TOKOH
KEMERDEKAAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
BIODATA PENULIS
NAMA:NUR DINIE IZZATIE BINTI
NORAZMAN
KP:090329-01-0418
UMUR:12 TAHUN
SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
PERLING 2,JALAN CAMAR 9,TAMAN
PERLING,81200,JOHOR BAHRU,JOHOR.
BIODATA TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA AL-HAJ
• Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum
• Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 -
6 Disember 1990)
• Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah( Istana Pelamin)
• Anak lelaki yang ketujuh dan anak yang
kedua puluh kepada
• Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan
Kedah yang ke-24
• Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dari 1955
• Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970
• Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
• Beliau digelar "Bapa Kemerdekaan"
• Beliau jugalah "Bapa Malaysia"
• Hatinya baik dan terkenal dengan panggilan “Man Of Peace”
• Tokoh ini insan hebat yang melaungkan kata-kata keramat Merdeka
sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Inilah idola
saya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj .Namanya megah terukir dalam
lipatan sejarah Malaysia.Jasanya sungguh besar sehingga Malaysia menjadi
negara merdeka yang berdaulat.Saya dan seluruh rakyat Malaysia terhutang
budi dengan pengorbanan beliau.
KELEBIHAN TOKOH
Meskipun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-
Haj lebih selesa merendah diri dan mesra dengan panggilan
Awang di kalangan
rakan-rakan dan orang kampung yang mengenali beliau.
Kepimpinan dan ketokohan dalam diri Tunku terserlah ketika
beliau masih
remaja lagi apabila beliau dengan tegas memprotes dasar
pilihan warna kulit
sebagai syarat dalam pengambilan pelajar yang diamalkan
oleh
St. Catherine College, Universiti Cambridge sehingga beliau
diterima masuk ke
kolej berkenaan dan dasar yang selama ini menjadi
penghalang kepada pemohon
kulit bewarna dari Asia dan Afrika tidak lagi diamalkan.
Keadaan ini
memperlihatkan kematangan Tunku yang pada ketika itu baru
sahaja berusia 16
tahun.
BUKTI KREDIBILITI
• Tunku sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka kepada
peperangan dan menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah
rundingan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling,
Kedah pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
• Kejayaan Tunku dalam memimpin negara dan memastikan Malaysia berada dalam
keadaan aman dan selamat turut dibuktikan apabila berjaya menewaskan gerakan
‘Ganyang Malaysia’ iaitu ancaman Konfrontasi yang digerakkan oleh Indonesia
pada masa itu
• Malaysia pada tahun 1960-an tergolong sebagai antara negara miskin dalam Dunia
Ketiga, bagaimanapun kegigihan Tunku dalam menaikkan hasil penanaman getah
dan perlombongan bijih dan lain-lain sumber asli negara telah menghasilkan
kemakmuran ekonomi negara
JASA DAN SUMBANGAN
• Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada
rakyat Malaysia. Tetapi sumbangan beliau bukan hanya tertakluk
dalam bidang politik sahaja,beliau juga menyumbang tenaga dalam
aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan
lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu
teladan atau ‘role model’yang baik bagi semua ahli politik dan
juga pemimpin. Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh
dapati bahawa Tunku seorang yang rendah diri,bersemangat
patriotik,bersemangat kenyal, mengambil berat kebajikan rakyat
dan lain-lain.
• Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah
membentuk strategi jangka panjang dengan
melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi
setiap tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan
Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.Rancangan ini
mempunyai objektif utama iaitu meningkata n
pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi
tumpuan kepada sektor luar bandar.
PENUTUP
Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada negara. Sebagai
generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa
perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia
mungkin tiada dalam peta dunia. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau
telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987, 'Honorary
Citizen of London', 'International Sports Award' dari United States of Sports Academy
pada tahun 1981, anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun
1983, 'Doktor Kehormat Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah
'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa
Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia’. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala
Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jenazahnya
dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990.