SK TUAN SYED JAN AL-JAFFRI 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. DEWAN PENDETA ZA’ABA 23 JUN 2024 11.00 PAGI AHAD Mesyuarat Agung PIBGKali ke 5 0
KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera Yang Berusaha Pn Zainab binti Ayob , Guru Besar SKTSJAJ Yang Berusaha Pn Norhayati binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKTSJAJ Yang Berusaha Pn NoorAzalina binti Johari , Guru Penolong Kanan HEM SKTSJAJ Guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Hal ini bukan omong kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi SK TUAN SYED JAN AL JAFFRI sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan. Syabas juga kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak-anak yang belajar di sekolah ini. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anakanak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SKTSJAJ terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Sekian, terima kasih 1
KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan izinNya kita dapat berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan satu tugas penting bagi kita semua Warga SKTSJAJ,dengan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-50 tahun 2024. Saya mewakili warga SKTSJAJ merakamkan ucapan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Agung kali ini. Hal ini membuktikan bahawa anda semua ibu bapa yang hebat dan terbaik serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi sekolah demi untuk kecemerlangan anak-anak SKTSJAJ ,khususnya kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum, ko kurikulum dan sahsiah pelajar. Seterusnya tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan menyuarat pada tahun ini. Untuk makluman ibu bapa bagi tahun 2024 pihak sekolah sedang dan akan melaksanakan dua program khas iaitu Program Bukuton yang bertujuan untuk mencari dana untuk tujuan menaik taraf pusat sumber sekolah dan bilik guru.Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk melaksanakan Program Menggilap Bintang yang mensasarkan murid dari kelas 3 Al Ghazali. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan murid,pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti sekolah dan hadiah kecemerlangan untuk semua murid yang telah berjaya. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada guru yang mengajar,pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Masalah salah laku murid sekecil kecil seperti datang lewat ke sekolah dan kepada sebesar-besar masalah seperti merosakkan harta awam perlu ditangani dengan betul dalam menggambarkan kecaknaan guru-guru dan para ibu bapa semua. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku murid perlu ditangani bersama dengan matang. Masalah ponteng sekolah terutamanya mesti diambil tindakan segera sebelum keadaan bertambah parah. Pihak sekolah merasa amat bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak semasa di sekolah. Akhir kata, saya bagi pihak SKTSJAJ, merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak. Hanya dengan kerjasama semua maka akan dapat kita membina sahsiah dan disiplin anak-anak yang cemerlang seterusnya dapat menjadikan mereka insan yang berkualiti dan cemerlang dalam segenap aspek dapat dicapai nanti. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. 2
NOTIS MESYUARAT AGUNG 3
ATURCARA MAJLIS 10.30 pagi : Pendaftaran 11.00 pagi : Ketibaan Yang Dipertua PIBG Yang Berbahagia En Shahrun Isa Bin Haji Sanusi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Ucapan Pelaporan oleh Guru Besar : Persembahan Murid 1 : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 oleh Yang Dipertua PIBG : Penyampaian cenderamata Perasmi : Persembahan Murid 2 11.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 bermula 1. Perutusan Yang Di Pertua PIBG 2. Ucapan Penasihat 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2023 6. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2023 7. Membahaskan Usul 8. Hal-hal Lain 9. Ucapan Penangguhan 10. Cabutan Bertuah : Bersurai 4
JAWATANKUASA PIBG SESI 2024 5
JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT Pn Zainab Bt Ayob Guru Besar PENGERUSI Pn Norhayati bt Ahmad - PK Pentadbiran NAIB PENGERUSI Pn Noorazalina Bt Johari - PK Hal Ehwal Murid SETIAUSAHA Pn Zuriati Bt Abu Talib BENDAHARI Pn Haslina Bt Ab. Karim Pengacara : Pn Mimiza Bt Sulaiman Bacaan Doa : En Mahmud Zuhdi Bin Mustafa Jemputan perasmi : Pn Zuriati Bt Abu Talib Pendaftaran : Pn Norhafiza Bt Abdullah Penyediaan Teks Ucapan : Pn Hasmah Bt Ani Siaraya : En Mohamad Nor Anas Bin Ali Persediaan dewan/meja mesyuarat : En Mohamad Rohaimi Bin Mohd Yusof Persiapan pentas & Backdrop : Pn Sabarina Bt Abu Bakar Jemputan ibubapa dan merumus : Pn Arlina Bt Ariffin@ Abdul Hamid Cabutan Bertuah : Pn Nik Zailana Bt Ahmad Kain rentang/ Banner : Cik Marzila Bt Omar Buku Program : Pn Noorazwa Bt Ghazali Pencatat Ucapan & Minit : Pn Rozana Bt Rashid Cenderamata Perasmi : Pn Fatimah Bt Sulaiman Persembahan Murid : Pn Azura bt Udin Dokumentasi : Pn Norhayati Bt Abdullah Jurufoto : En Shaharul Nizam Bin Mohamad Yusoff Jamuan Perasmi/ PIBG/ Guru : Pn Suhila Bt Zainal Abidin Jamuan ibubapa/ penjaga : Pn Naziroh Bt Ahmad 6
JAWATANKUASA KERJA 7
AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-50 1. Perutusan Yang Di Pertua PIBG, En Shahrun Isa Bin Hj Sanusi 2. Ucapan Penasihat, Pn Zainab Bt Ayob 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti sesi 2023 6. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2023 7. Membahaskan Usul 8. Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan 8
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TUAN SYED JAN AL-JAFFRI 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARULAMAN NO TEL/ FAKS : 04-4212668 _________________________________________________________________________ Bil( )dlm.PIBG SKTSJAJ 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Tarikh : 14 Mei 2023 Hari : Ahad Masa : 02:30 petang Tempat : Dewan Pendeta Zaaba Perasmi : Yang Berbahagia, Tuan Hj. Faizal bin Zainon Ketua Pegawai Eksekutif Emzi Holding Sdn. Bhd. Kehadiran Ibu bapa : 49 Kehadiran Guru & staf: 47 Jumlah : 96 AGENDA I Ucapan alu-aluan Pengerusi 1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua waris kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung pada kali ini. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah. AGENDA II Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG 2. Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua waris dalam Mesyuarat PIBG kali ini. 3. Beliau menyuarakan rasa sedikit kecewa dengan jumlah kehadiran waris ke Mesyuarat Agung pada hari ini. 4. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang sudi memberi sumbangan berbentuk makanan semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. 5. Ucapan terima kasih juga atas sumbangan AJK PIBG sepanjang sesi 2020-2023. 6. Guru besar berharap ibu bapa/ penjaga boleh bersama pihak sekolah membimbing anakanak semasa di rumah dari segi akademik maupun bacaan Al-Quran. 7. Guru besar membentangkan pencapaian pelajar. Waris boleh merujuk buku program pada helaian 21 hingga 23. 8. Program Bantu Membaca melibatkan 83 orang pelajar yang tahap pembacaannya rendah. Ada juga pelajar yang masih tidak mengenal huruf. 9
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 AGENDA III Membentang dan Mengesah Minit Mesyuarat 9. Setiausaha PIBG membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke-48 untuk disahkan. 10. En Omar bin Shuib mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan. Cadangan ini disokong oleh Pn Kalsom binti Abdullah. AGENDA IV Perkara-perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit. AGENDA V Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Sesi 2022 11. Pengerusi membentangkan laporan tahunan sesi 2022 (rujuk buku program muka surat 16). 12. Guru besar berkongsi beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kita sepanjang sesi 2022. Antaranya seperti : 12.1 Mendapat tempat kelima dalam Pertandingan Ragbi Sentuh di peringkat daerah 12.2 Perkhemahan Unit Beruniform untuk pelajar tahun lima dan enam 12.3 Naik taraf padang sekolah 12.4 Program Bantu Membaca AGENDA VI Membentang, menerima dan meluluskan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2022 13. Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 untuk dibahaskan dan disahkan. 14. Pn Azira binti Abdul Azis mencadangkan agar penyata kewangan diterima dan disahkan.Cadangan disokong oleh En Haslizam bin Hassan. 15. Para waris dipohon untuk menyumbangkan RM40.00 bagi sebuah keluarga. Sumbangan akan digunakan untuk membantu sekolah demi kemenjadian murid-murid. 16. Pn Kalsom binti Abdullah mencadangkan agar jumlah sumbangan derma PIBG sebanyak RM40 bagi setiap keluarga dikekalkan. Cadangan disokong oleh Pn Norlyana binti Othman. Cadangan tersebut dipersetujui dengan sebulat suara. 10
