Diterbitkan oleh
Kumpulan 7
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
86400, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
“6 Jahanam” ini merupakan Hakcipta Terpelihara
Karya oleh Ahmad Syazli Bin Shuid dan tidak
dibenarkan dikeluarkan semula dalam apa bentuk
sekalipun, selagi tidak dapat izin bertulis.
Diterbitkan pada Oktober 2021.
Pengarah: Mohamad Rais Kamil Bin Sairi
Penulis Skrip (Drama): Ahmad Syazli Bin Shuid
Pengarah Artistik: Izzat Danial Bin Azli
Pengurus Teknikal: Syed Muhammad Ikhwan Bin
Syed Zulkifli
PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH.
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah izinnya dapat kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diberikan kepada pensyarah
subjek Falsafah Pendidikan iaitu Dr. Nur Sofurah binti Mohd Faiz dan juga
Abang Syufaat kerana telah memberi kepercayaan dan bimbingan kepada
kami. Tanpa bimbingan, semangat dan dorongan daripada tenaga pengajar,
sudah pasti tugasan karya Philosophia ini tidak dapat disiapkan dan
seterusnya tidak dapat membentuk falsafah yang kuat di dalam diri bagi
persiapan untuk menjadi salah seorang guru yang berfalsafah di masa hadapan
Ribuan terima kasih juga dititipkankan buat kedua-dua ibu bapa kami
yang telah banyak memberi galakan dan nasihat kepada kami sepanjang
tugasan ini berlangsung. Tanpa mereka, kami sudah pastinya tidak mampu
meneruskan perjuangan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan kami yang telah berkorban
tenaga untuk membantu dan mencetus idea bagi menjayakan tugasan ini.
Segala jasa dan pengorbanan mereka amatlah bernilai buat kami. Sepanjang
tempoh menyiapkan tugas, ini kami mempelajari banyak pengalaman dan
memperolehi ilmu baharu sekaligus dapat memupuk jalinan ukhuwah,
kerjasama antara kumpulan, berkongsi pandangan dan sebagainya.
Kumpulan Manuskrip
NUR AISYAH SYAFIRA BINTI ZULKPLI
CB210214
NURHASMANITA NASHIHAH BINTI MD NARIZAM
CB210218
AHMAD NAZHIF BIN ROSLI
CB210248
MUHAMMAD SAIFUL AMIN BIN OMAR
CB210204
MOHD SAFIY BIN AZRI
CB210234
MUHAMMAD ADLI BIN AZMAN
CB210068
SENARAI WATAK LAKONAN
AHMAD SYAZLI BIN SHUID
@
LAKSAMANA TANTARI
MUHAMMAD ADLI BIN
AZMAN
@
LAKSAMANA DAMBURI
MOHAMAD RAIS KAMIL
BIN SAIRI
@
MUMBALA &MAHAGURU
SANGGABUANA
SYED MUHAMMAD IKHWAN
BIN SYED MD NARIZAM
@
JAGINDAS
MUHAMMAD SAIFUL AMIN
BIN OMAR
@
SUJAMA
MOHD SAFIY BIN AZRI
@
KATIPANG
IZZAT DANIAL BIN AZLI
@
PARAGAS
AHMAD NAZHIF BIN ROSLI
@
KERAMBIT &
TAUKE GAMBAR
NURHASMANITA NASHIHAH
BINTI MD NARIZAM
@
MASMERA & MASTIKA
NUR AISYAH SYAFIRA BIN
ZULKIPLI
@
MAK DAMBURI
BAB 1
“ENAM JAHANAM”
Dikala bulan mengambang menerangi alam, terlihat orang ramai lalu-lalang di
Kawasan pekan Matang Menara. Mereka sedang asyik membeli barangan di
kedai-kedai di pekan itu. Di waktu itu, Tantari sedang sibuk memunggah
bungkusan berisi kain jualan ke atas kereta keldai di hadapan kedai kain
miliknya sambil diperhatikan oleh isterinya, Masmira.
“Mas… Abang pergi dulu ya,” pamit Tantari kepada isterinya.
“Baiklah abang. Abang jangan lupakan Mas ya?”
“Mas. Mas jangan bimbang, Mas. Abang tiada siapa lagi dalam dunia ni.
Bapak pun dah mati, emak pun dah mati. Hanya Mas seorang sajalah
penghibur hati,” ucap Tantari dengan penuh kelembutan.
Masmira memandang sang suami, “Abang… Abang saying tak Mas?”
“Sayang Mas,” jawab Tantari tanpa ragu.
“Abang. Halalkanlah makan dan minum Mas.”
Setelah mengucapkan ucapan sebegitu, Tantari memandang wajah
Masmira dengan sedikit tinggi suara, “Apa yang Mas cakapkan ni?”
“Entahlah bang. Malam ni hati Mas kurang sedap,” bicara Mas dengan
nada penuh kerisauan.
“Beginilah Mas. Seberapa lekas abang boleh balik, abang akan balik
malam ni. Abang pergi dulu,” pujuk Tantari dengan senyuman di wajah lalu
keluar daripada kedai sambil diekori oleh Masmira.
Sebaik sahaja Tantari berangkat, tauke gambar pun tiba menghampiri
Masmira sambil membawa kameranya.
“Ha nyonya… sikalang apa macam? Lu cakap mau angkat gambar sama
lu punya laki, tapi lu punya laki sudah pergi. Apa macam?” Soal tauke kepada
Masmira.
