The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Globalisasi dan syarikat multinasional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masramli44, 2020-03-30 11:03:45

Globalisasi

Globalisasi dan syarikat multinasional

Keywords: ekonomi t5

MALAYSIA DAN
EKONOMI GLOBAL

Globalisasi
Perdagangan Antarabangsa
Imbangan Pembayaran
Kadar Pertukaran Asing

Globalisasi

• Globalisasi
• Syarikat Multinasional
• Faktor Penggalak Globalisasi
• Pelaburan Langsung Asing

Globalisasi

Globalisasi adalah proses
interaksi dan integrasi antara
manusia, firma dan kerajaan

pelbagai negara

Perkembangan ICT,

pengangkutan dan Dunia tanpa
sempadan
perhubungan menyebabkan

aliran maklumat, bahan dan

manusia berlaku dengan

pantas







Ciri-ciri Globalisasi

Ciri Huraian
Pasaran baharu
- Perkembangan pasaran global dalam
perkhidmatan perbankan, insurans
dan pengangkutan

- Pasaran pengguna global dan
__________ global

Peserta baharu - Kewujudan syarikat __________ yang
mengintegrasi dan mendominasi
pengeluaran dunia.

- Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO) bertujuan melaksanakan
perdagangan bebas mewujudkan
blok-blok perdagangan

Ciri Huraian

Kaedah - Penggunaan __________, ________,
komunikasi _________ lebih cepat dan murah.
baharu
- Pengangkutan yang lebih cepat dan
murah.

Peraturan dan - Perluasan dasar ekonomi kapitalis
norma baharu seluruh dunia melalui penswastaan
dan _________ perdagangan.

- Pengembangan system demokrasi
dan hak asasi manusia.

- Mewujudkan pelbagai bentuk
perjanjian dan konvensyen.

Syarikat Multinasional

Syarikat multinasional ialah firma
yang beroperasi di beberapa negara

secara serentak

Firma besar Pemindahan Semua
mempunyai teknologi yang cawangan firma
cawangan di canggih antara
beberapa buah cawangan di dikawal oleh
negara yang firma induk di
negara negara asal
berbeza





Dorongan Syarikat Dalam
Operasi Antarabangsa

• Meluaskan pasaran
• Perlindungan perdagangan
• Kos pengangkutan yang tinggi
• Bahan mentah atau hasil bumi yang unik
• Tenaga buruh dengan kemahiran khusus

Dorongan Syarikat Dalam

Operasi Antarabangsa

• Meluaskan pasaran

• Keinginan firma untuk memasarkan barang dan
perkhidmatan ke luar negara untuk
memaksimumkan keuntungan.

• Perlindungan perdagangan

• Sekatan perdagangan seperti cukai/ tariff
mendorong firma membuka operasi
pengeluaran di negara berkenaan bagi
membolehkan kadar cukai yang lebih rendah
diperolehi.

• Kos pengangkutan yang tinggi

• Jarak yang jauh menyebabkan kos
pengangkutan yang tinggi diperlukan
mendorong firma membuka pengeluaran di
rantau-rantau tertentu bagi menjimatkan kos
pengangkutan dan memudahkan pengedaran
barang.

• Bahan mentah dan hasil bumi yang unik

• Kekayaan bahan mentah disesebuah negara
mendorong firma membuka tapak pengeluaran
di negara tersebut bagi memastikan bahan
mentah diperolehi mencukupi.

• Tenaga buruh dan kemahiran buruh

• Tenaga buruh yang berkemahiran dengan kos
yang rendah di sesebuah negara mendorong
sesebuah firma membuka cawangan di negara
tersebut bagi mendapatkan kos yang rendah.

Risiko Syarikat Multinasional

• Kehilangan aset akibat peperangan.
• Risiko perubahan parti politik menyebabkan

berlaku perubahan dasar/ polisi yang merugikan
syarikat.
• Kekurangan kemudahan asas di sesetengah
negara.
• Tenaga buruh yang tidak berkemahiran.
• Bantahan masyarakat tempatan.
• Risiko kesukaran mendapat balik keuntungan
syarikat.



