KENEGARAAN MALAYSIA MPU1042 (I) DR. JAZLIZA BINTI JAMALUDDIN KUMPULAN 4 N A M A A H L I K U M P U L A N : 1. L I M WOK ZHOU ( 2 9 7 7 3 6) 2 .NURIN AINA T I M BANG ( 2 9 8 4 3 4 ) 3 . M UHA M M AD SYAHRUZ Z IKRI BIN M D YAZ ID ( 301 9 3 1) 4 . L I M J IA CHING ( 2 9 7 7 60) 5 .DEVINA YUL IA M AHARANI BINT I SUKIRAN ( 302 1 8 6 ) 6 . LYDIA YAS M E EN BINT I MOHD NOH ( 301 7 8 9 ) TOKOH YANG TAK DIDENDANG
PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN LATAR BELAKANG SUMBANGAN TOKOH PERANAN TOKOH CABARAN TOKOH KESIMPULAN ISI KANDUNGAN 8. 7. 6. 5. 4. 3. 2. 1.
SIAPAKAH TOKOH DIPILIH? YANG
TOKOH YANG TIDAK DIDENDANG: TAN SRI ZAINUDDIN BIN MAIDIN
Tokoh ialah insan yang dikatakan orang yang kenamaan dalam apa-apa bidang seperti politik, kebudayaan, agama dan lain-lain (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Selain itu, tokoh juga dapat diertikan sebagai individu yang disegani dan dpandang tinggi oleh masyarakat. Tokoh yang tidak didendang membawa maksud individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang telah memberikan khidmat dan sumbangan kepada tanah air tetapi tidak mendapat penghargaan serta tidak dikenali oleh orang ramai. Terdapat ramai wira atau tokoh yang tidak didendangkan di negara kita. Jika ingin disebutkan, tidaklah cukup lembaran kertas yang digunakan. Antara contoh wira yang tidak didendang ialah Rabbi Sapinggi, Jomius, Richard Soibi dan Firdaus Abdul Salam yang merupakan malimmalim gunung yang terlibat dalam ekspidisi menyelamat Gempa Ranau yang berlaku di Sabah, Malaysia (Astro Awani, 2015). PENGENALAN
Terdapat seorang tokoh tempatan yang telah menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dan layak untuk mendapat sanjungan tinggi. Seorang anak kelahiran negeri yang diberi julukan sebagai ‘negeri jelapang padi' ini telah menjadi permata negara dalam bidang kewartawanannya sewaktu usia muda. Selain daripada bidang kewartawanan, beliau juga telah menceburkan diri dalam dunia politik. Beliau merupakan Tan Sri Zainuddin bin Maidin, merupakan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Bekas Menteri Penerangan Malaysia. Beliau juga merupakan seorang wartawan ketika usia mudanya. Beliau memberikan banyak sumbangan dalam bidang kewartawanan dan juga politik kepada negara. Menjadi seorang wartawan pada usia muda bukanlah suatu kerjaya yang mudah terutamanya pada era 60-an yang serba-serbi kekurangan kemudahan infrastruktur dan teknologi. Sewaktu zaman kegemilangannya, terdapat beberapa cabaran yang beliau hadapi untuk menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya melalui penulisan beliau. PENGENALAN
03 MENGKAJI LATAR BELAKANG TOKOH IAITU TAN SRI ZAINUDDIN BIN MAIDIN MENGENALPASTI CABARAN YANG DI HADAPI TOKOH SEBAGAI SEORANG MENTERI PENERANGAN MENGETAHUI PERANAN TOKOH SEPANJANG BERKHIDMAT SEBAGAI SEORANG MENTERI PENERANGAN MENGANALISIS SUMBANGAN TOKOH KEPADA NEGARA MALAYSIA OBJEKTIF KAJIAN 01 02 04
KAEDAH KAJIAN Pengkaji mendapatkan maklumat untuk kajian ini melalui pelbagai kaedah. Kaedah yang digunakan lebih digunakan kepada rujukan iaitu data sekunder. Pengkaji banyak menggunakan data sekunder untuk melengkapkan kajian berbanding data primer. Walau bagaimanapun, kajian kali ini hanya menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat yang pengkaji perlukan. Menurut Sabitha Marican, data yang dikumpul oleh pengkaji lain dikenali sebagai data sekunder. Jurnal, buku, majalah, internet, tesis dan, surat khabar merupakan contoh data sekunder.
