BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 19 Betulkan padang di sekolah. Nurul Azieanis binti Zainudin [1Y] Penyelenggaraan padang sekolah memerlukan dana yang besar. Sekiranya ada penyumbang untuk menaik taraf padang, pihak sekolah sangat mengalukan. Padang sekolah 20 Cari dana untuk baik pulih padang sekolah. Sebaiknya padang bola sepak sintetik (rumput tiruan). Nor Haizan Mazalan [4B] Penyelenggaraan padang sekolah memerlukan dana yang besar. Sekiranya ada penyumbang untuk menaik taraf padang, pihak sekolah sangat mengalukan. Padang sekolah 21 Di buka pintu pagar yang berdekatan dengan padang sekolah supaya memudahkan muid-murid masuk dan keluar sekolah dengan cepat dan demi mengelakkan kesesakan di pintu utama sekolah. Urusan di pejabat pun mudah dan dekat. Badrol Hisham bin Mohd Noran [2I] Pembukaan pintu 3 untuk murid akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ. Berlaku pertembungan murid sewaktu balik oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pintu pagar belakang 22 Buka pagar belakang untuk memudahkan orang yang ada urusan pejabat kerana jauh. Mohd Fikri bin Hamzah (Penjaga murid dari Baitul Hasanah) Pihak sekolah dalam perancangan membuka pintu 3 untuk kemudahan penjaga berurusan di pejabat. Pintu pagar belakang 23 Wujudkan tempat letak motor berbumbung. Noorazlina binti Mohd Hapli [5G] Pertimbangan tempat motor berbumbung memerlukan perbincangan yang teliti demi keselamatan semua pihak Parking motor 24 Saya cadangkan tempat letak motor perlu disediakan untuk memudahkan pelajar tidak meletak kenderaan merata-rata. Mohd Azli bin Aazemi [5M] Semua murid yang membawa motor perlu menyusun motor di luar kawasan sekolah di tepi Jalan Sekolah. Parking motor 25 Menyediakan tempat parking yang secukupnya buat ibu bapa. Abdul Rahman bin Hassan [1K] Pembinaan tempat parking di luar sekolah merupakan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Parking untuk ibu bapa 26 Membaiki pintu tandas untuk tandas murid lelaki. Hassan bin Kamis [1P] Pihak sekolah telah membaiki pintu tandas yang dirosak oleh murid. Murid perlu lebih bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah. Tandas 51
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 27 Saya berharap pihak sekolah dapat baik pulih tandas murid untuk keselesaan semua murid. Tuan Mazni bin Tuan Noh [1P] Semua kemudahan memerlukan dana. Sekiranya ada penyumbang dana untuk mempertingkatkan kemudahan, sangat dialualukan. Tandas 28 Perbaiki tandas (pintu tiada dan pintu tiada lock) hanya 1 sahaja yang boleh digunakan. Abdul Rahman bin Mohamad Sahrin [3E] Jawapan seperti perkara 26. Tandas 29 Fasilities - Tandas terutama pintu tandas perlu di tambah baik. Che Ku Zakhirah binti Che Ku Abdullah [4E] Jawapan seperti perkara 26. Tandas 30 Membaik pulih tandastandas pelajar yang rosak. Zarina binti Mohd Hashim [4G] Semua kemudahan memerlukan dana. Sekiranya ada penyumbang dana untuk mempertingkatkan kemudahan, sangat dialualukan. Tandas 31 Perbaiki tandas (pintu tiada & pintu tiada lock) hanya 1 shj yang boleh digunakan. Abdul Rahman bin Mohamad Sahrin [5D] Jawapan seperti perkara 26. Tandas 32 Membetulkan tandas-tandas yang rosak di blok Hibiscus dan mengecat semula, mencantikkan blok hibiscus. Mohd Syaril bin Mohd Ali [5D] Semua kemudahan memerlukan dana. Sekiranya ada penyumbang dana untuk mempertingkatkan kemudahan, sangat dialualukan. Tandas 33 Saya cadangkan agar pintupintu bilik tandas lelaki dan perempuan agar diperbaiki semua, kerana ada sebahagian pintu-pintu tandas yang dah rosak sehingga tidak boleh nak ditutup pintu tandas. Sekian cadangan saya. Rostam bin Dzolkaply [5G] Jawapan seperti perkara 26. Tandas 34 Letak CCTV di luar tandas supaya boleh tahu siapa yang rosakkan harta sekolah. Meor Zainal Abidin Meor Aris [4K] Cadangan yang baik tapi perlukan dana. Tandas dan penalti 52
