PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
KPS3014
Nama: Farreqnohlis Freddy
No Matrik: D20202096689
Kumpulan : J
Bab1: Sosiologi Dan Pembelajaran
Pendahuluan
~Sosiologi merupakan suatu kajian mengenai
kehidupan sosial perubahan sosial yang akan berlaku
dalam masyarakat dan memebri impk terhadap tingkah
laku individu dalam aspek sosial dan yang lain. Oleh itu
terdapat 3 bahagian teori ialah teori interasionisme
simbolik, teori konflik dan teori fungsionalisme.
~ Teori interaksionisme simbolik teori ini diasaskan oleh tokoh
George Herbert Mead(1863-1931). Teori ini mengkaji makna
yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam
persekitaran sosial dengan individu yang lain. Impaknya teori ini
dapat membina dan membentuk kumpulan masyarakat.
~Selain itu, teori fungsionalisme yang diasaskan oleh Auguste
Comte (1798-1857). Teori ini menyatakan bahawa masyarakat
dianggap seperti organisma yang mempunyai bahagian dan
fungsi tertentu,
~Teori konflik yang diperkenalkan oleh Karl Marx (1818-1883)
karl max merupakan tokoh sosiologi yang berfikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Oleh itu beliau telah memperkenalkan teori-
teori yang boleh dijadikan garis panduan kepada masyarkat.
kesimpulannya
Jelaslah bahawa pendidikan merupakan medium yang boleh dinilai kedudukan indidvidu
dan menyebabkan persaingan dan konflik antara golongan kelas yang berbeza dari aspek
kekayaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
RUJUKAN
Karim Ahmad (2004). Apakah sosiologi? Jurnal Sosiologi Pendidikan Malaysia. 15(1):1-110.
Kim Swe.(2010). Asas sosiologi dalam pendidikan. Bangi: Penerbit UKM Pres.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sosiologi
Bab2: Interaksi dan
pembelajaran
Pendahuluan
~Interaksi dapat didefinisikan sebagai saling tindakan yang berlaku antara
sekurang-kurangnya dua pihak. Interaksi amat penting agar pelajar
mengalami sendiri proses pembelajaran. Terdapat bebebrapa jenis interaksi
iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, inteaksi kumpulan, dan interaksi
antara kumpulan.
1)Interaksi Sehala
~Interaksi ini merupakan interaksi cara lama yang digunakan oleh guru. Guru akan
memberi arahan dan penerangan kepada murid.
2)Interaksi dua hala
~Interaksi ini dilaksanakan bila guru bertanya dengan pelajar dan pelajar menjawab
serta pelajar bertanya dengan guru dan guru menjawa. Tujuan interaksi ini ialah guru
melihat pelajar menjawab soalah yang diberikan.
3)Interaksi Kumpulan
~Interaksi ini berlaku bila guru memberi tugasan kumpulan. Tujuan interaksi ini ialah
menyarankan penyertaan aktif pelajar di kelas jadi akan memberi impak kepada pelajar
yang malu dan takut mengeluarkan pendapat mereka.
4)Interaksi Kumpulan
~Interaksi ini wujud setelah wujudnya kumpulan pelajar yang telah dibahagikan setelah
berlaku perbincangan dalam kumpulan aktiviti pembentangan akan dilakukan jadi ahli
kumpulan lain akan bertanya soalan dan pendapat mereka dengan ahli kumpulan lain.
Kesimpu
lan
~ Interaksi amat penting untuk guru memberi pendedahan awal bagi membina
komunikasi pelajar dengan baik untuk persiapan masa depan.
Rujukan
https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/interaksi-dan-pembelajaran-maksud.html
http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PSIKOLOGI/195009011981032RAHAYU_GININTASASI/INTERAKSI_SOSIAL.p
http://eprints.utm.my/id/eprint/54801/1/SitiMasturaBaharudinPFP2015.pdf
BAB3: PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN
~ Pengurusan dapat didefinisikan sebagai proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Pengurusan murid merupakan satu sistem yang amat diperlukan dimana
guru-guru boleh menguruskan maklumat murid dengan cekap agar
melancarkan pentadbiran sekolah.
1) Dalam bab ini kita dapat lihat tindakan guru mewujudkan persekitaran
yang menggalakan interaksi sosial yang positif agar murid melibatkan diri
di kelas dengan aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid.
2) Antara domain pengurusan bilik darjah ialah guru menguruskan
tingkah laku pelajar dimana aspek ini dalam tugas guru untuk memantau
masalah disiplin pelajar.
