SIFAT KIMIA UNSUR
KUMPULAN 1
Unsur Kumpulan 1 mempunyai 1 elektron
valens.
Dalam tindak balas kimia, unsur
Kumpulan 1 akan menderma satu elektron
untuk mencapai susunan elektron duplet
atau oktet yang stabil dan membentuk ion
bercas +1.
1. Atom Litium, Li
Susunan elektron atom Li = 2.1 (derma 1 elektron valens)
Li Li+ + e
Susunan elektron ion Li+ = 2 (susunan elektron duplet)
2. Natrium, Na
Susunan elektron atom Na = 2.8.1 (derma 1 elektron valens)
Na Na+ + e
Susunan elektron ion Na+ = 2.8 (susunan elektron oktet)
Semua logam kumpulan 1
mempunyai sifat kimia yang sama
kerana mempunyai bilangan elektron
valens yang sama.
TINDAK BALAS UNSUR KUMPULAN 1
DENGAN AIR
Logam alkali bertindak balas dengan air menghasilkan
gas hidrogen dan larutan hidroksida.
(a) 2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g)
Litium Air Litium hidroksida Gas hidrogen
(b) 2Na(p) + 2H2O(ce) 2NaOH(ak) + H2(g)
(c) 2K(p) + 2H2O(ce) 2KOH(ak) + H2(g)
Larutan hidroksida yang bersifat alkali akan
menukar kertas litmus merah lembap kepada biru
TINDAK BALAS UNSUR KUMPULAN 1 DENGAN
GAS OKSIGEN
Logam alkali bertindak balas dengan gas oksigen
menghasilkan oksida logam (pepejal putih)
(a) 4Li(p) + O2 (g) 2Li2O(p)
Litium Gas oksigen Litium oksida
(b) 4Na(p) + O2 (g) 2Na2O(p)
(c) 4K(p) + O2 (g) 2K2O(p)
Oksida logam larut dalam air menghasilkan larutan
hidroksida.
TINDAK BALAS UNSUR KUMPULAN 1 DENGAN
GAS KLORIN
Logam alkali bertindak balas dengan gas klorin
menghasilkan logam klorida (pepejal putih)
(a) 2Li(p) + Cl2 (g) 2LiCl(p)
Litium Gas klorin Litium klorida
(b) 2Na(p) + Cl2 (g) 2NaCl(p)
2KCl(p)
(c) 2K(p) + Cl2 (g)
LANGKAH KESELEMATAN SEMASA
PENGENDALIAN LOGAM KUMPULAN 1
Gunakan forseps
Pakai cermin mata keselamatan
Pakai sarung tangan
Pastikan hanya seketul logam alkali yang kecil
digunakan
Litium, natrium, kalium mesti disimpan dalam minyak
parafin