Antara sukan, seni, dengan jati diri
Memaknakan manusiawi
Mengharmonikan fizikal, mental, dan emosi.
TEMA 1
MEREALISASIKAN IMPIAN
1. Mengapakah pasukan sorak penting dalam sesuatu acara sukan?
2. Apakah yang anda tahu tentang kepentingan sukan air?
3. Mampukah sukan menjanakan pendapatan yang lumayan?
4. Bolehkah wanita berjaya dalam sukan? Mengapa?
1
Kitalah Juara! IMBAS SAYA
1. Dengar dan kenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah,
dan ungkapan dalam bahan dengan jelasnya dan betulnya. Kemudian,
persembahkannya mengikut kreativiti anda.
2. Kemukakan pendapat anda tentang pasukan sorak.
3. Cipta sorakan untuk rumah sukan anda dan persembahkannya.
TEMA 1 Sorak-sorai Suria Bangkit demi Juara
Merealisasikan Impian Semangat Suria
Suria pantang kalah
Acara merentas desa dan sukantara Putih tulang jangan putih mata
memulakan kalendar sukan sekolah. Ayuh, bangkit semula!
Sehubungan dengan itu, pasukan Gagah
sorak murid-murid Sekolah Menengah Usaha tangga jaya semua.
Kebangsaan Seri Jaya mulai mencipta (ulang)
lirik dan lagu sorak bagi membangkitkan
semangat juang atlet rumah sukan Suria! Suria! Suria! Suria!
masing-masing. Oh...!
Kami Segara UBKBRBneaauturmgumlaaakiraniisBhasaeuuimBnaTruinudeasaaernantubnaegeasracrunMinsttaeaahb.raiang
Segara
Kami dan duri pasti ditempuhi.
Onak
Kami Segara KNSKaeoamdmmiiabiposmaersemstriaeuttbeauurrmutuspmilimiakalahaBruaBa.unaana
Bak kesateria gagah berani.
Kami Segara
Bisa berlari di lautan berapi.
Kami Segara Oh... Oh... Oh... Oh...
Di puncak jaya Segara berdiri. Oh... Oh... Oh... Oh...
Segara! Segara! Segara! Segara!
2
Purnama Bunga Bangsa TEMA 1
Jikalau takut dilambung ombak Merealisasikan Impian
Jangan berani melawan Purnama
Lebih baik diam seribu bahasa
Rumah Purnama semua bunga bangsa.
Siapa suruh melawan Purnama?
Huha!
Siapa suruh melawan Purnama?
Huha!
"Bayangkan suatu temasya "Mengambil contoh sukan
sukan, sunyi sepi tanpa bola sepak, antara slogan
sorakan. Sudah pasti amat yang agak popular ialah
membosankan. Oleh itu, Luaskan Kuasamu
pasukan sorak memang Johor, Ngap Sayot Bujang
relevan. Setiap pasukan Senang, dan Kejor Yob
akan memastikan atlet yang disokong Kejor. Menyaksikan sorakan peminat
berjuang agi idup agi ngelaban dengan dan penyokong sukan bola sepak yang
sorak-sorai yang menggabungkan gerakan menggegarkan stadium merupakan
badan dengan seruan dan ungkapan pengalaman yang mampu meremangkan
pembakar semangat. Sorak-sorai yang bulu roma."
kreatif dan mempunyai unsur kecindan
pula begitu menghiburkan sekali." – Encik Pochitraan a/l Nanda Kumar,
Peminat sukan.
– Cikgu Hasanah binti Ahmad,
Guru Penasihat Kelab Bola Jaring.
1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai 3
kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.
Menawan Samudera
1. Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
sesuai serta kepantasan yang wajar.
2. Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian,
gunakannya dengan betulnya mengikut konteks.
3. Terokai maklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepada
negara dan persembahkannya dalam bentuk syarahan.
TEMA 1 Kepentingan Sukan Air
Merealisasikan Impian Yang Berusaha, Tuan Haji Kuswandi bin aktiviti sukan air, antaranya termasuklah
Tayen, Pengetua, Sekolah Menengah luncur jet, luncur air, luncur angin,
Kebangsaan Seri Jauhari, barisan guru layar-layang, luncur udara, bersnorkel,
penolong kanan, guru kanan mata mahupun selam skuba? Saya yakin
pelajaran, guru cemerlang, guru- bilangan yang pernah mencubanya boleh
guru, dan rakan-rakan yang dikasihi. dikira dengan jari. Oleh itu, marilah
Bersempena dengan Hari Air Sedunia sama-sama kita telusuri kepentingan
yang akan disambut pada 22 Mac sukan air kepada kita.
