The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T4M2_KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaaban69, 2022-05-22 02:49:00

T4M2_KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

T4M2_KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

MOHAMMAD BIN SAID
SMK UNDANG REMBAU
REMBAU, N.SEMBILAN
(https://pk1uress.blogspot.com)

2.1 KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN
Pengenalan
Akaun merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku dalam
suatu tempoh masa. Dalam suatu akaun, kita akan
merekodkan tarikh berlaku urus niaga, butiran dan amaun.
Dalam perniagaan berbagai-bagai urus niaga berlaku pada
setiap hari, misalannya membeli perabot, membayar bil air,
menerima cek daripada hasil jualan dan mendepositkan tunai
ke bank. Urus niaga perniagaan ini perlu direkodkan dalam
akaun. Untuk memudahkan kerja perekodan urus niaga, baik
secara manual atau secara berkomputer akaun-akaun perlu
diklasifikasikan.

Komponen dalam Penyata Pendapatan
Penyata Pendapatan adalah penyata yang menunjukkan
prestasi kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh
perakaunan.

Komponen dalam Akaun Perdagangan

Jualan Bersih
Hasil operasi perniagaan
yang terdiri daripada jualan
dan pulangan jualan.

Kos Jualan
Kos dan belanja untuk
membeli barang niaga,
termasuk inventori, belian,
pulangan belian dan
angkutan masuk.

Komponen dalam Akaun Untung Rugi

Hasil
Pendapatan yang dijana dalam
perniagaan. Sebagai contoh,
komisen diterima dan faedah
diterima.

Belanja
Perbelanjaan yang dibayar
dalam perniagaan. Sebagai
contoh, kadar bayaran, gaji
dan sewa.

Komponen dalam Penyata Kedudukan
Kewangan

Penyata Kedudukan Kewangan merupakan
penyata yang menunjukkan kedudukan aset,
liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

 Aset Bukan Semasa
Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat
penggunaan melebihi setahun kewangan dan tahap
kecairannya rendah. Sebagai contoh, kenderaan.
 Aset Semasa
Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan
mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada
setahun. Aset semasa juga mempunyai tahap kecairan
yang tinggi. Sebagai contoh, inventori, tunai di tangan
dan deposit semasa.
 Liabiliti Semasa
Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat
dijelaskan dalam tempoh setahun kewangan. Sebagai
contoh, Akaun Belum Bayar.

 Ekuiti Pemilik
Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan.
Keuntungan akan menambahkan Ekuiti Pemilik
manakala kerugian akan mengurangkan Ekuiti Pemilik.

 Liabiliti Bukan Semasa
Hutang perniagaan jangka panjang yang
memerlukan tempoh melebihi satu tahun
kewangan untuk menjelaskannya. Sebagai contoh,
pinjaman bank

2.2 ITEM SETIAP KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

 Hasil ITEM HASIL

Hasil merupakan pendapatan perniagaan yang dijana sama ada melalui operasi perniagaan ataupun bukan operasi
perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan.
Mengikut prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, hasil termasuklah wang (tunai atau cek) yang sudah diterima dan juga
wang yang akan diterima pada masa akan datang.
Hasil dapat dibahagikan kepada:

 Hasil operasi
• Pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian perniagaan.
• Pendapatan daripada jualan barang niaga atau perkhidmatan merupakan sumber utama bagi jenis hasil ini.
Contoh:
Bagi sebuah kedai kain, jualan kain merupakan hasil operasi yang paling utama.
Bagi firma guaman, yuran guaman merupakan hasil operasi paling utama.
Contoh lain bagi hasil operasi ialah komisen diterima dan dividen diterima.

 Hasil bukan operasi
• Dijana daripada aktiviti yang berkaitan secara tidak langsung dengan aktiviti utama.
• Dividen daripada pelaburan dan keuntungan jualan Aset Bukan Semasa.

Selain daripada hasil yang melibatkan penerimaan wang, terdapat juga hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang.
 Hasil yang melibatkan penerimaan wang
Jualan, komisen diterima, sewa diterima dan faedah simpanan.
 Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang
Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu dan untung atas pelupusan aset.

 Belanja ITEM BELANJA

Belanja merupakan perbelanjaan yang dibayar dan perbelanjaan yang akan dibayar pada masa hadapan.
Belanja penting untuk memastikan operasi perniagaan dapat dijalankan dengan lancar.
Sebagai contoh, bagi perniagaan pasar raya, jika tiada belanja untuk membayar penggunaan elektrik maka perniagaan
sukar dijalankan dengan lancar kerana suasana tidak selesa, gelap dan panas.
Belanja dapat dibahagikan kepada:

 Belanja operasi
• Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan seperti gaji, insurans, sewa, kadar bayaran (bil
telefon, elektrik, air, Internet), belanja am, alat tulis dan susut nilai.

 Belanja bukan operasi
• Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan seperti faedah atas pinjaman bank, faedah
atas overdraf bank dan rugi atas pelupusan aset.