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 35 Saya harap pihak sekolah dapat menaik taraf tandas dan memberikan lebih pengawasan kepada muridmurid yang menggunakannya. Akhir sekali saya berharap pihak sekolah dapat memberikan denda atau penalti kepada murid yang telah mengotorkan dan merosakkan harta benda sekolah supaya masalah ini tidak berleluasa. Norlela binti Ayoub Semua kemudahan memerlukan dana. Sekiranya ada penyumbang dana untuk mempertingkatkan kemudahan, sangat dialualukan. Perbuatan vandalisme sangat diberi perhatian oleh pihak sekolah. Tandas dan penalti 36 Membaik pulih tandas lelaki (sumbangan RM10 satu keluarga). Srisusayati binti Yatim Mustafa [4E] Boleh diusulkan dalam Mesyuarat Agung PIBG. Tandas dan sumbangan 37 Membuat tangki air yang lebih besar atau tambahkan lagi tangki air jika sudah ada. Jika bekalan air terputus pelajar tidak terganggu untuk pergi ke sekolah. Rashid bin Hussain [1B] Semua kemudahan memerlukan dana. Sekiranya ada penyumbang dana untuk mempertingkatkan kemudahan, sangat dialualukan. Semua binaan baru perlukan kelulusan KPM. Tangki air 38 Nilai semula harga buku ekoran kemampuan keluarga (buku dan kelengkapan sekolah lain). Norsiah binti Busrah [2B] Harga alat tulis dan buku telah meningkat sebanyak 5% hingga 40 % sejak Oktober 2022 disebabkan kenaikan kos bahan. Harga buku 39 Maklumat sekolah - Makluman hendaklah dimaklumkan pada ibu bapa lebih awal bagi memudahkan pengurusan ibu bapa (Khas kepada guru kelas). Mohd Isa bin Mohd Basir [1M] Semua penjaga cakna dalam info telegram sekolah dan group Whatsapp kelas. Maklumat sekolah 40 Masukkan segala maklumat dalam group utama SMKRP. Mohd Fikri bin Hamzah (Penjaga murid dari Baitul Hasanah) Semua maklumat berkaitan murid dimasukan dalam info SMKRP Klang (telegram) atau melalui group Whatsapp kelas. Maklumat sekolah 53
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 41 Jadikan ini sekolah angkat kepada balai polis yang berhampiran bagi mengurangkan kes salah laku pelajar. Norsilawati binti Razali [2M] 2 pegawai Polis dari IPD Klang Utara telah dilantik sebagai Pegawai Seranta Sekolah bagi membantu sekolah dalam pengurusan disiplin dalam dan luar kawasan sekolah. Sekolah angkat B. KURIKULUM 42 Memastikan bilangan guru yang mencukupi untuk BM. Mohd Fadzil Arshad [2A] Keperluan guru bergantung bekalan oleh KPM. Bilangan guru 43 Istimewakan kelas 4A. Mohd Azlan bin Harun [4A] Kelas 4A telah diletakkan di bangunan baru untuk lebih kondusif. Istimewa 44 Mengadakan kelas tambahan bagi pelajarpelajar yang lemah. Contoh seminggu 3 kali kelas dengan cas yuran minimum memandangkan sek men rantau panjang dalam komuniti luar bandar. Norhafizah binti Sabar [3P] Terima kasih atas cadangan. Kelas tambahan akan bermula seperti dalam takwim sekolah. Kelas tambahan 45 Pihak sekolah dapat mengenalpasti pelajar yang masih lagi lemah dalam membaca dan memfokus pelajar berikut. Mungkin boleh