The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfathiah246, 2021-04-09 22:32:25

Laporan PIBG 2020/2021

Laporan PIBG 2020/2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KE-17

SESI 2020/2021

TARIKH : 10 APRIL 2021
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : RUMAH MASING-MASING

ATUR CARA

8:30 pagi Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

8:35 – 8:45 pagi Lagu Negaraku & Bacaan Doa

8:45 – 9:00 pagi Ucapan Penasihat PIBG 2021/2022
Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim

9:00 – 9:15 pagi Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019/2020
Dr Zaidi bin Omar

9:15 – 10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG ke-16 bermula:
● Kata-kata aluan YDP PIBG selaku pengerusi mesyuarat.
● Penerangan mengenai peraturan mesyuarat oleh pengerusi.
● Mengesahkan kuorum.
● Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun
2019.
● Membentang dan menerima Laporan Tahunan Tahun 2019.
● Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bagi
Tahun Kewangan 2019.
● Ucapan penangguhan.

10:00 – 10:30 pagi REHAT

10.30 – 12.30 Mesyuarat Agung PIBG ke-17 bermula:
pagi ● Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
● Ucapan Penasihat PIBG 2021/2022
● Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019/2020
● Penerangan mengenai peraturan mesyuarat oleh pengerusi.
● Mengesahkan kuorum.
● Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun
2020.

● Membentang dan menerima Laporan Tahunan Tahun 2020.
● Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bagi

Tahun Kewangan 2020.
● Membubarkan jawatankuasa lama.
● Melantik pengerusi sementara.
● Memilih Jawatankuasa PIBG tahun 2021/2022.
● Memilih dua (2) orang juruaudit dalaman.
● Membahaskan usul-usul.
● Hal-hal lain
● Ucapan penangguhan.

2

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim
NAIB PENGERUSI Puan Hasni binti Zakaria
Puan Mazira binti Mohd Zain
SETIAUSAHA Puan Aznita binti Saari
BENDAHARI Sarina binti Hashim
SAMBUTAN Nurul Fathiah binti Mohd Nasir
Puan Dewi Suhaiza binti Abd Hamid
Puan Norliyah binti Ali
Puan Nik Aida binti Nik Yusuf
Puan Zaiton binti Zakaria @ Ramli

PENGERUSI SEMENTARA Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim
PENGACARA MAJLIS Faniza binti Ibrahim
Muhammad Fahmi bin Zawawi
BACAAN DOA
BUKU PROGRAM Haji Mohd Faizudin bin Haji Abdullah Bokhari
Youtube LIVE Sarina Binti Hashim
UNDIAN ATAS TALIAN Rasyidah binti Khamis (K)
e-BANNER Sihasmin bt Omar
LAYAR PENTAS (Backdrop) Suria Suraini binti Kamal
INTER SLIDE Norafni Sunarti bt Hamid
PENYEDIA TEKS UCAPAN
Prosedur Operasi Standard (SOP) Noraihan binti Abd Wahab
Hasiah binti Kassim (K)
RAKAMAN PERISTIWA Mahazira binti Ab Rahman
PENCATAT MINIT MESYUARAT PIBG KE-16 Rosli bin Mohd Noor
Sarina binti Hashim(K)
PENCATAT MINIT MESYUARAT PIBG KE-17 Datin Naimah binti ismail
Noor Marina binti Hj Abdullah (K)
PERSIAPAN TEMPAT Rosliza binti Ismail
Nurhasimah binti Omar
Harziana binti Baharom (K)
Yusmira binti Yusuf

3

JAMUAN Nur Amalina binti Abd Manap(K)
DOKUMENTASI Nor Amirah binti Radzi
Norfaridatul Akmar binti Hasim (K)
Syuhaida binti Mamat Budin

4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

JALAN P 16 G, PRESINT 16

62150 PUTRAJAYA

TEL: 03 88880248

FAX: 03 88885144

_______________________________________________________________________________________________________

No. Ruj. Kami: SMKPP16(1).100-13/1/4(08)

Tarikh : 10 Mac 2021

Semua Anggota PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1)

Yang Berbahagia Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-16 & 17 SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-16 & 17, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 10 April 2021, Sabtu

Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/penjaga dijemput untuk turut serta bagi menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-16 & 17, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Putrajaya Presint 16(1) dan
demi kepentingan pendidikan anak-anak didik sekolah ini.

