The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by priscillarennie, 2022-10-12 00:39:40

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI

Keywords: INOVASI

KERTAS KERJA
HARI INOVASI

SEKOLAH
SK NANGA KESIT

Anjuran : Unit Kurikulum, Unit Bahasa
& Unit STEM

Tempoh: 3 Oktober hingga 10 November
2022

1.0 Tajuk Kertas kerja:
Kertas Kerja Pertandingan & Pameran Inovasi Peringkat Sekolah SK Nanga Kesit

2.0 Tema:
“Green Education for Sustainability”
Tema ini dipilih untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan perspektif dunia
yang diperlukan untuk orang ramai bertindak dengan cara menyumbang kepada corak
kehidupan yang lebih mampan. Ia membolehkan individu dan komuniti merenung cara
mentafsir dan melibatkan diri dengan dunia. Pendidikan kemampan atau Education for
Sustainability berorientasikan pemikiran ke masa hadapan, memfokuskan pada melindungi
alam sekitar dan mewujudkan dunia yang lebih seimbang dari segi ekologi dan sosial.

3.0 Pengenalan :
Program ini dijalankan dengan berteraskan Pembelajaran Berasaskan Projek dan
disasarkan kepada murid. Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan
pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah pendekatan jangka
masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Pendekatan
ini ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik
atau terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan analisis data dan
penyediaan satu laporan yang betul.Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997),
menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan
percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam
situasi sebenar dan bermakna.

“Green Education” atau Pembelajaran & Inovasi Hijau merujuk pembangunan dan
aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi
dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Ia
merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i) Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
ii) ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik

untuk semua hidupan,

iii) menjimatkan tenaga dan sumber asli
iv) menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

4.0 Objektif Program :

1. Membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya
berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan
seterusnya menyelesaikan masalah.

2. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan.

3. Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan
pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

4. Minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk.

5.0 Tempoh Aktiviti :
3 Oktober – 3 November 2022

6.0 Sasaran:
Murid Tahun 4, 5 & 6

7.0 Masa Aktiviti :
Rujuk jadual aktiviti.

8.0 Tempat Aktiviti :
Dewan Wawasan, SK Nanga Kesit

9.0 Senarai AJK Pengelola :

Penaung : Encik Lasa Anak Sigat (Guru Besar)

Penasihat : PK Akademik, Pn Nora Radum

: PK HEM, Encik Douglas Anak Patan

: PK Kokurikulum, Encik Anderson Nyelang Anak Skinner Pilang

Penyelaras : Unit Bahasa & Unit STEM SKNK

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana

Ahli Jawatan Guru Bertugas Perincian tugas
kuasa
Encik Douglas Anak Patan 1. Merancang acara yang akan
Perasmian Puan Flora Linda Sylvester semasa perasmian.

2. Menyediakan peralatan
perasmian.

3. Menguruskan perjalanan majlis
perasmian semasa perhimpunan.

Pengacara Majlis Puan Lenny Limas Runsur Mengacarakan majlis Perasmian dan
Encik Muhammad Rusydan Penutup.

Backdrop Pn Priscilla Dewina 1. Menyediakan backdrop yang
Encik Zechrist sesuai semasa perasmian

Buku/Risalah Atur Cik Cynthia 1. Menyediakan buku atur cara
cara Encik Anderson Nyelang sebelum perasmian.

2. mengedarkan bukur atur cara
semasa perasmian

Banner/Bahan Puan Priscilla Dewina Menempah dan menggantung banner
perasmian Encik Digat Kissam untuk bulan Sains dan Matematik.

Dokumentasi/Foto Encik Amirul Fareez 1. Mengambil gambar-gambar
grafi Puan Mona Johny aktiviti.

2. Menyiapkan dokumentasi bagi
program ini.

Sijil Puan Nur Nini Faunaz 1. Menyediakan sijil-sijil untuk
Hadiah/ Puan Aricca Kebang pemenang.
Cenderamata Puan Christina Mayang
2. Menyediakan semua hadiah untuk
pemenang,

3. Menguruskan penyampaian
hadiah semasa majlis penutup.

Penajaan Encik Lasa Anak Sigat Mendapatkan penaja untuk hadiah
Siaraya/Iklan Puan Nora Radum pemenang bagi program ini.