mengadakan kelas awal sejam untuk membaca sehingga lancar. Nordiana binti M. Bakar [1Y] Terima kasih atas cadangan. Cadangan akan diberi perhatian. Kelas tambahan 46 Saya mencadangkan agar sekolah dapat mewujudkan kelas tambahan / kelas pengukuhan berbayar untuk pelajar yang dikenal pasti memerlukan terutamanya kepada pelajar yang tidak dapat menguasai pembelajaran melalui sesi PdPR pada tahun-tahun yang lepas. Siti Noorrohaini binti Miyrun [2M] Kelas pengukuhan berbayar perlukan kebenaran oleh JPN. Kelas tambahan 47 Menambah baik pulih pembelajaran bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Contohnya tuisyen. Zaidi bin Matnoh [3T] Terima kasih atas cadangan. Kelas tambahan akan bermula seperti dalam takwim sekolah. Kelas tambahan 54
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 48 Murid-murid tingkatan 4 harap dapat diadakan kelas tambahan dengan kerap agar murid-murid dapat mengulangkaji apa yang dipelajari di sekolah. Zarina binti Mohd Hashim [4G] Terima kasih atas cadangan. Kelas tambahan akan bermula seperti dalam takwim sekolah. Kelas tambahan 49 Mencadangkan lebih banyak kelas tambahan kepada murid tingkatan 5 memandangkan tarikh SPM bagi tahun 2023/2024 tiada ketetapan lagi. Suhaimi bin Ahmad [5D] Terima kasih atas cadangan. Kelas tambahan akan bermula seperti dalam takwim sekolah. Kelas tambahan 50 Saya mencadangkan agar pembelian buku hanya untuk buku-buku yang perlu sahaja kerana ada buku yang ditetapkan untuk dibeli tetapi tidak digunakan hingga akhir persekolahan. Salasiah binti Hamzah [3D] Murid diminta hanya membeli buku yang disenaraikan oleh panitia sahaja. Pembelian buku 51 Waktu balik sekolah tetap 1.40 p.m tak perlu diubah kerana saya perlu keluar mengambil anak saya dari tempat kerja. Rahimah binti Nosli [4A] Waktu balik telah ditetapkan seperti jadual waktu kecuali sewaktu ujian dan peperiksaan murid akan pulang pada pukul 1.05 p.m dengan pemakluman kepada penjaga. Waktu persekolahan 52 Balik awal dari sekolah. Sa'adatul Firdaus [2P] Pihak sekolah perlu mematuhi jumlah waktu persekolahan seminggu yang telah ditetapkan oleh KPM. Waktu persekolahan 53 Usul saya balik sekolah pukul 6.30 petang. Surina binti Sumeri [1D] Jawapan seperti perkara 52. Waktu persekolahan 54 Masa sekolah terlalu panjang lewat balik. Norsaadah binti Ibrahim [1F] Jawapan seperti perkara 52. Waktu persekolahan 55 Mohon para pelajar di blok bangunan baru diberi pelepasan awal 6 minit sebelum waktu rehat. Ini kerana jarak perjalanan yang jauh dari kantin. Dicadangkan memulakan sesi persekolahan awal 6 minit. Turun dan beratur membeli makanan benarbenar mengambil masa + pejalanan naik semula ke blok baru. Subaitah binti Abd Majid [4B] Jawapan seperti perkara 52. Waktu rehat 55
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 56 Tiada gangguan masa rehat pelajar (tidak dapat makan) kelas habis lewat. Anakanak selalu merungut tak sempat makan walaupun membawa bekal. Halimah binti Hamat [1A] Pihak sekolah ambil maklum. Pengetua sentiasa mengingat semua guru mematuhi masa rehat murid. Waktu rehat 57 Kelonggaran bagi penggunaan kamus bagi subjek BI ketika ujian. Srisusayati binti Yatim Mustafa [4E] Belum ada SPI oleh KPM penggunaan kamus bagi subjek BI ketika peperiksaan. Kamus 58 Pemakluman kepada ibu bapa tentang kedudukan serta kejayaan pelajar bagi setiap kelas dengan lebih telus dan jelas. Hidayah binti Ishak [1Y] Pemakluman