3)Pengurusan pembelajaran yang baik akan mempengaruhi kesediaan
belajar murid dimana murid mampu dan berupaya mengeluarkan idea
yang kreatif pelajar juga akan memberi tumpuan pengajaran guru ketika
berada di kelas.
Dapat disimpulkan, guru dapat membantu murid melalui pengurusan dan
pembelajaran murid. Justeru itu, dapat mengatasi masalah-masalah
pembelajaran yang boleh dikesan di peringkat awal supaya kelemahan itu
tidak menyebabkan pelajar tidak cemerlang dalam bidang tertentu.
Rujukan
Fatimah(2017). Pengurusan dalam pendidikan. UKM Psikologi dan Pendidikan 17(1)
https://gpsbestari.sinarharian.com.my/komuniti/pengurusan-pendidikan-penting-dalam-mendepani-akhlak-remaja-
di-era-digital
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/12/898022/penyelesaian-krisis-pendidikan-elak-generasi-
keciciran
BAB4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Pendahuluan
~ Kepimpinan merupakan satu proses yang akan mempengaruhi aktiviti
kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya matlamat dapat dicapai.
Proses yang mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu
hasil yang dirancang. Terdapat dua kepimpinan guru di sekolah iaitu
kepimpinan pengajaran dan kepimpinan bilik darjah.
1) Kepimpinan Pengajaran
- Aspek ini berkait rapat dengan pengurusan pembelajaran
-Suatu matlamat akan diperkenalkan dan diperjelaskan kepada masyarkat
seperti ibu dan bapa bertujuan mengetahui matlamat sekolah ditubuhkan.
- Memberi intensif pengajaran kepada guru dan pembelajaran jepada murid.
2) Kepimpinan Bilik Darjah
- Guru akan berupaya menyampaikan visi kepada murid-murid bagi
menyakinkan mereka mengikuti visi tersebut,
- Dapat melahirkan dan mencungkil bakat pelajar.
- Aspek kepimpinan ini juga dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang
selesa.
Kesimpulan
- Dapat disimpulkan setiap kepimpinan guru dalam dua kriteria ini mempunyai
matlamat, fokus yang tepat dan sasaran objektif yang memerlukan ciri -ciri
pemimpin yang mendalam perlu disemaikan.
Rujukan
Ahmad bin Othman. (2011). Apakah ciri-ciri kepimpinan. IPG Kampus Ipoh.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-perlu-ada-pada-pemimpin
https://zunaidahhadi.com/ciri-ciri-utama-yang-perlu-ada-pada-seorang-pemimpin
BAB 5: PENGURUSAN MURID
Pendahuluan
Sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji
dengan teliti agar matlamat yang diigini tercapai dan antaranya ialah pengurusan
murid. Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi
dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan pengarahan.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Tiga jenis
kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif, kesediaan psikomotor.
1) Kesediaan Kognitif.
- Kesediaan ini merupakan persediaan mental bagi memahami dan juga
berfikir. Kesediaan kognitif pelajar akan menetukan keberkesanan proses
pembelajaran yang baru.
2) Kesediaan Afektif.
- Kesediaan ini merupakan sikap keinginan, ketekunan, ,perasaan , minat dan
nilai untuk menerima pelajarn yang disampaikan oleh pendidik.
3) Kesediaan Psikomotor.
- Kesediaan psikomotor ini merupakan penguasaan kemahiran fizikal yang
merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan dan penggerakan
tubuh. Oleh itu, terdapat aktiviti -aktiviti fizikal yang dilaksanakan untuk
perkembangn fizikal pelajar.
Kesimpulan
Dapat disimpulkan kesediaan belajar ini sangat penting bagi setiap pelajar
kerana kesediaan belajar ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang
secara menyeluruh.
Rujukan
http://eprints.usm.my/49144/1/LiNuSR-%20JuPiDi%20-
%20ANNILIZA%20%28APRIL%202021%29.pdf
https://www.scribd.com/document/123096035/PENGURUSAN-MURID
https://www.sinarharian.com.my/article/171275/BERITA/Nasional/ KESEDIAAN MURID
BAB6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah dapat didefinisikan sebagai kerjasama dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif gerak kerja ini termasuklah
merancang, memimpin mengarah dan menagawal. Manakala, bilik darjah ialah
tempat atau keadaan yang berlaku proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh
itu, bab ini sangat penting bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk persediaan
awal bagaimana cara untuk menguruskan bilik darjah yang kondusif dan selesa.
