The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garispanduan Penulisan Buku Log Politeknik Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismaklg, 2023-11-17 23:49:42

Garispanduan Penulisan Buku Log

Garispanduan Penulisan Buku Log Politeknik Malaysia

Keywords: Politeknik Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARISPANDUAN PENULISAN JURNAL REFLEKSI LATIHAN INDUSTRI DISEDIAKAN OLEH UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Ishak Bin Mohamed Basir, KUPLI Mohd Azman bin Mohd Noor, PPLI Ts Zulfadli Bin Ghani, PPLI


1.0 PENDAHULUAN Penulisan buku log adalah salah satu syarat untuk lulus latihan industri. Markah untuk buku log adalah 20% daripada keseluruhan markah latihan industri. Oleh itu pelajar diwajibkan menulis buku log setiap hari dan mendapat tandatangan penyelia setiap 2 minggu untuk mendapatkan pengesahan. 2.0 PERKARA YANG BOLEH DITULIS DALAM BUKU LOG i. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar sendiri ii. Kerja-kerja yang dilihat oleh pelajar (Kerja yang dilakukan oleh pekerja firma) iii. Kerja-kerja yang didengar (Penerangan yang diberikan oleh penyelia atau pekerja firma yang lain) 3.0 CARA-CARA MENULIS BUKU LOG Tulis tarikh dan hari kerja. 3.1 Bagi kerja yang dilakukan sendiri oleh pelajar (a) Tulis kerja yang dilakukan dari mula hingga akhir dengan terperinci dan jelas. (b) Setiap penerangan yang bertulis hendaklah dibantu dengan lakaran gambarajah yang berkaitan. 3.2 Bagi kerja yang dilihat oleh pelajar Ada sesetengah kerja, terutamanya yang bahaya atau yang memerlukan kemahiran tinggi untuk melakukan, pihak firma tidak membenarkan pelajar untuk melakukannya. Pelajar hanya dibenarkan untuk memerhatikan sahaja kerja-kerja tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja firma yang telah mahir. Oleh itu pelajar hendaklah memerhati dan menulis dengan terperinci setiap langkah yang dilakukan oleh pekerja firma tersebut. Anggaplah bahawa apa yang dilakukan oleh pekerja berkenaan sebagai satu pengalaman untuk mendapat kemahiran melalui pemerhatian sahaja. 3.3 Bagi kerja yang didengar oleh pelajar Ada sesetenagh kerja amat berbahaya untuk dilakukan oleh pelajar, maka pihak firma hanya memberi penerangan sahaja tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan. Oleh itu pelajar dikehendaki mencatatkan apa yang diterangkan dan anggaplah penerangan yang diberikan itu sebagai satu pengalaman kerja pelajar. 4.0 CONTOH-CONTOH PENULISAN BUKU LOG i. Tulis setiap arahan yang diberikan oleh penyelia. ii. Senarai peralatan yang digunakan untuk kerja tersebut. iii. Tulis langkah-langkah kerja yang dilakukan satu persatu dari mula hingga kerja tersebut disiapkan atau kerja tersebut disambung pada hari kemudian. iv. Lukiskan peralatan atau komponen-komponen penting yang digunakan pada hari tersebut. v. Ambil gambar yang berkaitan untuk membantu membuat penulisan dan dilampirkan. vi. Kesimpulan dan komen tentang kerja tersebut.


5.0 BAHASA PENULISAN BUKU RJ BAGI SETIAP JABATAN JABATAN JURNAL REFLEKSI LAPORAN PROJEK LATIHAN INDUSTRI SLIDE PEMBENTANGAN JKA BI BI BI JKE BM BM BI JKM BM BM BI JP BM BM BI JPH BI BI BI BI - BAHASA INGGERIS BM - BAHASA MELAYU


PENULISAN JURNAL REFLEKSI UNTUK BIDANG KEJURUTERAAN (JKA, JKE, JKM)


HARI: KHAMIS TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Membuat pagar rumah Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Peralatan: Pemotong besi, set mesin MIG, Glove Prosedur Kerja: a.Melakar rekabentuk pagar rumah mengikut ukuran seperti mana kehendak pelanggan. b.Memilih jenis besi yang hendak digunakan. c.Merancang proses kerja seperti pemotongan besi mengikut ukuran dan bentuk. d.Pemilihan proses kerja kimpalan dengan menggunakan mesin kimpal MIG. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) 1. Dapat mengetahui prosedur kerja dalam membuat pagar rumah . 2. Melakar rekabentuk pagar sebelum proses kerja dimulakan. 3. Menentukan besi yang diperlukan dan menentukan kos dan upah. 4. Mengetahui cara penggunaan peralatan pemotong dan kimpalan dengan betul.


