The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 979-16-ainaqilah, 2021-12-30 05:52:16

Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar

ASMAH
HAJI OMAR

Isi Kandungan

01 Latar Belakang 02 Peranan

03 Pemikiran 04 Hasil Karya

01

Latar Belakang
Asmah Haji Omar

Latar Belakang Asmah Haji Omar

▫Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar dilahirkan di Jitra, Kedah
pada 5 Mac 1940
▫Beliau merupakan pakar nahu Bahasa Melayu & tokoh terkenal dalam
bidang perancangan bahasa
▫Beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa &
Linguistik dan Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya
▫Pada tahun 2000 , beliau telah dianugerahkan gelaran Doktor

Persuaratan (D.Litt) daripada Universiti Malaya kerana sumbangan beliau

yang begitu besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia

Latar Belakang

- Beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang bahasa
orang asli di Sabah dan Sarawak.

- Beliau merupakan wanita Melayu Malaysia terawal yang
memperoleh PhD

- Beliau merupakan individu di Malaysia yang paling lama
memegang jawatan sebagai profesor.

- Jawatan sebagai profesor merupakan jawatan yang
tertinggi di universiti dan mula dipegang oleh beliau sejak
berusia 36 tahun hingga beliau bersara wajib pada usia
mencecah 65 tahun.

02

Peranan Asmah
Haji Omar

Peranan Asmah Haji Omar

Beliau telah menulis Antara buku yang Beliau juga turut
buku-buku dalam dikeluarkan ialah Nahu menerbitkan buku
bidang tatabahasa yang Melayu Mutakhir (1980), tentang perkembangan
dijadikan sebagai Morfologi-Sintaksis sejarah dan genealogi
rujukan orang ramai Bahasa Melayu (Malaya) bahasa Melayu sebagai
pada masa kini. dan Bahasa Indonesia bahasa tua.
(1968) dan lain-lain.

03

Pemikiran Asmah
Haji Omar

Pemikiran Asmah Haji Omar

▫Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu

-Menurut Asmah Haji Omar (2008), susur galur serta pemahaman
tentang bahasa Melayu yang lengkap adalah melalui Ensiklopedia
bahasa Melayu
-Ensiklopedia merupakan perkembangan bahasa Melayu dari sudut
sejarah, variasi, tulisan, ejaan, fonetik, fonologi, nahu, morfologi,
sintaksis, ragam bahasa sehinggalah kepada etimologi
-Bahasa Melayu merupakan bahasa rumpun Austronesia yang terbahagi
kepada empat keluarga iaitu Indonesia, Melanesia, Mikronesia dan
Polinesia

Pemikiran Asmah Haji Omar

▫Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu

▫Bahasa-bahasa dalam keluarga Indonesia dikenali sebagai
bahasa-bahasa Austronesia Barat dan keluarga tiga yang lain itu
dikenali sebagai bahasa-bahasa Austronesia Timur atau juga dikenali
sebagai bahasa Oceania kerana terdapat di kawasan lautan
▫Asmah Haji Omar turut menyatakan teori pergerakan bahasa
Austronesia dengan mengambil beberapa teori sarjana dunia iaitu
Teori Kern berdasarkan bukti linguistik dan bukti budaya.

Pemikiran tentang bahasa dan alam Melayu

▫Asmah Haji Omar (1993) meneroka alam pemikiran Melayu dan
pengalaman-pengalaman orang Melayu yang terakam dalam
bahasanya
▫melalui penelitian terhadap bahasa kanak-kanak, khususnya
dalam penuturan bahasa itu sebagai bahasa pertama dan
bahasa orang dewasa.
▫Penelitian mengenai bahasa kanak-kanak itu dilakukan secara
empiris dan perbincangan bertumpu pada pelbagai unit dan
fungsi bahasa

Pemikiran tentang bahasa dan alam Melayu

● ▫Beberapa penemuan beliau terhadap bahasa subjek penyelidikan
sesuai dengan sesuatu yang terdapat dalam bahasa lain tetapi
terdapat perbezaan,

● ▫Khususnya dalam penguasaan sistem bahasa secara kronologi, iaitu
menurut peredaran masa sesuai dengan peningkatan usia
kanak-kanak

● ▫Beliau melihat pemikiran orang Melayu dalam penghitungan,
konsep-konsep ruang dan waktu serta cara mengeluarkan arahan
dalam bahasa tulisan, iaitu dalam soal peperiksaan



Pemikiran tentang nahu dan tatabahasa

●Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang
melandasi analisis Za’ba tentang sistem ejaan bahasa Melayu seperti yang
berikut:
a)Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)
b)Huruf sebagai lambang bunyi
c)Hubungan antara fikiran mekanisme bahasa
●Asmah merupakan penulis bahasa Melayu yang menerapkan nahu struktural.
Sebagai contoh melalui bukunya, Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas
Kini (2008).
●Huraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini
jelas berbeza dengan acuan nahu tradisional yang mementingkan makna
semata-mata.
●Menurut Asmah, ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Ayat mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan
perbuatan senyap.

Pemikiran penggunaan bahasa menurut situasi

●Asmah Haji Omar (2002) menyatakan pengertian setia bahasa merujuk kepada
pengertian yang mematuhi pedoman-pedoman politik, sosial atau budaya
dalam penggunaan bahasa menurut situasi
●setia bahasa tidaklah bermakna bahawa seseorang itu harus menggunakan
satu bahasa sahaja dalam kehidupannya sehari-hari, dan menyisihkan bahasa
yang lain
●Setia bahasa dalam masyarakat berbilang bahasa bermakna menghormati
kedudukan sesuatu bahasa sesuai dengan tempat yang diberi kepadanya
dalam dasar yang disetujui oleh masyarakat
●Asmah mengemukakan pemikirannya mengenai peraturan linguistik adalah
peraturan yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu dalam penggunaan
bahasa

Pemikiran tentang wacana

Wacana akademik
●Menurut pandangan Asmah Haji Omar (2006), wacana akademik merupakan
hasil kreatif yang menggabungkan faktor-faktor psikologi, sosio retorik dan
bahasa
●Dengan itu pembahagian teks secara tradisional yang meletakkan teks
akademik dalam golongan penulisan deskriptif tidak begitu tepat
●Asmah (2006) memaparkan pemikirannya melalui teori-teori di sebalik
proses kreatif itu dan memberi panduan penggunaan berbagai-bagai strategi
dalam penghasilan wacana akademik yang baik
●Pedoman tersebut merupakan satu peringkat peraturan tentang cara
mengeja (bagi Pedoman Umum Ejaan) dan cara membentuk istilah (bagi
Pedoman Umum Pembentukan Istilah)

04

Hasil Karya
Asmah Haji Omar

Hasil Karya Asmah Haji Omar

Dalam bidang bahasa Melayu beliau telah
menghasilkan lebih daripada 60 buah
buku. Pencapaian yang luar biasa ini
menemptkan nama beliau sebagai
pendeta bahasa yang menjadi rujukan
ahli-ahli bahasa serta golongan akademik.

Hasil Karya Asmah Haji Omar

Essays on Kepelbagaian Bahasa dan Susur Galur Bahasa
Malaysian Fonologi alam Melayu (DBP 2007)
Linguistics Dialek-dialek pemikiran dan Ensiklopedia
(DBP 1975) Melayu (DBP Melayu (DBP Bahasa Melayu (DBP
1977) 1986) 2008)

Contoh Hasil Karya Asmah
Haji Omar

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version