setiap tahun, saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Hadirin yang dihormati,
Sukan Air”. Kebanyakan sukan air memerlukan
Hadirin yang dihormati, stamina, kecergasan fizikal, dan
Aktiviti sukan, khususnya sukan air, kecerdasan mental selain kemahiran
khusus tentang sukan tersebut.
merupakan suatu aktiviti yang sangat Kita ambil contoh aktiviti berkayak.
menyeronokkan. Saya percaya hadirin Pengalaman menyusuri jeram yang deras
juga gemar berkelah dan bersantai mampu mempercepat
di badan air seperti di tepi pantai, jeram, pengeluaran adrenalina.
dan taman tema air, bukan? Namun, Jantung juga akan
selain menghirup udara segar dan berdegup kencang bagi
berenang di tepi pantai, pernahkah menghantar oksigen ke
hadirin mengambil bahagian dalam seluruh bahagian tubuh.
4
Proses ini menyebabkan pembakaran memupuk sikap saling mempercayai,
lemak dalam badan berlaku. Hal ini persefahaman, dan perpaduan yang
menyebabkan peminat sukan air ini erat. Banyak lagi nilai murni lain
bukan sahaja kekal sihat, malahan yang dapat diterapkan antaranya
memiliki berat badan yang ideal. Bagi termasuklah keberanian, yakin diri,
mereka yang suka berenang pula, dan menghargai masa. Pendedahan
kajian yang dilakukan oleh penyelidik yang berterusan kepada sukan air
di Universiti South Carolina, Amerika ini berupaya untuk meningkatkan TEMA 1
Syarikat, mendapati bahawa jangka kualiti hidup.
hayat perenang berkemungkinan
lebih panjang berbanding dengan Hadirin yang dihormati,
atlet lain seperti atlet olahraga. Ada banyak lagi kepentingan
Sukan air juga mampu memupuk sukan air. Namun, disebabkan masa Merealisasikan Impian
nilai-nilai murni dalam dir i. mencemburui kita, hanya setakat
Oleh sebab kebanyakan sukan ini sahaja syarahan daripada saya.
air ini melibatkan kemahiran Saya berharap agar syarahan ini
menggunakan peralatan, peserta akan dapat membuka mata pelbagai
mestilah mematuhi arahan yang pihak tentang tanggungjawab
diberikan. Aspek keselamatan kita dalam memajukan sukan air
perlulah diutamakan. Bagi sukan demi faedah kita bersama. Akhir
air secara berkumpulan, berada kata, “Majulah Sukan untuk Negara”.
di dasar laut dalam aktiviti selam Sekian, terima kasih.
skuba misalnya, sudah pasti akan
2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang 5
sesuai serta kepantasan yang wajar.
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul
mengikut konteks.
TEMA 1 Jutawan Sukan
Merealisasikan Impian 1. Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata,
dan ungkapan dengan betulnya mengikut konteks.
2. Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan
dengan betulnya mengikut konteks yang berbeza.
3. Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan.
E-Sukan
E-sukan ialah suatu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan
dimainkan dengan penuh semangat kesukanan. E-sukan telah berkembang
di serata dunia dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan
semakin popular dan negara kita telah pun melahirkan atlet e-sukan yang berdaya
saing pada peringkat antarabangsa. Dalam sesi sembang santai atlet e-sukan dengan
peminat, pelbagai cerita dan rahsia kejayaan mereka berjaya dicungkil.
Chai Yee Fung Jenis Permainan: Multiplayer Online Battle Arena (MOBA).
(Mushi) MOBA ialah permainan dengan misi utama untuk menerobosi
kubu pertahanan dan menghancurkan markas lawan. Selain
kecekapan individu dan semangat kerja berpasukan, daya fikir
yang tinggi diperlukan untuk memperteguh pola pemikiran
dalam merangka strategi yang berkesan. Antara permainan yang
tersenarai sebagai permainan yang paling digemari ialah Defense
of the Ancients 2 (DOTA2).
Peminat: Benarkah atlet e-sukan mampu bergelar jutawan? Apakah
komen saudara?
Sebenarnya, semakin besar pertandingan, wang terkumpul yang ditawarkan
juga semakin besar. Ada pertandingan antarabangsa yang menawarkan wang
terkumpul yang mencecah puluhan juta ringgit. Oleh itu, memang benarlah
bahawa e-sukan mampu menjanakan pendapatan yang lumayan buat atlet
sehingga mampu bergelar jutawan. Namun, yang lebih penting, atlet e-sukan
perlu berdaya tahan dan berdaya maju untuk mencipta nama hingga peringkat
antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara.