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 AGENDA VII Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2023 - 2028 17. Mesyuarat telah sebulat suara melantik AJK PIBG bagi sesi 2023-2028 seperti berikut : YDP PIBG : En Shahrun Isa Bin Hj Sanusi NYDP : Tn Syed Azrein Bin Syed Hamzah Setiausaha : Pn Zuriati Binti Abu Talib Bendahari : Pn Haslina Binti Ab. Karim AJK Ibu Bapa : 1. En Mujahidin Bin Mohd Salleh 2. En Mohd Rizal Bin Abdul Rahman 3. En Omar Bin Shuib 4. En Mohd Luqman Bin Mohd Sharif 5. En Mazli Bin Nisa 6. Pn Siti Safiyyah Bt Saud 7. Pn Mimi Merina Bt Mohd Hanapiah AJK Guru : 1. En Mahmud Zuhdi Bin Mustafa 2. En Mohd Amirul Bin Awang 3. Pn Fatimah Binti Sulaiman 4. Pn Noor Azalliah Binti Mohd Zakaria 5. Pn Suhila Binti Zainal Abidin Pemeriksa kira-kira : 1. En Hamzah Bin Idris 2. Pn Siti Arfah Bt Mohd Radzi 11
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 18. Penasihat PIBG SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri memaklumkan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/ 2028 berkuatkuasa pada 14.05.2023 AGENDA VIII Membahaskan usul 19.Usul bilangan satu hingga sembilan tidak dibahaskan kerana waris yang memberi usul tidak hadir ke Mesyuarat Agung pada kali ini. 20.Berikut adalah usul-usul yang dibincangkan 20.1 : Pn Azira binti Azis mencadangkan agar pihak sekolah membuat bonggol di jalan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan bagi mengelak kemalangan. - YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak boleh membuat bonggol tersebut tanpa kebenaran pihak JKR. Ada standard/ SOP yang perlu dipatuhi sebelum membuat bonggol. YDP akan cuba berhubung dengan pihak berkaitan untuk berbincang dan mendapat penjelasan lanjut. - Guru besar akan berusaha membuat papan tanda berhenti yang lebih besar dan beroda bagi memudahkan pengawal keselamatan sekolah melaksanakan kawalan lalu lintas semasa pelajar datang dan balik dari sekolah. - Guru besar juga akan berbincang dengan penjaja yang berniaga di hadapan sekolah untuk menjarakkan gerai dengan pintu pagar/ laluan ibu bapa mengambil dan menghantar anak ke sekolah 20.2 : Pn Azira binti Azis juga mencadangkan pada Hari Malaysia diadakan Pertandingan Pakaian Kebudayaan kepada pelajar sekolah. - Guru besar memaklumkan pertandingan ini memang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah ketika sambutan Hari Merdeka. Guru besar akan mempertimbangkan pelaksanaan usul ini pada Hari Malaysia yang akan datang 20.3 : Wakil Pn Najmah binti Nawi iaitu En Mazli bin Nisa mencadangkan pihak sekolah mewujudkan papan tanda kanak-kanak sekolah melintas sebelum melalui kawasan sekolah. - YDP akan merujuk JKR atau pihak yang berkenaan untuk memasang papan tanda tersebut. 12
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 AGENDA IX Hal-hal lain 21. Guru besar memaklumkan tandas sekolah akan terus dibaiki dari masa ke semasa. Pihak PIBG akan bergabung tenaga dengan pihak sekolah dalam menaiktaraf tandas sekolah kita. 22. Guru besar telah membuat laporan tentang tandas sekolah kepada pihak PPD. Puan Suraya dari PPD telah maklum berkenaan isu ini. 23. En Wan Muhamad menyuarakan isu ketiadaan/ kekurangan bekalan air. Guru besar mencadangkan agar pelajar membawa air untuk kegunaan peribadi sama ada untuk minum atau ke tandas. Pihak sekolah telah menyediakan tong simpanan air tetapi masih belum pasti samaada pihak SADA dapat menghantar bekalan air ke sekolah kita dalam masa terdekat ini. Guru besar turut memaklumkan, sehingga kini, masih tiada sebarang arahan penutupan sekolah diputuskan oleh pihak PPD atau JPN. 24. En Mazli bin Nisa menyatakan kerosakan bumbung di Blok Zaa’ba berdekatan tandas. Beliau berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Guru besar dan YDP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan waris dan akan cuba mengambil tindakan segera. 25. Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menukar tandatangan akaun semasa (No. Akaun : 02020010012205) dan akaun simpanan tetap (No. Akaun : 02020370131611) di Bank Islam Sungai Petani di bawah nama PIBG SRK Tuan Syed Jan Al Jafri seperti berikut : YDP PIBG : Shahrun Isa Bin Hj Sanusi (740811-02-5871) Setiausaha : Zuriati Binti Abu Talib (870827-02-5230) Bendahari : Haslina Binti Ab Karim (770414-02-6536) Mandat Operasi : 2/3 AGENDA X Ucapan Penangguhan 26. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon maaf andai terdapat kekurangan sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai YDP PIBG sesi 2020 - 2023. 13