Encik Donny Machan 1. Menyediakan iklan dan promosi
Encik Roland bagi keseluruhan program

2. Menguruskan PA system pada
hari perasmian dan Penutup

10.0 Penyertaan :
Terbuka kepada semua murid Prasekolah sehingga Tahun 6, guru-guru, staf SKNK dan
sekolah jemputan ( sekiranya ada)

11.0 Cara Aktiviti dijalankan : Pameran & Pertandingan
i. Pameran-pameran akan dijalankan pada 10 November 2022 dari pukul 8 sehingga
1 tengah hari. Murid-murid dan guru akan mempamerkan hasil projek yang telah
mereka hasilkan sepanjang tempoh sebulan.
ii. Hasil inovasi murid akan dinilai oleh juri-juri jemputan berdasarkan kriteria yang
telah ditetapkan.

iii. Setiap pasukan akan diberi masa 10 minit untuk pembentangan di booth masing –
masing.

iv. Pemberian markah diberi berdasarkan persembahan dalam tempoh yang
ditetapkan.

v. Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa persembahan.
vi. Setiap peserta mesti bersedia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh

pihak juri.

12.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 2 SK Nanga Kesit manakala
sekolah – sekolah di zon Lubok Antu adalah berdasarkan jemputan.
ii. Setiap pasukan boleh terdiri daripada minimum dua orang hingga maksimum
empat orang ahli, dan seorang mentor (guru pembimbing).

iii. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
iv. Projek inovasi hendaklah berdasarkan mana-mana topik yang dipelajari di dalam

kelas masing-masing dan haruslah menggunakan BAHAN YANG BOLEH
DIKITAR SEMULA/ DIGUNAKAN SEMULA SAHAJA. Bahan- bahan
seperti kit model atau bahan jualan komersial adalah TIDAK DIBENARKAN.
v. Projek inovasi juga hendaklah berpusatkan murid di mana murid-murid
menghasilkan projek yang memudahkan mereka untuk memahami sesebuah
topik.

vi. Poster penerangan inovasi hendaklah dipamerkan di booth masing-masing.
vii. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.
viii. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan. Pendaftaran bagi

penyertaan adalah selewat-lewatnya 28 Oktober 2022.
ix. Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
x. Peserta hendaklah menyediakan laporan/ ringkasan projek / penyataan masalah /

data objektif/ uji lari / impak produk/ kebolehpasaran produk dan keaslian produk.
xi. Format menyediakan laporan/ ringkasan projek mestilah menggunakan font Arial,

saiz tulisan 12 dan double spacing. Tempate laporan akan disediakan dalam
lampiran.

13.0 Jadual Aktiviti Aktiviti
Tarikh Mesyuarat dan Perasmian Bulan Inovasi dan Bahasa
3 hingga 7 Oktober
10 hingga 14 Oktober 1. Pembentukan ahli kumpulan
2. Pembahagian guru mengikut kumpulan dan subjek
17 hingga 21 Oktober
24 hingga 28 Oktober pilihan
31 Oktober hingga 10 November 3. Pembinaan Projek
Pra Pembentangan I
Pra Pembentangan II
1. Pameran & Pertandingan Inovasi
2. Penulisan Laporan & Refleksi
3. Post Mortem

14.0 Anggaran Perbelanjaan Harga Seunit Jumlah Jumlah (RM)
Bil. Item (RM)
150 Diperlukan
1. Banner 10’ x 12’
2. Alat Tulis 50 1 150
15
Kertas Sijil 3.50 3 rim 150
Kertas A4 2.50 5 rim 75
Buku Catatan Murid 8 60 210
Fail Poket 30 60 150
Alat Tulis Murid 60 480
Ink Printer EPSON L220 70 4 120
3. Hadiah 100
Trofi 3 210
Hamper RM5 x 200 orang 3 300
4. Makanan & Minuman RM5 x 200 orang
Ibu Bapa RM8 x 30 orang 1000
Murid RM8 x 3 orang 1000
Guru & Staf AKP RM6 x 30 orang 240
Jemputan VIP RM10 x 10 24
Jemputan Luar / Sekolah 180
Air Mineral 500 ml 50 100
5. Cenderamata 50
Plak 5 250
Bunting Kecil 5 250

Jumlah RM4889

15.0 Penutup
Hari Inovasi ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan
berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan positif di dalam
diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama
guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi
sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh;

________________
(PRISCILLA DEWINA)
Ketua Panitia B. Inggeris

Disemak oleh;

________________
(NORA RADUM)
Penolong Kanan Kurikulum

Disahkan oleh; Cop Sekolah:

________________
(LASA ANAK SIGAT)
Guru Besar SK Nanga kesit


Click to View FlipBook Version