bergantung kepada sistem baharu iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) menggantikan SAPS. Untuk murid menengah rendah Tahap Penguasaan (TP) telah digunapakai oleh semua murid. Maklumat murid C. HAL EHWAL PELAJAR 59 Dedahkan kepada pelajar tentang bahaya merokok dengan mengadakan program-program lebih kerap. Boleh dilaksanakan dalam PdP tentang akhlak/adab. contoh sabitkan ketika PdP tentang sirah-sirah nabi / akhlak nabi / para sahabat. Bagi guru muslim boleh cerita kepada pelajar. Norsilawati binti Razali [2M] Majoriti guru-guru muslim dan non-muslim telah menyelitkan tentang adab/bahaya DARVIH dalam PdP. Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah melaksanakan program ‘5 Minit Anti Dadah’, ‘DARVIH’ oleh murid SLAD dalam perhimpunan. Ceramah PPDA dan Pemantapan Sahsiah pada 20/6/23 untuk Ting 3 - Ting 5. Perlukan juga sokongan daripada keluarga, tidak merokok di depan anakanak. Bahaya merokok 56
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 60 Mengendalikan program kesihatan mental dalam kalangan guru dan murid. Mohd Fadzil Arshad [2A] UBK mengadakan ‘Saringan Kesihatan Mental’ untuk setiap tingkatan secara manual (sebelum PKP) dan secara online (era Covid 19), bergantung kepada jadual yang ditetapkan oleh KPM. Selepas saringan, murid yang berisiko, dijalankan Intervensi. Program ‘5 Minit Minda Sihat’ di perhimpunan, disampaikan oleh PRS, pada Rabu (sesi pagi) dan Jumaat (sesi petang). Ceramah-ceramah Motivasi secara berkala, 30/8/22 ‘Ceramah Kesihatan Mental’ oleh Pegawai Psikologi Klinik Bandar Botanik. Kesihatan mental 61 Saya mencadangkan program ibu bapa bersama guru dan murid. Mohd Hafiz bin Mohd Hassan [1G & 5J] Akan dilaksanakan sekiranya mendapat kebenaran daripada KPM (melibatkan jumlah kehadiran yang tinggi), buat masa sekarang, jumlah kehadiran adalah terhad. Program bersama ibu bapa 62 Sediakan langsir dalam kelas. Mohd Fikri bin Hamzah [Penjaga Baitul Hasanah] Langsir akan dipasang sekiranya telah mendapat kebenaran daripada KPM. (Larangan semasa Covid 19 dan Semasa Cuaca Panas). Keceriaan kelas 63 Membaik pulih keceriaan kelas seperti mengecat semula, memasang langsir, mengelap kipas dll untuk keselesaan murid untuk belajar. Norzieani Kidam [2M] ’Operasi Buka Sekolah’ pada 17/3/23. Guru-guru bersama beberapa murid telah membersihkan kelas, dan keceriaan kelas. AJK Kebersihan kelas menetapkan jadual bertugas setiap hari. Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Bulanan, diberi sijil dan Anugerah HEM Akhir Tahun. Mengecat kelas, adalah atas budi bicara guru kelas. Keceriaan kelas 57
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 64 Mencantikkan kawasan sekolah. Mohd Syaril bin Mohd Ali [5D] Kelab dan Persatuan telah membina taman-taman khas seperti Taman Nilam, Taman RC, Taman Lanskap, Taman UBK dan Taman SPBT. Keceriaan sekolah 65 Bangunan kabin banyak kelawar dan najis kelawar. Rosmina Junoh [5J] Dalam proses untuk menutup lubang di siling yang terbuka. Kecerian sekolah 66 Menyediakan pegawai keselamatan khas untuk pelajar melintas jalan terutama pada waktu kedatangan pelajar dan masa pelajar pulang. Abdul Rahman Hassan [4A] Pengawal khas membantu melintas jalan memerlukan dana tambahan. Ramai murid pagi membawa motosikal sendiri. Sesi petang, ada beberapa Guru Bertugas Mingguan yang bertugas mengawasi murid balik jam 6.40 ptg. Keselamatan 67 Memberi