The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaaban69, 2022-05-22 02:44:07

T4M1_PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

T4M1_PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

MOHAMMAD BIN SAID
SMK UNDANG REMBAU
REMBAU, N.SEMBILAN
(https://pk1uress.blogspot.com)

1.1 PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL STANDARD PEMBELAJARAN
Pengenalan
Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang
berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan
secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, kedudukan
kewangan, perancangan dan analisis kewangan.

Simpan Kira dan Perakaunan
Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi
aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan
melapor rekod-rekod perakaunan.
Perakaunan mencakupi bidang yang lebih luas iaitu meliputi
aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod,
melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan
merumus.

https://pk1uress.blogspot.com KITARAN PERAKAUNAN
Kitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod
perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga
catatan penutupan akaun.
Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan
peringkat penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu tempoh
perakaunan.
Dokumen Perniagaan
• Terdiri daripada dokumen sumber dan dokumen bukan

sumber yang difailkan secara sistematik untuk
memudahkan rujukan pada masa hadapan.
• Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.
Buku Catatan Pertama
• Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus
niaga. Apabila dokumen sumber diterima dan dikeluarkan,
maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran akan
direkodkan dalam Buku Catatan Pertama.
• Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan
Buku Tunai Runcit.

https://pk1uress.blogspot.com Lejar
• Catatan dalam Buku Catatan Pertama akan dipindahkan ke

dalam lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu.
Imbangan Duga
• Senarai baki bagi semua akaun dalam lejar.
• Baki akhir setiap akaun dalam lejar akan disenaraikan

dalam Imbangan Duga untuk menguji ketepatan catatan
bergu.
Pelarasan
• Urus niaga yang diselaraskan pada tarikh imbangan dalam
Jurnal Am dan lejar seperti pelarasan hasil dan belanja,
susut nilai aset, peruntukan hutang ragu dan ketinggalan
catatan.
• Pelarasan akan dibuat dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke
dalam lejar untuk menentukan baki terkini bagi akaun-
akaun berkenaan.
Imbangan Duga Terselaras
• Senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang telah
diselaraskan pada tarikh imbangan.
• Imbangan Duga Terselaras bertujuan untuk menguji
ketepatan catatan bergu dalam lejar.

Catatan Penutupan
• Catatan Jurnal Am dan lejar untuk merekodkan penutupan

semua akaun hasil dan akaun belanja.
• Pada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja akan

dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan dan Untung
Rugi.
Penyata Kewangan
• Penyata yang disediakan untuk menghitung untung rugi
perniagaan bagi suatu tempoh dan untuk melihat
kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tertentu.
• Lazimnya disediakan pada akhir tempoh perakaunan.

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com SUBBIDANG PERAKAUNAN
Perakaunan Kewangan
• Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata

Kewangan.
• Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk

membuat keputusan.
Perakaunan Pengurusan
• Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.
• Antara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan pengurusan

pengeluaran.
Pengauditan
• Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan

untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan
tepat.
• Juruaudit memastikan Penyata Kewangan yang disediakan mematuhi
piawaian perakaunan yang diterima umum.
Percukaian
• Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi
pihak syarikat.
• Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan
percukaian perniagaan.

Hubung Kait Fungsi Perakaunan Kewangan dengan
Pengauditan dan Percukaian

https://pk1uress.blogspot.com

Profesional
Profesional merujuk kepada seseorang yang memiliki kepakaran
dalam bidang tertentu dan menunjukkan komitmen dan minat yang
mendalam terhadap kerjayanya.
Akauntan merupakan golongan profesional dalam masyarakat
kerana akauntan memiliki kemahiran yang khusus untuk mengurus
kewangan perniagaan, membuat pelaporan dan memberi
pandangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
Profesion Perakaunan
Profesion dalam perakaunan adalah pelbagai dan skop kerja yang
sangat meluas.
Berikut merupakan beberapa profesion perakaunan yang lazim
terdapat di Malaysia:
*Akauntan *Juruaudit *Pengurus Dana *Penasihat Kewangan
*Ketua Pegawai Kewangan

Dalam sesebuah organisasi, akauntan boleh berfungsi sebagai seorang pemimpin kerana akauntan mempunyai kepakaran
dalam pelbagai skop tugas. Antaranya:

*perancangan dan pengurusan strategik *pengimplementasian polisi *penambahbaikan polisi *pengurusan bajet dan
kewangan *penyelesai masalah perundingan *pembuat keputusan pembimbing dan mentor *pembangunan sumber
manusia

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin
Memandangkan seseorang akauntan memikul tanggungjawab
kepimpinan dan mampu mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan
dan organisasi, maka seseorang akauntan perlu memiliki ciri-ciri
kepimpinan yang cemerlang baik dari segi sahsiah mahupun dari segi
sikap kerja.
Integriti
 Akauntan perlu bersikap jujur dalam semua hubungan profesional

dengan pihak luar supaya tidak dikaitkan dengan laporan kewangan
atau apa-apa bentuk komunikasi tentang perakaunan yang
mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan.
Kredibiliti
 Keupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat perakaunan
secara adil dan objektif kepada semua pihak yang berkepentingan
dalam perniagaan.
Akauntabiliti
 Tanggungjawab individu atau jabatan untuk melaksanakan fungsi
tertentu dalam perakaunan.

Etika Profesion Perakaunan
Etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau nilai moral yang menjadi pegangan seseorang semasa menjalankan tugas.
International Federation of Accountants (IFAC) telah memperkenalkan Kod Etika Akauntan Profesional yang
menggariskan lima ciri etika dalam profesion perakaunan:

Kompetensi Objektiviti
 Akauntan harus profesional, berkemahiran dan  Semasa menjalankan tugas, seseorang akauntan tidak

berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan perakaunan boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak
yang terbaik terhadap pelanggan. terpengaruh oleh mana-mana pihak yang
Integriti berkepentingan.
 Akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan Sifat Profesional
profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku  Akauntan perlu mematuhi semua undang-undang dan
kekeliruan dan pemalsuan kenyataan. peraturan berkaitan serta mengelakkan segala tindakan
Kerahsiaan yang boleh menjejaskan profesion ini.
 Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat
yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak https://pk1uress.blogspot.com
berkaitan.

Badan Perakaunan

https://pk1uress.blogspot.com



1.2 SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA STANDARD PEMBELAJARAN
Sejarah Perakaunan

Rekod perakaunan yang Selepas Revolusi Perindustrian
paling awal didapati di di England pada abad ke-17 dan
Babylonia pada tahun 3500 18, perakaunan kos telah
SM. Catatan tersebut dibuat diperkenalkan bagi memenuhi
dalam bentuk kepingan tanah proses pengeluaran firma yang
liat. berkembang pesat.

Pada tahun 400 SM, rekod Jawatankuasa Piawaian
perakaunan telah dibuat Perakaunan Antarabangsa
dengan menggunakan (IASC) ditubuhkan pada
papyrus (kertas) dan calamus tahun 1973 untuk
(pen) di Mesir. menggalakkan penggunaan
Sistem Catatan Bergu piawaian asas dalam
bermula di Itali dan perakaunan.
dipopularkan oleh Luca
Pacioli pada abad ke-14 untuk https://pk1uress.blogspot.com
memenuhi keadaan ekonomi
yang semakin berkembang.

Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual dan Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan (SMP)
Perisian Berkomputer kepada Entiti Perniagaan
Proses perakaunan telah melalui pelbagai perkembangan  Mengumpul dan menyimpan data mengenai
bermula dengan kaedah perakaunan manual hingga kini
apabila perisian berkomputer digunakan secara meluas. transaksi perniagaan.
Pelbagai perisian perakaunan telah dibangunkan dan  Memproses data untuk menjana maklumat yang
dipasarkan di serata dunia. Di Malaysia, terdapat dua perisian
perakaunan yang lazim digunakan dalam perniagaan iaitu UBS berguna kepada pengguna Penyata Kewangan dan
dan SAGE. pembuat keputusan.
Kelebihan perisian perakaunan berbanding dengan perakaunan  Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga
secara manual: keselamatan aset perniagaan.
 Boleh diakses oleh individu yang diberikan kuasa  Membolehkan juruaudit memahami sistem yang
diguna untuk menghasilkan Penyata Kewangan.
sahaja kerana kata laluan digunakan untuk  Membolehkan pakar dalam bidang percukaian
memastikan kerahsiaan dan keselamatan rekod merancang hal-hal berkaitan percukaian dengan
kewangan. tepat dan yakin.
 Mempunyai fungsi data sokongan dalam cakera padat
komputer ataupun di dalam penyimpanan atas talian dan ini https://pk1uress.blogspot.com
mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan data.
 Segala pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan
mudah kerana sistem ini akan mengemas kini semua data
yang berkaitan dan menjana pelaporan yang telah
dibetulkan dengan mudah dan jitu.