4. Mohon lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul/Cadangan di pautan :
https://forms.gle/TxCUjA82rcKG3ZKA9 selewat-lewatnya pada atau sebelum 26 Mac 2021 jam 11.59 pagi.

5. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi
memenuhi tanggungjawab sebagai anggota PIBG sekolah ini.

Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
tt

(SARINA BINTI HASHIM)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)

sk Pendaftar Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

5

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KE-16 2020/2021

TARIKH : 10 April 2021 (Sabtu)
MASA : 8:30 pagi
TEMPAT
Kehadiran : Rumah masing-masing
: Guru - 72 orang

Ibu bapa 165 orang

1. UCAPAN PENASIHAT PIBG
ENCIK KAMALUDDIN BIN MOHD KASSIM
PENGETUA SMK PUTRAJAYA P16(1)

1.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kesudian AJK PIBG dan ibu bapa hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG ke-16.
1.2 Tuan Pengetua, bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG ke-16 &
17 memohon maaf jika terdapat sebarang kesulitan di pihak ibu bapa untuk hadir ke
mesyuarat secara atas talian. Mesyuarat diadakan secara atas talian kerana pihak
sekolah perlu patuh kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SOP
yang telah ditetapkan.
1.3 Tuan Pengetua memohon ibu bapa terus setia menyertai Mesyuarat Agung PIBG ke-
16 & 17 secara atas talian, menyokong pihak sekolah dan PIBG demi kemajuan dan
kebajikan murid-murid SMK Putrajaya Presint 16(1)
1.4 Tuan Pengetua memohon ibu bapa bersama-sama dengan PIBG dan pihak sekolah
membantu murid-murid dan keluarga yang terkesan dengan Pandemik Covid19.
1.5 Tuan Pengetua memaklumkan Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
bersama-sama dengan PIBG berganding bahu untuk menceriakan dan mengindahkan
kawasan sekolah.
1.6 Tuan pengetua memaklumkan TV Imago ditempatkan di semua bilik darjah untuk
kegunaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Pihak sekolah akan terus berusaha
untuk memantapkan PdPc dan memastikan kecemerlangan akademik terus meningkat.
1.7 Tuan Pengetua memaklumkan aktiviti kokurikulum masih dijalankan secara atas talian.
Pihak sekolah berjaya menganjurkan Virtual Run (Peringkat Kebangsaan)dan
Pertandingan Catur Dalam Talian 2021 (Peringkat Antarabangsa)

Makluman

2. UCAPAN ALU-ALUAN
DR ZAIDI BIN OMAR
YDP PIBG
2.1 Ucapan alu-aluan kepada pengetua Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim, Naib Yang
Dipertua PIBG Dato Seri Dr Suhaimi bin Saad, ahli PIBG, ibu bapa dan guru-guru .
Alhamdulullah kita dapat berhimpun sekali lagi untuk melaksanakan Mesyuarat PIBG Kali
Ke-16. Buat pertama kali mesyuarat agung dilaksanakan dalam talian mengikut SOP
terkini akibat musibah Covid-19.
2.2 Mesyuarat tahun lalu terpaksa ditangguhkan sehingga sekarang tetapi mesti juga
diadakan untuk memenuhi keperluan perlembagaan.
2.3 Terima kasih kepada ibu bapa yang tidak jemu menghadirkan diri untuk memberi
sokongan kepada PIBG.