6
Peminat: Penglibatan saudari Jenis Permainan: Counter Strike
Ramona Azween dalam e-sukan
ini pula bagaimana? (1.6 and Global Offensive).
Pada awalnya, saya mendapat Semasa pertandingan, dua
dorongan dan semangat daripada
Allahyarham Zashafarez, bekas pasukan yang terdiri daripada
atlet yang juga abang saya. Kini,
saya berasa kehadiran saya amat Ramona Azween l i m a o r a n g p e m a i n a k a n
penting untuk memotivasikan binti Zaharuddin berentap. Pasukan pertama
lebih banyak pemain wanita yang memperoleh 16 mata akan
agar lebih berjaya daripada saya. (GFi)
Oleh itu, ibarat belayar sambil dikira pemenang.
memapan, saya turut membantu
mereka di samping meneruskan TEMA 1
latihan bagi memantapkan
prestasi saya. Peminat: Apakah pencapaian Merealisasikan Impian
terbaik Saudara Nur Amirul?
Jenis Permainan: Fédération
Internationale de Football Nur Amirul bin Saya menjadi juara Asia
Association 19 (FIFA 19). Afandi (AmTuah) Tenggara bagi AGES 2016
FIFA berasaskan permainan dan Cyberfest 2017. Pada
bola sepak, namun FIFA tahun 2018, saya menjuarai
19 mempunyai pelbagai Virtuelle Bundesliga Asia
mod permainan yang setiap Tenggara seterusnya mara
satunya mempunyai ciri dan ke pertandingan dunia
peraturan pertandingan yang di Jerman.
berbeza.
Peminat: Pada pandangan
Kathireswaran Saudara Kathireswaran, apakah
a/l Sugumaran kriteria utama yang perlu ada
(InFamous9) pada atlet e-sukan?
Disiplin paling utama. Disiplin
umpama akar tunjang. Yang
kedua, amalkanlah gaya hidup
sihat. Elakkan perkara yang
menjejaskan kesihatan dan
tumpuan seperti merokok. Yang
ketiga ialah pendidikan. Pada
pendapat saya, pendidikan
sangat penting.
3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai 7
kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks.
Lautan Api Kurenangi IMBAS SAYA
1. Dengar, fahami, dan tuturkan bahan dalam pelbagai ujaran dengan betulnya.
2. Terokai maklumat lanjut tentang panduan asas berenang dan laporkan
secara lisan.
TEMA 1 Jom Belajar
Berenang
Merealisasikan Impian
Peribahasa Melayu ada mengatakan,
hendak belajar berenang, dapatkan itik,
hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.
Sehubungan dengan itu, Kelab Renang dan
Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Jaya telah mengadakan Kursus Asas Berenang
di bawah bimbingan Profesor Madya Dr. Tengku
Fadilah binti Tengku Kamalden, Pensyarah,
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia yang merupakan
bekas perenang negara.
Para peserta dan para fasilitator kursus.
8
Persediaan sebelum Belajar Berenang Pemerhatian di sekeliling badan air untuk Demonstrasi cara turun ke dalam air jika
mengenal pasti risiko. kedalaman air tidak diketahui.
TEMA 1
Latihan bernafas di dalam air. Latihan berjalan di dalam air. Merealisasikan Impian
Belajar Teknik Apungan Demonstrasi apungan kelapa. Tangan Demonstrasi apungan terlungkup. Tangan
mendakap kaki sambil menahan nafas. dan kaki didepangkan dalam keadaan otot
Biarkan badan terapung dengan sendirinya. relaks sambil menahan nafas.
Latihan apungan yang menggunakan botol Latihan apungan bintang. Dalam keadaan
plastik kosong. Kepit botol plastik kosong telentang, kepala didongakkan sedikit.
di ketiak, bukakan kaki sedikit dan relaks Tangan dan kaki didepangkan.
sambil terapung.
1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.
9
TEMA 1 Tangan yang
Menggoncang Dunia
Merealisasikan Impian
1. Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
2. Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalan
yang terdapat dalam drama tersebut.
3. Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda.
Bukan Halangan
Watak: Encik Aris (papa), Puan Ros (mama), dan Dahlia (anak)
Babak 1:
Di ruang tamu, Encik Aris, Puan Ros, dan Dahlia sedang serius berbincang.