1.3 PENYATA KEWANGAN Berikut merupakan contoh Penyata Kewangan yang telah
Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang diaudit:
mengandungi maklumat kewangan sesebuah perniagaan.
Penyata Kewangan ini disediakan dengan struktur dan
format pelaporan yang digariskan dalam Piawaian
Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard).
Pengguna akan dapat melihat kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan
tahunan, kedudukan aset, keuntungan atau kerugian
perniagaan dan sebagainya

Penyata Kewangan terbahagi kepada:

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
Penyata Kewangan menggambarkan keadaan dan perjalanan
perniagaan sesebuah syarikat. Penyata Kewangan yang disediakan
dengan baik akan memastikan maklumat di dalamnya berguna
kepada pelbagai pengguna.
Pada asasnya, Penyata Kewangan yang baik mesti memenuhi ciri
kualitatif berikut:
Ciri Kualitatif Asas
 Kerelevanan
• Maklumat dalam Penyata Kewangan harus relevan dengan
keperluan pengguna.
• Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan ekonomi yang
dibuat oleh pengguna.
 Perwakilan benar
• Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada
kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya
tidak mengelirukan.
• Oleh itu, semua data atau maklumat perlu didedahkan secara jujur
tanpa berselindung dan pelaporan harus disediakan dengan cermat.

https://pk1uress.blogspot.com  Kebolehbandingan
• Maklumat dalam Penyata Kewangan tahun semasa mesti boleh
dibandingkan dengan maklumat kewangan yang dikemukakan bagi
tempoh perakaunan yang lepas.
• Pengguna boleh mengenal pasti trend dalam kedudukan prestasi dan
kewangan bagi entiti berkenaan.
 Kebolehfahaman
• Maklumat mesti mudah difahami oleh pengguna Penyata Kewangan
dan maklumat itu perlu dipersembahkan dengan jelas.
• Jika terdapat maklumat tambahan untuk memberikan penerangan
lanjutan tentang sesuatu butiran, maklumat tersebut harus dinyatakan
dengan jelas dalam bahagian nota.
 Kebolehsahan
• Jika maklumat dalam Penyata Kewangan boleh disahkan, ini memberi
jaminan kepada pengguna bahawa maklumat dalam Penyata Kewangan
tersebut boleh dipercayai.
 Pemasaan
• Ketepatan masa adalah sangat penting kerana maklumat yang
disampaikan tepat pada masanya adalah lebih relevan kepada
pengguna.
• Kelewatan dalam penyediaan maklumat kewangan menyebabkan
Penyata Kewangan tersebut kurang relevan untuk membuat keputusan.

https://pk1uress.blogspot.com

Membanding Beza Item-item dalam Komponen Penyata Kewangan

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap jenis perniagaan menawarkan jualan dan perkhidmatan yang
berbeza. Oleh yang demikian, butiran dalam Penyata Kewangan bagi perniagaan turut berbeza.

Berikut menunjukkan beberapa jenis perniagaan. Mari kita teliti butiran dalam Penyata Kewangan.

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com

Pihak yang Bertanggungjawab Menyediakan Penyata Kewangan https://pk1uress.blogspot.com

Pada asasnya, pemilik perniagaan merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan.
Penyata Kewangan ini disediakan oleh pemilik sendiri atau pekerjanya. Pemilik perniagaan juga boleh menggunakan
khidmat luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan.

