini diterbitkan dalam keempat halaman pada setiap hari Isnin dengan jumlah

cetakan sekitar 250 naskhah. Bagi tahun satu, penerbit menggunakan cap litograf tetapi setelah

mesin cetak Melayu (Jawi) diperoleh dari England, akhbar ini dicetak dengan gaya cetakan yang jelas

dan mudah. Jawi Peranakan diterbitkan hingga bulan April 1895. Akhbar Jawi Peranakan yang

menggunakan cogan kata “Tawakal itu Sebaik-baik Bekal” ini menjadi sumber penting dalam

perkembangan bahasa Melayu. [2 markah]

Petikan 2

Pokok getah yang berusia 25 tahun tidak lagi progresif mengeluarkan lateks. Pokok ini harus
dipancung untuk digantikan dengan pokok yang baharu. Kayu pokok yang telah diproses ini boleh
digunakan untuk menghasilkan perabot yang berkuantiti tinggi. Pokok getah atau nama saintifiknya
Hevia brasilensis terkumpul sebagai kayu yang tahan lasak, sederhana keras, dan mudah dibentuk.
Sebelum dijadikan perabot, kayu getah perlu diperap dan dikeringkan terlebih dahulu.

[5 markah]

Petikan 3

Kronisme ialah amalan mengutamakan akan mementingkan teman rapat dalam perlantikan sesuatu

jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya. Nepotisme ialah perbuatan atau amalan yang

mementingkan atau melebihi sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. Kleptokrasi ialah

kerajaan yang pemimpinnya dan mereka yang penguasa mengeksploitasi dan merompak sumber

negara untuk kepentingan diri. Antara kesalahan utama rasuah ialah perbuatan menerima dan

memberi wang atau membuat tuntutan palsu dengan menyalahgunakan kedudukan yang

dimilikinya. Seseorang yang gagal melaporkan pemberian, janji, atau tawaran rasuah akan diterima

hukuman. Kegagalan melaporkan permintaan dan memperolehi suapan juga boleh didenda dan

dihukum penjara. [6 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Maka titah baginda, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 4 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Baca ayat-ayat dibawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan maksud setiap ayat tersebut.

(i) Penduduk di Kampung Melayu Gelugor itu sepakat seia sekata untuk menghadapi
kesusahan dan kesenangan bersama-sama dalam usaha mempererat hubungan dan
mengekalkan keharmonian.

(ii) Rakyat di negara jiran itu sudah bosan dengan sikap buruk pemimpin mereka yang
hanya pandai memberikan janji yang banyak sahaja tetapi tidak ditepati.

(iii) Anak-anak gadis di kampung itu diberi nasihat oleh ketua kampung supaya menjadi imej
dan maruah diri dengan tidak melibatkan diri dalam perbuatan maksiat yang akhirnya
terjadi perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.
[6 markah]

SET 10

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda berentak. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Pada setiap pagi, wanita yang bergelar ibu sanggup melalui perjalanan yang simpang-siur untuk
menuju ke pasar idaman mereka. Hal ini dikatakan demikan kerana mereka dapat membeli sayur-
mayur untuk memasak lauk-pauk kesukaan seisi keluarga. Di pasar itu jugalah wanita akan terjumpa
dengan ipar-lamai dan suku-sakat mereka yang tinggal berdekatan membeli dan menjual barangan
seperti kuih-muih, nasi lemak, dan mi serta kuetiau. Kaum lelaki pula hanya mundar-mandir di
kawasan parkir kereta jika tidak mahu menemani isteri tercinta.

[6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukar ayat bersusunan biasa tersebut kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Cikgu Rosli sedang bersoal jawab dengan muridnya tentang hutan paya bakau. Rata-rata murid
mengetahui peranan hutan paya bakau kerana tinggal di kawasan yang berhutan paya bakau. Hutan
ini merupakan hutan yang mempunyai nilai produktiviti yang tinggi jika dibandingkan dengan hutan-
hutan lain di Malaysia. Hutan paya bakau juga menyerap sumber karbon yang lebih tinggi untuk
menyeimbangkan ekosistem.

[8 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan di bawah, terdapat sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Sesudah sibuk bekerja sepanjang tahun, dapat merehatkan minda dengan melancong pastinya

menjadi sesuatu yang diimpikan oleh tiap orang. Kajian mendapati melancong dapat meningkatkan

kesihatan tubuh badan, apatah lagi jika kalau kita melakukan pelancongan kesejahteraan. Global

Wellnes Institut mendefinasikan pelancongan kesejahteraan sebagai perjalanan yang berkaitan

dengan usaha untuk mensejahterakan diri. Sambil kita menikmati keindahan tempat orang, kita

dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan fizikal seperti melakukan sukan demi

untuk kecergasan tubuh badan. Terdapat juga pelancong yang melancong untuk mencari

perkhidmatan bagi mengurangkan stress yang dihadapi seperti yoga, meditasi dan urusan. Kadang

kala, ada juga pelancong yang mencari perkhidmatan bagi menurunkan berat badan dan tata cara

melakukan diet. Selain itu, perubatan konvensional seperti homeopati, perubatan alternatif, dan

perubatan menggunakan herba turut pelancong pilih untuk kesejahteraan diri. [9 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya
juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Raja demikian, maka dengan sesaat itu
juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan
kahwin dengan Seri Nara Diraja.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6 markah]

Soalan 5 : peribahasa

Baca maksud simpulan bahasa di bawah dengan teliti, kemudian tulis simpulan bahasa yang paling
tepat dengan maksud yang diberikan. Anda tidak perlu menyalin maksud simpulan bahasa tersebut.

(i) tidak sopan dan buruk atau kasar budi pekertinya
(ii) barang yang dibawa daripada perjalanan atau oleh-oleh
(iii) menjadi sebati dan meresap ke jiwa
(iv) bekerja keras mati-matian
(v) belajar dengan kuat dan berfikir dengan bersungguh-sungguh
(vi) berkahwin dahulu sebelum kakak

[6 markah]


Click to View FlipBook Version