1
2 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN…………………………………………………………………………………3 1.0 PENGUMPULAN BAHAN INOVASI DI SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA, KUALA BERANG, TERENGGANU……………………4-6 1.1 LAPORAN INOVASI 1.2 NOTA 2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA INTERNET……………………………7-8 3.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA BUKU………………………………….9 4.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA JURNAL……………………………….10 5.0 PENUTUP………………………………………………………………………………….11 RUJUKAN…………………………………………………………………………………………..12
3 PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dengan penuh penghargaan kepada Puan Nurhafiza Binti Anuar selaku pensyarah mata pelajaran Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu abad ke-21 (BMMB3182), di atas kepercayaan dan bimbingan beliau dalam membantu saya dan rakan seperjuangan melengkapkan tugasan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKP) kerana telah menyediakan perpustakaan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan urusan pelajar untuk mencari sumber rujukan tambahan yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus. Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang telah banyak memberi dorongan dan semangat sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasanini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang sama-sama bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan kerana sudi berkongsi maklumat serta idea. Pelbagai ilmu yangdapat kami rungkai sepanjang kami melengkapkan tugasan sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini. Begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Sekian, terima kasih.
4 1.0 PENGUMPULAN BAHAN INOVASI DI SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA, KUALA BERANG, TERENGGANU. 1.1 LAPORAN INOVASI MENGUASAI IMBUHAN AWALAN MELALUI APLIKASI ‘PULAU IMBUHAN’ Izzat Harrith bin Ideris Guru Bahasa Melayu SK. Telaga, Kuala Berang, Terengganu. SINOPSIS Inovasi digital ini dinamakan “Pulau Imbuhan”. Nama ini diambil bersempena dengan tema pengembaraan ke sebuah pulau untuk mempelajari imbuhan awalan. Projek inovasi ini dicipta untuk mengaplikasi teknologi dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK- 21). Menurut Parker (2008), pengajaran menggunakan ICT mampu meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Hasil produk bagi projek ini berbentuk digital sepenuhnya. Aplikasi ini mengandungi set pembelajaran imbuhan awalan termasuklah jenis- jenis imbuhan awalan, contoh ayat yang menggunakan imbuhan awalan, jadual yang digunakan untuk merujuk penentuan sama ada huruf pertama pada kata dasar digugurkan atau tidak setelah digabungkan dengan imbuhan awalan yang tertentu dan juga kuiz berbentuk soalan objektif untuk menguji kefahaman pengguna tentang konsep dan aplikasi imbuhan awalan. OBJEKTIF Terdapat tiga fungsi utama pada produk inovasi ini. Pertama, unsur multimedia yang digunakan iaitu grafik dan audio yang berbentuk interaktif akan menarik minat murid untuk belajar topik ini. Kedua, produk ini mengandungi set pembelajaran imbuhan yang meliputi semua jenis imbuhan awalan berserta contoh imbuhan yang sesuai untuk digunakan dalam ayat. Fungsi yang ketiga adalah produk ini akan disertakan dengan latihan imbuhan berbentuk soalan objektif untuk menguji pemahaman murid setelah menggunakan produk ini.
5 KELEBIHAN PRODUK Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama dua orang guru pembimbing di sekolah, produk ini telah memberi manfaat dari segi susunan isi pembelajaran yang telah mengkelaskan jenis-jenis imbuhan awalan yang ada. Hal ini terbukti telah menyelesaikan masalah kajian yang sedia ada iaitu kebanyakan guru yang mengajar topik imbuhan tidak mengajar secara sistematik kerana menganggap imbuhan adalah sebahagian daripada topik kecil. Sebaliknya, topik imbuhan merupakan asas dalam kemahiran tatabahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh murid pada Tahap 1. Selain itu, berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa produk ini dapat menarik minat murid dalam pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antara faktornya adalah penyediaan bahan grafik yang menarik; ilustrasi kartun dan pemilihan tema pengembaraan ke pulau yang sesuai dengan pembelajaran murid pada peringkat umur Tahap 1. Menurut Habibah Lateh, et al. (2004), kepelbagaian dalam teknik pengajaran perlu diberi perhatian agar murid tidak berasa bosan dengan kaedah tradisional melalui ‘chalk and talk’ sahaja. Rajah 1: Kandungan Aplikasi Pulau Imbuhan