Pihak Luar Pemilik Perniagaan
 Bagi perniagaan yang tidak mempunyai akauntan,  Bagi perniagaan kecil-kecilan, majikan sendiri akan mengurus

mereka akan melantik akauntan bertauliah dari luar dan menyediakan laporan kewangan. Pemilik mampu
untuk mengendalikan laporan kewangannya. mengendalikan dan menyelenggara semua rekod kewangan
 Peniaga akan membekalkan maklumat perakaunan kerana volum perniagaan adalah rendah dan masih lagi dapat
kepada akauntan luar supaya akauntan memahami ditangani.
operasi perniagaan. Seterusnya, akauntan dapat  Hal ini menjadi satu kelebihan kepada pemilik kerana pemilik
menyediakan laporan kewangan dengan tepat dan akan mengetahui semua urus niaga dan rekod kewangan
relevan. dengan jelas agar risiko penyelewengan oleh pekerja dapat
dikawal.

Pekerja Sendiri
 Bagi perniagaan yang volum perniagaannya tinggi, majikan tidak

mampu lagi mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata
Kewangan kerana menghadapi kekangan dari segi masa dan
tenaga.
 Oleh yang demikian, majikan akan mengupah pekerja untuk
mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan
sama ada secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa.

Pengguna Penyata Kewangan https://pk1uress.blogspot.com

Penyata Kewangan disediakan dalam format pelaporan yang sistematik dan mudah difahami. Dengan ini, maklumat yang
terkandung dalam Penyata Kewangan dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Pihak yang menggunakan maklumat dalam
Penyata Kewangan dikenali sebagai pengguna Penyata Kewangan.

Pengguna Dalaman
Pihak yang memiliki perniagaan dan pihak yang bekerja dalam perniagaan berkenaan.
Terdiri daripada:
 Pemilik perniagaan
• Merujuk Penyata Kewangan untuk mengetahui sama ada perniagaan memperoleh untung atau rugi. Jumlah keuntungan

atau kerugian dapat dikenal pasti.
• Mengenal pasti semua sumber hasil perniagaan dan perbelanjaan perniagaan.
 Pihak pengurusan
• Menggunakan data dalam Penyata Kewangan sebagai rujukan untuk merancang aktiviti perniagaan pada masa hadapan.
• Data ini akan dianalisis bagi membolehkan strategi dibuat untuk mengembangkan perniagaan atau membaiki kelemahan.
 Pekerja
• Berdasarkan Penyata Kewangan pekerja dapat mengetahui keuntungan perniagaan, kestabilan operasi perniagaan,

keupayaan perniagaan untuk membayar gaji dan menawarkan faedah sampingan.
• Pekerja turut melihat kedudukan kewangan perniagaan untuk menilai kemampuan perniagaan dapat berkembang pada

masa hadapan dan meninjau peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam organisasi.

Pengguna Luaran
Pengguna luaran merupakan pihak ketiga yang menggunakan maklumat Penyata Kewangan. Pengguna luaran juga
dikenali sebagai pengguna sekunder.
Terdiri daripada:
 Pihak bank
• Menggunakan Penyata Kewangan sesebuah perniagaan untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan perniagaan

mendapatkan pinjaman bank.
• Melihat keupayaan perniagaan dalam pengurusan kredit dan juga dalam pembayaran hutang.
 Pembekal
• Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang perniagaan sebelum

memberikan kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada perniagaan berkenaan.
• Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk yang akan merugikan pembekal.
 Agensi kerajaan
• Penyata Kewangan diperlukan oleh agensi kerajaan untuk tujuan semakan dan percukaian. Antara agensi yang

memerlukan Penyata Kewangan perniagaan ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
• LHDN merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentaksir dan memungut cukai pendapatan. Penyata Kewangan

digunakan oleh LHDN untuk tujuan pentaksiran cukai.
 Pemegang saham
• Pelabur, bakal pelabur dan orang awam menggunakan Penyata Kewangan untuk menilai kemampuan sesebuah

perniagaan menjanakan keuntungan.
• Mereka akan membandingkan Penyata Kewangan bagi beberapa buah perniagaan untuk memilih perniagaan yang

paling berpotensi menjana keuntungan bagi pihak mereka.
https://pk1uress.blogspot.com



1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN
1.4.1 Andaian Perakaunan

Andaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan kekeliruan ketika mengendalikan rekod perakaunan dan
menghasilkan Penyata Kewangan.