Faktor Penggalak Globalisasi

• Peranan kerajaan
• Infrastruktur teknologi maklumat dan

komunikasi yang maju
• Infrastruktur pengangkutan yang baik
• Pelancongan

Peranan Kerajaan

• Mempengaruhi pandangan masyarakat
tempatan tentang proses globalisasi.

• Mengamalkan sifat _______ terhadap
kemasukan syarikat multinasional.

• Melaksanakan ________ perdagangan dan blok
_________ seperti AFTA untuk menggalakkan
kerjasama ekonomi antara negara.

• Polisi mesra perniagaan seperti perlepasan
_____ , taraf ______ dan pengecualian ______
kepada rakyat negara tertentu.

Infrasturktur Teknologi Maklumat

dan Komunikasi yang Maju

• Kemajuan perkembangan ICT melalui
penggunaan _______ membolehkan:

a) Kawalan perniagaan menjadi lebih mudah

b) Memudahkan proses komunikasi

c) Pemindahan maklumat dibuat dengan mudah

d) Aliran maklumat dan idea bergerak dengan
pantas

e) Menggalakkan inovasi, produktiviti dan
pertumbuhan ekonomi.

f) Memudahkan urusniaga kewangan dan
pembelian atas talian.

Infrastruktur Pengangkutan

yang baik

• Kemajuan sistem pengangkutan menggalakkan

perkembangan globalisasi.

• Mengurangkan kos _________ barang antara

negara.

• Kemajuan sistem pengangkutan darat di

Malaysia yang menghubungkan semua bandar

utama melalui jalan raya.

• Kemajuan pengangkutan udara

mempercepatkan aktiviti perniagaan.

Pelancongan

• Sumbangan besar sektor pelancongan kepada
ekonomi negara menyebabkan kerajaan
memberikan galakkan untuk membangunkan
sektor pelancongan:

a) Pembukaan lapangan terbang KLIA2 untuk
penerbangan kos rendah memudahkan
pergerakan antara negara.

b) Menyediakan perkhidmatan tempahan tiket
penerbangan, penginapan dan pakej
pelancongan atas talian.

Pelaburan Langsung Asing

• Definisi: Pelaburan yang dibuat oleh firma atau
individu dari luar negara untuk memulakan
operasi perniagaan atau membeli aset
perniagaan di Malaysia.

• Cara:
a) Membina kemudahan pengeluaran di negara

lain
b) Pengambilalihan syarikat asing
c) Usahasama dengan syarikat tempatan
d) Membuka subsidiari.

Kesan Positif

• Pertumbuhan ekonomi

• Meningkatkan daya pengeluaran dan produktiviti
melalui penggunaan teknologi yang canggih.

• Pindahan teknologi

• Pelaburan asing membawa masuk teknolgi
canggih seperti kemasukan mesin dan jentera
serta kaedah pengeluaran baharu yang dapat
meningkatkan produktiviti pekerja.

• Meningkatkan kemahiran modal insan

• Penyediaan program latihan dapat membantu
meningkatkan produktviti dan keupayaan
pekerja tempatan.

• Meningkatkan modal pelaburan

• Pelabur asing meningkatkan kemasukan modal
asing ke dalam negara melalui pemilikan ekuiti
asing dalam firma Malaysia.

Kesan Negatif

• Ketidakseimbangan pendapatan

a) Penerimaan upah yang berbeza antara firma
asing dan firma tempatan

b) Rangkaian pasaraya besar oleh syarikat
multinasional memberi kesan negatif kepada
peniaga kecil tempatan.

c) Persaingan sengit kepada firma tempatan
untuk meneruskan operasi perniagaan.

• Kemusnahan alam sekitar

• Pengeksploitasian firma asing kepada sumber
alam negara secara tidak terkawal
menyebabkan berlakunya pencemaran.

• Aliran untung ke Luar Negara

• Firma yang melabur berhak membawa balik
keuntungan ke negara asal memberi kesan
negatif kepada kadar pertukaran asing negara.


Click to View FlipBook Version