6

2.2 Fungsi PIBG di sekolah terhad kepada perlembagaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membantu perkembangan murid, membantu
kebajikan murid dan memberi bantuan kewangan.
2.3 Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah dengan pentadbiran sekolah, bolehlah
berjumpa terus dengan guru yang bertanggungjawab atau dengan Pengetua kerana
PIBG tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tersebut.
2.4 Sebahagian besar aktiviti PIBG tahun 2019 adalah memberi bantuan kewangan
kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti yang banyak memerlukan belanja
yang besar ialah aktiviti kecemerlangan. PIBG telah membelanjakan sebanyak Rm56 000
untuk membiayai aktiviti kecemerlangan. Hasilnya sekolah pada tahun 2019 sekolah telah
mencapai peratus kelulusan paling tinggi setakat ini iaitu 97.8%. Pada tahun 2018 peratus
kelulusan adalah sebanyak 96%.
2.5 Tahniah diucapkan kepada guru yang membimbing murid-murid dan juga anak-anak
yang berusaha dengan gigi demi mencapai kecemerlangan.
2.6 Jumlah perbelanjaan tahun lepas melebihi RM127 000 dan butirannya terdapat
dalam Laporan Kewangan. Pada tahun 2019, pendapatan PIBG adalah lebih kurang
RM140 000. Sumber pendapatan PIBG sebahagian besar daripada sumbangan ibu bapa
dan tidak banyak pendapatan daripada sumber-sumber lain.
2.7 Program kemahiran keibubapaan telah dijalankan oleh PIBG untuk semua ibu bapa
di Putrajaya. Tahun 2019 merupakan tahun kelima program ini dianjurkan.
2.7 Masa depan sekolah amat cerah kerana mempunyai gandingan mantap pengetua,
guru-guru kanan, guru-guru dan murid serta sokongan daripada PIBG bagi memastikan
kecemerlangan.

Makluman

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1 Dibentangkan oleh Dr Zaidi bin Omar
Dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Mohd Fauzee bin Abd Majid
Disokong oleh Astika Zawawi

Makluman

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Dr Zaidi bin Omar membangkitkan isu penggunaan gajet di sekolah untuk
program Buku Teks Digital yang dimulakan dengan kelas 1 Farabi bermula pada
April hingga Ogos 2019. Murid lain akan bermula pada tahun hadapan.
Jawapan: Tuan pengetua menjelaskan, penggunaan gajet tersebut
ditangguhkan kerana terdapat masalah teknikal kawalan penggunaan dalam
kalangan murid. Penggunaan akan disambung semula selepas pemantapan dari
segi teknikal.
4.2 Dr Zaidi bin Omar membangkitkan isu Program Tanpa Tunai di sekolah.
Jawapan: Tuan Pengetua memaklumkan program masih diteruskan.
4.3 Dr Zaidi membangkitkan isu pembinaan pagar sepanjang jalan di hadapan
sekolah dalam perancangan bagi keselamatan murid-murid.
Jawapan: PIBG telah bermesyuarat dengan perbadanan Putrajaya untuk
mencari jalan penyelesaian bagi isu tersebut.
4.4 Dr Zaidi membangkitkan isu jumlah unit penapis air coway di sekolah.
Jawapan: PIBG telah menyediakan 2 unit Coway untuk kegunaan murid.
4.5 Dr Zaidi memaklumkan En Fauzee bin Abd Majid mencadangkan agar yuran
PIBG dinaikkan sebanyak RM60.
Jawapan: PIBG menjelaskan bahawa yuran PIBG masih dikekalkan RM50.

7

5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020
Setiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2019/2020 ( rujuk muka
surat 15-17).

Dicadangkan untuk diterima oleh Encik Fauzee bin Abd Majid

Disokong oleh Encik Hasan bin Yusof

Makluman

6. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG untuk tarikh berakhir 31
Disember 2019
Bendahari membentangkan laporan penyata kewangan yang berakhir 31
Disember 2018 (rujuk muka surat 19-24).

Dicadangkan untuk diterima oleh Encik Abdul Rahman bin Omar

Disokong oleh Encik Nizar bin Mohd Yatim

Makluman

7. PERBINCANGAN ISU SEMASA
Tiada

8. HAL HAL LAIN
Tiada

9. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30pagi.

PENUTUP

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………… ……………………………..
(SARINA BINTI HASHIM) ( Dr. ZAIDI BIN OMAR)
Setiausaha Kehormat PIBG YDP PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1) SMK Putrajaya Presint 16(1)
10 April 2021 10 April 2021

8

LAPORAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
SESI 2020/2021

1.0 MUKADDIMAH

PIBG memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan serta memantapkan jentera
pengurusan sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai bidang. Fungsi dan peranan ibu bapa juga diperkukuhkan lagi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Sebagai rakan strategik
sekolah yang terpenting, PIBG memainkan peranan signifikan dalam pelbagai aspek termasuk
peningkatan aspek kurikulum murid-murid. Ibu bapa boleh berperanan sebagai Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) seperti yang dinyatakan dalam Sarana Ibu Bapa.