 Entiti berasingan
• Andaian ini menyatakan bahawa perniagaan perlu menyimpan rekod
transaksinya berasingan daripada rekod transaksi peribadi pemiliknya,
unit-unit perniagaan atau urus niaga perniagaan lain di bawah milikannya.

https://pk1uress.blogspot.com CONTOH 1
Puan Karen memiliki sebuah pusat tuisyen di Kuching. Walaupun beliau
menikmati keuntungan pusat tuisyen sepenuhnya tetapi beliau tidak
mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan pusat
tuisyennya. Sekiranya beliau perlu menggunakan wang pusat tuisyen
untuk perbelanjaan peribadi, beliau akan merekodkannya sebagai
ambilan dalam Buku Tunai.

 Usaha berterusan
• Andaian ini menyatakan bahawa semua aktiviti kewangan perniagaan
diandaikan beroperasi untuk tempoh masa yang tidak terbatas.
• Hal ini membolehkan perniagaan beroperasi dengan tujuan ke arah
jangka panjang.
• Andaian ini adalah sangat kritikal kerana tidak ada titik akhir dalam
jangka hayat perniagaan.

CONTOH 2
Encik Razak mengandaikan syarikat logistik yang baru ditubuhkannya
akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas dan
aset perniagaan akan terus digunakan untuk menjana pendapatan
kepada perniagaan.

CONTOH 3  Wang sebagai ukuran
Pak Akob seorang pengusaha kedai makan • Andaian ini menyatakan bahawa maklumat Penyata Kewangan mesti
merekodkan perkara yang hanya dapat dinyatakan dalam nilai mata wang yang diguna pakai di sesebuah
dinyatakan dalam nilai wang seperti hasil negara. Sebagai contoh, Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia
jualan nasi, belian inventori makanan dan caj sebagai unit ukuran.
pemasangan Internet di premis. • Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan asas yang sama bagi
tujuan perakaunan.

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com  Tempoh perakaunan
• Andaian ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti
perniagaan kepada tempoh masa yang ditentukan oleh pemilik
perniagaan untuk tujuan pelaporan.
• Satu kebaikan andaian tempoh perakaunan ini adalah untuk
membolehkan perbandingan prestasi perniagaan yang lebih tepat
dibuat bagi beberapa tempoh perakaunan.
CONTOH 4
Syarikat Logistik Shamsuddin menetapkan bahawa tempoh
perakaunan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember
setiap tahun. Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember
setiap tahun. Dengan tempoh perakaunan yang tetap (12 bulan),
prestasi perniagaan seperti untung bersih dan kedudukan kewangan
perniagaan dapat dibandingkan dari tahun ke tahun.

1.4.2 Prinsip Perakaunan  Ketekalan
• Prinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur
perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu tempoh
perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain.
• Hal ini membolehkan perbandingan maklumat perakaunan yang adil
antara dua tempoh perakaunan. Sebagai contoh, penggunaan kaedah
susut nilai aset bukan semasa perniagaan perlu konsisten pada setiap
tempoh perakaunan.

CONTOH 5
Lembaga Pengarah Kiflee Holding tidak bercadang untuk menukar
kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan sebaliknya kaedah
susut nilai yang sama akan terus digunakan pada masa akan datang.

CONTOH 6  Prinsip kos
Sebuah mesin cetak yang dibeli dengan harga • Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah dinilai dan
RM900 pada tahun 2014 masih lagi direkodkan dalam Penyata Kewangan berdasarkan harga sebenar atau
direkodkan sebagai RM900 dalam Penyata kos asal pembelian, bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa
Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 hadapan.
walaupun harga pasaran mesin cetak yang • Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila perniagaan dalam
sama model telah susut kepada RM500. proses penutupan dan pembubaran.

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com  Pengiktirafan hasil dan belanja
• Semua hasil (belum terperoleh atau belum terima) dan semua
belanja (prabayar atau belum bayar) perlu diambil kira ketika
menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh perakaunan.
Hal ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui untung
bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan sepanjang tempoh
perakaunan.
CONTOH 7
Kedai Ben menerima bil elektrik pada 30 Disember 2016. Namun
demikian, Ben hanya akan menjelaskan bil berkenaan pada bulan
Januari tahun berikutnya. Walaupun bil itu belum dijelaskan pada
2016, Ben tetap mengiktiraf bil elektrik tersebut dan direkodkan
dalam Akaun Kadar Bayaran kerana tahun kewangan Kedai Ben
berakhir pada 31 Disember 2016.

