PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 https://pk1uress.blogspot.com
Pengurusan tatatertib semua Kakitangan di bawah kawalan JPN dan Urus Setia Lembaga Tatatertib Jabatan Pengurusan tadbir urus dan pengukuhan integriti Pengurusan aduan dan siasatan berkenaan penyelewengan / salahguna kuasa pegawai / kakitangan Pengurusan pematuhan dan pemprosesan permohonan kerja luar dan penglibatan politik Mengurus permohonan pegawai bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon dan memiliki tanah Kerajaan/Saham/Syarikat Mengurus pengisytiharan harta pegawai Pemantauan keberhutangan serius pegawai/kakitangan Jabatan
KESAN KEPADA PERKHIDMATAN Turun Pangkat/ Turun Gaji/ Penamatan Pemangkuan PENEMPATAN REKOD PERKHIDMATAN STATUS KONTRAK Pertukaran Penamatan Kontrak Kesan terhadap Kenaikan Pangkat/ Kemudahan TINDAKAN DISIPLIN
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukanperuntukan Peraturan-Peraturan ini 3A(1) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini 3A(2)
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/ PENYELIA Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini 3C(1) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib 3C(2)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan • Bocor rahsia kerajaan • Perhimpunan menentang kerajaan • Memburukkan Negara dan Kerajaan di media sosial
Seseorang pegawai tidak boleh: (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya • Berniaga di pejabat • Pekerjaan luar tanpa kebenaran
Seseorang pegawai tidak boleh: (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya • Terima wang daripada pembekal • Mengurus permohonan saudara/rakan terdekat
Seseorang pegawai tidak boleh: (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: (i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri • Guna kenderaan jabatan • Guna peralatan jabatan (kegunaan sendiri)
Seseorang pegawai tidak boleh: (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan / mencemarkan nama perkhidmatan awam • Dadah • Judi • Disabit di mahkamah • Gangguan seksual • Pernyataan awam • Keterhutangan yang serius
Seseorang pegawai tidak boleh: (e) kurang cekap atau kurang berusaha • Tiada inisiatif • Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur • Lalai
Seseorang pegawai tidak boleh: (f) tidak jujur atau tidak amanah • Rasuah • Palsu dokumen • Tidak isytihar harta dengan benar • Mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu
Seseorang pegawai tidak boleh: (g) tidak bertanggungjawab • Tidak hadir bertugas, • Masuk lewat/pulang awal • Mengetik kad perakam waktu penjawat awam lain
Seseorang pegawai tidak boleh: (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain • Pengaruh luar untuk menyokong pertukaran, • Permohonan naik pangkat
Seseorang pegawai tidak boleh: (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah • Ke luar negara tanpa kebenaran • Gagal mematuhi arahan pertukaran
Seseorang pegawai tidak boleh: (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya • Hilang harta Kerajaan • Tidak semak sehingga kerugian
Gangguan seksual Dadah Menerima/ Memberi keraian Meminjam wang/ Menjadi penjamin Meminjam wang dengan faedah Cabutan bertuah dan loteri Penerbitan buku berdasarkan maklumat terperingkat Keterhutangan yang serius Penyunting akhbar/ majalah/ jurnal Kegiatan politik Tak Hadir Bertugas
Pekerjaan Luar Etika berpakaian Hadiah Pemunyaan harta Kegiatan politik Memulakan prosiding undang-undang/ Bantuan guaman Pernyataan awam
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3/2018
Semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 01 SPP BIL.2/1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM) 02 SURAT EDARAN JPA(S)TT.193/37/JLD.4(77) BERTARIKH 15 MAC 2005: GALAKAN MEMAKAI BAJU KEBANGSAAN PADA HARI JUMAAT 03 SPP BIL. 1/2006 (FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI) SPP BIL. 1/2021 (PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN) 04
1 Pegawai dikesan melakukan kesalahan/ melanggar peraturan 2 KJ mendapatkan penjelasan awal • Surat Tunjuk Sebab (akuan terima berdaftar) • Borang Komitmen 3 KJ menimbangkan penjelasan/ rujuk kaunselor 4 Lapor kepada Sektor Integriti sekiranya alasan tidak diterima 5 KJ mengemukakan perakuan dan dokumen sokongan (Rujuk pada Sektor Integriti)
1 Laporan awal daripada Ketua Jabatan 2 Penentuan wujud suatu kesalahan • Peraturan P36 • Peraturan P37 3 Pertuduhan 4 Representasi bertulis (21 hari) 5 Pertimbangan keputusan PBTT • Hukuman • Dibebaskan
Pn. Sue tidak hadir bertugas selama 7 hari berturut-turut. Anda selaku Ketua Jabatan telah cuba menghubungi beliau tetapi gagal. Apakah tindakan yang boleh diambil? 1 Pegawai tidak hadir 7 hari bekerja berturutturut & tidak dapat dikesan 2 Hantar surat berdaftar akuan terima oleh Ketua Jabatan 3 Surat diserah/ pegawai lapor diri, teruskan tindakan tatatertib biasa 3 Surat tidak dapat diserah/ dikembalikan, lapor kepada PBTT (notis dalam akhbar) • Lapor diri dalam tempoh 7 hari • Selepas 7 hari, disifatkan dibuang kerja & diwartakan atau Tak Hadir Bertugas & Tak Dapat Dikesan (Peraturan 26)
Tidak hadir bagi apa-apa juga tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.
