MPU23012:PENGAJIAN ISLAM
E-MAJALAH - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
BERJIRAN DAN BERMASYARAKAT
Pensyarah: Puan Nursobriah Binti Abu Bakar
Muhammad Adham Wafiy Bin Nor Azman 03DAT21F1039
Muhammad Danish Bin Noor Hisham 03DAT21F1029
Muhammad Firdaus Bin Ismadi 03DAT21F1017
Muhammad Mujahid Bin Mohammad Haririe 03DAT21F1054
Danial Bin Rohimi 03DAT21F1089
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
TOPIK 2
3
PENGENALAN 4-6
KONSEP 7
HAK HAK JIRAN NON MUSLIN DAN MUSLIM 8
LAYANAN TERHADAP JIRAN
GAMBAR 9
KESIMPULAN
RUJUKAN
Pengenalan berjiran :
KEJIRANAN adalah antara aspek sosial yang pen-ting dalam usaha membina masyarakat
bersatu padu, harmoni dan sejahtera. Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi
menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya,
manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah
menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.
Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan.
Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan,
umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda.
Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Pada era globalisasi masa kini,konsep kejiranan semakin pudar dan tidak diberikan perhatian
sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Justeru itu, tidak hairanlah
ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah. Jika pun
mengenali tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan berjiran apatah lagi perasaan untuk
mengambil berat tentang hal ehwal jiran. Kemesraan dan keseronokan berjiran tidak terasa
kerana aspek interaksi yang positif dan membina diabaikan. Pelbagai alasan diberikan seperti
tidak mahu jaga tepi kain orang, terlalu sibuk dan sebagainya. Oleh itu , tugasan berasaskan
masalah ini akan mendedahkan definisi tugas dan tanggungjawab individu bagi
mengembalikan amalan kejiranan dalam kehidupan bermasyarakat.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
َوٱ ِۡمَغسۡيََمن َ ۡرعٱلَّ ُمَِذويۡٱسنَ َنم ٍُ۬ظعۡ َهرا َنَوُدا َرولَٲاْ َك ِاعيُنَ ََانح ِلَرَّۢيََّفُخاۡيوٍ۬بِرَأنَاۡل ٱلَِّۡسل ُهنَ َۡكتِمِل ِہَمۡ َموأَ ََۡقعو َون َطَم ۡعَّمٍ۬ َن َواولَ ٰاـفِِك ِىضن ِعٱلَّلِه َِعدۦنَي ُہ َِنوُميَقُۚٱُهََوّلَللُُو َلوۡبِوَُكنۡۡفأَ ِنَّرَسُہ ِِۡهمم ۡ ۡمعقَ َنافَالُ َوَلواْ يَُعۡۡ َؤس ِِممَصنُۡۡعي َنَنواا َن ََووإِأٱَََّ ۡلسَط َۡمعقَ ِۡلنَعيا ٍ۬ل
صدق الله العظيم
“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan suatu apa
pun. Dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat,
orang-orang musafir yang terlantar dalam perjalanannya (yang terputus
perbelanjaannya) dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
1