The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan cerita untuk mempelajari bentuk. Sesuai untuk kanak-kanak enam tahun ke bawah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eizazizni, 2020-11-21 13:40:22

CERITA MATEMATIK

Himpunan cerita untuk mempelajari bentuk. Sesuai untuk kanak-kanak enam tahun ke bawah.

Saya mahu jam loceng bentuk
bujur dan membelikan ibu
jam loceng bentuk segi empat
tepat, bolehkah ibu?”, tanya
adik. “Wah, baiknya kamu,
mestilah boleh”, jawab ibu
dengan perasaan terharu.
Maka, ibu dan adik membeli
jam loceng berbentuk bujur
dan segi empat tepat sebelum
pulang ke rumah.

TAMAT



Cerita
3

Sandwich



Pada hujung minggu, Shawn
bangun daripada tidur sambil
menguap dan terus
meregangkan badan. Ibunya
memanggil Shawn untuk
bersarapan. Shawn pergi ke
tandas terlebih dahulu untuk
memberus gigi dan mencuci
muka. Setelah itu, Shawn
turun ke bawah untuk
bersarapan di dapur.



Semasa bersarapan, Shawn
makan sandwich dengan
lahapnya. “Hahaha! Berselera
kamu ya Shawn.” ketawa ayah
Shawn. “Sedap sandwich yang
ibu buat ni. Ibu boleh buatkan
untuk bekal sekolah?”, tanya
Shawn. “Boleh sayangku.
Nanti ibu buatkan sandwich
bentuk segi tiga”, jawab
ibunya.



Selesai bersarapan, Shawn

dan ayah pergi ke kedai untuk

membeli acuan berbentuk

bintang dan hati. Di kedai,

Shawn berlari masuk ke dalam

kedai dan mencari acuan

tersebut. “Eh, jangan berlari

Shawn nanti kamu jatuh”,

nasihat ayahnya. Shawn

tersengih-sengih sambil

berjalan ke bahagian acuan.



Shawn mencari acuan
berbentuk bintang dan hati.
“Banyak acuan berbentuk
bintang dan hati, ada besar
dan kecil. Ayah, kita nak beli
acuan yang mana?” tanya
Shawn kepada ayahnya.
“Hmm, kita perlu beli acuan
yang saiznya sama dengan
sekeping roti” ujar ayah
Shawn.



“Sama saiz dengan sekeping
roti ya, hmmm. Ha! Yang ini
ayah. Ini sesuai untuk buat
sandwich sebab saiznya lebih
kurang dengan saiz roti”.
“Wah, pandai kamu pilih
Shawn. Jom kita bayar di
kaunter”, jawab ayah Shawn
dengan perasaan kagum
terhadap kepandaian Shawn.



Setelah membayar acuan yang
dibeli, mereka terus pulang ke
rumah. Dalam perjalanan
pulang, Shawn berkata kepada
ayahnya, “Ayah, kita sudah
beli acuan bentuk bintang dan
hati. Jadi, lepas ni bolehlah
kita buat sandwich bentuk
bintang dan hati”. “Ya, betul”,
kata ayah sambil tersenyum.

TAMAT



CERITA MATEMATIK
“BENTUK”


Click to View FlipBook Version