The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlinaawang74, 2020-04-03 23:26:45

4.5+ Sifat kimia unsur kumpulan 17

4.5+ Sifat kimia unsur kumpulan 17

Unsur Kumpulan 17 mempunyai 7
elektron valens.

Dalam tindak balas kimia, unsur
Kumpulan 17 akan menerima satu
elektron untuk mencapai susunan
elektron oktet yang stabil dan
membentuk ion bercas -1.

X + e- X-

 Contoh : mencapai

Atom Fluorin, F

Susunan elektron atom F = 2.7

(akan terima 1 elektron untuk
susunan elektron oktet yang stabil)

F + e- F-

Susunan elektron ion F- = 2.8 (susunan
elektron oktet)

Semua unsur Kumpulan 17
mempunyai sifat kimia yang sama
kerana mempunyai bilangan
elektron valens yang sama.

1. Halogen bertindak balas dengan air akan
menghasilkan larutan berasid.

X2 + H2O HX + HOX
(larutan berasid)

Sebagai contoh, tindak balas klorin dengan air
akan menghasilkan asid hidroklorik dan asid
hipoklorus.

2. Halogen bertindak balas dengan larutan beralkali
akan menghasilkan halida logam, halat logam dan air.

Sebagai contoh, tindak balas iodin dengan natrium
hidroksida akan menghasilkan natrium iodida,
natrium iodat (I) dan air.

3. Halogen bertindak balas dengan logam akan
menghasilkan halida logam.

Sebagai contoh, tindak balas bromin dengan logam
ferum akan menghasilkan ferum(III) bromida.


Click to View FlipBook Version