The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Isyaaa, 2022-04-26 22:11:34

ETIKA & PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

ETIKA (e-MAJALAH) GROUP 6

EDIT BY GROUP 6 D
H
Etika & Peradaban F
Amalan Kaum India di Malaysia 1
A
NAMA PENSYARAH:
PUAN NURUL AMALIA BT. RUSLAN

APRIL
2022

Masyarakat India merupakan etnik ketiga VOL.
terbesar kat Malaysia yang telah menyumbang 01
ke arah pembentukan masyarakat majmuk di

negara kita

ISI

KANDUNGAN

PENGENALAN

AGAMA YANG DIANUTI : MS 1

KEPERCAYAAN KEPADA DEWA-DEWA : MS 3
• 3 KEPERCAYAAN UTAMA

KONSEP KARMA & KELAHIRAN SEMULA : MS 5
• KITAB-KITAB VEDA

PAKAIAN TRADISI KAUM INDIA : MS 7
• PENGENALAN PAKAIAN
• JENIS PAKAIAN LELAKI & PEREMPUAN
• AKSESORI BAGI WANITA INDIA
• UNSUR-UNSUR SIMBOLIK SARI

PERAYAAN YANG DISAMBUT : MS14
• HARI DEEPAVALLI, HARI VISHNU, HARI

THAIPONGGAL, HARI THAIPUSSAM, TAMIL
NEWYEAR, HARI SHIVARATHIRI, PAGUNI
UTHIRAM FESTIVAL & GOKUL ASHTAM

ADAT RESAM & KEBUDAYAAN : MS 20
• SEBELUM, SEMASA, SELEPAS

PERKAHWINAN
• KEMATIAN
• UPACARA VALAIKAAPU

5 PANTANG LARANG KAUM INDIA : MS 25
• PANTANG PERKAHWINAN
• PANTANG PERAYAAN
• AMALAN BERKABUNG
• HALANGAN MANISAN
• WARNA PAKAIAN

PERMAINAN TRADISIONAL : MS 31
• PERMAINAN KABBADI
• PERMAINAN SILAMBAM

MAKANAN TRADISIONAL : MS 34
• ANEKA MAKANAN INDIA

KESIMPULAN/PENUTUP

PENGENALAN KAUM INDIA

Pengenalan Kaum India di Malaysia ialah satu kaum di
Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang

berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di
Tanah Melayu. Sejarah Orang-orang India telah berhijrah ke

Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu.

Masyarakat India merupakan  Kaum India mula bekerja di

etnik ketiga terbesar di Tanah Melayu sebagai

Malaysia dan juga salah satu peladang di ladang-ladang

kaum yang telah menyumbang tebu dan kopi di seberang
ke arah pembentukan sebuah perai

masyarakat majmuk di negara  Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat india mempunyai
ini. Masyarakat india juga kaya banyak persamaan dengan
dengan kebudayaan kebudayan yang terdapat pada
masyarakat melayu seperti
mengekalkannya sehingga memakai inai
kini.

AGAMA

Setiap penganut Hindu YANG DIANUTI

perlu sentiasa Terdapat dua mazhab

penting dalam agama

menyesuaikan diri Hindu iaitu Saivanisme

untuk hidup demi dan Vaishnavisme

masyarakatnya dan Saivanisme merujuk

berusaha memuaskan kepada menyembah

hati nenek moyang dewa Shiva manakala

dan tuhannya.. Vaishnavisme pula

kepercayaan kepada

dewa Vishnu.

• Sebagai balasan tuhan-tuhannya AGAMA
akan menjauhkan mereka daripada KAUM INDIA
penyakit, sebarang bencana,
memanjangkan usia dan membantu Masyarakat Hindu percaya
mereka setiap perkara. kepada banyak Tuhan.
Antaranya, masyarakat

• Kepercayaan Dan Agama Hindu mempercayaiTuhan
Masyarakat India. Agama Hindu Ibu adalah bersifat
keibubapaan kepada
dianggap agama tertua yang
muncul di India kira-kira 3000 segala makhluk. Tuhan ini
tahun dahulu yang muncul pada dianggap bersifat ibu

Zaman Veda (2000SM hingga kerana kasih ibu dianggap

1000SM) di India. Hindu dikatakan paling suci dan tidak akan

berasal daripada Sindhu tempat mengecewakan anaknya.

permulaan Tamadun Indus iaitu di 1
Lembah

Info Tambahan….

