SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK
21300 KUALA NERUS
TEL : 09-6672472 FAKS : 09-6664019
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH KALI PERTAMA 2021
Tarikh : 24 Januari 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Kehadiran : 1. Azmi Bin Senik(Guru Besar)
2. Fadlina Binti Ishak (PK Hem)
3. Fazilah Binti Mohamad (Ketua)
4. Wan Hazanah Bt Wan Mahmud(Setiausaha)
5. Azahan Bin Ali
4. Engku Fazilah Binti Tuan Jalai
5. Nazirah Binti Mohd Yusof
7. Norsyahida Binti Sidek
8. Rosliza Binti Sulong@Ismail
9. Mohd Zuwairi Bin Yusof
10.Noor Azah Binti Mohamed
Agenda 1 : Perutusan Pengerusi (PK Hem)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Terima kasih atas kehadiran semua guru yang terlibat.
1.3 Guru-guru disiplin perlu mematuhi SOP bila sesi persekolah dibuka dan guru kelas juga diminta
memaklumkan pematuhan SOP dalam group kelas sebelum pembukaan sekolah.
Tindakan: Makluman
Agenda 2 : Ucapan Guru Besar
2.1 Terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat secara Google Meet.
2.2 Semua guru adalah guru disiplin dan bukannya tugas AJK disiplin sahaja.
2.3 AJK Disiplin perlu bantu-membantu dalam menangani masalah disiplin mengikut norma baru.
2.4 Guru disiplin yang bertugas perlu mematuhi SOP mengikut norma baru, bila pembukaan sekolah
nanti, iaitu Tahap 1(Tahun 1 dan 2) dan Prasekolah pada 1.3.2021 dan Tahap 2 pada 8.3.2021.
1
2.5 Murid(Tahun 1,2 dan Prasekolah) akan diambil suhu dan sanitized tangan. Murid tersebut juga
diiringi masuk ke kelas oleh guru yang bertugas.
2.6 Ibu bapa ditegas dari memasuki kawasan sekolah dan sekiranya ibu bapa berkepentingan dengan
pentadbir hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.
2.8 AJK PIBG dan RELA akan membantu perjalanan pematuhan SOP murid sebelum memasuki
kawasan sekolah.
2.9 Guru Besar meminta budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru hendaklah sentiasa
diterapkan dalam diri murid.
2.10 Guru Besar berharap agar Badan Disiplin dapat membuat keputusan yang baik dalam apa-apa jua
tindakan yang diambil berkaitan dengan disiplin murid.
Tindakan : Makluman
Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat
Disahkan oleh Rosliza Binti Sulong@Ismail
Disokong oleh Hajah Nazirah Binti Mohd Yusof
Agenda 4: Perkara Berbangkit
Tiada perkara-perkara berbangkit.
Agenda 5: Laporan Aktiviti dan Penambahbaikan
5.1 Kursus Kepimpinan Pengawas bagi Tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka dan
pelaksanaannya akan dimaklumkan semula.
5.2 Peranan setiap pengawas akan dipertingkatkan lagi agar lebih bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Tindakan : AJK Disiplin
Agenda 6: Perancangan Aktiviti dan Program Tahun 2021
6.1 Pengawas yang bertugas akan menaikkan bendera pada awal pagi dan menurunkan benderasemasa
waktu pulang.
6.2 Semua murid dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.
6.3 Pengisian SSDM dilaksanakan seperti biasa.
2
6.4 Pengawas yang bertugas akan membaca doa pada waktu pagi.
Agenda 7 : Hal-hal Lain
7.1 Tugas pengawas terpaksa dihadkan memandangkan pandemic Covid-19 masih menular.
7.2 AJK Disiplin terlibat secara tidak langsung semasa penyuraian murid secara berperingkat.
7.3 Semua guru dikehendaki mengisi Amalan Baik Murid dalam SSDM
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 petang. Disemak oleh:
Disediakan oleh: ……………………………………
(FAZILAH BINTI MOHAMAD)
……………………………………………... Ketua Badan Disiplin
(WAN HAZANAH BINTI WAN MAHMUD) Sk Kompleks Gong Badak
Setiausaha Badan Disiplin,
Sk Kompleks Gong Badak.
Disahkan oleh:
………………………………………………….
(AZMI BIN SENIK)
Guru Besar
3