Dahlia: Tolonglah papa, mama. Lia kata tak mahu, tak mahulah! Papa dan mama
janganlah paksa-paksa Lia.
Puan Ros: Papa dan mama tak paksa pun. Kami cuma tak mahu Lia buat kerja separuh
jalan. Lagipun, Lia sudah besar panjang. Takkanlah cekur jerangau ada lagi
di ubun-ubun.
Encik Aris: Dulu, Lia yang beria-ia hendak mewakili sekolah dalam permainan tenis.
Sekarang sudah terpilih hingga peringkat kebangsaan, kenapa menolak?
Dahlia: Peperiksaan sudah dekatlah, papa. Lia tak mahu tertinggal pelajaran. Kalau gagal
nanti, siapa yang akan dipersalahkan? Lia juga.
Puan Ros: Bukankah Cikgu Arman kata, kelas tambahan akan diadakan khas untuk Lia?
Dahlia: Mana cukup mama.
Encik Aris: Eh, prestasi Lia dalam peperiksaan baik-baik sahaja papa tengok! Kalau tak
cukup, papa boleh carikan guru tuisyen.
Dahlia: Janganlah susah-susah sebab Lia, papa!
Puan Ros: Hairan betul mama. Lia berubah 360 darjah. Semasa pujuk mama dulu, Lia
juga yang kata, banyak atlet wanita kita yang berjaya dalam sukan mahupun
pelajaran. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Macam-macam peribahasa
yang keluar. Sekarang apa sudah jadi?
Dahlia: (Nada merungut) Semasa mama tak izinkan dulu, mama juga yang kata, orang
perempuan bersukan sana sini, akhirnya ke ceruk dapur juga.
Puan Ros: (Nada merajuk) Suka hati Lialah. Mama malas campur. Lia fikirlah sendiri.
(Puan Ros mengeluh lalu bangun meninggalkan ruang tamu. Lia menyesal kerana membuat
mamanya merajuk lalu menangis sambil menekup mukanya.)
Encik Aris: (Bangun dan duduk di sebelah Lia) Cuba Lia beritahu papa, apa
sebenarnya yang berlaku? Papa tahu, bermain tenis ialah kebahagiaan
buat Lia. Mesti ada sesuatu. Beritahulah papa.
10
(Puan Ros secara diam-diam menghampiri mereka Siti Rahmah binti TEMA 1
untuk mencuri dengar perbualan mereka.) Mohamed Nasir
– Olahragawati Kebangsaan
Dahlia: (Dalam esakan dan suara yang tenggelam
timbul) Kawan-kawan ketawakan Lia. 2016 (Silat)
(Lia mengangkat muka lalu merenung
sayu ke arah papa) Mereka kata … mereka Merealisasikan Impian
kata, muka Lia dah teruk terkena selaran
matahari. Aduhai, malunya Lia!
(Encik Aris dan Puan Ros tertawa serentak. Dahlia
terkejut lalu berhenti menangis. Mereka tiga beranak
tertawa sambil berpelukan.)
Puan Ros: Lia, Lia, Lia! Lia tetap cantik di mata mama
dan papa. Sebagai wanita, mama bangga
kerana mempunyai puteri cantik yang
bakal menggoncang dunia dalam bidang
yang diminati.
Encik Aris: Bahkan anak perempuan kesayangan
papa ini akan kelihatan bertambah cantik
di mata semua rakyat Malaysia apabila
berdiri di podium. Bayangkan, Lia
menjulang Jalur Gemilang seperti atlet
kebanggaan kita, Siti Rahmah binti
Mohamed Nasir, Yap Khim Wen, dan
Sivasangari a/p Subramaniam.
Dahlia: Terima kasih papa, terima kasih mama! Ya,
Lia akan buktikan!
Sivasangari a/p Subramaniam Yap Khim Wen
– Atlet Skuasy Negara – Atlet Tae Kwan Do Negara
2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. 11
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Menyusuri Pulau Inspirasi
1. Cari peta Tasmania dan kenal pasti lokasi tempat yang dinyatakan
dalam bahan.
2. Terokai tempat-tempat menarik lain di Tasmania dan persembahkannya
menggunakan peta tersebut.
