CIRI-CIRI
PANTUN
NUR AIN AQILAH BINTI SHAHRIZAL
BMMB1104
● Sebuah pantun wujud
dalam satu rangkap yang
sempurna dari segi
maknanya.
● Setiap rangkap pantun
terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian
pembayang dan satu lagi
bahagian maksud.
❏ Rima atau bunyi akhir di
hujung baris adalah sejajar.
❏ Bagi pantun dua kerat rima
akhir dalam bentuk 'a,a'.
❏ Bagi pantun empat kerat
pula, rima akhir berbentuk
'a,b,a,b'.
Pembayang atau Sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah
pertama setiap rangkap pantun. Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan
bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada
baris pertama hendaklah ada hubung kait
dengan pembayang pada baris berikutnya dalam
setiap rangkap pantun.
Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam
setengah bahagian kedua dalam
setiap rangkappantun. Pada
bahagian inilah tersurat dan
tersiratnya apa yang hendak
disampaikandalam pantun
tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat
atau tiga patah perkataan pada
tiap-tiap baris.Pantun yang baik
memaparkan bilangan perkataan
pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
Suku Kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri
daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah
mengandungi antara lapan hingga
dua belas suku kata. Pantun yang baik.
mengandungi jumlah suku kata yang
sama banyak.
Rima atau Bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada
bahagian tengah atau akhir pada
tiap-tiap barispantun. Rima yang baik
mempunyai bunyi yang sama dalam
setiap rangkap pantun.Rima pada baris
pertama pembayang mestilah sama
dengan rima baris pertamamaksud dan
begitulah seterusnya Rima pantun yang
terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima
a,a,a,a.
SEKIAN
TERIMA
KASIH