Pertama sekali, pengurusan bilik darjah amat dititikberatkan dari aspek saiz bilik
darjah. Saiz bilik darjah mestilah mempunyai ruang yang kondusif dan cukup untuk
memberi keselesaan kepada warga sekolah. Susunan alatan di bilik darjah juga amat
penting agar keselamatan pelajar terjamin jika melakukan aktiviti di dalam bilik
darjah.
Kedua ialah dari aspek sudut maklumat. Aspek ini amat perlu kerana dapat
memberi input yang baik untuk para pelajar. Guru boleh letatkkan bahan bacaan,
sudut nota, dan sebagainya untuk mewujudkan situasi kelas yang menarik dan tidak
membosankan kepada para pelajar.
Terakhir ialah susunan kedudukan pelajar juga amat penting bagi guru bijak
mengatur kedudukan pelajar. Kedudukan pelajar perlulah mengikuti prosedur yang
telah ditetapkan dan mengikut susunan abad ke-21 yang teratur dan memberi impak
yang positif.
Dapat disimpulkan topik ini banyak memberi tunjuk ajar kepada bakal
pendidik untuk mementingkan pengurusan bilik darjah yang baik.
Rujukan
Ahmad Shah. (2011). Bilik darjah. Kuala Lumpur. 15(2): 2-10
https://sitinrhumairah.jurnal.com/2020/04/pengurusan-murid.html
http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/1/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
BAB7: PENGURU
SAN SUMBER
-> Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan
bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Sumber yang pelbagai dan menarik yang didedahkan kepada para pelajar mampu
meningkatkan semangat mereka menerokai lebih banyak maklumat.
Pertama kriteria untuk memilih sumber pembelajaran ialah sumber yang mudah
didapati. Hal ini kerana memudahkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk
mendapatkannya guru juga tidak kelam kabut untuk dapatkan sesuatu sumber yang
sukar diperolehi dan dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan rujukan .
Contoh sumber pembelajaran yang boleh didapati ialah buku teks, bukuy rujukan dan
sebagainya.
Selain itu, kriteria yang perlu diambil kira ialah dapatkan sumber pembelajaran yang
bersesuaian dan berkaitan dengan tema atau topik yang diajar. Hal ini kerana, jika
sumber yang dijadikan sebagai rujukan tidak tepat akan menyebabkan pelajar sukar
memahami topik tersebut.
Terakhir kriteria yang perlu dipandang serius ialah sumber pembelajaran yang
mempelbagaikan kegiatan kepada pelajar dan memberi keseronokan kepada mereka. Hal
ini kerana, pelajar sangat bosan jika aktiviti kelas yang sama dan kurang input jadi
sebagai guru perlulah merancang aktiviti yang pelbagai seperti lawatan sambil belajar,
lakukan kelas tambahan di kawasan yang menarik seperti di pusat sumber, kafe dan
sebagainya.
yanDgapdaat pdaistimmpeunlkinagnkabtkaahnawsaempaarnagagturpu
ewlaajajarr-plaehlamjarenugngutunkaktaenrussumbbeerjra-syuamdbaenr
cemerlang. Tanggujawab kita adalah melahirkan insan yang cemerlang dari
pelbagai aspek.
RUJUKAN
http://journalarticle.ukm.my/7968/1/802-1532-1-SM.pdf
https://www.astroawani.com/topic/kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-
https://www.scribd.com/document/151925498/Peranan-Dan-Fungsi-Sumber-
Pembelajaran
BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Pengurusan bilik darjah sangat wajib kepada guru-guru untuk
menggendalikan isu ini. Bilik darjah yang berbeza sewajarnya mempunyai
peraturan dan prosedur yang berbeza bergantung kepada keperluan dan
kecenderungan guru dan pelajar.
Strategi yang pertama ialah guru perlulah mempunyai penyimpanan
rekod pelajar. Tujuan tindakan ini ialah guru dapat melihat prestasi
anak murid mereka dan membantu jika mereka menghadapi situasi
yang sukar untuk maju dan cemerlang.
Kedua ialah strategi yang dapat dilihat ialah guru perlulah
mempunyai interaksi serta komunikasi yang baik. Seperti yang kita
tahu aspek ini amat penting dalam menguruskan sesuatu masalah.
Komunikasi yang baik dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Jadi
sebagai guru perlu mempunyai interaksi yang baik untuk bertemu
dengan masyarakat seperti ibu bapa.