“Tak apalah tauke. Ini malam lu ambil gambar hamba satu orang. Esok
malam, lu ambil gambar hamba dengan suami hamba,” balas Masmira.
“Moleh… Gua pergi tempat dalam haa…” bicara apek dengan pelat
Cinanya.
Di dalam kedai, apek mula menjalankan tugasnya, “Nyonya, gua cakap
1, 2, 3 baru boleh ya.”
“Haiya… Banyak cantik. Nanti ya… 1! 2! 3! Haiya banyak cantik.”
Masmira melayan kerenah tauke tanpa banyak bicara dan mengikut
segala arahan tauke.
“Hah, sikalang mana lagi mau angkat, nyonya?”
Masmira berfikir sejenak lalu menunjukkan ke arah sudut kedainya
kepada tauke, ”Hamba fikir di sini.”
“Hah. Tentu cantik ah! Haiya. Nanti haa.”
“Haa itu macam manyak bagus hah. Nanti… Gua cakap 1! 2! 3!”
Tiada siapa yang sangka. Malam itu merupakan malam terakhir buat
Masmira dan juga tauke gambar di dunia. Pada malam itu juga, kedai-kedai di
Pekan Matang Menara telah dirompak oleh sekumpulan perompak yang
digelar Enam Jahanam. Kedai milik Tantari juga tidak terkecuali. Tauke
telah dibunuh oleh perompak durjana itu manakala Masmira telah dirogol dan
turut dibunuh oleh mereka.
Kematian Masmira telah menimbulkan amarah dalam diri Tantari. Dia
berjanji bahawa dia akan menuntut bela kematian isterinya.
BAB 2
“KEDAI MAKAN”
Tantari telah membawa diri jauh dari Pekan Matang Menara. Beberapa hari
perjalanan, akhirnya dia tiba disebuah pekan bernama Pekan Alor Nanas.
Setibanya di sana, dia telah memasuki sebuah warung untuk mengisi
perutnya yang sedang kelaparan.
“Apa kau mahu?” Tanya pelayan kepada Tantari sebaik sahaja dia
melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi.
“Apa ada?” Soal Tantari.
“Macam-macam ada. Mi goreng ada, mi rebus ada, nasi minyak ada,
Apa yang kau nak semua ada!” Pelayan itu menjawab pertanyaan Tantari
dengan nada yang sombong.
“Mi rebus,” pesan Tantari.
“Mi rebus satu! Minum?” Soal pelayan itu kembali seraya dia
melaungkan pesanan
“Kopi!”
Setelah mengambil pesanan Tantari, pelayan itu berlalu pergi, Namun,
langkahnya terhenti tatkala terlihat senjata yang dimiliki oleh Tantari.
Tanpa segan silu, dia mengambil dan memegang senjata yang terdapat di
pinggang Tantari lalu bertanya “Ini apa?”
“Ting.. Ting..” pelayan itu mengacah Tantari sambil membuat bunyi
seolah-olah senjata itu sedang berlaga dengan senjata lain.
“Mainnya macam ini,” kata Tantari seraya mengambil semula senjata
tempinya itu daripada tangan si pelayan. Dengan mahirnya, Tantari
menunjukkan cara bermainnya alatan itu di hadapan si pelayan lalu dengan
sengajanya dia mengasari pelayan itu menggunakan tempi tersebut sehingga
berdarah.
“Panggil tuan punya kedai ke mari!” bilang Tantari dengan nada yang
keras.
“Ba.. Baik tuan!” jawab pelayan itu dengan nada ketakutan.
“Tuan Mumbala! Tuan Mumbala!” Pekik pelayan itu memanggil
majikannya.
Sebaik sahaja Mumbala menunjukkan wajah, Tantari merasa terkejut
lalu dia menatap potret pembunuh durjana, Enam Jahanam, yang dibawa
olehnya.
“Apa ini semua? Kau! Kenapa muka kau berdarah?!” Marah Mumbala.
“Kau siapa?!” Tanya Mumbala kepada Tantari dengan penuh amarah.
“Oh! Anda bersembunyi di sini ya!” Kata Tantari.
“Sembunyi? Siapa sembunyi? Anda mesti bayar ganti rugi ini semua!”
“Hamba tidak mahu bayar satu perak sekalipun! Kedatangan hamba ke
mari adalah untuk membunuh anda!” ucap Tantari dengan amarah yang
membara di dada.
“Bunuh? Apa pasal?!” Tanya Mumbala dengan nada yang tinggi dan
penuh tanda tanya.
“Anda telah membunuh dan merogol isteri hamba di Pekan Matang
Menara. Ingat tak, Mumbala?!” Jelas Tantari sambal menjerkah Mumbala.
“Tidak! Tidak! Yang membunuh isteri tuan hamba ialah Jagindas. Dia
berada di Tanjong Kapas! Dia bakal menjadi penghulu di sana!” Nafi Mumbala.
“Jagindas? Ya… Selepas ini hamba akan pergi ke Tanjung Kapas untuk
mencari Jagindas. Persiapkan dirimu wahai Mumbala sebelum ajal menjelang
tiba!”
Usai sahaja ucapan Tantari itu, Mumbala mula bertindak dengan
melontarkan lembingnya ke arah Tantari. Dengan ilmu persilatan yang penuh
di dada, lontaran Mumbala telah disambut kemas oleh Tantari. Lantas tanpa
membuang masa, Tantari telah melontar kembali lembing itu ke arah Mumbala
dan tepat mengenai dadanya lalu mati di situ juga.