2.0 JAWATANKUASA PIBG

Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021adalah seperti berikut:

Penasihat : Encik kamaluddin bin Mohd Kassim
Yang DiPertua : Dr Zaidi bin Omar
Naib Yang DiPertua : Dato’ Seri Dr. Suhaime bin Haji Saad
Setiausaha : Sarina binti Hashim
Bendahari : Nurul Fathiah binti Mohd Nasir

Ahli Jawatankuasa:

1. Prof. Madya Dr. Jamia Azdina Binti Jamal (Ibu bapa)
2. Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh (Ibu bapa)
3. Puan Nurhidayah Binti Dato’ Badaruddin (Ibu bapa)
4. Tuan Hj. Abd Rahman Bin Omar (Ibu bapa)
5. Dr. Badrulzaman bin Abd Hamid (Ibu bapa)
6. Encik Fauzee bin Abd Majid (Ibu bapa)
7. Suriani binti Yusoff (Guru)
8. Norzita Azura binti Mohamad (Guru)
9. Muhammad Fahmi bin Zawawi (Guru)
10. Noorhazira bt Ismail (Guru)

Juruaudit - Puan Faridah bt Hashim (Ibu bapa)
Juruaudit - Cikgu Noorafizan bt Abd Rashid (Guru)

9

3.0 MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-16 yang sepatutnya diadakan pada 28 Mac 2020 telah
ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang dikuatkuasakan kerana
wabak Covid19. Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Putrajaya Presint 16(1) yang bermesyuarat pada
29 Mei 2020 ( https://meet.google.com/yrn-avbt-wyd. ) telah bersetuju sebulat suara untuk
menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-16, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK
Putrajaya Presint 16(1) ke tahun 2021. Jawatankuasa telah berkesempatan untuk mengadakan
mesyuarat sebanyak empat kali sepanjang tahun 2020/2021.

4.0 LAPORAN AKTIVITI

Berikut adalah antara aktiviti telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang sesi 2020/2021.

NAMA PROGRAM

1. Program Meet, Greet & Explore Tingkatan 1 2020
2. Program Maneuvering The Future Tingkatan 4 2020
3. Larian Ceria Perpaduan 1 Murid 1 Sukan 2020
4. Minggu Komunikasi dan Kolaborasi 2020
5. Majlis Pertauliahan Pemimpin Murid (MAPIM) 2020
6. Bengkel Pengiraan Meritokrasi Kemasukan ke IPT 2020
7. Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Sekolah 2020
8. Majlis Penetapan Sasaran calon PT3 dan SPM 2020
9. Majlis Menjejak Kecemerlangan Murid Tingkatan 2 2020
10. Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2020
11. Program Ziarah Cakna 2020
12. Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu 2020
13. Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia WP Kuala Lumpur &

Putrajaya
14. Kursus Kecemerlangan SPM ‘The Amazing Youth’ 2020
15. Kursus NLP For SPM Students
16. Seminar Take Action Ting 3, Ting 4, Ting 5
17. Program Kepimpinan MAPIM (Superwolf for Young Leaders)
18. Program Let’s Reach for The Stars Ting 5 2020
19. Program Pengurusan Stress (Cakna Remaja) 2020
20. Program Apa Khabar Warga Emas 2020
21. Bicara Ayahanda 2020
22. Kejohanan Sukan Olahraga ke-18
23. Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan 2020
24. Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih 2020
25. Pertandingan Robotik 2020
26. Program Bantuan Makanan 2020
27. Sarapan pagi dan makan tengahari calon SPM 2020
28. STO Virtual Run 2021 “STO Fight Covid-19” Peringkat Kebangsaan
29. Program Meet, Greet & Explore Tingkatan 1 2021
30. Program Manoeuvring The Future Tingkatan 4 2021
31. Motivasi #NeverGiveUp 2021
32. Taklimat Permohonan Kemasukan UPUonline 2021
33. Bengkel Meritokrasi SPM 2021

10

34. Motivasi Pecutan Akhir SPM
35. Program Kerjaya Digital I.R 4.0
36. Program Revolusi Industri 4.0 Mengubah Pasaran Kerjaya : Cabaran dan

