The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by priscillarennie, 2023-12-11 01:07:38

MAJLIS PELANCARAN MEROKOK & VAPE

MAJLIS PELANCARAN MEROKOK & VAPE

13 DIS MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE PERINGKAT SK NANGA KESIT 2023


OBJEKTIF 1.Membimbing murid tahu dan faham akan kesan bahaya rokok dan vape. 2.Membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada merokok dan menghisap vape. 3.Memperkasakan Duta Sahsiah Murid (Ikon Murid Pendidikan Pencegahan Dadah, Ikon Kelab Pencegahan Jenayah dan Ikon Pengawas) sebagai agen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan.


Sekolah merupakan institusi murid-murid mendapatkan pendidikan secara holistik, termasuklah usaha-usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia. Dalam usaha tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima aduan tentang penggunaan rokok elektronik atau vape yang turut melibatkan murid-murid. KPM memandang berat akan hal ini, dan berpandangan bahawa perkara tersebut perlu ditangani segera kerana bertentangan dengan usaha pemupukan budaya dan nilai-nilai murni. Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh membahayakan keselamatan murid dan kesihatan serta mendedahkan mereka kepada risiko penyalahgunaan dadah. LARANGAN PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPE DI SEKOLAH


Sehubungan dengan itu, rokok elektronik atau vape dilarang penggunaannya dalam kawasan sekolah. Langkah ini adalah untuk membendung pengaruh dan budaya tidak sihat tersebut khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah. Larangan ini termasuk perbuatan membawa, menghisap, mengedar, menjual, memiliki, menyimpan, mempamerkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengiklankan rokok elektronik atau vape termasuk e-liquid dan sebarang alatan yang berkaitan dengannya.


Pihak berkuasa di sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah yang berikut: 1 . mengadakan sesi taklimat larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah kepada murid, ibu bapa dan warga sekolah; 2. menghantar laporan taklimat kepada Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri; 3. mencatat perbuatan murid yang melanggar larangan penggunaan rokok elektronik atau vape sebagai kesalahan disiplin berat. Pihak sekolah boleh merampas rokok elektronik atau vape tersebut; 4. merujuk murid yang terlibat kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah; dan 5. mematuhi prosedur tindakan terhadap kesalahan berat dalam menangani larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. TINDAKAN


Sekiranya ada murid yang mengingkari larangan ini, maka pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa/penjaga murid yang terlibat untuk: 1. memaklumkan kesalahan murid dan mendapat kerjasama dalam membendung permasalahan anak/jagaan mereka; 2. melengkapkan borang Aku Janji (Lampiran I); dan 3. menyerahkan kembali rokok elektronik atau vape yang dirampas kepada 4. ibu bapa/penjaga murid berkenaan. 5. pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil tindakan disiplin dengan Mana-mana murid yang mengingkari larangan ini bagi kali yang kedua, maka menggantung persekolahan mereka selama tidak lebih 14 hari persekolahan yang tidak melibatkan peperiksaan awam.


Semua Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut : Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah HUKUMAN


Semua guru, kakitangan, ibu bapa, pengusaha kantin, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah juga dilarang daripada menggunakan rokok elektronik atau vape di kawasan sekolah. LARANGAN


7.20 pagi - Persediaan Murid Dan Guru Mengambil Tempat 7.30 pagi- Ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape 8.30 pagi- Ketibaan Tetamu Jemputan & Ketibaan Guru Besar 8.40 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Negeri - Ikrar Rukun Negara - Bacaan Doa - Ucapan YBrs. Pengetua / Guru Besar - Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape KPM Tahun 2023 - Sesi Bergambar - Jamuan (jika perlu) 10.00 pagi- Bersurai TENTATIF


Click to View FlipBook Version