Terakhir ialah kaedah dalam mengurus bilik pembelajaran ialah
penyediaan ruang pembelajran yang baik dan dapat memberi
keselesaan kepada pelajar untuk menndapatkan ilmu. Aspek ini juga
merangkumi dari segi penyusunan bilik darjah. Sebagai guru harus
memiliki kreativiti dalam susun atur bilik darjah. Misalnya, guru tidak
boleh pilih kasih dimana murid pandai dan aktif berada di depan guru
dan murid yang kurang aktif berada di belakang sepatutnya pelajar
yang aktif yang harus diberikan keutamaan agar mereka aktif bersama
dengan pelajar lain.
Dapat disimpulkan pelajar yang cemerlang dan maju jaya punca dari
guru yang bijak dalam mengatur dan melaksanakan strategi pengurusan
bilik darjah yang betul.
RUJUKAN
https://prezi.com/lm2rcfxcwzzy/strategi-mengurus-bilik-pembelajaran
https://mygcdn1.upsi.edu.my/material/student/view/8061/A182-KPS3014
https://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/strategi-pengajaran/
BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID
Disiplin dapat didefinisikan sebagai suatu latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Disiplin dapat
dikategorikan kepada disiplin ringan, disiplin sederhana, dan disiplin berat.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk menangani isu ini
Cara wajar yang boleh dilakukan ialah mengetatkan lagi undang-undang dan
peraturan sekolah. Tujuan ialah dapat mengawasi lagi keadaan sekolah agar
dalam kawalan disiplin yang baik.
Cara yang kedua yang guru perlulah bersikap adil dan konsisten. Guru yang
menyemaikan sikap keadilan dalam diri akan menyebabkan sesuatu masalah
dapat diselesaikan. Jika tidak menyemai sikap adil akan menyebabkan para
pelajar lebih berani melanggar undang-undang disiplin di sekolah.
Cara yang terakhir ialah melaksanakan perancangan dan perbincangan. Ini
kerana tindakan ini amat perlu bagi memaklumkan kepada semua guru yang
berkaitan dengan disiplin pelajar.
Sebagai guru tindakan yang bijak merupakan langkah yang drastik yang
harus dilakukan. Bukan sahaja, kepada guru masyarakat dan ibu bapa juga
perlu bahu membahu melaksanakan tanggunjawab ini.
RUJUKAN
JENIS KESALAHAN DISIPLIN Retrieved from http://smkpgas-haluanpanglima.blogspot.com/p/jenis-kesalahan-disiplin.html?
m=1
Nervyn, F. (2020, July 15). Patuhi SOP, tingkat disiplin untuk cegah COVID-19 di sekolah - Temenggong Lau.
https://utusanborneo.com.my/2020/07/15/patuhi-sop-tingkat-disiplin-untuk-cegah-covid-19-di-sekolah-temenggong-lau
Sinarharian. (2021, June 16). Cabaran pendidikan semasa pandemik Covid-19. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/144533/BERITA/Nasional/Cabaran-pendidikan-semasa-pandemik-Covid-19
BAB10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Pengurusan penasihatan murid merupakan aspek yang perlu di ambil serius
oleh guru-guru. Penasihatan dapat didefinisikan sebagai ajaran, petunjuk yang
baik, dan juga sebagai peringatan. Oleh itu terdapat 3 kemahiran yang boleh
diguna pakai dalam penasiahatn murid.
Dalam bab ini akan memberi pendekatan berkaitan dengan bimbingan. Bimbingan
ialah merupakan tunjuk ajar, memimpin, dan panduan kepada individu. Seorang wajar
memiliki sifat bimbingan yang baik dan efektif agar membantu pelajar yang mempunyai
masalah disiplin yang serius. Fokus utama aspek ini ialah sebagai pencegahan atau
langkah awal yang boleh dilakukan oleh guru.
Seterusnya ialah mentoring merupakan pelaksanaan yang cukup berkesan bagi guru-
guru mengaplikasikan dalam penasihatan kepada murid. Kaedah ini memerlukan
mentor dan mentee dalam kalangan pelajar. Jadi guru akan menjadi mentor kepada
pelajar bagi membimbing dan memberi nasihat dari aspek prestasi mereka di sekolah.
Hal ini sangat baik kerana guru dapat fokus dalam kalangan pelajar yang sedikit.
Akhir sekali, penasihatan juga eleman yang baik digunakan . Ini kerana kaedah ini
sangat mudah untuk dijalankan dan seiras dengan kaedah bimbingan. Tujuan kaedah ini
perlu diaplikasi oleh seorang guru ialah membantu mengenal pasti masalah yang
dihadapi.
