The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-20403867, 2023-02-17 10:11:49

Kajian Tindakan

LWAM

Keywords: yusofadam

Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 1 PROPOSAL PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN LIVE WITH ADD MATHS (LWAM)


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 2 ISI KANDUNGAN PERKARA Muka Surat 1. Tajuk Kajian 3 2. Nama Sekolah 3 3. Nama Penyelidik 3 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 3 - 4 5. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian 4 6. Objektif Kajian 4 - 5 7. Kumpulan Sasaran 5 8. Tindakan yang dicadangkan 5 - 6 9. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt 6 - 7


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 3 1.0 TAJUK KAJIAN Live with Add Maths. (LWAM) 2.0 NAMA PENYELIDIK Rafiza Binti Zainuddin 3.0 NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa Jalan Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur Telefon 03-4252 2891 4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) LALU Sesi persekolah 2022 bermula pada 11 April 2022. Semua warga pendidik ceria dan bersyukur kerana dapat mengajar secara bersemuka dengan anak-anak didiknya. Sekolah telah bersedia dengan segala perancangan termasuk persediaan jadual waktu guru dan kelas. Saya menerima jadual waktu mengajar 2022. Seperti yang dijadualkan, dalam seminggu, 120 minit sahaja masa yang diperuntukan bagi setiap mata pelajaran elektif. Bagi mata pelajaran elektif matematik tambahan, masa minimum setahun ialah 90 jam. Peruntukan masa ini berlandaskan Surat Pekeliliang Iktisas KPM Bil. 9 Tahun 2016 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017. Secara fizikalnya, saya akan masuk mengajar hanya 2 kali selama 1 jam dalam sesi persekolahan setiap 1 minggu. Setiap hari Selasa, 7.30 – 8.35 am dan Khamis 1.10 pm – 2.20 pm, saya akan berjumpa dengan kelas 4 Citrine mengajar mata pelajaran matematik tambahan. Sesi PdP berjalan dengan baik dan mendapat ransangan positif daripada murid-murid. Aktiviti pengajaran akan diakhiri dengan sesi penilaian. Maka, latihan kendiri atau lebih dikenali sebagai ‘home work’ akan diberi. Kebanyakkan soalan adalah secara topikal diambil daripada buku teks matematik tambahan KSSM tingkatan 4. Murid – murid terima dengan terbuka, kerana masih segar lagi dalam ingatan pengajaran yang baru disampaikan. Minimum bilangan soalan tidak kurang daripada 3. Bergantung kepada bentuk soalan. Sekiranya, jalan penyelesaiannya pendik, bilangan soalan boleh mencapai ke 10 soalan. Murid-murid sedia maklum, tempoh masa untuk melengkapkan setiap kerja sekolah, ialah 2 ke 3 hari.


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 4 Semakan secara rawak ‘home work’ akan dijalankan sebelum sesi pengajaran bermula. Murid akan bersuara, “dah siap cikgu”. Kedengaran juga, “Cikgu, boleh tolong bincang soalan nombor 3”. Ada yang membisu seribu kata. Tersengih di hujung meja. Ada yang berkata, “tertinggal buku atas meja, tapi dah siap cikgu”. Ayat biasa sering kedengaran apabila di minta untuk hantar buku latihan. Secara purata, hanya 20 ke 30 peratus sahaja murid yang menghantar kerja sekolah yang lengkap, tanpa bantuan guru. Saya pun tertanya-tanya, beberapa isu di dalam kepala, adalah soalan yang dinilai tidak mencapai tahap mereka? Soalan susah? Bilangan soalan terlalu banyak? Budak-budak kelas sains tulin ni banyak sangat homework? Sela tempoh waktu pdp antara selasa dan khamis yang lama menyebabkan murid-murid sudah lupa topik yang di ajar? Atau perkara yang sama menurunkan semangat dan motivasi belajar matematik tambahan? Apabila saya membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan, dalam mesyuarat panitia, ada guru-guru yang menyatakan, murid hari ini malas . Mereka suka disuapkan sahaja apa-apa ilmu tanpa berfikir. Masalah disiplin dan sikap murid mula dikaitkan sebagai salah satu penyebab murid gagal menghantar latihan atau “homework”. Kaedah dan cara yang lebih berkesan perlu di ambil tindakan. Masalah sikap yang berterusan menyebabkan motivasi menurun. Maka, secara tidak lansung memberi kesan kepada prestasi gpmp dan peratus lulus matematik tambahan. 5.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Walaupun dapat mengesan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, fokus saya adalah lebih kepada kajian masalah sikap atau tingkah laku murid (behaviors). Murid tidak melakukan kerja sekolah secara konsistan. Sikap murid suka membuat latihan adalah kurang. Motivasi murid belajar dan menyukai mata pelajaran matematik tambahan menurun. Namun begitu, tinjauan secara lisan menunjukkan bahawa murid lebih cenderung untuk melengkapkan latihan sekiranya jawapan kepada soalan matematik tambahan itu disertakan, cikgu bantu bersama sekiranya soalan melibatkan aras yang tinggi dan bilangan soalan yang tidak terlalu banyak. Dengan membantu murid membentuk disiplin supaya membuat latihan matematik tambahan setiap hari, saya mengharapkan kajian ini memberi impak peningkatan kualiti gpmp serta peratus lulus matematik tambahan. 6.0 TENTUKAN OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan dapat mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Meningkatkan kualiti nilai gpmp dan peratus kelulusan Matematik Tambahan.