BAB 3
“LAKSAMANA DAMBURI”
Pembunuhan Mumbala telah menimbulkan rasa puas hati dalam diri Tantari.
Tanpa membuang waktu, dia meneruskan perjalanan untuk meneruskan
misinya yang seterusnya. Dalam perjalanan, dia telah diekori oleh seorang
lelaki yang dikiranya musuh barangkali. Akibat sikap terlalu waspada, dia
mulai menyerang lelaki itu. Dia telah menggunakan tempi dan sireh yang
dikunyahnya sebagai senjata. Lelaki itu pun tidak kurang hebatnya handal
menggunakan senjata dan hebat di medan lawan. Akibat lawan Tantari
bukanlah calang-calang orang, Tantari telah menyemburkan sireh yang
dikunyahnya ke muka lelaki itu.
“Maafkan hamba, mulai hari ini mari kita mengaku saudara,” ucap lelaki
itu.
“Tak payahlah!” ketus Tantari.
“Hamba sungguh kagum melihat tuan hamba bermain senjata,” lelaki
itu meluahkan kekagumannya. Dia telah menilai dan memerhati gerak-geri
Tantari menggunakan tempinya sewaktu di kedai makan serta ketika
menyerangnya.
“Sunggu tuan hamba mahu mengaku saudara?” Tanya Tantari dengan
ragu-ragu.
“Ya sungguh!’
“Kesatkan sepah sireh yang ada di muka tuan hamba,” bicara Tantari
sambil menghulurkan kain spau tangannya ke lelaki itu.
“Terima kasih. Oh ya! Hamba Damburi, Laksamana Damburi. Pekerjaan
hamba menangkap segala lanun-lanun, penjahat-penjahat, pencuri-pencuri
yang bermaharajalela di negeri in,” jelas Damburi dengan panjang lebar
kepada Tantari.
“Dari mana tuan hamba dapat semua senjata ini?” Soal Damburi.
“Oh ini? Ini adalah kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sultan.”
“Nama hamba Tantari, Saudagar Tantari.”
“Begini cekap tuan hamba bermain senjata, setidak-tidaknya tuan
hamba seorang ypendekar yang hebat.”
“Ya. Sebenarnya hamba seorang pendekar. Hamba belajar di Bukit
Saga,” terang Tantari.
“Layanan yang diberikan oleh Masmira terhadap hamba, sungguh
hamba tak dapat luapakan. Jadi, hamba tidak mahu memaafkan dosa Enam
Jahanam itu yang jahanam. Hanya selama tiga purnama sahaja hamba dengan
Masmira hdiup bersama. Selepas itu pada suatu hari, ketika hamba tiada di
rumah, Enam Jahanam masuk ke kedai. Mereka merompak, merogol dan
membunuh isteri hamba. Sebab itulah, hamba tidak mahu memaafkan
mereka walaupun mereka adalah orang kenamaan,” sambungnya lagi. Ada
nada sedih dan perasaan sebak menghiasi penceritaannya itu.
“Kisah tuan hamba ini penuh dengan suka duka,” Damburi mula simpati
dengan kisah Tantari.
“Laksamana.”
“Eh tuan hamba ni jangan panggil laksamana, panggil saja Damburi.”
“Damburi. Betulkah tuan hamba mahu bersahabat dengan hamba?”
“Benar. Hamba bersumpah!”
“Ada dua pesanan hamba ingin pesan pada tuan hamba.”
“Pesanan pertama?”
“Yang pertama, tuan hamba tidak boleh menyentuh sedikit pun Enam
Jahanam itu kerana mereka adalah makanan hamba.”
“Pesanan kedua?”
“Itu nanti hamba terangkan.”
Begitulah perbualan mereka. Siapa yang sangka, perkenalan yang
terjalin begitu singkat telah menjadikan mereka sahabat baik. Sumpah telah
terlafaz, janji harus dimahkotakan kerana perkara sebeginilah yang akan
diingita oleh masyarakat sekeliling akan diri kita walaupun jasad dan nyawa
terpisah jua.
BAB 4
“Ketua Kampung”
Misi Tantari diteruskan setelah dia berhasil membunuh Mumbala.
Berbekalkan maklumat yang diperolehi daripada Mumbala tentang
keberadaan Jagindas, akhirnya telah membawa Tantari ke pekan Tanjung
Kapas. Dia tidak keseorangan kali ini kerana perjalanannya telah ditemani
oleh Damburi, sahabat barunya.
Setibanya di pekan Tanjong Kapas, dia dan Damburi langsung mencari
Jagindas. Usaha mereka tidak sia-sia. Mereka berjaya mencari kedudukan
Jagindas dalam masa yang begitu singkat. Ah! Kehebatan dan kelebihan
pendekar dalam mencari musuhnya mungkin.
“Wahai penduduk kampung sekalian! Hamba bakal menjadi penghulu
kampung di kampung ini! Kamu semua harus mengundi hamba!” Ucap
Jagindas.
“Hei Jagindas! Hamba datang untuk membunuh tuan hamba!” Terang
Tantari tanpa basa-basi setelah mendengar ucapan Jagindas tersebut.
“Apa pasal?!” marah Jagindas.
“Tuan hamba telah membunuh dan merogol isteri hamba di Pekan
Matang Menara! Ingat lagi tidak Jagindas?” Jerkah Tantari.