Pn. Hani telah dijatuhkan hukum untuk buang kerja namun beliau mempunyai bukti kukuh bahawa beliau tidak bersalah. Apakah tindakan yang boleh dibuat? 1 Rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dalam tempoh 14 hari keputusan diterima 2 LRTT = SPA/ SPP 3 Tiada rayuan bagi kes yang diputuskan oleh SPA/SPP 4 Rayuan dikemukakan melalui Ketua Jabatan 5 Catat keputusan rayuan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan
Pn. Suria telah diarahkan untuk bertukar penempatan dari sekolah di daerah Jempol ke Seremban pada minggu hadapan. Kerana agak terburu-buru, Pn. Suria telah melaporkan diri 3 hari selepas tarikh yang diarahkan. Pn. Suria dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati ingkar arahan. Pn. Suria perlu melapor diri di sekolah baharu dahulu sebelum membuat permohonan penangguhan mula bertugas.
En. James telah dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas selama 4 hari. Beliau menafikan kerana beliau sedang cuti sakit dan telah memaklumkan di dalam Group Whatsapp di mana semua guru termasuk Pengetua menjadi ahli. En. James tidak pernah menyertakan sijil cuti kepada Pengetua beliau. Walaupun pengetua telah mengeluarkan surat tunjuk sebab namun En. James masih gagal untuk mengemukakan sijil cuti sakit, bukti dan alasan yang munasabah.
En. Siva tidak dapat hadir ke sekolah kerana kampung beliau mengalami banjir. En. Siva telah memaklumkan kepada Guru Besar dan Guru Besar telah catat di BPK En. Siva bahawa beliau tidak layak menerima emolumen sebanyak 2 hari. 3 tahun kemudian, En. Siva telah dilaporkan sebagai THB. Guru Besar seharusnya meminta pegawai untuk mengisi borang perakuan tidak hadir ke pejabat atas sebab-sebab kecemasan sebaik beliau bertugas semula. Tindakan Guru Besar adalah prosedur bagi pegawai yang tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan.
Pn. Lily telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri wang PIBG. Kes beliau telah dibicarakan di mahkamah. Walaupun hukuman telah dijatuhkan, Pn. Lily masih dikenakan tindakan tatatertib. Sabitan Pn. Lily di mahkamah telah mencemarkan nama perkhidmatan awam. Pn. Lily boleh diturunkan pangkat atau dibuang kerja.
Pn. Jeya tidak pernah menyediakan Buku Rekod Mengajar. Beliau telah dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan Pn. Jeya boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah.
En. Khairyl telah bergurau dengan seorang murid perempuan. “Awak nak ajak saya ke bilik ke?” Murid itu berasa tidak selesa dengan gurauan tersebut. Tindakan En. Khairyl dianggap sebagai gangguan seksual yang menyinggung dan gangguan secara lisan.
En. Haziq sudah 74 hari lewat hadir ke sekolah. Alasan beliau adalah kerana menghantar anak ke sekolah di SK Jang yang jaraknya 18 minit daripada rumahnya. En Haziq mengambil masa 15 minit untuk ke sekolah, SMK Hobin. Jarak setiap lokasi adalah tidak jauh dan beberapa alternatif perlu diberikan untuk mengatasi isu ini. Namun, jika En. Haziq tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk memperbaiki keadaan, tindakan beliau dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan tidak mematuhi waktu bekerja.
Cik Natalie membuat Tik Tok live ketika mengajar di kelas. Tujuannya adalah untuk berkongsi cara beliau mengajar subjek Matematik. Penggunaan media sosial secara langsung ketika waktu pejabat adalah tidak dibenarkan.
Guru Besar SK Waghih telah menerima aduan berkenaan En. Kim yang telah menyentuh alat sulit seorang murid lelaki SK Solomak. Kejadian berlaku di luar sekolah. Walaupun kejadian berlaku di luar sekolah dan mangsa merupakan murid sekolah lain, En. Kim telah melakukan gangguan seksual dan mencemarkan nama perkhidmatan sebagai penjawat awam. Guru Besar SK Waghih perlu membuat laporan kepada PPD dan JPN sebagai Ketua Jabatan semasa.
Cik Vivian merupakan guru sekolah dan ejen Gaglee. Ketika mesyuarat guru awal tahun , Cik Vivian memuat naik video beliau meminum air Gaglee di Facebook dan status Whatsapp dengan tujuan mempromosikan produk tersebut. Seorang pegawai tidak boleh melakukan kerja luar dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya. Jika Cik Vivian tidak pernah memohon kebenaran membuat pekerjaan luar, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib.
En. Muthu telah diberi kuasa oleh Pengetua untuk merotan murid. Beliau telah merotan seorang murid lelaki di punggung hingga menyebabkan kecederaan. Walaupun telah diberikan kuasa, pegawai tidak boleh membuat sentuhan fizikal terutamanya jika melibatkan kecederaan kepada murid. En. Muthu boleh dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 38 Amaran Denda Lucut Hak Emolumen Tangguh Pergerakan Gaji Turun Gaji Turun Pangkat Buang Kerja
36 bulan 1-3 pergerakan selama 12-36 bulan 48 bulan Gred lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan sama Amaran 12 bulan Denda 18 bulan Max: 7 hari Lucut Hak Emolumen 24 bulan THB Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan Tempoh 3/6/9/12 bulan Turun Gaji Turun Pangkat Buang Kerja
SILA IMBAS DAN ISI MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN SEKTOR INTEGRITI