Agama Hindu mempunya lima keyakinan dan kepercayaan yang
disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan

dasar umat Hindu. Antara keyakinan tersebut adalah:

•Widhi Tattwa
Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya.

•Atma Tattwa
Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk

•Karmaphala Tattwa
Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan

•Punarbhava Tattwa
Percaya dengan adanya proses kelahiran semula

•Moksa Tattwa
Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir
manusia

2

KEPERCAYAAN

KEPADA DEWA-DEWA

Hindu
Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi
dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh
dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan
kesedaran. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran,
kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana
sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma)
seseorang itu yang akan menentukan kehidupan
seterusnya di alam yang lain.

BRAHMA VISHNU SHIVA

Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk
mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh diri)
denganBrahman (Roh Agung). Brahman,
satu realiti yang menyeluruh, menjadilsvara (Than)
melalui tiga sifatnya iaitu;
i. Brahma: Pencipta
il. Vishnu: Pemelihara
ill. Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula

3

SHAKTI

Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa
feminin alam semesta, iaitu Shakti
yang juga dipanggil Devi.

Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

1.Shaivisme.
Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan
Pencipta Semula.. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan
lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf R yang lazim terdapat di kuil-kuil
dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

2. Vaishnavisme
Pemujaan dewa Vishnu merupakan amalan paling popular di kalangan
orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa
kesemasa untuk membantu manusia.

3. Shaktisme
Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan
yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati

4

1. Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam
salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka
semasa dalam hayat terdahulu.

2. Keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui perlulah
baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta
yang baik dalam kehidupan yang akan datang.

3. Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki
selepas kelahiran semula ialah karma.

4. Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan
kebahagiaan, kemakmuran dan usia yang panjang.

5

KITAB-KITAB
VEDA

 Kitab Veda ialah kitab yang
menjadi panduan dalam

masyarakat pengamal agama
Hindu.

 Kitab-kitab ini mengandungi
riwayat hidup, amalan-amalan
politik, kebudayaan, tempat,
pakaian minuman dan
sebagainya.

 Kitab-kitab ini juga
mengandungi ramalan-

ramalan tentang kedatangan

6

7

PENGENALAN PAKAIAN
TRADISIONAL

KAUM INDIA

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu
menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari
benua India. Pakaian kaum India lebih dikenali
dengan warna-warna terang dan kaya dengan
tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci

juga batu-batu permata.

Pakaian tradisional bagi wanita, mereka masih
mempertahankan tradisi mereka dengan memakai

pakaian Sari. Sesetengah mereka tidak hanya
mengenakan pakaian tradisional saat acara adat

tetapi juga pada keseharian mereka. Mereka
kelihatan cantik dengan mengenakan pakaian sari

dan rambut dihiasi bunga melati dan rambut
ditata rapi.

Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti 8
dilengkapi dengan turban manakala wanitanya
memakai sari yang digandingkan dengan choli
ketat. Wanita remaja mengenakan kaih labuh
‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek
atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau

kurta dan wanitanya mengenakan salwar-
khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh
yang diperindahkan dengan sulaman benang emas

dan labuci.

PAKAIAN LELAKI 9

Kurta Pyjama - merupakan pakaian yang dipakai
oleh masyarakat India lelaki. Material yang
digunakan adalah menggunakan kain satin di
pergelangan tangan dan di lutut. Kurta ini juga
digayakan dengan seluar panjang dengan
menggunakan kain satin juga. Kurta Pyjama
biasanya dipakai di seluruh India dengan kegiatan
seharian, acara perayaan dan upacara adat.