“Tidak tuan hamba! Yang membunuh isteri tuan hamba ialah Sujama!
Dia sekarang berada di Balik Sepang!” Nafi Jagindas dengan keras.
“Selepas ini hamba akan pergi ke Balik Sepang untuk mencari Sujama.
Persiapkan wahai dirimu Jagindas sebelum hilang nafasmu.”
“Tolong jangan bunuh hamba!“ Rayu Jagindas.
Rayuan Jagindas tidak dihiraukan oleh Tantari lalu terjadilah
pertempuran antara mereka berdua. Pertempuran mereka tidak begitu sengit
kerana Jagindas tidak begitu hebat menggunakan senjata. Dengan mudahnya
Tantari Berjaya membunuh Jagindas.
Senario yang terjadi ini telah disaksikan oleh Damburi dengan penuh
takjub. Mungkin baru kali ini dia berjumpa dengan seorang pendekar yang
begitu handal dalam menggunakan senjata sepertinya. Dia begitu puas dengan
perlawanan yang berlaku di hadapan matanya itu.
BAB 5
“Pesanan Kedua”
Usai sahaja giliran Tantari menjalankan tugasnya, kini tibalah pula giliran
Damburi menjalankan tugasnya. Jasad Jagindas telah dibawa menghadap
penghulu Tanjong Kapas. Kesuksesan Damburi membawa salah seorang
pengkhianat negeri telah mendapat pujian oleh penghulu tersebut.
Seterusnya, dia dianugerahkan wang sebanyak dua ribu perak seperti yang
telah diwar-warkan oleh penghulu tersebut sebelumnya.
“Tantari , hamba telah dapat 2 ribu perak. Sekarang, tuan hamba
boleh separuh, hamba ambik separuh,“bicara Damburi dengan bangganya. Dia
seorang pendekar yang sangat berwibawa dan tiada sekelumit perasaan
tamak dalam dirinya.
“Tidak mahu,” Tantari menjawab tanpa berfikir panjang.
“Kenapa? Tidakkah tuan hamba suka pada wang?” Tanya Damburi
dengan peliknya.
“Hamba saudagar dan sudah ada cukup wang. Ini pesanan kedua hamba
mengenai wang tawaran ke atas Enam Jahanam itu, tidak perlu beri kepada
hamba,” jelas Tantari dengan yakinnya.
“Baiklah. Bila kita mahu pergi ke rumah Sujama?”
“Sekarang”
“Sekarang?”
“Iya sekarang!“
Tanpa berlengah, mereka memulakan perjalanan mereka kembali.
Mereka beruntung kerana jarak perjalanan antara pekan Tanjong Kapas dan
pekan Balik Sepang tidaklah memakan masa yang begitu lama.
BANG!
Bunyi tembakan yang berdas-das daripada senjata hikmat Damburi
telah memenuhi ruang angkasa. Bunyi itu telah berjaya memeranjatkan
beberapa orang pengawal di kediaman Sujama. Lantas, Sujama menjengahkan
diri di jendela rumah untuk melihat apa yang sedang terjadi.
“Apa itu?! Apa itu?!” Teriak Sujama.
“Hamba tembak dia,” Jelas Damburi tanpa gentar tatkala memandang
Sujama.
“Apa pasal?” Tanya Sujama dengan nada yang marah.
“Kurang ajar,” selambanya Damburi menjawab.
“Apa yang anda mahu!?”
“Hamba tidak mahua apa-apa, tetapi sahabat hamba ingin berjumpa
dengan tuan hamba kerana ingin menagih hutang.”
Sujama menjadi berang setelah mendengar penjelasan Damburi.
Perbualan mereka hanya dipandang sepi oleh Tantari.
“Hamba tidak berhutang dengan sapa-sapa pun!” Nafi Sujama.
Mendidih hatinya apabila terima tuduhan yang tidak berasas yang
dilontarkan oleh Damburi itu.
“Eh ada. Barangkali tuan hamba lupa. Sebentar, hamba panggil sahabat
hamba.”
“Tantari, kalau naik ke rumah, sila jaga-jaga disebalik pintu ya,” pesan
Damburi dengan nada kerisauan. Damburi begitu arif dengan tipu helah yang
sering digunakan oleh perompak untuk menyelamatkan diri. Oleh itu, dia
tidak mahua pa-apa pun terjadi ke atas diri Tantari.
“Sila masuk saudaraku. Silakan masuk,” pelawa Sujama kepada Tantari
dengan sopannya.
“Siapa bunuh isteri hamba?” Persoalan telah diajukan oleh Tantari
kepada Sujama sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya ke dalam kediaman
Sujama.
“Katipang,” jawab Sujama selambanya.
“Di mana dia sekarang?”
“Di Rantau Nibong.”
“Pekerjaanyaa?”
“Saudagar emas.”
Begitulah jawapan yang diberikan oleh Sujama. Dia hanya menjawab
bodoh kepada setiap persoalan yang diajukan oleh Tantari. Kurang cerdik
juga ya ahli kumpulan Enam Jahanam ini. Sanggup tikam belakang rakan
mereka demi menyelamatkan diri sendiri. Sungguh rakan yang tidak tahu diri.
“Anda telah banyak membuat dosa dalam negeri ini! Anda sepatutnya
mati!”
Seperti pembunuhan Jagindas, pembunuhan Sujama juga tidak
mengambil masa yang begitu lama. Perompak jenis apa ini? Tidak tahu
langsung cara untuk melindungi diri. Biar padanlah muka mereka. Baru tahu
langit itu tinggi mahupun rendah. Nah, sekarang buku sudah bertemu ruasnya.
