The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK) (new) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miss.alyabatrisya, 2021-11-18 11:14:35

PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK)

PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK) (new) (1)

LATAR BELAKANG PERMAINAN
TRADISIONAL ,CONGKAK

AHLI KUMPULAN

1) NURUL FAREESYA BINTI ERUAN (23DIB21F1007)(DIB1A)
2) NUR ALIA SYAFIKA BINTI ABDULLAH (23DIB21F1023)(DIB1A)
3) NUR AIN SABRINA BINTI AZEMI (23DIB21F1010)(DIB1B)
4)ALYA BATRISYA BINTI MOHD NIZAM (23DIB21F1005) (DIB1A)
5) NURATASHA BINTI NAJIB (23DIB21F1065) (DIB1A)

1.0 LATAR BELAKANG CONGKAK

PENGENALAN

- Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman
atau sebagai pertandingan. Congkak biasanya permainan tradisional yang sering digemari masyarakat
tak kira yang kecil mahupun dewasa. Rupa congkak adalah seperti papan kayu berlubang atau lubang
di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

- Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India
dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak.

● Selain orang melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan
congkak. Di kepulauan Caribbean congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia pula,
congkak dikenali sebagai nama congklak, manakala di Filipina adalah sungka.

● Terdapat dua bahan yang ada dalam permainan congkak iaitu papan congkak dan buah congkak.
Papan congkak mempunyai bentuk seperti sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis
kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah’.

CARA MEMANASKAN BADAN

❖ BAHAGIAN KEPALA

❑ Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari – jari tangan
menyokong mandible.

❑ Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan
kepala dari atas.

❑ Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan
tangan sedikit menolak di bahagian maxilla.

❑ Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi
putar/paksi.

BAHAGIAN TANGAN DAN BAHU

❑ Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
❑ Pergerakan lengan ke arah dada,bahagian tulang dirapatkan ke bahagian

dada.
❑ Pergerakan membengkokkan lengan di belakang kranium.
❑ Dua tangan diregangkan ke atas,pergerakan ini dilakukan dengan

meregangkan kedua dua belah tangan ke atas dan kaki.

BAHAGIAN KAKI

➢ Berdiri tegak,bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki.Bawa kaki yang
dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung.Tukar kaki dan ulang langkah
tersebut.

➢ Duduk dan lunjurkan kaki,Lipat sebelah kaki ke bahagian paha bersebelahan.Bengkokkan
badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan.Tukar kaki dan ulang langkah yang
sama.

➢ Berdiri kira- kira 0.75 meter (2 kaki)di hadapan dinding.Alihkan sebelah kaki ke belakang
betis.Regangan ini perlu dilakukan dengan kaki yang di belakang berada dalam keadaan lurus
dan kemudiannya dibengkokkan.tukarkan kaki dan ulang langkah yang sama.

CARA BERMAIN CONGKAK

- Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Pemain
akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai
bilangan buah yang sama. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili
pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.

-GILIRAN SESEORANG UNTUK BERMAIN AKAN BERAKHIR APABILA BUAH TERAKHIR PADA TANGAN
MASUK KE DALAM KAMPUNG KOSONG AKAN TETAPI PEMAIN BOLEH MENGGUNAKAN TEKNIK TEMBAK
DIMANA MEREKA BOLEH MENGAMBIL BUAH YANG ADA PADA KAMPUNG PIHAK LAWAN YANG
SETENTANG DENGAN KAMPUNG BUAH TERAKHIR DIMASUKKAN YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMBAWA
KEUNTUNGAN KEPADA PEMAIN WALAUPUN TELAH ‘MATI’.
-SETELAH ITU, GILIRAN AKAN DITERUSKAN OLEH PIHAK LAWAN DIMANA PIHAK LAWAN AKAN
BERMAIN SEHINGGA BUAH TERAKHIR PADA TANGAN MEREKA JUGA MEMASUKI KAMPUNG KOSONG.
-APABILA TIADA LAGI BUAH YANG BERBAKI PADA KAMPUNG PEMAIN, SECARA AUTOMATIK GILIRAN
UNTUK MENERUSKAN PERMAINAN DIBERI KEPADA PIHAK LAWAN WALAUPUN KETIKA ITU MERUPAKAN
GILIRAN PEMAIN
.-APABILA PUSINGAN PERTAMA TAMAT, PERMAINAN MASIH LAGI DITERUSKAN. KALI INI PEMAIN HARUS
MENGISI SEMULA BUAH KE DALAM KAMPUNG MASING-MASING. KAMPUNG YANG TIDAK MENCUKUPI
BUAHNYA DIKIRA ‘TERBAKAR’. KAMPUNG YANG DILABELKAN TERBAKAR INI TIDAK BOLEH DILETAKKAN
BUAH KETIKA PERMAINAN SEDANG DIMAINKAN.
-AKHIRNYA PEMENANG DITENTUKAN DENGAN CARA MELIHAT BUAH YANG ADA PADA KAMPUNG
MASING-MASING. PEMAIN YANG KAMPUNGNYA MEMPUNYAI BUAH PALING BANYAK DIKIRA SEBAGAI
PEMENANG AKAN TETAPI SEKIRANYA BUAH DI DALAM KAMPUNG MASING-MASING SAMA BANYAK,
PEMAIN YANG KERAP KALI TERBAKAR KAMPUNGNYA DIANGGAP KALAH.

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version