Dhoti - merupakan pakaian tradisional orang
lelaki dalam kaum India. Dhoti diperbuat
daripada lebaran kain berwarna putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah peha dan
kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian
kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu. Dhoti
juga merupakan hasil tenunan yang ditenun
menggunakan benang kapas dan ada juga dhoti
yang ditenun khas dengan benang silk.
Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari
ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Sherwani - adalah pakaian seperti jubah
panjang yang dipakai oleh kaum lelaki.
Sherwani memiliki hiasan bercirikan halusan
jahitan benang-benang emas di bahagian
dada. Pakaian Sherwani ini biasanya dipakai
semasa acara-acara rasmi.

Kurta - merupakan pakaian tradisional bagi lelaki
kaum India. Kurta merupakan kemeja panjang
yang sampai ke lutut dan diperbuat daripada kain
kapas atau lime dan sutera. Kurta selalunya
dipadankan dengan seluar longgar atau seluar
churidar. Kurta selalunya dipakai ke majlis-majlis
rasmi seperti perkahwinan.

PAKAIAN PEREMPUAN/WANITA

Salwar Kameez - atau dikenali sebagai Baju
Punjabi merupakan pakaian tradisional yang
popular dalam kalangan wanita di utara India.
Pakaian ini terdiri daripada blaus Panjang
yang dipadankan dengan seluar Panjang yang
longgar atas , tetapi semakin mengecil di
bawah kakinya. Wanita india juga gemar
memapaki dupatta di bahu mereka ketika
memakai Salwar Kameez.

10

2. SARI

• Sari ialah sehelai kain berukuran lima hingga enam meter
yang tidak dijahit dan dipakai oleh golongan wanita di
India. Perkataan sari berasal dari perkataan Prakrit
„Sattika‟ seperti yang dinyatakan dalam sastera agama
Jain dan Buddha awal. Sejarah pakaian India
mengembalikan sari ke tamadun Lembah Indus yang
berkembang pada 2800 SM hingga 1800 SM di sekitar
bahagian barat India.

• Sari dan agama Hindu mempunyai kaitan yang rapat.
Dipercayai bahawa kain yang tidak dijahit seperti sari dan
dhoti ialah pakaian yang suci untuk penganut agama
Hindu. Ini kerana dahulunya sari hanya dipakai semasa
upacara keagamaan. Namun, sari telah menjadi pakaian
harian untuk kaum perempuan India terutamanya pada
musim perayaan dan majlis tertentu.

• Kebanyakkan kain satti adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak
baju yang ketat dan singkat. Kemudian satti dililit dari
pinggang dan diselempangkan pada bahu kiri. Lilitan
pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk
menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

• Dari segi pemilihan warna, kebanyakkan sari yang dipakai
berwarna gelap seperti merah, biru, hijau, dan ungu.
Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah
mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai kelihatan
menarik, kebanyakkan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat bagi
menyerlahkan lagi kecantikkan si pemakainya

11

AKSESORI 12

Seperti yang dilihat, aksesori hanya di pakai pada
pakaian wanita sahaja yang mempunya aksesori. Kaum
india amat gemar menggayakan pakaian bersama barang
kemas.

Oleh itu, warisan pemakaian sari telah pengaruh
terhadap warisan yang lain. Dalam pemakaian sari, barang
perhiasan tambahan dipakai oleh si pemakai bagi
kelihatan lebih menonjol. Antara barang perhiasan yang
dipakai bersama-sama sari ialah cincin, cucuk sanggul,
dokoh, anting-anting, dan gelang tangan.

Contohnya, pemakaian cucuk sanggul goyang
yang dipakai ketika memakai sari juga dipakai oleh kaum
Cina. Selain itu, orang India juga memakai dokoh yang
menggantikan kalungan bunga malai yang lazimnya
dipakai ketika menari tarian India dengan memakai sari.
Orang melayu pada zaman dahulu mempunyai persamaan
budaya dengan kaum India kerana merekan juga
mengamalkan adat memakai dokoh ketika itu. Warisan
pemakaian sari bukan sahaja dipakai oleh kaum India,
malah ia telah memberi pengaruh secara tidak langsung
terhadap budaya kaum lain. Hal ini membuktikan bahawa
sari merupakan warisan sepanjang zaman yang masih dan
akan terus berkekalan.

