The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Kreatif
Muhamad Hafiz 278386

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hafiz, 2023-11-23 03:07:32

Tongkat Sakti

Penulisan Kreatif
Muhamad Hafiz 278386

Kisah Tongkat Sakti


Pada zaman dahulu , terdapat seorang nenek tua tinggal bersama anak perempuannya yang bernama Tanjung di sebuah pondok di sebuah tasik yang terletak di hulu negeri Palembang. Mereka berdua tinggal berjauhan daripada Kawasan kampung kerana malu akan rupa paras yang dimiliki oleh mereka berdua dan sering dikeji oleh orang kampung.


Pada suatu malam,si nenek berasa kesal dan mengeluh lalu berkata “kalaulah aku diberikan tongkat sakti, Jadi aku dapat mengubah nasib diri dan anakku tanjung” . Pada keesokan harinya si nenek masuk ke hutan untuk mencari kayu api dan buah-buahan. Namun si nenek telah menemui tongkat Ajaib yang dapat memberikan kuasa sihir kepadanya.


Walaubagaimanapun, niat si nenek untuk mengubah nasib dirinya dan anak perempuannya bertukar kepada perasaan ingin membalas dendam kepada orang kampung yang telah menghina dan menyebabkan mereka terpaksa duduk berjauhan daripada Kawasan pekan


Tasik yang cantik yang didiami oleh mereka tidak lagi berani didekati oleh rakyat jelata kerana ia telah dijaga oleh nenek sihir itu. Setiap orang yang memasuki tasik itu tanpa kebenarannya akan disumpah menjadi itik.Oleh sebab itulah , tiada siapa yang berani mendekati tasik itu lagi


Biasanya ramai rakyat jelata datang mencari nenek sihir ini untuk membeli ubat dengannya kerana ubatnya yang sangat mujarab. Namun , pelanggannya hanyalah dari kalangan orang istana dan orang kaya Sahaja kerana ubat-ubatan yang dijualnya sangat mahal dan tidak mampu dibeli oleh orang-orang miskin.Sekiranya orang miskin datang memohon untuk memiliki ubatnya, mereka akan disihir menjadi kerbau,lembu dan ayam.


Pada suatu hari, tujuh orang puteri dari kayangan turun ke bumi untuk bermain-main . Mereka terbang menyerupai kupu-kupu . setelah sampai ke bumi mereka singgah ke taman bunga . sedang asyik mereka bermainmain, puteri bongsu terpandang satu tasik yang sangat tasik dari jarak jauh.


Puteri Bongsu mengajak kakak-kakaknya untuk ke tasik itu, lalu mereka terbang mendekati tasik itu . sesampainya disana mereka hinggap di sebuah pokok bunga. Setelah mereka merasakan keadaan sudah selamat , mereka bertukar menjadi manusia semula .Puteri bongsu dan kakak-kakaknya sangat teruja menyaksikan keindahan tasik itu lalu mereka bermain-main di tasik itu.


Sedang asyik mereka bermain,kedengaran satu suara menegur mereka. “ siapakah kamu semua ” . Ketujuh-tujuh puteri itu terkejut dan mencari dari mana arah suara itu datang. Mereka kehairanan kerana tiada sesiapa disitu melainkan seekor itik. Lalu disoal oleh Puteri Sulung “Kamukah yang berbicara itu, wahai itik yang cantik?”. Itik itu mengiakan soalan dari Puteri Sulung itu lalu menyuruh mereka berhati-hati kerana mereka berada dikawasan yang dijaga oleh nenek sihir itu.


Ketujuh-tujuh puteri itu sangat terkejut lalu mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan tersebut dan berterima kasih kepada itik itu kerana menceritakan perihal nenek sihir itu. Tetapi belum sempat mereka beredar kedengaran suara bercakap-cakap dari jauh lalu ketujuh-tujuh puteri itu menukarkan diri mereka menjadi kupu-kupu semula lalu hinggap ke pokok bunga berdekatan tasik.


Nenek sihir dan Tanjung muncul di tasik itu “ Tanjung tolong mak petikan tujuh jenis bunga ye?” Kata nenek kepada anaknya. “ Baiklah Mak!” balas Tanjung lalu memetik bunga yang ada disitu . Nenek sihir itu terpandang seekor kupu-kupu yang sangat cantik lalu menangkapnya. Keenam-enam puteri yang lain sangat terkejut dengan kejadian itu lalu terbang lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing . Nenek sihir dan Tanjung pulang ke pondok tempat kediaman mereka sambil diekori oleh keenam-enam puteri itu. Nenek sihir berasa sangat gembira kerana Berjaya menangkap kupu-kupu yang sangat cantik lalu mengurungnya dalam botol.