Damburi tidak membuang waktu. Dia telah membawa jasad Sujama ke
penghulu pekan itu untuk menebus wang yang ditawarkan hasil daripada
pembunuhan perompak-perompak yang mengganggu-gugat keamanan negeri
tersebut.
“Sudah?” Tanya Tantari.
“Sudahh”
“Berapa?”
“Hurm… Dua ribu perak. Sekarang mana lagi?” Soal Damburi.
“Rantau Nibong!” Jawab Tantari singkat.
BAB 6
“KATIPANG SI PENJUAL EMAS”
Tantari memulakan langkah yang seterusnya untuk mencari ahli jahanam yang
bernama Katipang. Katipang yang sekarang ini sudah menjadi seorang penjual
emas di Pekan Rantau Nibong yang merupakan ibu kota negeri mereka.
Sesampai sahaja di depan pintu masuk di Pekan Rantau Nibong, Damburi mula
bersuara setelah sekian lama berdiam sepanjang perjalanan mereka.
“Tantari, itulah Pekan Rantau Nibong, ibu kota negeri kita!” Kata
Damburi.
“Baiklah, mari!” Sahut Tantari.
Setibanya mereka di kedai emas milik Saudagar Katipang, Tantari
menegur Katipang yang menunggu di dalam kedai miliknya untuk menyahut
pelanggannya.
“Hamba mencari Saudagar Katipang,”
“Mahu apa tuan hamba,” balasnya.
“Hamba mahu membeli barang – barang emas yang mahal!”
Kata Tantari.
“Oh itu ada! Silakan-silakan. Silakan masuk tuan hamba,” Sambil
membawa Tantari ke sebuah pintu terdapat disebalik langsir dikedainya itu.
“Barang ini sengaja hamba tidak letak di luar, kerana barang nya
terlalu mahal. Mana satu tuan hamba mahu?” Sambung Katipang sambil
menunjukkan koleksinya.
“Hamba pilih nyawa tuan hamba!” Kata Tantari dalam amarah.
“Nyawa hamba ?!” Balas Katipang dalam keadaan terkejut.
“Iya! Anda telah membunuh dan merogol isteri hamba di Matang
Menara, ingat lagi ke tidak Katipang?”
“Tolong jangan bunuh hamba, yang bunuh isteri tuan hamba ialah
Paragas! Dia berada di kedai sebelah. Dia sekarang menjadi pengerusi Tabung
Rakyat.”
“Iya selepas ini, hamba akan mencari Paragas. Perkemaskan diri wahai
Katipang, sebelum maut menjelang.”
Tantari mengeluarkan senjata tempi miliknya, dan terus menikam
Katipang tanpa Katipang mampu untuk membalas. Terbunuh sudah Katipang di
kedai miliknya sendiri. Lalu Tantari terus menemui Damburi yang
menunggunya di luar kedai.
“Sudah?” Kata Damburi kepada Tantari.
“Iya sudah,” balas Tantari.
“Sekejap sangat,” kata Damburi dalam menahan tertawanya.
“Sekarang giliran tuan hamba pulak,” kata Tantari memberitahu
Damburi untuk mengambil wang ganjaran.
“Biar kita kumpulkan semuanya dahulu. Sekarang, mana pulak ?”
“Sebelah, Tabung Rakyat,” kata Tantari dengan yakinnya.
“Ayuh,” ajak Damburi dengan semangat.
BAB 7
“TABUNG RAKYAT”
Usai pembunuhan terhadap Katipang si penjual emas, Tantari dan Damburi
mengatur langkah ke kedai sebelah yang dikatakan pemilik bagi anggota
jahanam yang seterusnya, iaitu Paragas. Paragas merupakan hartawan dan
pemilik bagi Tabung Rakyat. Tantari dan Damburi terus mendatangi Tabung
Rakyat itu. Tantari memasuki ke kedai itu sambil ditunggu oleh Damburi di luar
kedai. Terlihat Paragas sedang berada ada di dalam pejabatnya.
“Hamba mencari Hartawan Paragas,” ucap Tantari dengan nada tenang.
“Hamba Paragas. Boleh hamba menolong tuan hamba?” Balasnya.
“Hamba mahu menyimpan barang-barang berharga hamba di tabung
tuan hamba.”
“Boleh, boleh. Silakan. Barang apa tuan hamba mahu simpan di sini?”
“Hamba mahu simpan senjata ini ke dalam tubuh anda.”
“Simpan senjata itu ke tubuh hamba?” Balas Paragas dalam kehairanan.
“Iya. Anda telah merogol dan membunuh isteri hamba di Pekan Matang
Menara. Ingat lagi ke tidak Paragas? Sekarang masa anda telah tiba!”
Paragas yang sudah mengetahui masalah yang menimpa, dengan tenang
melihat Tantari yang sudah berpijak di perangkap yang telah dibuat untuk
keselamatannya. Tanpa ragu, Paragas terus menarik tali yang ada di tepi
tepinya. Tantari lalai dengan tipu helah Paragas jatuh ke dalam perangkap itu
tanpa sempat berbuat apa-apa. Malang bagi Tantari. Paragas begitu bijak
Dan lebih licik jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.