UNSUR-UNSUR SIMBOLIK SEBALIK SARI Kita sering melihat kaum India memakai sari dalam pelbagai warna.
Pandangan pertama, kita tidak memikirkan tentang makna di sebalik warna
sari yang dipakai oleh mereka. Selepas penyelidikan dilakukan, sebenarnya
warna sari yang dipakai tersebut membawa yang tersirat. Dalam kalangan
kaum India, seorang gadis akan mula memakai sari apabila dia meninggalkan
alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja pada usia 12 tahun.
Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafan
masyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah dewasa. Sari berfungsi
sebagai bentuk komunikasi tanpa lisan. Mesej tertentu berupaya disampaikan
oleh pemakaian sari berdasarkan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan
corak kain, cara pemakaian, jenis kain, dan tempat sari dipakai. Warna, fesyen
dan corak blaus juga mempunyai pengertian tersirat. Sari putih
melambangkan pemakaian adalah seorang balu. Si pemakai secara automatik
dianggap sebagai golongan yang sudah merasai segala nikmat dan derita
hidup kini menunggu masa untuk kembali menemui Tuhan. Kebiasaannya si
pemakai sari putih akan diberi tempat khas dalam masyarakat, dihormati dan
dikasihani.

Manakala, sari yang panjang sehinga menutup seluruh bahagian kaki
merupakan cara pemakaian yang dianggap sopan dan sesuai untuk dipakai
semasa upacara rasmi seperti perkahwinan atau agama. Tambahnya lagi,
perbezaan pemakaian sari turut dapat dilihat melalui jenis kainnya juga.
Contohnya, pengaruh filem Bollywood yang popular di seluruh dunia telah
membawa kesan yang signifikan kepada citarasa perempuan muda kini
terhadap pemakaian sari.

13

PERAYAAN YANG
DISAMBUT

14

`1. HARI DEEPAVALI`

Hari Deepavali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu
seluruh dunia dan merupakan hari cuti Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
“Dipa” yang bermaksud cahaya dan perkataan “Gavali”
yang bermaksud barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga
dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya telah dikalahkan dan dibunuh
oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka
yang baik tentang godaan hantu dan syaitan. Peringatan
kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan sesame manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat
ketika dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yang melambangkan permulaan yang baru.
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung
dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan
“kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakar di atas
tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran
pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan “kolam” ini
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi,
Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
“kolam” di pintu masuk rumah mereka.

15

`2. HARI VISHNU`

Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam,
sambutan tahun barunya dikenali sebagai Vishu. Walaupun pada
asalnya dirayakan penduduk keturunan Malayali di Kerala, India.
Kini Vishu diraikan pada masyarakat Malayali di seluruh dunia.

Vishu ialah perayaan kebudayaan (tahun baru Malayali
tradisional) yang disambut di negeri India Kerala, Mangalore,
wilayah Udupi di Karnataka, daerah Mahé Wilayah Kesatuan
Pondicherry, beberapa kawasan jiran Tamil Nadu dan komuniti
diaspora mereka. Perayaan itu menandakan hari pertama Medam,
bulan kesembilan dalam kalendar suria diikuti di Kerala. Oleh itu,
ia sentiasa jatuh pada pertengahan April dalam kalendar Gregory
pada 14 atau 15 April setiap tahun.

Perayaan ini ditandai dengan masa keluarga, menyediakan
barangan bertuah yang berwarna-warni dan melihatnya sebagai
perkara pertama pada hari Vishu (Vishukkani). Khususnya, orang
Melayu ingin melihat bunga emas laburnum India (Kani Konna),
barangan wang atau perak, kain (pattu), cermin, beras, kelapa,
timun, buah-buahan dan hasil tuaian lain. Beberapa hari sebelum
Vishu, orang ramai mula meletuskan bunga api di rumah mereka
dan ia berakhir dengan banyak bunga api pada hari Vishu. Orang
ramai memakai pakaian baru (Koti) dan mereka makan jamuan
yang dipanggil Sadhya. Di Kaineettam, orang tua memberikan
sedikit wang saku kepada kanak-kanak.