Sama seperti hasil, belanja juga melibatkan pembayaran wang dan tidak melibatkan pembayaran wang.
 Melibatkan pembayaran wang
Sewa, gaji, insurans, kadar bayaran, belian dan faedah pinjaman.

 Tidak melibatkan pembayaran wang
Susut nilai aset, hutang lapuk dan pewujudan atau pertambahan Peruntukan Hutang Ragu.

ITEM ASET BUKAN SEMASA DAN ASET
SEMASA

Aset boleh diklasifikasikan berdasarkan tahap kecairan, hayat
penggunaan dan ketahanan aset.
Aset dibahagikan kepada:
 Aset Bukan Semasa
• Aset perniagaan yang bersifat tahan lama boleh digunakan melebihi
satu tahun kewangan dan mempunyai tahap kecairan yang rendah.
• Sebagai contoh, premis (bangunan kedai, gudang), kenderaan,
kelengkapan (penyaman udara, peti sejuk, kipas), alatan pejabat
(komputer, mesin cetak, pengimbas kod bar) dan perabot (rak pameran,
meja, kaunter, kabinet).

 Aset Semasa
• Aset perniagaan yang dapat ditukar kepada bentuk tunai dalam jangka
masa setahun dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi.
• Sebagai contoh, inventori barang niaga, Akaun Belum Terima, tunai di
tangan, deposit tetap, deposit kadar bayaran, pelaburan dan tunai di
bank.
Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam
perniagaan yang berbeza, bergantung kepada aktiviti utama
perniagaan

Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza, bergantung
kepada aktiviti utama perniagaan

ITEM LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK
 Liabiliti
Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Dengan kata lain, liabiliti ialah tuntutan
pihak luar terhadap aset perniagaan.
Liabiliti dapat diklasifikasikan kepada:
 Liabiliti Bukan Semasa
• Hutang luaran yang mengambil masa melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
• Hutang jangka panjang yang perlu dijelaskan oleh sesebuah perniagaan.
• Sebagai contoh, pinjaman bank dan gadai janji.
 Liabiliti Semasa
• Hutang luaran yang mengambil masa kurang dari satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
• Liabiliti Semasa bersifat hutang jangka pendek.
• Sebagai contoh, Akaun Belum Bayar dan overdraf bank.

 Ekuiti Pemilik
Ekuiti Pemilik merupakan ‘hutang’ perniagaan terhadap pemilik atau tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.
Untuk memulakan perniagaan, pemilik perlu membawa masuk harta benda peribadi supaya perniagaan boleh mula
beroperasi untuk menjana pendapatan.
Tanpa sumbangan daripada pemilik, mustahil perniagaan itu boleh beroperasi. Situasi ini bagaikan perniagaan
‘meminjam’ modal daripada pemilik untuk memulakan aktiviti perniagaan.
Kesimpulannya, Ekuiti Pemilik merupakan bahagian perniagaan yang disumbangkan dan dimiliki oleh pemilik itu.

Ekuiti Pemilik
= Modal + Untung Bersih/–Rugi Bersih – Ambilan

2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja
Ekuiti Pemilik terdiri daripada modal dan untung bersih.
Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja Maka persamaannya ialah
Persamaan perakaunan yang asas menyatakan
hubungan antara aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

Berdasarkan persamaan perakaunan, jumlah aset Ekuiti Pemilik dicerakinkan kepada modal dan untung bersih
hendaklah sentiasa sama dengan jumlah ekuiti pemilik dan diletak di bahagian kanan persamaan
dan liabiliti.
Persamaan perakaunan asas (tanpa mengambil kira hasil Untung bersih merupakan lebihan hasil daripada belanja
dan belanja) dikenali juga sebagai persamaan Penyata manakala rugi bersih merupakan lebihan belanja daripada
Kedudukan Kewangan. hasil.
Maka persamaannya ialah

(DEBIT) (KREDIT)
ASET + BELANJA = LIABILITITI + MODAL + HASIL

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan



Penerangan Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

(i) Modal awal yang dibawa masuk ke dalam
perniagaan pada 1 Ogos 2016 terdiri daripada alatan
kedai RM4 800, tunai di tangan RM4 000 dan tunai
di bank RM5 000. Oleh itu, jumlah modal pada
1 Ogos 2016 ialah RM13 800

(Pengiraan: RM4 800 + RM4 000 + RM5 000).

(ii) Apabila inventori dibeli secara kredit, hutang
perniagaan akan bertambah. Oleh itu, inventori dan
Akaun Belum Bayar perlu ditambah sebanyak
RM11 000.

(iii) Pembelian komputer akan menambahkan baki
alatan kedai sebanyak RM1 800 dan tunai berkurang
sebanyak RM1 800.

(iv) Ambilan kain untuk kegunaan peribadi

mengurangkan inventori sebanyak RM60 dan (vi) Pembelian kain (barang niaga) dengan tunai menambahkan
mengurangkan modal sebanyak RM60.
inventori sebanyak RM900 dan mengurangkan baki tunai di tangan

(v) Pembayaran hutang dengan cek berjumlah sebanyak RM900.