1.4.3 Batasan perakaunan

 Kos manfaat
• Kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai

maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan.
• Mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada kos yang

ditanggung jika suatu projek dilaksanakan. Hal ini adalah untuk melihat
sejauh mana wang yang dibelanjakan berkeupayaan untuk
mendatangkan pendapatan kepada perniagaan.
• Dengan pendapatan yang optimum dan kos yang minima, perniagaan
akan menikmati untung bersih yang lebih tinggi dan mengukuhkan
kedudukan kewangan perniagaan

https://pk1uress.blogspot.com

1.5 ENTITI PERNIAGAAN https://pk1uress.blogspot.com

Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai
tujuan yang sama. Dalam perakaunan terdapat empat jenis organisasi iaitu:
(a) Milikan Tunggal
(b) Perkongsian
(c) Syarikat Berhad
(d) Koperasi

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com

https://pk1uress.blogspot.com



RUMUSAN  Badan Perakaunan
(a) Badan Kawal Selia
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN • Malaysian Institute of Accountants (MIA)
Perakaunan merupakan perekodan dan pelaporan transaksi (b) Badan Penggubal Piawaian
perniagaan secara sistematik. • Malaysian Accounting Standard Board (MASB)
 Simpan kira dan perakaunan (c) Badan Profesional
• Simpan kira meliputi kerja mengumpul, menyusun, • Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
• Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
merekod dan menyimpan. • Association of Certified Chartered Accountants (ACCA)
• Perakaunan meliputi kerja mengumpul, menyusun,  Sejarah perkembangan perakaunan
• Rekod kewangan yang paling awal dijumpai di Babylonia
merekod, menyimpan, melapor, merancang, menganalisis,
menilai dan merumus. pada 3500 SM.
 Kitaran perakaunan •Pada 400 SM, rekod kewangan dicatat dengan
Merangkumi lapan peringkat bermula daripada Dokumen
Sumber, Buku Catatan Pertama, Lejar, Imbangan Duga, menggunakan papyrus dan calamus di Mesir.
Pelarasan, Imbangan Duga Terselaras, Catatan Penutupan • Luca Pacioli telah memperkenalkan Sistem Catatan Bergu
dan Penyata Kewangan.
 Subbidang perakaunan: dan beliau digelar sebagai ‘Bapa Perakaunan’.
• Perakaunan Kewangan • Pada abad ke-18, perakaunan pengurusan diperkenalkan
• Perakaunan Pengurusan
• Pengauditan berikutan perkembangan pesat dalam bidang
• Percukaian perindustrian.
• IASC ditubuhkan pada 1973 untuk menggalakkan
penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.
Penyata Kewangan terbahagi kepada:
• Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
• Penyata Kedudukan Kewangan

 Ciri kualitatif asas maklumat perakaunan  Organisasi
• Kerelevanan • Milikan tunggal
• Perwakilan benar (a) Dimiliki oleh seorang pemilik
 Ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan (b) Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri
• Kebolehbandingan (c) Liabiliti tidak terhad
• Kebolehfahaman • Perkongsian
• Kebolehsahan (a) Perkongsian biasa: Dimiliki oleh 2 – 20 orang
• Pemasaan
 Pihak yang menyediakan Penyata Kewangan Perkongsian profesional: Dimiliki oleh 2 – 50 orang
• Pemilik perniagaan (b) Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi
• Pekerja sendiri (c) Liabiliti tidak terhad
• Pihak luar yang mempunyai kepakaran • Syarikat Berhad
 Pengguna Penyata Kewangan (a) Syarikat Sendirian Berhad: Dimiliki oleh 2 – 50 orang
• Pengguna dalaman – pemilik perniagaan, pihak
Syarikat Awam Berhad: Tiada had maksimum
pengurusan dan pekerja pemiliknya
• Pengguna luaran – bank, pembekal, agensi kerajaan, (b) Modal dikumpul melalui terbitan saham dan
langganan saham
pelabur dan bakal pelabur (c) Liabiliti terhad
 Prinsip perakaunan: • Koperasi
• Andaian (a) Minimum 50 – tiada had maksimum anggota
• Prinsip (b) Modal dikumpul melalui kutipan fi masuk dan juga
• Batasan saham
https://pk1uress.blogspot.com (c) Liabiliti terhad


Click to View FlipBook Version