Vishu menandakan hari pertama tahun astronomi dan oleh
itu Tuhan Vishnu dan penjelmaan Tuhan Krishna disembah pada
hari Vishu, kerana Tuhan Vishnu dianggap sebagai Tuhan Masa.
Pada hari inilah Tuhan Krishna membunuh syaitan Narakasura
dan kerana ini berhala Krishna disimpan dalam Vishu kani.

Tahun Vishu semasa ialah 01-01-5124 Vishu Vasrhsam
(tahun yang sama dengan Kali Yuga, pada 14 April 2022). Rekod
bahawa Vishu telah dirayakan di Kerala berlaku dari pemerintahan
Sthanu Ravi sejak 844 AD, apabila kalendar era baru (Kolla
Varsham) dimulakan menggantikan kalendar lama dengan 13
bulan dalam setahun.

16

`3. HARI THAIPONGGAL`

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum Pada subuh pagi Thaiponggal, para
India pada pertengahan bulan Januari petani akan bangun dan memasak bijiran

bagi merakamkan Uttarayan atau yang baru dituai yang dikenali sebagai
pergerakan matahari menuju ke utara. Ponggal. Masakan Ponggal ini
Diraikan selama empat hari berturut-
merupakan masakan hasil tuaian baru
turut. Ponggal termasuk Bhogi yang akan depersembahkan kepada
merupakan acara terbesar selepas
sambutan Deepavali dan Thaipusam. matahari pada waktu pagi.
Jika di India, perayaan ini selama Pesta Thaiponggal merupakan
seminggu. Di Malaysia, tidak kurang
hebatnya peranan yang dimainkan hari bagi memuliakan Dewa Matahari
yang penting kepada semua tanaman.
dalam seisi keluarga. Upacara penyembahan juga diadakan di
Thaiponggal merupakan kuil secara besar-besaran, dan di rumah

perayaan menuai yang diraikan secara kecil-kecilan.
mengikut calendar Hindu. Disebabkan Bagi perayaan di rumah, seluruh
hari perayaan Thaiponggal ditetapkan keluarga akan bangun awal lalu mandi
dalam calendar Hindu, hari Thaiponggal dan berpakaian cantic sebelum subuh.
Semua ini dilakukan tanpa
disambut berbeza dengan tempoh menggunakan cahaya. Apabila semua
menuai yang sebenar. Pada ahli keluarga telah bersedia, mereka
akan berkumpul mengelilingi gubahan
kebiasaannya, orang-orang Tamil akan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu
meraikan perayaan menuai Thaiponggal akan digunakan. Gambaran kecantikan
alam semula jadi mesti merupakan
pada minggu kedua bulan Januari. gambaran pertama dilihat pada waktu
pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari
tumbuhan sepenuhnya “vegetarian” akan
dihidangkan kepada semua ahli keluarga

17

`4. THAIPUSSAM`

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh 18
masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut
pada bulan kesepuluh dalam calendar Tamil yang dikenali juga sebagai
bulan “Thai”.

Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan
yang lepas.

Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan
berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam
tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali
dan sentiasa mengunjungi kuil. 24 jam sebelum menyambut Thaipusam
pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya. Masyarakat yang beragama
Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di
Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.

Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa
patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedate
perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama
perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa
“kavadi”, iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas
berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini
adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa
Subramaniam.

Terdapat pelbagai jenis kavadi yang digunakan antaranya kavadi
yang paling mudah adalah kanopi semi bulat dihiasi disokong oleh
tongkat kayu yang dibawa diatas bahu, ke kuil. Di samping itu, ada yang
mempunyai lembing kecil melalui pipi. Lembing menikam melalui lidah
atau pipi mengingatkan beliau sentiasa Lord Murugan. Ia juga
menghalang daripada bercakap dan memberikan kuasa yang besar daya
ketahanan.