HARI: Khamis TARIKH: 01/01/2018 Perkara/Tajuk: Ujian Tanpa Musnah Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Peralatan: 1. 2 keping plat kimplan yang diberikan 2. 2 batang Pen Marker warna hitam 3. Penutup hidung dan kain buruk. Cara kerja: 1. Bersihkan permukaan plat kimplan untuk membuag karat. 2. Letakkan setiap plat kimpalan yang telah dibersihkan di atas sekeping papan yang disediakan. 3. …. 4. …. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) Lima jenis ujian tanpa musnah yang lazim digunapakai di industri: Ujian Visual; Ujian Magnetik; Ujian Ultrasonik; Ujian Radiografik dan Ujian Cecair Penetran.Dalam Latihan Industri pada hari ini saya dapat mempelajari kaedah ujian tanpa musnah.


HARI: Khamis TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Pemeriksaan Rasuk Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Cara kerja: 1. Buku Pemeiksaaan Berkala JKR. 2. Mencatat standart penyambungan dan ukuran seperti di dalam pelan. 3. Menyoal pekerja bangunan cara pemasangan yang dijalankan. 4. …. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) Dapat mengetahui kaedah membuat pemantauan dan pemeriksaan kerja-kerja bangunan dengan berpandukan standard yang ditetapkan oleh JKR.


HARI: Khamis TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Memasang komponen ke Papan Litar Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Peralatan: 1. Perintang 8 omh, kapasitor, board (seperti dalam gambar), … Cara kerja: 1. Panaskan alat pematri. 2. Tentukan komponen untuk dipasang di Papan Litar. 3. Sediakan alat pemotong untuk memotong bahagian komponen yang tidak dikehendaki seperti kaki perintang. 4. …. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) Dapat mengetahui kaedah memasang komponen elektronik ke papan litar, penggunaan alat pematri, kemahiran pemasangan komponen mengikut keutamaan sebelum proses pematrian dijalankan.


PENULISAN JURNAL REFLEKSI UNTUK BIDANG PERKHIDMATAN (JP, JPH)


HARI: KHAMIS TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Promosi jualan kasut Bata Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Persediaan promosi: Kasut lelaki dan perempuan, stoking Kaedah promosi: 1. Menyambut kehadiran pelanggan dengan senyuman dan sapaan yang sopan. 2. Mengenalkan jenama dengan rekaan yang sediaada dan yang terkini. 3. Bertanyakan pilihan pelanggan. 4. Menerangkan serba sedikit kelebihan kasut yang dipilih. 5. Pelawaan mencuba kasut. 6. Menerangkan pilihan warna. 7. Menerangkan harga yang diberikan selari dengan rekabentuk. 8. Ambil kasut yang dipilih dan hantar ke kaunter bayaran. 9. Ucapkan terima kasih dan datang lagi. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) 1. Mempelajari kaedah pemasaran kasut. 2. Mengasah teknik melayan pelanggan dengan percakapan yang bersopan santun dan menarik minat pelanggan. 3. Meningkatkan tahap kemahiran komunikasi pelajar dengan pelanggan.


HARI: KHAMIS TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Penggunaan Perisian Perakaunan Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Peralatan: Perisian UBS Kaedah penggunaan: 1. Menyediakan resit-resit yang diberikan oleh syarikat. 2. Menyusun resi-resit mengikut tarikh. 3. Memasukkan data ke dalam perisian. 4. … Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) 1. Mempelajari penggunaan perisian dengan lebih mendalam. 2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan aliran kewangan dengan berbantukan perisian USB. 3. …


HARI: KHAMIS TARIKH: 01/01/2018 Perkara/ Tajuk: Memasak hidangan makan malam (masak kurma) Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Bahan memasak: Bawang merah putih, bilis, halia, kunyit, santan kelapa, kurma, susu, rempah masak kurma, ayam. Kaedah memasak: 1. Sediakan peralatan memasak seperti kuali, mesin kisar, senduk, dapur. 2. Sediakan bahan-bahan tumisan. 3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. 4. Bila minyak sudah memanas, masukkan bahan tumisan sehingga naik bau haruman tumisan. 5. … Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) 1. Mempelajari kaedah memasak daging ayam kurma. 2. Kemahiran memasak daging kurma dengan lebih mendalam. 3. …


HARI: ISNIN TARIKH: 02/09/2020 Perkara/ Tajuk: Pengisian Borang Maklumbalas Aktiviti: (ianya meliputi tugasan yang diberikan, peralatan/perkakasan/sistem/perisian, proses atau prosedur kerja, bantuan gambarajah/ gambar kamera, carta alir serta permasalah dan penyelesaian) Selain dari penulisan, pelajar juga boleh buat dalam bentuk carta alir, peta minda, peta pokok dan sebagainya. Contoh 1: Carta Alir Contoh 2. Gambarajah proses: Contoh 3. Gambarajah Analisis Data: Rajah X.Y: Menunjukkan carta alir/ Gambarajah/Peta minda ….(MESTI nyatakan !!!)……. Refleksi/ Kesimpulan: (hasil pengetahuan/ kemahiran yang diperolehi) __Dapat meningkatkan kemahiran saya dalam…… __Dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam…… _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version