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 5 ii. Objektif Khusus a) Memotivasikan murid untuk berubah sikap agar membuat latihan matematik tambahan setiap hari. b) Meningkatkan keupayaan murid menghantar latihan matematik tambahan yang lebih konsistan. c) Menetapkan latihan yang berkualiti, berkesan mengikut tahap penguasaan murid d) Meningkatkan kualiti TP PBD, gpmp dan peratus lulus mata pelajaran Matematik Tambahan. 7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan murid – murid tingkatan 4 Citrine 2022 SMK Taman Setiawangsa iaitu 15 murid berbangsa Melayu yang terdiri daripada 2 murid lelaki dan 13 murid perempuan. 8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN i. Tinjauan masalah Tinjauan awal masalah dilakukan seperti berikut. a) Mengutip buku latihan murid setiap kali tamat waktu pdp mengikut jadual, hari Selasa dan Khamis. b) Mengira jumlah buku murid yang menghantar dan menyemak kualiti kerja yang dihasilkan. ii. Program “LWAM” – Live with Additional Mathematics Cara Pelaksanaan. a) Menyenaraikan 1 soalan matematik tambahan setiap hari. Soalan yang dipilih berdasarkan tahap murid dan topik terkini yang diajar berdasarkan rancangan pelajaran harian. Soalan diambil daripada buku teks Matematik Tambahan KSSM tingkatan 4. b) Menyediakan jawapan akhir bagi setiap soalan yang disediakan. c) Soalan dan tarikh melengkapkan latihan dikongikan kepada murid melalui Telegram Kelas atau selepas tamat sesi pembelajaran di sekolah. d) Murid di minta melengkapkan 1 soalan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 6 e) Murid di wajibkan menghantar latihan yang lengkap melalui telegram masing-masing. f) Guru menyemak dan menyediakan senarai semak murid yang menghantar. g) Murid yang tidak hantar akan dipantau dan diberi amaran. iii. Analisis Gempur TOV dan Peperiksaan Pertengahan Tahun Menganalisis secara individu setiap murid keberkesanan aktiviti LWAD iaitu perkaitan kekerapan penghantaran latihan dengan keputusan peperiksaan Gempur TOV dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 Aktiviti dan tarikh akan diubah suai mengikut keperluan dan perkembangan persekitaran semasa. Tedapat hari-hari yang dikecualikan atas sebab cuti penggal dan laluan kepada ujian / pentaksiran. 9.1 Carta Gantt Aktiviti / Bulan Tarikh Perlaksanaan MEI MEI JUN JUN JUN JUN JULAI Mengenal pasti masalah , tinjauan masalah Menulis proposal kajian Tindakan Merancang tindakan LWAM Melaksanakan tindakan , LWAM Analisis Refleksi Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian


Proposal Kajian Tindakan - Live With Add Maths : 7 9.2 Jadual Perlaksanaan Kajian BIL Aktiviti Tarikh Perlaksanaan 1 Mengenal pasti masalah , tinjauan masalah 9 – 10 Mei 2022 2 Menulis proposal kajian Tindakan 11 - 13 Mei 2022 3 Merancang tindakan LWAM 17 – 19 Mei 2022 4 Melaksanakan tindakan , LWAM 23 Mei – 30 Jun 2022 5 Analisis 1 Julai 2022 6 Refleksi 2 – 4 Julai 2022 7 Menulis laporan kajian 5 – 9 Julai 2022 8 Pembentangan dapatan kajian 13 Julai 2022 Disediakan oleh: ………………………….. (RAFIZA BINTI ZAINUDDIN) Guru MatematikTambahan SMK Taman Setiawangsa, KL.


Click to View FlipBook Version