Dapat disimpulkan bahawa, kaedah
ini dapat melahirkan pelajar yang
cemerlang dari aspek kurikulum dan kokurikulum bahkan dari aspek sashiah
diri yang memberi contoh yang baik kepada generasi akan datang.
RUJUKAN
Kamsiah (2019). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur Malaysia, ms 23
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=nasihat
https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-pengurusan-
pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-
sem-1uthm
BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati
kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat,
mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan
menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang
inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Oleh itu terdapat beberapa
aspek pelbagai budaya.
Status sosial yang merupakan punca perbezaan atau jurang pemisah antara pelajar.
Ini kerana dapat dilihat ada segelintir pelajar yang menghendakan pelajar yang
miskin atau kurang kemampuan hal ini sangat tidak baik akan menimbulkan isu
diskrimasi budaya dalam kalangan pelajar. Guru perlulah menguatkan lagi
pengajaran dan didikan mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan islam
sebab mengajar kita lebih menghormati individu lain tanpa melihat status sosial.
Perbezaan kaum dan agama juga isu dalam bab ini. Hal ini kerana, di Malaysia
hidup dalam pelbagai kaum, agama dan budaya jadi hendaklah hidup dalam aman
dan sentosa elakkan rusuhan kaum agar Malaysia dapat dicontohi dengan negara
luar yang mempunyai kemakmuran yang kukuh.
Tahap kesihatan juga aspek dalam bab ini bagi mereka yang mempunyai fizikal
yang baik dan sihat akan lebih mudah untuk mereka berinteraksi, bergaul dengan
rakan sebaya namum menjadi sulit bagi mereka yang mempunyai masalah fizikal
atau mental untuk mereka bergaul dengan rakan sebaya mereka kerana mempunyai
rasa kekurangan diri. Jadi guru perlulah sentiasa mengambil serius hal ini agar sifat
memilih rakan dapat dijauhkan dalam kalangan pelajar.
Dapat disimpulkan pengurusan pelbagai budaya ini amat penting ini
kerana dapat membentuk suasana di sekitar sekolah yang hormani pelajar
dapat belajar dengan baik dalam persekitaran yang berlainan.
RUJUKAN
- https://www.scribd.com/doc/52014884/Konsep-Pengurusan-Pelbagai-Budaya
- https://www.slideshare.net/Asyikin4996/pengurusan-pelbagai-budaya
- https://m.bola.com/ragam/read/4529769/pengertian-budaya-ciri-fungsi-unsur-dan-contohnya
BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan sangat istimewa. Tujuan
pengurusan pelbagai upaya agar murid yang kurang upaya juga dapat
keistimewaan pendidikan yang sama rata dengan pelajar yang baik. Pelajar upaya
ini dapat dilihat pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti kecacatan
fizikal, masalah mental dan sebagainya yang memberi beban dan sukar untuk
mereka menerima ilmu seperti pelajar lain.Terdapat tiga golongan pelajar kurang
upaya iaitu autisme, pintar cerdas dan disleksia.
Apa itu autisme? perkataan autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri
sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Autisme dapat dikategorikan sebagai
ketidakupayaan yang disamakan dengan gangguan komunikasi, interaksi sosial,
gangguan deria dan perilaku emosi. Antara ciri-ciri pelajar autisme ialah sukar
berkomunikasi, sentiasa mengelak bertentangan mata dan emosi yang tidak
seimbang. Cara yang baik dalam mengurus pelajar autisme ialah sentiasa mendekati
mereka dan cuba fahami apa yang mereka inginkan guru tidak boleh terlalu
memaksa untuk mereka melaksanakkan tugasan.
Seterusnya ialah pelajar cerdas atau pun dikenali hperaktif. antara ciri -ciri pelajar
tersebut ialah mempunyai kecergasan yang lebih dan aktif, kekurangan daya
tumpuan dan kombinasi kedua jenis ADHD. Jadi seorang perlulah bijak dalam
berkhidmat dengan jenis upaya ini kerana kemungkinan besar kita akan
dicederakan jika kita tidak bijak dalam mengatur strategi menguruskan golongan
ini.
Akhir sekali ialah disleksia yang merupakan satu penyakit namum memberi
gangguan dalam pembelajaran biasa kanak-kanak yang mengalami penyakit ini . Ciri
penyakit ini ialah sukar dalam membaca, menulis, mengira dan mengeja.
