The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Kerja Lapangan Geografi Tungkatan 3 UMS - Allyizza Mirzza Binti Mohd Azizuan yang Bertajuk "PROGRAM KITAR SEMULA DI SK BENGKONGAN, KOTA MARUDU, SABAH" untuk Puan Rosmaria Lorin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by allyizzaaa, 2021-10-13 20:50:05

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021

Tugasan Kerja Lapangan Geografi Tungkatan 3 UMS - Allyizza Mirzza Binti Mohd Azizuan yang Bertajuk "PROGRAM KITAR SEMULA DI SK BENGKONGAN, KOTA MARUDU, SABAH" untuk Puan Rosmaria Lorin

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENGKONGAN
89108, KOTA MARUDU, SABAH

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021
TAJUK:

PROGRAM KITAR SEMULA DI SK.BENGKONGAN, KOTA MARUDU, SABAH

NAMA: ALLYIZZA MIRZZA BINTI MOHD AZIZUAN
TINGKATAN: 3UMS

NAMA GURU: PUAN ROSMARIA LORIN

JADUAL KERJA

TARIKH HARI PERKARA CATATAN
04 OKT
2021 ISNIN Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Guru Mata
05 OKT
Geografi, Tingkatan 3 menerusi Google Pelajaran
07 OKT
08 OKT Meet
09-10 OKT
12 OKT SELASA Perbincangan tentang: PDPR

19 OKT - Tajuk Kajian (Whatssap)
26 OKT
2 NOV - Jadual kerja/ pengagihan kerja (1 jam)

- Penghargaan

- Pendahuluan

- Objektif kajian

- Kawasan kajian

- Penentuan Kaedah Kajian

- Borang Soal Selidik

- Hasil Kerja Lapangan

- Rumusan

- Rujukan

- Sediakan lampiran

KHAMIS Murid menyediakan borang soal selidik Di rumah

JUMAAT Murid menulis Pendahuluan, Di rumah

penghargaan, objektif dan kaedah kajian

SABTU- Murid melakukan soal selidik Di rumah

AHAD Mencari dan mengumpul maklumat

SELASA - Menghuraikan konsep PDPR

- Menganalisis maklumat/data dalam (1 jam)

bentuk jadual/carta pai/graf bar Di rumah

mudah

- Melukis graf/carta pai

SELASA - Membuat jadual mengenai carta pai PDPR

(1 jam)

SELASA - Menghuraikan faktor yang PDPR

mempengaruhi program kitar (1 jam)

semula di kawasan kajian.

SELASA - Menghuraikan cabaran yang PDPR

dihadapi untuk menjayakan (1 jam)

1

4 NOV program kitar semula di kawasan PDPR
9 NOV kajian.. (1 jam)
KHAMIS - Mencadangkan usaha-usaha untuk
mengatasi cabaran di kawasan
kajian.
- Membuat rumusan tentang tajuk
kajian .
JUMAAT Murid mengemaskini dan menghantar
tugasan.

2

SENARAI KANDUNGAN MUKA
SURAT
ISI KANDUNGAN
5
1.0 PENGHARGAAN 6
2.0 PENDAHULUAN 7
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 8
4.0 KAWASAN KAJIAN 8
8
4.1 Lokasi kawasan kajian 8
4.2 Lingkungan kawasan kajian 8
4.3 Bentuk muka bumi 9
4.4 Jumlah penduduk 9
5.0 KAEDAH KAJIAN 9
5.1 Pemerhatian 9
5.2 Soal selidik 10
5.3 Rujukan 10
6.0 HASIL KAJIAN 11
6.1 Konsep Kitar Semula 12
6.2 Peta lakar Kitar Semula Kawasan Kajian 12
6.3 Kepentingan Program Kitar Semula 12
12
6.3.1 Menambahkan Pendapatan 13
6.3.2 Menjimatkan Kos, Sumber dan Tenaga 13
6.3.3 Persekitaran Yang Lebih Sihat dan Lebih Bersih 13
6.4 Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di Kawasan Kajian 13
6.4.1 Mengadakan Kempen 14
6.4.2 Pendidikan
6.4.3 Pusat Pengumpulan Kitar Semula 14
6.5 Cadangan untuk mengatasi cabaran Program Kitar Semula di 14
Kawasan Kajian 14
6.5.1 Mengadakan Kempen 15
6.5.2 Pendidikan 15
6.5.3 Pusat Pengumpulan Kitar Semula
6.6 Jadual 15
6.6.1 Cara Responden Mendapat Pengetahuan Tentang Kitar

Semula
6.6.2 Kepentingan kitar semula

3

6.6.3 Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di 15
SK. Bengkongan
15
6.6.4 Cadangan mengadakan Program Kitar Semula di
SK Bengkongan 16

6.6.5 Kekerapan Melaksanakan Pengitaran Semula Di Kawasan 17
Perumahan 18
18
7.0 RUMUSAN 18
8.0 RUJUKAN 18
19
8.1 Buku 19
8.2 Orang Sumber 21
8.2 Internet 26
9.0 LAMPIRAN
9.1 Soal Selidik 8 Orang Responden
9.2 Gambar Kitar Semula
9.3 Carta Pai Dapatan Kajian

4

1.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim ,
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan
sepenuh penghargaan kepada guru mata pelajaran Geografi kami iaitu Puan
Rosmaria Lorin kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa iaitu
Aidah Binti Awang dan Mohd Azizuan Abdullah yang telah banyak membantu saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Frecila Jalson, Mohd Sofian Zulhusnie
dan Maisarah Myrahim yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya
sepanjang proses penyiapan tugasan ini .