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KALI KE-50 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 05:15 petang. Disediakan oleh : Disemak oleh : (ZURIATI BINTI ABU TALIB) (SHAHRUN ISA BIN HJ SANUSI) Setiausaha PIBG YDP PIBG SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri 08000 Sungai Petani 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Kedah Darul Aman 14
LAPORAN AKTIVITI 2023 1. Bayaran kepada Pengawal lalu lintas 2023 2. Perbelanjaan Mesy Agung PIBG kali ke-49 3. Sumbangan Kejohanan Olahraga Sekolah 2023 4. Sumbangan membeli jersi pasukan sekolah 5. Perbelanjaan hadiah persaraan & pertukaran guru 6. Pembelian 2 unit LCD sekolah 7. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 8. Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang 9. Sumbangan Ihya’ Ramadan Sekolah 10. Gotong royong madani/keceriaan sekolah 11. Baik pulih makmal komputer 12. Infak kerusi plastik 13. Sumbangan khemah hari raya 14. Sumbangan penghargaan kepada murid (Muhammad Adib Safwan B Abdul Ghani) 15. Sumbangan kepada murid yang menyertai kejohanan ragbi 15
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PIBG BERMULA 1 JUN 2023 HINGGA 30 APRIL 2024 16
17 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PIBG BERMULA 1 JUN 2023 HINGGA 30 APRIL 2024
18 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PIBG BERMULA 1 JUN 2023 HINGGA 30 APRIL 2024
PEMBENTANGAN USUL USUL 1 Nama waris : Mohd Shahir Bin Ishak Nama anak : Muhammad Adam Mikhail B Mohd Shahir – 3G Usul : Memberi keselesaan kepada pelajar di dalam kelas seperti membaiki kipas yang perlahan, lampu rosak dan lain-lain lagi. Nama waris : Nurhayati Bt Saad Nama anak : Muhammad I’maam Shah B Mohd Zamri Shah - 6B Nur I’xia Aishah Bt Mohd Zamri Shah – 2B Usul : Sediakan kipas di dalam kelas (Stand Fan). Nama waris : Mohd Shahir Bin Ishak Nama anak : Muhammad Adam Mikhail Bin Mohd Shahir Usul : Memberi keselesaan pada pelajar dalam kelas seperti membaiki kipas yang perlahan,lampu yang rosak dan lain-lain. USUL 2 Nama waris : Izzudin Bin Abdul Halim Nama anak : Dhiya Humaira Bt Izzudin – 4F Zayyan Rizqi Bin Izzudin – 2B Usul : Kedai buku/ koperasi perlu menyediakan resit pembelian barangan sekolah. USUL 3 Nama waris : Hasliza Azlina Bt Mohamad Nama anak : Muhammad Iskandar Zulkarnaen B Syahrul Fazdlei – 5F Nur Ellysa Humaira Bt Syahrul Fazdlei – 3B Muhammad Al-Fateh B Syahrul Fazdlei- 1F Usul : Cadangan mewujudkan kelas KAFA di sekolah. USUL 4 Nama waris : Siti Nur Furairah Bt Ismail Nama anak : Muhammad Amirul Thawwaf B Ahmad Kamal – 6B Siti Nur Aisyah Bt Ahmad Kamal – 3B Usul : 1. Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan selepas Hari Jaya Waris supaya segala markah peperiksaan anak disemak terlebih dahulu. 2. Terdapat bumbung yang bocor di kelas 3B. ini mengakibatkan air hujan menitis didalam kelas. .USUL 5 Nama waris : Muhammad Aizal Bin Ahmad Nama anak : Nur Nadhira Aisyah Bin Muhammad Aizal – 2B Usul : Papan tanda kanak-kanak sekolah melintas yang lebih besar dan jelas di kedua- dua arah jalan raya. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya bagi ibu bapa untuk menghantar anak dengan motosikal yang mungkin akan menyebabkan berlaku perlanggaran antara murid dan guru yang ingin ke sekolah. 19
PENTAKSIRAN AKHIR AKADEMIK 20
PENTAKSIRAN AKHIR AKADEMIK 21
DATA IQRA’ AL- QURAN 22
PENGHARGAAN We Create Changes PIBG SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Ibu Bapa, Penjaga dan Guru, Pihak yang menyumbang idea,tenaga dan kewangan serta semua yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke50 Tahun 2024 Sekian Terima Kasih 23