Dapat disimpulkan , guru-guru perlulah
bijak dalam menghadapi cabaran dalam
mendidik pelajar kurang upaya ini agar mer
eka juga cemerlang dalam akademik sama
dengan pelajar yang normal.
RUJUKAN
- http://elhaurawareesha.artikel.com/2019/05/bab-11-pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html
- http://pssskr7.artikel .com/2015/09/ciri-ciri-pelajar-hiperaktif.html
-https://www.slideshare.net/Ukhuwah_90/pelajar-hiperaktif
BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah merupakan tempat menimba ilmu pengetahuan tempat lahirnya
anak-anak bangsa yang cemerlang dari pelbagai aspek.Jadi persekitaran
sekolah perlulah dalam keadaan yang kondusif, selamat, efektif untuk
warga sekolah.
Warga sekolah harus mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
luar seperti ibu bapa, warga polis, dan yang lain. Hubungan yang baik ini
dapat memudahkan segala urusan pihak sekolah dengan masyarakat.
Seterusnya ialah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang baik dan
kondusif juga amat penting bagi mereka memudahkan ilmu yang diterima.
,Misalnya Buat peraturan dan pastikan tiada gangguan. Kanak-kanak perlu
tahu bahawa terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi ketika sesi
pembelajaran supaya mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
ketika belajar. Ruang atau bilik yang digunakan haruslah selesa dan
terhindar daripada apa sahaja gangguan yang boleh mengganggu fokus
mereka. Bilik yang tidak teratur dan tidak selesa boleh mengganggu serta
menghalang proses pembelajaran dilaksanakan dengan sempurna. Susunan
perabot juga perlu disusun atur dengan baik.
Akhir sekali mempunyai hubungan sekolah dengan ibu bapa yang baik
agar mencapai objektif Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG). PIBG ini
meningkatkan kemudahan sekolah dan memberi sumbanagn kewangan
kepada sekolah jadi kebaikan ini dapat membangunkan sekolah yang
setaraf dengan sekolah luar.
Dapat disimpulkan, hubungan sekolah dengan persekitaran ini sangat
bagus yang boleh meningkatkan kecemerlangan pelajar kerana
mempunyai kerjasama yang erat untuk melaksankan program yang
memberi faedah.
RUJUKAN
-https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2013/01/Garis-Panduan-Pelaksanaan-
Dan-Penilaian-Sekolah-Lestari-Anugerah-Alam-Sekitar.pdf
-https://www.scribd.com/document/331622050/Laporan-Kps-sekolah-dan-persekitaran
BAB14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.
Pengurusan meruapakan satu proses yang melibatkan dengan perancangan,
kawalan dan pengarahan terhadap sesuatu organisasi. Sebagai guru
memerlukan suatu perancangan pembelajaran yang efektif. Pengurusan yang
baik dan efektif dalam pembelajaran dapat menggunakan masa yang baik .
Seorang guru perlulah persiapan diri
yang awal bagi mengelak membuang
masa semasa di kelas. Antara persiapan diri yang harus dijaga ialah ilmu guru
perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang pelbagai bagi tujuan menjawab
kesemua soalan-soalan yang akan ditanyakan oleh pelajar. Amat kesal bila
guru tidak dapat menjawab soalan yang mudah.
Seterusnya ialah sebagai guru wajarlah merancang awal aktiviti
pembelajaran yang hendak dilaksanakan di kelas. Tujuan perancangan awal ini
ialah mengelak mewujudkan suasana bosan di kelas dan kurang perhatian
kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah memilih dan merancang aktiviti yang
mudah dan berkaitan dengan topik yang ingin diajar.
Akhir sekali, sebagai guru perlulah melihat persediaan ruang pembelajaran
walaupun aspek ini mudah dan kurang menonjol dalam pengurusan
pembelajaran namun aspek ini sangat penting kerana ia merangkumi
kesemua aspek pengurusan pembelajaran. Misalnya, ruang yang baik dapat
memberi keselesaan semasa pdp dan keselamatan pelajar juga terkawal dan
dijamin selamat.
Dapat disimpulkan, pengurusan alam pembelajaran ini sangat kait rapat
dengan waktu sebelum, semasa dan selepas PDP kerana melalui kita dapat
melihat perkembangan pelajar.
RUJUKAN
-https://www.slideshare.net/AugustinKumbang/k01947-20180528092619-k14-pengurusan-alam-
pembelajaran
-https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-
maya-cabaran-baharu-buat-guru
-https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/778749/bahan-pengajaran-efektif-pastikan-
keberkesanan-pdpr