Damburi yang berada diluar Tabung Rakyat menunggu sahabatnya itu
dengan penuh kerisauan. Damburi merasa tidak sedap hati kerana
kebiasaannya Tantari akan membunuh dan terus meninggalkan tempat itu,
akan tetapi Damburi mengambil masa begitu lama pula untukn pembunuhan
kali ini. Damburi dengan tenang memasuki pejabat milik Paragas.
“Mana sahabat hamba?” Tanya Damburi kepada Paragas.
“Tiada siapa–siapa di sini,” balasnya pendek.
“Mana boleh! Tadi dia ada di sini!” Soal Damburi dengan tidak puas
hati.
“Oh ya! Dia baru sahaja keluar,” perli Paragas.
Paragas yang sekali lagi merasa terancam mencuba untuk menarik tali
itu, akan tetapi Damburi yang begitu cekap dan sedar akan tipu daya Paragas,
terus mengeluarkan sejata hikmatnya dan menembak Paragas.
BANG!!
Paragas jatuh rebah ke lantai sambil memegang kesan tembakan di
perutnya. Damburi mula mendekati Paragas yang tidak berdaya itu.
“Cepat! Mana dia sahabat hamba?! Tali apa itu?! Oh! lubang rahasia ya!”
Kata Damburi sambil menarik tali itu. Selepas itu, pintu perangkap itu
terbuka, dan membolehkan Tantari melompat keluar dari lubang itu.
“Tantari, makanan tuan hamba.” Kata Damburi kepada Tantari. Tantari
mendekati dan meilhat Paragas yang sedang rebah serta tidak mampu untuk
berbuat apa–apa itu.
“Siapa yang bunuh isteri hamba?!”
“Kerambit,” jawab Paragas nyawa-nyawa ikan.
“Di mana dia sekarang?!”
“Teluk Saga.”
“Pekerjaannya?”
“Guru silat.”
“Anda lebih baik mati daripada banyak membuat dosa di muka bumi
ini.” Tantari yang sudah tahu akan ketidakmampuan Paragas, terus menikam
Paragas tanpa banyak bicara lagi. Selepas itu, Tantari terus berjumpa
dengan sahabatnya itu, Damburi untuk pergi ke lokasi terakhir ahli Enam
Jahanam bersembunyi, iaitu Kerambit.
“Sudah?” kata Damburi.
“Iya sudah,” balas Tantari.
“Habis kemana lagi kita?”
“Teluk Saga.”
“Aik, itu kampung hamba. Mari kita pergi.”
“Mari!”
Damburi berasa teruja dengan lokasi terakhir yang bakal dijejaki oleh
mereka berdua. Pulang ke kampung halaman merupakan perkara yang paling
menenangkan terutamanya bagi dia yang sudah beberapa purnama tidak
pulang menjenguk ahli keluarganya.
BAB 8
“GURU SILAT TELUK SAGA”
Di sebuah kediaman yang terdapat di perkampungan Teluk Saga, terlihat
beberapa anak muda yang sedang rancak bersilat. Terlihat seorang lelaki yang
bengis dan buruk mukanya, yang mengaku bahawa dia merupakan guru silat,
sedang asyik melihat anak buahnya berlatih. Orang itu tidak lain tidak bukan
ialah Kerambit. Usai anak–anak muridnya berlatih, mereka duduk di hadapan
guru silat mereka.
“Hamba tak boleh mati! Hamba ada SUPERPOWER! Lagipun semua
pendekar-pendekarkampung ini adalah bekas murid hamba jugak!” Kata
Kerambit dengan bangga dan sombong.
“Bagaimana dengan Damburi pula mahaguru?” Kata salah seorang anak
muridnya.
“Damburi? Damburi mana?!” Jawab Kerambit musykil.
“Laksamana Damburi, mahaguru! Dia berasal dari tempat ini,” jelas anak
muridnya itu dalam keadaan ketakutan.
“Apa pekerjaan dia?”
“Kerjanya menangkap lanun – lanun, perompak – perompak dan penyamun–
penyamun, mahaguru!”
“Oh, Laksamana Damburi. Dia pun anak murid hamba!” Kata Kerambit
yang berusaha untuk menyakinkan anak–anak muridnya itu.
Dalam perbualan antara Kerambit dan anak – anak muridnya, kedengaran
bunyi tapakan kuda yang sedang meluru ke arah mereka.
terkejut.
“Ada orang datang naik kuda, mahaguru!” Jerit anak muridnya kepada
Kerambit.
“Ha! Apa dia?!” Balas Kerambit dalam keadaan terkejut.
Tantari turun dari kudanya dan terus berjalan dengan tenang ke arah
Kerambit. Tiada sedikit pun rasa takut yang dirasai. Yang ada hanyalah niat
membunuh untuk menuntu bela kematian isterinya, Masmira.
“Anda pun datang nak belajar dengan hamba?” Tanya Kerambit.
“Hamba datang untuk membunuh anda,” Jawab Tantari dengan tenang.
“Membunuh hamba? Apa pasal?!”
“Anda telah membunuh dan merogol isteri tuan hamba di Matang
Menara. Ingat lagi tak Kerambit?!”
“Kamu semua, bunuh dia!” Kerambit yang berasa cemas dan terancam
Ketika itu, telah memerintah anak-anak buahnya untuk menyerang Tantari.
Belum sempat mereka menyerang Tantari, terdengan bunyi das tembakan.
BANG!!
“Jangan ada sesiapa sentuh sahabat hamba, atau hamba tembak.”