Antara yang paling menakjubkan adalah kavadi Vel, asasnya
mezbah mudah alih sehingga 2 meter, dihiasi dengan bulu merak dan
dilampirkan kepada hamba melalui 108 vels yang dicucuk ke dalam kulit
pada dada dan belakang. Berjalan dalam api dan deraan boleh diamalkan.
Ia mendakwa bahawa penganut yang mengamalkannya akan berkhayal,
tidak merasa sakit, tidak darah dari luka mereka dan tidak mempunyai
parut yang tertinggal. Walau bagaimanapun, beberapa amalan
masochistic yang lebih ekstrem telah dikritik sebagai berbahaya dan
bertentangan dengan semangat dan niat untuk agama Hindu.

5. TAMIL NEW YEAR (PUTHANDU)

Puthandu, atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Tamil,
sambutan hari pertama tahun baru Tamil tradisional pada
pertengahan bulan April oleh orang-orang yang berasal dari
Tamil Nadu dan Puducherry di India, dan penduduk Tamil di

Malaysia, Singapura dan Sri Lanka.

Orang memberi salam antara satu sama lain pada hari ini
dengan berkata (Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal). Ini
adalah selaras dengan kalendar suria Hindu. Tamilians percaya
bahawa ia adalah pada hari Tahun Baru Tamil bahawa Tuhan

Brahman memulakan penciptaan dunia.

6. HARI MAHA SHIVARATHIRI

“Maha-Sivaratri” adalah suatu perayaan Hindu yang
dirayakan pada malam hari keempat belas separuh
dalam bulan ‘Magha’, dalam Bahasa Tamil ‘Masi’, yang
sepadan dengan Inggeris bulan Februari-Mac, dalam
penghormatan kepada Siva, salah satu daripada Trinity
Hindu yang mewwakili aspek pemusnah di alam

semesta.

7. HARI PANGUNI UTHIRAM FESTIVAL

Perkahwinan Parvati dan Parameshwara, Muruga dan
Devasena boleh dipercayai dan Rangamanna berlaku
pada hari ini. Dalam bulan Mac atau April. Panguni
Uthiram perayaan jatu pada bulan ‘Panguni’ (Mac-
April). Bulan ini adalah istimewa kerana bintang
‘Uthiram’ dan ‘Pournami’ yang berlaku serentak.

19

8. UGADI (TELEGU NEW YEAR)

Ugadi (permulaan era) hari tahun baru bagi orang-
orang wilayah Deccan India. Walaupun rakyat
Andhra Pradesh dan Karnataka menggunakan Ugadi
Panjang untuk perayaan ini, rakyat istilah
Maharashtra perayaan yang sama dan dipelihara
pada hari yang sama Gudi Padwa.

Sindhis, orang-orang dari Sindh, meraikan hari
yang sama sebagai hari Tahun Baru mereka Cheti
Chand. Ugadi disambut pada hari yang berlainan
setiap tahun kerana kalendar lunisolar. Saka calendar
bermula dengan bulan Chaitra (Mac atau April) dan
Ugadi menandakan hari pertama tahun baru

9. GOKUL ASHTAM

Krishna adalah salah satu avatar terkenal Tuhan Vishnu
dan Tuhan yang mulia ini merupakan anak raja Vasudeva

dan isteri Devaki. Gokul Ashtami sebenarnya adalah
sambutan selamat hari jadi Tuhan Krishna dan ia sentiasa

disambut pada hari kelapan separuh gelap bulan
Bhadrapada yang datang terutamanya pada bulan Ogos

atau September.
Penganut meraikan hari Gokul Ashtami ini dengan
kegembiraan yang besar. Terdapat bacaan “Bhagavatam”,
menyanyi dan berdoa di mana-mana. Kuil-kuil yang dihiasi
untyk majlis itu, Kirtans dinyanyikan, loceng dibunyikan,
daun telinga ditiup, dan pujian Sanskrit dibacakan dalam

memuji Tuhan Krishna.
20

ADAT RESAM DAN
KEBUDAYAAN KAUM INDIA

“THAALI merupakan lambang suci perkahwinan
yang dikalung pada leher pengantin perempuan.”