TEMA 1
Merealisasikan Impian Impian untuk menjelajahi Pulau Tasmania, memasak menyebabkan kami tidak terasa
sebuah negeri di Australia, akhirnya seperti berada di luar negara.
tercapai. Tasmania menjadi pilihan kerana
alam semula jadinya yang indah dan Keesokan harinya, pengembaraan
masih dipertahankan oleh penduduk kami dari Hobart ke Cradle Mountain pun
setempat. Tasmania dikenali sebagai bermula. Dek belum tahu di masin garam,
“Negeri Semula Jadi” dan “Pulau Inspirasi” saya membayangkan Tasmania sebagai
kerana mempunyai banyak taman serta negeri yang masih kurang maju. Namun,
Tapak Warisan Dunia yang mesti dilawati. bayangan itu lenyap tatkala kami semakin
Setiap satunya menawarkan keindahan dan jauh meninggalkan Hobart. Bukan sahaja
keistimewaan yang tersendiri termasuk lebuh raya dan jalan rayanya berkeadaan
peluang untuk bertemu dengan mergastua baik, malahan papan tandanya sangat jelas,
Australia seperti kanggaru, wombat, dan tandas awamnya bersih, dan pusat khidmat
walabi di habitat semula jadinya. untuk pelancong yang cekap ada di setiap
bandar yang dilalui.
Untuk ke Tasmania, saya dan rakan-rakan
mengambil penerbangan antarabangsa dari Kami tiba di Cradle Mountain Discovery
Kuala Lumpur ke Melbourne. Kemudian, Park pada lewat petang kerana asyik berhenti
perjalanan diteruskan ke Hobart, iaitu ibu di tempat-tempat menarik sepanjang
negeri Tasmania melalui penerbangan perjalanan. Kami menyewa kabin dua bilik
domestik. Di Hobart, kami menginap yang dibina di dalam kawasan hutan yang
di rumah inap milik pasangan suami isteri masih terpelihara. Papan tanda di dalam
Melayu yang telah bermastautin di Tasmania bilik yang mengingatkan kami agar menutup
sejak sekian lama. Rumah inap tiga bilik pintu dan tingkap dengan rapatnya
yang lengkap dengan perabot dan peralatan menimbulkan tanda tanya tentang jenis
binatang yang akan menjadi tetamu jika
kami mengabaikannya.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami
sudah bersiap sedia dengan pakaian yang
sesuai untuk aktiviti utama kami, iaitu
merentasi hutan. Bak orang mengantuk
disorongkan bantal, hasrat kami untuk
12
TEMA 1
memasuki taman negara, menjadi lebih kegirangan saat terlihat pemandangan Merealisasikan Impian
mudah dengan adanya bas pelancong. yang amat menakjubkan terbentang luas
di hadapan kami. Pemandangan Dove Lake
Terdapat 11 laluan hutan di taman negara begitu indah kerana berlatarbelakangkan
dan Tapak Warisan Dunia ini, antaranya ialah Cradle Mountain yang berdiri gagah.
King Billy Walk, Knyvet Falls, Weindorfers
Forest Walk, Ronny Creek to Dove Lake, dan Di Dove Lake ini juga ada beberapa laluan
Dove Lake Circuit. Disebabkan kekangan kembara. Namun, kami hanya menghabiskan
masa, laluan hutan di hentian bas nombor 4, masa kira-kira 20 minit yang berbaki untuk
iaitu Weindorfers Forest Walk menjadi pilihan berjalan-jalan di tepi tasik sambil menghirup
kami semua. udara gunung yang amat segar lagi dingin.
Begitu berat rasanya hendak melangkahkan
Setibanya di hentian bas nombor 4, kami kaki meninggalkan tasik dan Taman Warisan
turun dari bas lalu ke pondok pendaftaran Dunia di Cradle Mountain yang menyimpan
untuk merekodkan butiran diri di dalam 1001 misteri ini. Namun, keterujaan untuk
buku yang disediakan. Setelah itu, kami menyaksikan keindahan laluan hutan
hanya mengikut pelancong lain menyusuri Cataract Gorge di Launceston dan keunikan
laluan ke sebuah bukit yang mengambil Taman Negara Freycinet menyebabkan kami
masa 30 minit. Laluan ini agak mudah menggagahkan diri untuk melangkah pergi.
dan tidak begitu mencabar, namun terasa
letihnya kerana terpaksa berjalan laju bagi Semoga jumpa lagi Cradle Mountain!
mengejar pelancong lain. Akhirnya, kami
berpecah daripada mereka lalu berjalan
santai mengikut keupayaan sendiri sambil
menikmati keindahan flora dan fauna
di sepanjang laluan.
Keasyikan menikmati dan merakamkan
keindahan pemandangan menyebabkan
kami mengambil masa 90 minit untuk
berkumpul semula. Dari hentian 4, kami
menaiki bas pelancong untuk ke Dove Lake
pula. Setibanya di situ, hati kami melompat
13