Persediaan Murid
37. Majlis Kesyukuran Peperiksaan SPM

11

LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021 2020
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (RM)
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2020

Nota

ASET SEMASA

Wang Di Bank 3 247,330.79

JUMLAH ASET 247,330.79

DANA TERKUMPUL

Baki pada 1 Januari 51,532.29
Lebihan/(Kurangan) Pendapatan Tahun Semasa 195,798.50

247,330.79

(Nota yang berkembar merupakan sebahagian daripada akaun ini)

12

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

2020

Nota (RM)

PENDAPATAN

Sumbangan PIBG Tahun Semasa 4 0.00

Sumbangan Kecemerlangan 5 0.00

Sumbangan Lain 6 421,350.00

Faedah / Keuntungan Akaun Simpanan 7 0.00

Program Bantuan Makanan (Yayasan Wilayah Persekutuan) 4,540.00
Jumlah Pendapatan 425,890.00

PERBELANJAAN

Aktiviti Kecemerlangan 8 22,284.00

Pembangunan Sahsiah Murid dan Lain-lain Aktiviti 9 33,770.00

Aktiviti Kokurikulum 10 8,130.00

Prasarana Murid 11 156,716.50

Pengurusan PIBG 12 115.00

Program Bantuan Makanan (Yayasan Wilayah Persekutuan) 9,076.00
Jumlah Perbelanjaan 230,091.50

LEBIHAN/ (KURANGAN) PENDAPATAN TAHUN SEMASA 195,798.50
(Nota yang berkembar merupakan sebahagian daripada akaun ini)

13

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
NOTA KEPADA AKAUN

1 ASAS PERAKAUNAN

Penyata Kewangan PIBG SMK Putrajaya Presint 16(1) bagi tahun 2019 disediakan mengikut
prinsip perakaunan asas tunai.

2 POLISI PERAKAUNAN ASET TETAP
Aset yang bernilai RM500 akan dipermodalkan. Kadar susutnilai setahun bergantung
kepada jenis aset yang dibeli yang akan ditentukan kemudian.

3 WANG DI BANK 2020
(RM)
Baki Pada 31 Disember 247,330.79
No. Akaun 36301000507 di Hong Leong Islamic Bank Berhad, atas nama
Persatuan Ibu Bapa-Guru SMK Putrajaya Presint 16(1).

4 SUMBANGAN PIBG TAHUN SEMASA 2020
Jumlah murid SMKPP16(1) pada tahun 2020 ialah seramai 1012 orang (RM)
0.00
Sumbangan PIBG (setiap keluarga RM50) 0.00
JUMLAH

5 SUMBANGAN KECEMERLANGAN 2020
(RM)
Sumbangan Kecemerlangan (setiap murid Ting 1 : RM30)
Sumbangan Kecemerlangan (setiap murid Ting 2 : RM30) 0.00
Sumbangan Kecemerlangan (setiap murid Ting 3 : RM75) 0.00
Sumbangan Kecemerlangan (setiap murid Ting 4 : RM75) 0.00
Sumbangan Kecemerlangan (setiap murid Ting 5 : RM100) 0.00
JUMLAH 0.00
0.00

6 SUMBANGAN LAIN 2020
(RM)
Bayaran Yayasan Pelajaran Mara 840.00
Sumbangan Individu 200.00
Sumbangan Bantuan Covid-19 3,910.00
Sumbangan atas usaha PIBG 414,400.00
SPRM 1,000.00
Pameran Pendidikan Kerjaya 1,000.00
JUMLAH 421,350.00

14

7 FAEDAH / KEUNTUNGAN AKAUN SIMPANAN 2020
(RM)
Hibah akaun PIBG di Hong Leong Islamic Bank Berhad 0.00
JUMLAH 0.00

8 PERBELANJAAN AKTIVITI KECEMERLANGAN 2020
(RM)
Program kecemerlangan tingkatan 1 944.80
Program kecemerlangan tingkatan 2 2559.80
Program kecemerlangan tingkatan 3 2,309.80
Program kecemerlangan tingkatan 4 2,934.80
Program kecemerlangan tingkatan 5 13,534.80
JUMLAH 22,284.00