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 8 orang
responden yang telah sanggup memberi kerjasama yang baik terhadap saya semasa
kajian ini dijalankan.

Syukur Alhamdulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya
pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya
seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

5

2.0 PENDAHULUAN
Saya Allyizza Mirzza Binti Mohd Azizuan pelajar tingkatan 3UMS telah memilih tajuk
‘Program Kitar Semula’. Saya menjalankan kajian ini di Sekolah Kebangsaan
Bengkongan,Kota Marudu. Sebab saya memilih kawasan ini kerana ianya
merupakan tempat tinggal saya.Tempoh yang diberi bagi menjalankan kajian ini
selama 3 hingga 4 minggu.

6

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti kawasan kajian.
ii. Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas.
iii. Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.
iv. Menggunakan 3 kaedah kajian iaitu pemerhatian,temu bual dan rujukan.
v. Menghuraikan 3 kepentingan Program Kitar Semula
vi. Menghuraikan 3 cabaran mengadakan Program Kitar Semula di Kawasan Kajian
vii. Mencadangkan 3 cara untuk mengatasi cabaran Program KItar Semula di

Kawasan Kajian.
viii. Membentangkan laporan kajian tersebut.

7

4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian.
Sekolah Kebangsaan Bengkongan Kota Marudu,Sabah.

4.2 Lingkungan kawasan kajian

Sekolah Kebangsaan Bengkongan terletak dalam Pantai Barat Utara
(PBU). Manakala kedudukannya terletak di tepi lebuh raya menghala ke Kudat dan
Kota Kinabalu. Jarak Sekolah Kebangsaan Bengkongan dari pekan ialah 21 KM
manakala jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bengkongan ialah 230
M.Keluasan Sekolah Kebangsaan Bengkongan ini ialah seluas 3 ekar.

4.3 Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi Daerah Kota Marudu adalah berbukit bukau di kawasan
pedalamannya,dan di kawasan persisirannya pula khusus di bahagian tengah-utara
adalah merupakan kawasan tanah rendah yang dikelilingi oleh delta sungai.Gunung
tertinggi di Daerah Kota Marudu adalah Gunung Tambayukon (2,579 m) ia juga
merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Sungai terpanjang di Daerah Kota
Marudu adalah Sungai Bongan/Kiharom. Seterusnya,khazanah alam yang menjadi
kebanggaan rakyat Sabah iaitu Taman Tun Mustapha Khazanah Laut.

4.4 Jumlah Penduduk

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bengkongan memiliki 193 pelajar lelaki dan 185
pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 378 orang. Ia
mempunyai seramai 33 orang guru.Populasi penduduk Daerah Kota Marudu pula
dianggarkan seramai 81,300 orang pada tahun 2009 dan majoriti penduduk daerah
ini mendiami kawasan seperti Pekan Kota Marudu,Pekan Tandek,Pekan Langkon
dan Pekan Goshen.

8

5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya
mencatat maklumat secara terperinci dan sistematik. Oleh itu, saya
menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian. Berikut adalah kaedah
kajian yang digunakan :-
5.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat
kawasan kajian saya iaitu SK. Bengkongan. Saya telah mengumpul beberapa data
dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta
lakar kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.
5.2 Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik seramai 8 responden di sekitar kawasan bagi
mendapatkan maklumat tentang kepentingan,cabaran dan cadangan Program Kitar
Semula.
5.3 Rujukan
Saya juga membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai Program Kitar Semula.

9

6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Kitar Semula
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuat untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar
semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan
penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar
semula termasuklah kertas, plastik, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca
boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

10

6.2 Peta Lakar Kitar Semula Kawasan Kajian

11

6.3 Kepentingan Program Kitar Semula

6.3.1 Menambah Pendapatan

Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu
supaya boleh digunakan lagi. Antara kepentingan kitar semula ialah menambah
pendapatan seperti barang yang kita sudah kitar semula dapat membuat sesuatu
yang kreatif dan dapat menjualnya. Ini dapat menambah pendapatan dengan hasil
jualan.

6.3.2 Menjimatkan Kos, Sumber dan Tenaga

Selain itu, kepentingan kitar semula juga dapat menjimatkan kos, sumber dan
tenaga seperti jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat
mengurangkan 4,300 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.