RM3 000 mengurangkan baki tunai di bank dan (vii) Pemindahan tunai di tangan ke dalam akaun bank telah
mengurangkan Akaun Belum Bayar sebanyak
mengurangkan baki tunai di tangan RM1 000 dan menambahkan
RM3 000..
baki tunai di bank RM1 000



1 Baki awal bank merupakan baki overdraf (Liabiliti Semasa) dan diletakkan di bahagian debit, kurungan ditambah pada
amaunnya untuk menunjukkan bakinya bernilai negatif.
2 Murid dimestikan menyediakan jadual pengiraan kerana lebih kemas dan sistematik.
3 Baki-baki yang tidak mengalami sebarang perubahan perlu dihantar ke bawah menjadi baki akhir (seperti Kelengkapan
dan Perabot).
4 Semasa mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan, kita hanya memasukkan akaun-akaun yang ada baki akhir sahaja

2.4 CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN

Catatan Kontra Berikut merupakan senarai bagi pasangan akaun
Catatan Kontra ialah catatan yang mengurangkan baki akaun berkaitan berserta catatan kontranya:
yang berkaitan dengannya.
CONTOH 7
Akaun Pulangan Jualan akan mengurangkan nilai jualan. Maka
Akaun Pulangan Jualan merupakan Catatan Kontra kepada
Akaun Jualan.
Bukan semua akaun mempunyai Catatan Kontra, hanya
beberapa akaun sahaja yang ada Catatan Kontra.

Bagaimanakah Catatan Kontra ini memberikan kesan kepada
akaun berkaitan dengannya?
Catatan Kontra akan mengurangkan baki dalam akaun berkaitan
dengannya. Kesan pengurangan baki daripada Catatan Kontra
terhadap akaun berkaitan dengannya dapat dilihat daripada
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan juga Penyata
Kedudukan Kewangan yang disediakan pada akhir tempoh
perakaunan.

Inventori akhir dan kos jualan bukan Catatan Kontra tetapi merupakan
sebahagian daripada pengiraan untuk menghitung untung atau rugi kasar
perniagaan.





InFO TaMBaHaN :

Sekiranya Catatan Kontra tidak dibuat, maka kesan terhadap akaun

berkaitannya adalah seperti berikut:
 Jika tiada Akaun Pulangan Jualan ⇒ Jualan akan terlebih nyata ⇒

Untung Kasar terlebih nyata
 Jika tiada Akaun Pulangan Belian ⇒ Belian akan terlebih nyata ⇒

Untung Kasar terkurang nyata
 Jika tiada Akaun Ambilan ⇒ Modal akhir akan terlebih nyata
 Jika tiada Akaun Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa ⇒

Nilai buku aset berkenaan terlebih nyata
 Jika tiada Akaun Peruntukan Hutang Ragu ⇒ Akaun Belum Terima

akan terlebih nyata

KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN
 Fungsi Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
Menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan dalam tempoh perakaunan tertentu.
 Fungsi Penyata Kedudukan Kewangan
Menunjukkan baki-baki aset, liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada suatu tarikh tertentu.
 Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
• Komponen jualan bersih (jualan, pulangan jualan)
• Komponen kos jualan (inventori awal, belian, pulangan belian, angkutan masuk, upah atas belian, insurans
atas belian, duti import)
• Komponen hasil (komisen diterima, faedah simpanan, sewa diterima, hutang lapuk terpulih, diskaun
diterima)
• Komponen belanja (kadar bayaran, gaji, insurans, alat tulis, susut nilai aset, diskaun diberi)
 Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan: Aset, liabiliti, Ekuiti Pemilik

 Hasil – pendapatan yang dijana dalam perniagaan
• Hasil operasi • Hasil bukan operasi
 Belanja – perbelanjaan yang dibuat dalam perniagaan
• Belanja operasi – perbelanjaan untuk meneruskan operasi perniagaan. Sebagai contoh, kadar bayaran,
sewa premis, insurans, gaji
• Belanja bukan operasi – perbelanjaan lain seperti rugi atas pelupusan aset

 Aset
Harta benda perniagaan yang digunakan untuk menjana pendapatan yang terdiri daripada Aset
Semasa dan Aset Bukan Semasa.
 Liabiliti
Hutang perniagaan terhadap pihak luar yang terdiri daripada Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan
Semasa.
 Ekuiti Pemilik
• Tuntutan pemilik perniagaan terhadap aset perniagaan.
• Sumbangan modal pemilik dalam perniagaan.
• Dipengaruhi oleh modal tambahan, untung atau rugi bersih dan ambilan.

 Persamaan perakaunan
• Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik (tanpa hasil dan belanja)
• Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja (dengan hasil dan belanja)

 Catatan Kontra
• Catatan yang mengurangkan baki akaun berkaitannya.

 Carta Akaun
• Senarai nombor akaun dan tajuk akaun yang sistematik.


Click to View FlipBook Version