Tindak-tanduk kesemua anak murid Kerambit terhenti kerana mereka
ketakutan ketakutan ekoran bunyi tembakan yang telah dilepaskan.
“Hamba Damburi. Laksamana Damburi,” jelas Damburi kepada anak –
anak murid Kerambit.
“Hey Laksamana Damburi!” Teriak salah seorang anak murid itu lalu
mereka semua berlari ke arah Damburi.
“Kawan kawan, dialah Laksamana Damburi. Dia berasal dari kampung
kita,” jelas salah seorang anak murid itu kepada teman–temannya dengan
penuh rasa bangga.
“Laksamana. Siapakah orang itu, laksamana?”
“Dia adalah kepala Enam Jahanam,” ucap Damburi sambil menunjukkan
gambar tawaran ganjaran bagi menangkap penjahat yang dikehendaki.
Pemuda-pemuda itu mati kutu tatkala melihat gambar mahaguru mereka
terpampang jelas di atas poster tersebut.
“Mari kita lihat, siapa yang menang. Mahaguru kau orangkah atau
sahabat hamba,” bicara Damburi dengan santai.
Terlihat Tantari sedang bertentang mata dengan Kerambit yang sudah
keseorangan di medan latihan silat yang terdapat di kediaman Kerambit. Dia
mati akal kerana tiada siapa pun yang dapat membantunya menentang
Tantari.
“Tunggu apa lagi Kerambit?!” Amarah Tnatari memuncak, lantas
Tantari terus meluru dan menikam Kerambit yang tidak mampu untuk
berbuat apa – apa. Masa pertempuran merek begitu singkat. Terpisah jua
roh daripada jasadnya kerambit. Kematian Kerambit ini merupakan titik
pengakhiran bagi Tantari memburu Enam Jahanam. Tantari berasa puas dan
lega kerana berjaya menuntut bela di atas kematian Masmira, isterinya yang
tercinta.
Bab 9
“Rumah Damburi”
Tantari kini berasa lebih tenang dan tiada lagi amarah yang tersisa di dada
setelah pembunuhannya yang terakhir. Akan tetapi, rasa rindu terhadap
isterinya masih tersemat dan meresap di dalam sanubarinya. Damburi yang
mengetahui akan perasaan sahabatnya ketika itu, mengajak Tantari untuk
berehat sejenak di rumahnya alang-alang mereka sudah berada di Teluk Saga,
kampung Damburi.
“Eh, Damburi pulang sudah kau ya Nak. Sudah hampir tiga bulan kamu
tidak pulang,” sahut Mak Damburi yang memang kebetulan berada disisi
pintu depan rumah.
“Mak, usah khuatir. Damburi panjang umur mak. Oh ya mak, hamba
perkenalkan sahabat baik hamba.”
“Silakan masuk tuan hamba. Ajak sahabatmu masuk Damburi,” pinta
mak.
“Adik di mana Mak?” Tanya Damburi sambal menjenguk-jenguk
mencari adiknya di dalam rumah.
“Oh ya, dia pergi ke rumah Datuk Penggawa.”
Damburi tersenyum kepada mak lalu mempelawa Tantari untuk duduk.
Tantari hanya mampu membalas pelawaan Damburi dengan melemparkan
senyuman mesra kepada kedua-duanya.
“Disamping perjalanan hamba, hamba mencari seseorang yang
berkebolehan untuk hamba jodohkan kepada adik perempuan hamba. Sekian
lama hamba mencari, baru sekarang hamba mendapat. Tantari, sukakah tuan
hamba menjadi adik ipar hamba?” pinang Damburi secara tiba–tiba.
“Carilah orang lain Damburi. Maaf sekali lagi Damburi,” dengan drastik
Tantari memberi jawapan dan ketika itu perasaannya bercampur-baur dek
terkenangkan arwah isterinya.
“Kalau begitu, marilah kita berganding bahu menangkap semua lanun-
lanun, perompak-perompak diluar sana. Kalau pendapatannya, kita bahagi dua,”
kata Damburi.
“Damburi, tugas hamba hanyalah membunuh Enam Jahanam dan
sekarang tugas hamba telah selesai. Hamba akan pulang ke Matang Menara,
dan mulakan perniagaan hamba semula,” jelas Tantari akan perancangannya.
Damburi menghelakan nafas berat lalu dia berdiri disisi jendela rumah.
Dalam mereka sedang rancak berborak, terlihat kelibat perempuan memasuki
rumah Damburi dan menegur ibunya. Selepas itu, dia menyapa abangnya yang
kelihatan sedih di tepi jendela rumah dengan gembira.
“Abang, bila pulangnya? Kenapa abang terlihat sedih?” Tanya perempuan
itukepada Damburi.
Saat itu, perempuan itu sedang membelakangi Tantari. Soalannya
berjaya menimbulkan rasa serba salah dalam diri Tantari setelah menolak
permintaan daripada sahabat baiknya tanpa berfikir panjang.
“Baru sahaja dik. Abang bersedih, matlamat abang tak seperti yang
diharapkan. Tapi, abang gembira melihat adik abang. Oh ya, abang perkenalkan
sahabat baik abang, Tantari,” Kata Damburi sambil tersenyum kepada adiknya
seraya memperkenalkan mereka berdua.
Adik Damburi yang pada awalnya membelakangi Tantari, dengan
perlahan memusingkan badannya. Tantari tersentak. Raut wajah adik Damburi
saling tak tumpah dengan arwah isterinya, Masmira.