6.3.3 Persekitaran Yang Lebih Sihat dan Lebih Bersih

Akhir sekali, kepentingan kitar semula juga dapat membuat persekitaran yang lebih
sihat dan lebih bersih seperti melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan
sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. Jika
sampah-sarap dibiarkan bersepah ia boleh mengurangkan bau yang tidak
menyenangkan dan menyebabkan penyakit. Oleh itu, kita mestilah
bertanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih
rakyat sihat.

12

6.4 Cabaran mengadakan Program Kitar Semula Di Kawasan Kajian

6.4.1 Sikap Penduduk Kawasan Kajian

Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di kawasan ini adalah sikap penduduk
yang tidak mempedulikan amalan kitar semula.Terdapat segelintir penduduk yang
sudah tahu akan kepentingan amalan kitar semula.Namun demikian, oleh kerana
sikap mereka yang malas, mereka tidak mengamalkan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik,kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja.Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

6.4.2 Kurang Pengetahuan

Seterusnya, kebanyakan penduduk di kawasan ini yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya
semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang maasa dan tidak
mempunyai apa-apa kepentingan.

6.4.3 Tidak Mempunyai Pusat Pengumpulan Kitar Semula

Akhir sekali, di kawasan Bengkongan ini tidak mempunyai pusat pengumpulan
dan hanya terdapat di pekan yang merupakan jauh dari kawasan ini.Keadaan ini
menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi
pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal jauh. Tambahan pula, pusat ini
hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka
tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada
penduduk kampung.

13

6.5 Cadangan Untuk Mengatasi Cabaran Program Kitar Semula

6.5.1 Mengadakan Kempen

Bagi memastikan program kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian,beberapa
langkah bagi memastikan amalan tersebut dilaksanakan dengan baik ialah kempen.
Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini
bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin,peka dan bersama-sama memainkan
peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. Kempen dan program yang
dilaksanakan ini dapat memberi keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam
sekitar daripada mengalami kemusnahan.

6.5.2 Pendidikan

Seterusnya, pendidikan. Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada
pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa
amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada
musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat
pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang
menyertai pertandingan tersebut.

6.5.3 Pusat Pengumpulan Kitar Semula

Akhir sekali, menyediakan kemudahan pusat pengumpulan. Pihak berkuasa
tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi
menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya
penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.

14

6.6 Jadual

Jadual 6.6.1: Cara Responden Mendapat Pengetahuan Tentang Kitar Semula

Cara mendapat pengetahuan Bilangan Responden (orang)

Laman web 8

Buku 5

Surat Khabar 4

Diberitahu oleh kawan 2

Jumlah 19

Jadual 6.6.2: Kepentingan kitar semula Bilangan Responden (orang)
Kepentingan Kitar Semula 6
6
Persekitaran yang lebih sihat 3
Menjimatkan kos 15
Menambah pendapatan
Jumlah

Jadual 6.6.3: Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di SK. Bengkongan

Cabaran Bilangan Responden (orang)

Kurang Pusat Pengumpulan 7

Kurang Pengetahuan 4

Malas 1

Jumlah 12

Jadual 6.6.4: Cadangan mengadakan Program Kitar Semula di SK. Bengkongan

Cadangan Bilangan Responden (orang)

Kempen 7

Menyediakan Kemudahan Pusat 6

Pengumpulan

Pendidikan 4

Jumlah 17

15

Jadual 6.6.5: Kekerapan Melaksanakan Pengitaran Semula Di Kawasan

Perumahan

Kekerapan Bilangan Responden(orang)

Sekali sebulan 6

Sekali seminggu ke atas 3

Tidak pernah 2

Jumlah 11

16

7.0 RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai dalam
kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan
dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada
sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air
perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk
mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan
masyarakat.

17

8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy dan Pau Anak

Utek, (2018). Buku Teks Geografi Tingkatan 3. IMS Books Trading Sdn.
Bhd.
8.2 Orang Sumber
Abd Jabar Abdullah
Azzwa Izzwani Binti Mohd Azizuan
Mohd Azizuan Abdullah
Aidah Binti Awang
Sharifah Binti Angak
Rosita Binti Dusi
Zaini Etong @ Ithong
Sazuriatul Binti Shamsuri
8.3 Internet
https://www.scribd.com/document/97635635/Halangan-Amalan-Kitar-Semula
https://www.scribd.com/doc/60637511/Folio-Kitar-Semula-2
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html
https://www.scribd.com/doc/231279388/Kepentingan-Kempen-Kitar-Semula

18

9.0 LAMPIRAN
9.1 Soal Selidik 8 Orang Responden

19

20

9.2 Gambar Kitar Semula

21

22

23

24

25

9.3 Carta Pai Dapatan Kajian

26

27

28


Click to View FlipBook Version