9 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID DAN LAIN-LAIN AKTIVITI 2020
(RM)
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 1,000.00
Whiteboard Market Set & Smart Home Mesh Wifi 1,800.00
Sinki Mudah Alih pasca PKP 520.00
Persediaan Pembukaan Sekolah 3,000.00
Sumbangan Bantuan Covid-19 3,910.00
Sumbangan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih 500.00
Derma Kematian 600.00
Pameran Pendidikan Kerjaya 1,000.00
Cenderamata 750.00
Laptop 15,490.00
Kamera & Aksesori 5,200.00
JUMLAH 33,770.00

10 PERBELANJAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2020
(RM)
Penyelenggaraan Bilik Kokurikulum dan Bilik Moral 2,350.00
Pertaulihan Kepimpinan Murid 100.00
Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia WP KL dan Putrajaya 500.00
Pasukan Memanah 680.00
Merentas Desa Peringkat Kebangsaan 3,000.00
Kedai Jujur 1,000.00
PA Sistem 500.00
JUMLAH 8,130.00

15

11 PERBELANJAAN PRASARANA 2020
(RM)
Sewaan Bulanan Penapis Air Coway 3,168.00
Imago Edu Board (Deposit 50%) 88,972.50
Musolla 28,000.00
Pemasangan Grill 10,400.00
Pemasangan WIFI 20,876.00
Laluan Digital 2,000.00
Penyelenggaraan 3,300.00
JUMLAH 156,716.50

12 PERBELANJAAN PENGURUSAN PIBG 2020
(RM)
Caj buku cek dan perkhidmatan bank 115.00
JUMLAH 115.00
Nota: Angka perbandingan tahun lalu disesuaikan dengan klasifikasi tahun semasa

16

LAPORAN JURUAUDIT

Bahawasanya kami telah mengaudit akaun-akaun yang telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG adalah
mengikut piawaian pengauditan yang telah diluluskan.

Kami berpendapat bahawa:

Akaun-akaun tersebut telah memberi gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan
1 kewangan PIBG pada tahun berakhir 31 Disember 2019.

Rekod-rekod perakaunan yang lain-lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh perlembagaan
2 supaya disimpan dengan baik mengikut peruntukan perlembagaan tersebut.

Kami yang menjalankan amanah,

tt tt
(NOORAFIZAN BINTI A.RASHID) (FARIDAH BINTI HASHIM)

Juruaudit PIBG SMKPP16(1) Juruaudit PIBG SMKPP16(1)

Tarikh : 23 FEB 2021 Tarikh :12 MAC 2021

Disediakan oleh,

tt
(NURUL FATHIAH BT MOHD NASIR)

Bendahari PIBG SMKPP16(1)
Tarikh :23 FEB 2021

Disahkan oleh,

tt tt
(KAMALUDDIN BIN MOHD KASSIM) (ZAIDI BIN OMAR)

Penasihat PIBG SMKPP16(1) YDP PIBG SMKPP16(1)

Tarikh :8 APRIL 2021 Tarikh :8 APRIL 2021

17

JAWATAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Penasihat PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Setiausaha SESI 2020/2021
Bendahari
Ahli Jawatankuasa PENYANDANG
(Ibu Bapa)
Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim
Ahli Jawatankuasa (Pengetua)
( Guru ) Dr. Zaidi bin Omar

Juruaudit Dato’ Seri Dr. Suhaime Bin Saad

Sarina binti Hashim

Nurul Fathiah binti Mohd Nasir

1. Tuan Haji Abd. Rahman Bin Omar
2. Dr. Badrulzaman bin Abd Hamid
3. Puan Nur Hidayah bt Dato’Badaruddin
4. Encik Fauzee bin Abd Majid
5. Prof. Madya Dr. Jamia Azdina bt Jamal
6.Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh

1. Suriani binti Yusoff
2. Norzita Azura binti Mohamad
3. Noorhazira bt Ismail
4. Muhammad Fahmi bin Zawawi

1. Puan Faridah binti Hashim (Ibu Bapa)
2. Noorafizan binti Abd Rashid (Guru)

18

SEKALUNG BUDI

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG ke-16 & 17 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.

SMK Putrajaya Presint 16(1)
Jalan P16G, Presint 16
62150 Putrajaya
www.smkpp16.edu.my

www.facebook.com/smkpp16

19


Click to View FlipBook Version