KAEDAH KAJIAN Data sekunder telah digunakan kerana maklumat lebih mudah diperolehi. Untuk mendapatkan data, laman sesawang digunakan untuk mencari artikel atau kajian lepas yang asalnya dicari untuk tujuan lain tetapi kini digunakan untuk kajian yang dilakukan oleh pengkaji Penggunaan data sekunder ini dapat membentuk pelbagai hipotesis dalam sesuatu kajian. Tambahan lagi, kebolehpercayaan data yang dikumpulkan oleh pengkaji sebelum ini adalah tinggi.
LATAR BELAKANG TOKOH Tan Sri Zainuddin bin Maidin, juga dikenali sebagai Zam ialah tokoh yang tidak didendang. Dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Datin Sri Zaiton Binti Zainol Abidin dan empat orang anak. Beliau adalah bekas ketua pengarang iaitu bekas ketua pengarang Utusan Melayu. Utusan Melayu itu menerusi ruang pojok "Awang Selamat". Beliau juga menulis dalam Mingguan Malaysia secara memprovokasi pelampau Melayu dan bukan Melayu. Pada 14 Disember 2018, Tan Sri Zainuddin telah meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor.
Di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah adalah tempat bermulanya pendidikan awal Tan Sri Zainuddin. Kemudian, pada tahun 1969, beliau berpeluang untuk melanjutkan pengajiannya di Institute Journalism, German dalam bidang kewartawanan. Pada 1981, beliau telah dianugerahi dengan Fellowship Kewartawanan Profesional dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
SUMBANGAN Beliau dilantik sebagai ahli Parlimen iaitu ahli Dewan Negara pada 1998 dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Januari 2001. Pada Februari 2001 pula, beliau kemudiannya dipilih semula sebagai ahli Dewan Negara, dan pada 21 November 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Beliau memenangi kerusi Merbok pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon keadilan Saiful Izham Ramli yang pada ketika itu seorang peguam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Penerangan sepenuh masa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rombakan kabinet yang dibuat pada 14 Februari 2006. Sumbangan Terhadap Politik
1.Wira Tak Didendang 2.The Unsung Heroes 3.MAHATHIR: Di Sebalik Tabir 4.Hari Itu Sudah Berlalu 5.Yang Pertama dan Terakhir 6.Malaysia British Relations in London Surat daripada Dr. MAHATHIR: Edisi tambahan ‘MAHATHIR di Sebalik Tabir’ 7. Di Depan Api Di Belakang Duri: Kisah Sejarah Utusan Melayu 8. Tan Sri Zainuddin bin Maidin telah menulis beberapa buah buku seperti : PENULISAN
PERANAN TOKOH Orang pertama yang dilantik sebagai karyawan tamu di Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah Tan Sri Zainuddin Bin Maidin. Beliau mendapat bantuan daripada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) UUM selama setahun untuk menghasilkan karyanya. Beliau juga telah menyampaikan syarahan dan berkongsi pengalaman dengan pelajar UUM.
Tan Sri Zainuddin Bin Maidin juga sebagai mentor dan pemimpin kepada ramai individu dalam industri media. Pada tahun 1951, beliau bekerja sebagai pemberita sambilan untuk Utusan Melayu Alor Setar.Beliau dihantar ke London sebagai wakil akhbar oleh Utusan Melayu. Beliau bekerja di sana selama setahun sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 1976. Semasa berada di London, beliau pernah bekerja di bahagian Melayu BBC London. Tan Sri Zainuddin Bin Maidin pernah dilantik sebagai Menteri Penerangan dari tahun 2006 hingga 2008 dalam kabinet Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam kapasitinya sebagai menteri, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dan membangunkan sektor komunikasi dan multimedia negara.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH TOKOH Antara cabaran dan kritikan yang beliau pernah alami ialah beliau pernah dituduh mengarah akhbar utama di Malaysia untuk menyembunyikan kebanyakan berita yang boleh menjejaskan reputasi kerajaan. Hal ini berikutan kemerosotan Malaysia dalam indeks kebebasan media iaitu "Reporters Without Borders" pada tahun 2007. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mendapat kritikan yang teruk daripada ramai pihak kerana agensi berita Al-Jazeera pernah menyiarkan rakaman perbualan beliau yang mengutuk pihak AlJazeera yang membesar-besarkan cerita tentang peristiwa perhimpunan Bersih. AlJazeera melaporkan bahawa pasukan pengaman menggunakan kekerasan untuk menyuraikan demonstrasi tersebut.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH TOKOH Selain itu, cabaran yang dihadapi Tan Sri Zainuddin ialah terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan marah dengan artikel yang ditulis olehnya di Utusan Malaysia. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengecam tulisan bekas Menteri Penerangan Malaysia itu dengan keras kerana ia dianggap menghina bekas Presiden Indonesia. Tan Sri Zainuddin telah menimbulkan konflik di antara hubungan bilateral dua negara rumpun Melayu. Penyebabnya ialah tulisannya di Utusan Malaysia Edisi 10 yang berjudul Persamaan B. J. Habibie dan Anwar Ibrahim. Tan Sri Zainuddin menyebut Habibie sebagai “The Dog Of Imperialism”.