“Mas! Anda Maskah?” Soal Tantari dengan beribu perasaan di benak
hatinya.
“Eh, nanti dahulu. Ini Mastika, adik hamba. Sekarang bagaimana lagi?
Masih belum mahu menerima tawaran hamba?”
“Pabila terlihat adikmu, Mastika, teringat kembali arwah isteriku
Masmira,” Kata Tantari yang sedih.
Tatkala mereka sedang berbincang, muncullah ayah Damburi yang
baru sahaja pulang. Tantari terkejut tatkala memandang wajah ayah
Damburi lalu perkenalkan sosok itu sebagai Mahaguru Sangabuana, guru
silatnya ketika dia berlatih seni mempertahankan diri di gua Bukit Saga.
“Maaf atas kecuaian hamba, mahaguru. Hamba telah menyebabkan
Masmira menemui ajal. Tapi, Enam Jahanam yang bertanggungjawab itu
telah hamba bunuh,” bicara Tantari yang berasa serba salah dan ada nada
sedih dalam bicaranya.
“Syabas Tantari. Anda telah menepati sumpah. Songkok dikepala anda,
juga menjadi saksi. Biarpun Masmira sudah tiada, tapi hamba sudah tahu
akan perkara itu. Perkenalkan Mastika anak hamba, adik Damburi dan
kembar arwah isterimu, Masmira.” Perjelas Mahaguru.
“Kenapa dirahsiakan perkara ini ?” Tanya Tantari yang sudah mula
kehairanan.
“Tiap-tiap perbuatan kalau dirahsia, nikmatnya lebih Tantari. Hambalah
yang menyuruh Damburi mencari anda, dan menolong anda. Ini sudah menjadi
takdir, Masmira bertemu Ajal, Mastika bertemu jodohnya. Untuk berjodoh
dengan Mastika, digantikan Masmira, adakah anda mahu Tantari?”
Tantari yang pada awalnya kesedihan sudah mula tenang degan segala
penjelasan milik Mahagurunya itu.
“Hamba terima dengan sebulat suara” Sambil tersenyum.
Akhirnya, Tantari dan Mastika disatukan dengan penuh kesyukuran.
Damburi pula memulakan langkah untuk meneruskan misinya yang tergendala
akibat ingin membantu Tantari memburu Enam Jahanam. Dia akan
mengembara mencari suri hati untuk dijadikan isteri.
TAMAT
KESIMPULAN
Enam Jahanam merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang perjalanan
Tantari dalam memburu enam orang perompak yang telah menjadi asbab
kepada kematian Masmira, isterinya. Tantari merupakan seorang pendekar
yang handal bermain senjata dan dalam pada masa yang sama juga, beliau
merupakan seorang saudagar yang sangat disanjung oleh masyarakat
sekelilingnya. Kelebihan beliau dalam seni mempertahankan diri perlulah
dijadikan sebagai suatu titik permulaan pedoman dalam kehidupan masyarakat
hari ini. Hal ini kerana, beliau tidak memiliki sedikit pun rasa takut mahupun
gentar dalam diri. Perkara ini dapat dilihat ketika Tantari berusaha memburu
kenam-enam perompak ini hingga ke lubang cacing demi menuntut bela ke atas
kematian isterinya yang tercinta. Beliau merasakan tuntutan bela ini perlu
kerana rasa tanggungjawabnya dalam mahkotakan janji kepada ayah
mertuanya di hari pernikahannya dengan Masmira.
Keberanian dan rasa tanggungjawab merupakan nilai dan pengajaran
yang telah diperolehi berdasarkan cerita ini. Sikap yang ditonjolkan oleh
Tantari dan Damburi wajar dicontohi agar kita tidak ditindas seuka hati oleh
sesiapapun. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat adalah perumpaan yang
sangat sesuai dikaitkan dalam perjalanan cerita ini. Bukan itu, sahaja,
semangat setia kawan yang dapat dilihat antara Tantari dan Damburi perlu
diteladani oleh masyarakat hari ini. Bak kata orang, bersahabat biarlah hingga
ke liang lahad kerana sahabatlah, insan yang bakal ada dalam suka duka
kehidupan kita selepas ahli keluarga. Yang terakhirnya, semangat patriotic
yang ditunjukkan oleh Damburi wajar menjadi ikutan sepanjang hayat. Persaan
dan sikap cintanya akan negaranya telah menyebabkan beliau berjaya
menumpaskan kesemua penjahat yang di dalam negerinya. Di sini, dapatlah kita
lihat bahawa sikap patriotism yang kukuh dalam diri mampu membawa
keamanan sejagat daripada sebarang ancaman dan kacau-bilau.
Mutakhirnya, drama Enam Jahanam ini mampu memberi pelbagai impak
dalam diri daripada sudut positif buat kami terutamanya, individu yang
bertanggungjawab untuk menjayakan karya ini. Sebagai mahasiswa dan
mahasiswi pada era ini, kami sudah seharusnya memiliki kesedaran betapa
pentingnya sikap berlaku adil dan berbuat baik dengan masyarakat sekeliling.
Kita tidak seharusnya menjadi seperti akal labah-labah di gua buruk suka
merakut tetapi jadilah seperti bertampar biar sama bercincin, bertendang
biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai. Teladanilah cerita-cerita
lama walaupun ianya sekadar dongeng rakyat kera cerita-cerita sebegini
mampu membentuk peribadi positif dalam diri terutamanya diri kanak-kanak.