Puteri yang lain memerhatikan perbualan diantara Nenek sihir dan Tanjung yang ingin menjadikan kupu-kupu yang ditangkap olehnya itu dijadikan sebagai ramuan bagi ubat kecantikan.Puteri yang lain memerhatikan perbualan itu dari tingkap lalu mereka terbang mencari tempat yang selamat lalu bertukar menjadi manusia semula .


Mereka sangat khuatir akan keselamatan adik bongsu mereka. Puteri keenam menangis dipangkuan puteri sulung kerana sangat risau akan adiknya dibunuh dan dijadikan ramuan kecantikan dan mereka harus bertindak secepat yang mungkin. Puteri sulung merancang satu rancangan untuk mereka menyelamatkan puteri bongsu.


Situasi di pondok pula Puteri Bongsu cuba melepaskan diri namun tidak berhasil. Puteri Bongsu menjerit meminta tolong, Tolong, tolong, tolong...! jerit Puteri Bongsu. Tanjung yang sedang membakar akar kayu terperanjat lalu mencari dimana arah suara itu datang. Dia mendapati suara itu datang dari botol yang digunakan ibunya untuk mengurung kupu-kupu cantik itu. Alangkah terkejutnya Tanjung apabila membuka tudung botol itu, kupu-kupu di dalamnya terbang keluar dan berubah menjadi seorang puteri yang sangat cantik. Puteri Bongsu merayu supaya dia dilepaskan namun Tanjung yang iri hati dengan kecantikan Puteri Bongsu itu memaksa Puteri Bongsu melakukan kerja-kerjanya. Segala rayuan Puteri Bongsu tidak diendahkannya. Dia juga mendera Puteri Bongsu dengan tidak memberikannya makan.


Setelah menjelang malam, Nenek Sihir pulang ke pondoknya. Dia terkejut dengan cerita Tanjung tentang Puteri Bongsu. Nenek Sihir tersenyum memandang Puteri Bongsu yang sedang nyenyak tidur di lantai.Tanjung meminta ibunya menyumpah Puteri Bongsu menjadi katak kerana terlalu cemburu akan rupa paras Puteri Bongsu yang cantik namun Nenek Sihir mempunyai agendanya yang tersendiri. Tanjung marah akan ibunya kerana tidak memenuhi permintaannya lalu dia pergi ke tasik itu untuk menenangkan diri. Dia melihat bayang-bayangnya di dalam tasik, dia sedar rupanya yang tidak setanding kecantikkan Puteri Bongsu.


Difikirannya, Puteri Bongsu harus dihapuskan. Sedang asyik dia termenung, dirinya telah disapa oleh seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu menawarkan kecantikan yang luar biasa kepada Tanjung berserta dengan syarat Tanjung harus mematahkan tongkat sakti milik ibunya kerana dengan mematahkan tongkat sakti itu, Tanjung akan menjadi cantik. Tanjung yang berfikirkan cetek itu mulai teruja lalu dia bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh wanita itu. Dia berlari pulang ke rumah lalu dengan berhati-hati, dia memasuki bilik ibunya dan mencuri tongkat sakti milik ibunya itu lalu mematahkannya.


Rancangan Puteri Sulung akhirnya berjaya, mereka mendapat tahu bahawa kuasa sakti Nenek Sihir akan hilang sekiranya tongkat saktinya itu dipatahkan oleh keturunannya sendiri. Setelah Tanjung mematahkan tongkat sakti itu, maka hilanglah kuasa sakti Nenek Sihir dan segala sumpahan telahpun terlerai . Puteri Sulung dan kelima-lima puteri yang lain masuk ke pondok untuk menyelamatkan Puteri Bongsu lalu mereka terbang pulang ke kayangan.


Manakala Nenek Sihir dan Tanjung telah dihalau keluar dari negeri. Rakyat di Negeri Palembang kembali hidup dengan aman. Tasik itu juga mulai dipenuhi rakyat jelata yang datang berkunjung ke situ.


Tamat


Click to View FlipBook Version