penekanan yang lebih dari segi aspek keselamatan pada pelajarpelajar yang membawa kenderaan ke sekolah. Mohd Nawi bin Hamzah [3H] Peringatan berkala dalam perhimpunan tentang lesen memandu, topi kaledar dan mematuhi peraturan jalanraya. Keselamatan 68 Pembayaran yuran secara ansuran. Norsiah binti Busrah [2B] Murid dan ibu bapa boleh berunding dengan guru kelas masing-masing. Yuran sekolah 69 Yuran sekolah - mohon tidak membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan. Hayati binti Atan [3K] Tiada yuran persekolahan. Sumbangansumbangan berikut telah diluluskan dalam MAT PIBG. Sumbangan PIBG RM60 untuk sebuah keluarga. Sumbangan akademik RM40. Sumbangan Kokurikulum dan HEM RM10. Jumlah RM110. Segala permasalahan boleh berunding dengan guru kelas masing-masing. Yuran sekolah 58
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 70 Mengambil kira kebajikan pengawas yang bertugas di waktu rehat mereka di blok baru. Mereka perlu tunggu dan memastikan kesemua pelajar telah naik ke kelas masing-masing selepas waktu rehat. Ini menyukarkan mereka sehingga tidak sempat membeli makan / makan. Mohon guru yang bertanggungjawab bermesyuarat / berbincang secara terbuka dan mendengar luahan hati para pengawas. Senaraikan dan cari penyelesaian terbaik. Mungkin ada perkaraperkara berbangkit yang kita terlepas pandang demi kebajikan semua. Subaitah binti Abd Majid [4B] Rehat Pengawas (Sesi Pagi) telah dibawa ke hadapan 15 minit sebelum waktu rehat. Pengawas 71 Kebersihan di kantin sekolah harus ditingkatkan. Norhafizah binti Sabar [3P] Pemantauan kebersihan kantin telah dijalankan setiap minggu dan setiap bulan. Kantin 72 Mencari cara utk mengatasi masalah kesesakan di kantin ketika rehat. Abdul Rahman bin Mohamad Sahrin [3E] Kesesakan tidak akan berlaku jika murid sentiasa bertolak ansur. Kantin 73 Besarkan lagi kantin sekolah bagi menampung pelajar yang ramai. Hassan bin Kamis [5B] Tempat rehat T4 dan T5 di perluaskan lagi sehingga ke Dataran PIBG, pentas Dataran PIBG ,Laman Nilam, Laman Inovasi dan Laman UBK. Kantin 74 Mencari cara untuk mengatasi masalah kesesakan di kantin ketika rehat. Abdul Rahman bin Mohamad Sahrin [5D] Jawapan seperti perkara 72. Kantin 59
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN 75 Membuat penambahan tempat makan murid. Wan Azira binti Wan Abdullah [5D] Jawapan seperti perkara 73. Kantin 76 Tambah jumlah barang jualan di kantin sekolah. Pelajar mengadu kekurangan makanan di kantin sekolah. Hassan bin Kamis [1P] Makanan di kantin telah dipelbagaikan seperti nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng, buah-buahan, nasi ikan keli, nasi ayam masak merah, roti sardin, sandwich telur, keropok lekor, popiah, mihun sup, spageti dan sebagainya. Kantin - makanan 77 Menyediakan menu rahmah dengan harga berpatutan bagi pelajar yang mampu. Norhafizah binti Sabar [3P] Harga makanan berpatutan. Contoh : Nasi goreng RM1. Kantin - makanan 78 Makanan di kantin kurang sedap dan tak banyak pilihan. Zul Azlan Haznan bin Zainuddin [3Y] Jawapan seperti perkara 76. Kantin - makanan 79 Makanan tak sedap, tiada banyak pilihan. Roszelena binti Basin [3Y] Jawapan seperti perkara 76. Kantin - makanan 80 Saya mencadangkan untuk kantin menyediakan sarapan pagi pada murid-murid. Haslina binti Arib [4E] Sarapan seharusnya diambil di rumah kerana sesi persekolahan bermula seawal 7.30 pagi. Kantin - makanan 81 