6 IMPAK INOVASI Antara impak penghasilan inovasi ini adalah dapat menjimatkan masa guru untuk menyediakan set PdP. Selain itu, produk inovasi ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ulangkaji tambahan untuk digunakan oleh murid semasa di rumah. Seterusnya, murid akan berasa lebih seronok kerana projek ini berorientasikan murid dengan bahan. Menurut Noriati et.al, (2012), kaedah tidak berorientasikan guru sepenuhnya ini dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang dapat memperkembangkan kreativiti murid. Di samping itu, murid di sekolah rendah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dalam menggunakan teknologi semasa sebagai medium pembelajaran. KEJAYAAN PRODUK Produk inovasi ini telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat sekolah setelah saya melaksanakan dua kali uji lari terhadap sasaran pengguna sebenar iaitu sebanyak enam orang murid Tahun 3. 1.2 NOTA Langkah-langkah melaksanakan sebuah inovasi a. Mengenal pasti masalah dan keperluan b. Menetapkan matlamat yang diharapkan daripada inovasi c. Mengkaji, memahami dan menganalisis tentang masalah dan cara untuk menyelesaikan masalah d. Penghasilan bahan inovasi: Penggunaan bahan, kos dan tempoh masa e. Pengujian f. Penghasilan manual penggunaan g. Menjalankan kajian mengikut golongan sasaran h. Penambahbaikan (Jika Perlu)
7 2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA INTERNET 2.1 VIDEO Rajah 2 Video daripada Youtube bertajuk kreativiti & inovasi Pendidikan Bahasa Melayu https://www.youtube.com/watch?v=N9yEt4aKymk Rajah 3 Video daripada Youtube bertajuk Inovasi Bahasa Melayu (berimbuhan) https://www.youtube.com/watch?v=ZIiF4DHxA9Q
8 2.2 AKHBAR ATASTALIAN Rajah 4 Petikan akhbar https://www.beritaharian.sg/setempat/faishal-inovasi-harus-jadi-tukikan-dalam-pengajaranbahasa-melayu Rajah 5 Petikan Akhbar https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/07/976200/kolokium-pemantapanbahasa-melayu
9 3.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA BUKU Rajah 6 Petikan buku Inovasi Pendidikan oleh Arin Tentrem Mawati, Yohanes Andik Permadi, Rasinus et. al. (2020). Rajah 7 Petikan buku Inovasi Pendidikan oleh Nur Kholifah, Hani Subakti, Agung Nugroho Catur Saputro et. al. (2021).
10 4.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT DARIPADA JURNAL Jurnal oleh Zakaria Bin Omar Bertajuk pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran Dan pembelajaran bahasa Melayu di kolej Vokasional Jurnal oleh Shahrul Adziah Abdul Aziz & Muhammad Azmil Abdul Aziz yang bertajuk Inovasi Pendidikan Bertunjangkan implimentasi teknologi dalam Blended Teaching
11 5,0 PENUTUP Pencarian maklumat dalam proses membina bahan inovasi adalah penting dalam memastikan bahan inovasi yang akan dibina adalah bertepatan dengan matlamat yang telah dibina dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Strategi PdP dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah amat penting bagi memastikan pembelajaran tersebut menjadi lebih bermakna dan dapat dikuasai dengan baik oleh murid. Strategi pengajaran yang pebagai akan membantu PdP lebih menarik dan tidak membosankan. Kesediaan guru dari pelbagai aspek terutamanya dalam teknologi ICT memberikan peranan penting dalam menjalankan strategi pengajaran di sampinf memupuk minat murid terhadap bahasa Melayu. Untuk proses ini, guru perlulah memberikan motivasi dan kreatif dalam menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti berpusatkan murid sepanjang PdP. Strategi pengajaran berasaskan teknologi ini perlu digarap dengan baik dan digembleng dengan bersistematik dalam PdP. Strategi ini juga memberi impak pada diri murid bahawa keperluan dan kepentingan teknologi dalam mempelajari bahasa Melayu bukan sahaja daam pembelajaran serta kehidupan tetapi dalam keperluan mendepani revolusi perindustrian 4.0 (Maimun Aqsha Lubis, Siti Hajar Taib & Mohd Azaharin Ismail, 2019).
12 RUJUKAN Arin Tentrem Mawati, Yohanes Andik Permadi, Rasinus et. al. (2020). Inovasi Pendidikan. Yayasan Kita Menulis. Azhar Shahrulnizam. (14 Julai 2022). Kolokium Pemantapan bahasa Melayu. Berita Harian. Maimun Aqsha Lubis, Siti Hajar Taib & Mohd Azaharin Ismail. (2019). Inovasi sistem Pendidikan dan strategi pengajaran bahasa Arab di erea milenial 4.0. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 3(2). Nur Adilah Mahbob. (14 Mac 2018). Faishal: Inovasi harus jadi tukikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Nur Kholifah, Hani Subakti, Agung Nugroho Catur Saputro et. al. (2021). Inovasi Pendidikan. Yayasan Kita Menulis. Sharul Adziah Abdul Aziz & Muhammad Azmil Abdul Aziz. (2016). Inovasi Pendidikan bertunjangkan implimentasi teknologi dalam Blended Teaching. Conference Proceeding: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2016). Zakaria Bin Omar. (2014). Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di kolej vokasional. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.