Tan Sri Zainuddin bin Maidin merupakan seorang modal insan yang sangat berani dan tidak gentar pada kritikan-kritikan yang diterima disebabkan oleh penulisannya yang lantang. Kehidupan beliau yang bermula daripada seorang wartawan kontrak sehingga berjaya menulis beberapa buah buku serta menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan Malaysia telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa jua keadaan yang beliau tempuhi. Walaupun nama beliau tidak segah tokoh-tokoh yang lain serta hasil karya beliau tidak dikenali ramai, beliau tetap menjadi menjadi seorang tokoh yang harus kita raikan dan contohi. KESIMPULAN Tanggal 14 Disember 2018 merupakan tarikh keramat bagi keluarga Tan Sri Zainuddin bin Maidin kerana pada tarikh tersebut sewaktu beliau berusia 79 tahun, Tan Sri Zainuddin bin Maidin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang akibat serangan jantung.
RINGKASAN KEHIDUPAN
RUJUKAN Ah Kow Bagaikan Mentor & Bapa Kepada Zam - Semasa. (2012, Jun 17). mStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/06/17/ah-kowbagaikan-mentor--bapa-kepada-zam Gempa Ranau: 'Inilah pahlawan sejati'. (2015, Jun 7). Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/gempa-ranau-inilah-pahlawansejati-61813 Kaedah Pengumpulan Data Primer & Data Sekunder | PDF. (n.d.). Scribd. Dicapai pada November 18, 2023, dari https://www.scribd.com/doc/244337893/Kaedah-pengumpulan-data-primerdata-sekunder Mahathir Di Sebalik Tabir by Zainuddin Maidin. (2019, Julai 19). Goodreads. Dicapai pada Disember 1, 2023, dari https://www.goodreads.com/book/show/10154288-mahathir-di-sebalik-tabir Malaysian minister interviewed on Kuala Lumpur protests. (2007, November 12). YouTube. Dicapai pada November 4, 2023, dari https://www.youtube.com/watch? v=jfpYZ4IGenY&ab_channel=AlJazeeraEnglish Palaniappan, Y. (2007, November 13). Kit Siang: Zam 'minister of misinformation'. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/74714
RUJUKAN Perjalanan akhir Zainuddin Maidin. (2018, December 15). The Malaysian Insight. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/g/118855 Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada November 17, 2023, dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/tan-sri-zainuddin-maidin SBY Kecam Keras Tulisan Zainuddin Maidin. (2012, Disember 18). YouTube. Dicapai pada November 9, 2023, dari https://youtu.be/AHq48mMnzXI? si=hQHhijH38QWrQiP_ UUM PRESS. Buku Saya Bukan Menteri Papar Pengalaman Hidup Zam. Dicapai pada November 3, 2023, dari https://uumpress.uum.edu.my/allnews-list/511-buku-saya-bukan-menteri-papar-pengalaman-hidup-zam Zainuddin bin Maidin. Wikipedia Bahasa Melayu. Dicapai pada November 5, 2023, dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainuddin_bin_Maidin Zainuddin Maidin meninggal dunia. (2018, Disember 14). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/zainuddin-maidin-meninggaldunia-193604
lampiran a Buku ‘Wira tak Didendang’ karya Allahyarham Tan Sri Zainuddin bin Maidin
lampiran B Buku ‘MAHATHIR Di Sebalik Tabir’ karya Allahyarham Tan Sri Zainuddin bin Maidin
lampiran C Buku ‘Hari Itu Sudah Berlalu’ karya Allahyarham Tan Sri Zainuddin bin Maidin
lampiran D Buku ‘Surat daripada Dr. MAHATHIR’ karya Allahyarham Tan Sri Zainuddin bin Maidin
lampiran E Buku ‘Di Depan Api Di Belakang Duri: Kisah Sejarah Utusan Melayu’ karya Allahyarham Tan Sri Zainuddin bin Maidin