Tambah jumlah makanan yang dijual dikantin - makanan tidak cukup. Hassan bin Kamis [5B] Jawapan seperti perkara 76. Kantin - makanan D. KOKURIKULUM 82 Menyediakan court badminton dan padang yang lebih baik. Norzali bin Tajudin [3I] Buat masa ini pihak sekolah dan PIBG tidak mempunyai cukup dana untuk menyediakan gelanggang badminton dan padang yang baik untuk kegunaan murid. Court badminton 83 Perbesarkan koperasi sekolah. Noorazlina binti Mohd Hapli [5G] Dalam perancangan, insya Allah. Koperasi sekolah 60
BIL USUL PEMBERI USUL (KELAS ANAK) JAWAPAN CATATAN E. USUL SEKOLAH 84 Mencadangkan penetapan sumbangan PIBG dikekalkan RM 60 untuk satu keluarga. PK Pentadbiran Sumbangan PIBG 85 Mencadangakan kutipan tambahan untuk murid bagi semua tingkatan bagi pelaksanaan Program Champion persediaan SPM dan ulangkaji semua murid setiap tingkatan: Tingkatan 5 – RM 70.00 Tingkatan 4 – RM 40.00 Tingkatan 3 – RM 40.00 Tingkatan 2 – RM 40.00 Tingkatan 1 – RM 40.00 PK Pentadbiran Sumbangan PIBG 86 Mengadakan kutipan dana untuk projek menaik taraf padang, pembinaan gajah menyusu antara bangunan dan menaiktaraf internet sekolah. PK Pentadbiran Sumbangan PIBG 87 Mencadangkan diberikan kelulusan untuk membuat kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 dan tahun 2024 dilakukan tanpa menunggu MAT dilaksanakan terlebih dahulu. PK Pentadbiran Sumbangan PIBG 88 Majalah sekolah akan diterbitkan seperti tahuntahun lepas. PK Kokurikulum Sumbangan PIBG 89 Sumbangan RM 10 bagi menampung pengurusan tambahan unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum. PK Hal Ehwal Murid (HEM) Sumbangan PIBG 61
Penasihat : Encik Azmuddin bin Muhamad Yang Dipertua : ………………………………………………………………….……... Naib Yang Dipertua : ………………………………………………………………….……... Setiausaha Kehormat : Puan Norzaini binti Che Daud Bendahari Kehormat : Puan Ros Azrina binti Ederus @ Idrus Ahli Jawatankuasa Wakil Ibu Bapa : ………………………………………………………………….……... : ………………………………………………………………….……... : ………………………………………………………………….……... : ………………………………………………………………….……... : ………………………………………………………………….……... : ………………………………………………………………….……... Wakil Guru : Puan Nurul Nadiah binti Nordin (Biro Akademik) : Puan Noriah binti Sumirih (Biro Keceriaan & Keselamatan) : Encik Mohamad Fayyaz bin M. Farouk (Biro Sosial & Modal Insan) : Puan Salinatul Saadiah binti Saat (Biro Ekonomi & Pembangunan) : Encik Mohd Firdaus bin Mohd Zaini (Biro Sukan & Kokurikulum) : Encik Azwanijaya bin Sukarman (Kumpulan Sokongan & Ibu Bapa) Juruaudit 1 : ………………………………………………………………….……... (Ibu Bapa) Juruaudit 2 : Puan Sofiah binti Mohd Salleh (Guru) JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 62
AJK Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil. 42 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 SMK Rantau Panjang, Klang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : YBrs Puan Erny Afrishah binti Azizi Penyelaras Dun Sementa (N43) Pejabat Pendidikan Daerah Klang Encik Haiziee bin Mohd Saleh Yang Dipertua PIBG SMK Rantau Panjang Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Rantau Panjang JKKKP dan Ketua-ketua kampung Para Pentadbir SMK Rantau Panjang Ibu bapa / Penjaga Murid SMK Rantau Panjang Guru-guru SMK Rantau Panjang Semua Murid SMK Rantau Panjang dan semua pihak yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga sokongan ini berterusan demi kecemerlangan SMK Rantau Panjang, Klang. PENGHARGAAN