SEBELUM PERKAHWINAN 21

Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau
Niccayam. Wakil lelaki akan datang ke rumah
pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan,

buah-buahan, cendana dan kumkum untuk
diberikan kepada wakil perempuan.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan
melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal

pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,
kedua-dua pengantin akan menukar sirih

pinang yang dinamakan taambuulan
maatruthal.

SEMASA PERKAHWINAN

Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke
dewan perkahwinan dengan meniris 'panir'
(air mawar). Kemudian pengantin perempun
diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki
ke pelamin untuk menjalankan upacara
perkahwinan. Pengantin perempuan
memakai sari pertunangan pada hari
perkahwinan. Sami meminta persetujuan
ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin
untuk meneruskan upacara perkahwinan

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin
perempuan dan seterusnya pengantin lelaki meletakkan
'pothu' pada dahi pengantin perempuan. Kedua-dua ibu
bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari
kaki pengantin perempuan manakala bagi pengantin
lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai
cincin pada jari kaki pengantin lelaki.Sami menyediakan
sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan
sebentuk cincin emas kedalamnya dan meminta
pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-
merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya
mendapat cincin emas, akan menyarungkan pada jari
tangan suami atau isterinya.

SELEPAS PERKAHWINAN

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

berlangsungnya sesuatu perkahwinan.

Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah

pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai

pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga

buah banana.

Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin

perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati

kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Akhirnya, pengantin

perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan 22

kehidupan baru yang bahagia.

KEMATIAN Ahli-ahli keluarga akan
mengelilingi mayat mengikut
Bagi masyarakat lawan jam sebanyak tiga kali
India,mereka mempercayai sebagai tanda penghormatan.
konsep kelahiran Kollic catti. Kollic catti
semula,iaitu kematian bermaksud periuk tanah liat
adalah ibarat tidur dan yang mengadungi api.
mereka akan bangun selepas Periuk tersebut di angkat
tidur. Sarjana India juga dengan menggunakan pelepah
menyatakan kematian adalah kelapa yang dibelah tiga di
perpisahan roh dan jasad, bahagian hujung dan diikat
dimana jasad akan hancur, pada periuk. Kollic catti
tetapi kembali ke alam dibawa oleh ahli keluarga si
barzakh. Dalam masyarakat mati samada anak ataupun
India,mayat akan dibakar bapa.Anak sulung melakukan
atau di kebumikan.Untuk untuk bapa yang telah
melaksanakan upacara ini meninggal dunia dan anak
pelbagai adat di tentukan. bongsu untuk ibu yang
Setelah dimandi dan dihias meninggal.
cantik ,mayat akan Seseorang yang membawa kollic
dimasukkan ke dalam catti akan mengiringi mayat.
keranda.Pada masa yang sama
lagu-lagu suci dimainkan. Sebelum itu pembawa kollic
Saudara mara akan memberi catti dikehendaki mencukur
penghormatan yang terakhir rambut.Ini menunjukkan bahawa
kepada si mati dan mereka akan hidup lebih
mendoakan agar roh si mati bahagia seperti rambut yang
akan tenang.Ketika itu baru tumbuh.
juga, ucapan tennadudaiya
shivanea pottrhi disebut 23
beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut
telah direstui oleh Tuhan.

Hadiah ini termasuk barang UPACARA VALAIKAAPPU
kemas, sari, gelang tangan,
Adat Valaikaappu dilakukan
serbuk kumkum, kunyit, ketika kandungan sulung
buah-buahan, sirih pinang,
wanita hamil menjangkau usia
sikat dan cermin serta tujuh hingga sembilan bulan.
pelbagai manisan. Hadiah di
Wanita hamil tersebut akan
dalam dulang ini akan dipakaikan sebentuk gelang
diletak di ruang tamu. tangan baru yang dikenali
Berbagai makanan juga
disediakan khas bagi wanita sebagai Suulkaappu. Suul
hamil tersebut seperti bermaksud `kandungan ibu” dan
pelbagai jenis nasi, kuih
muih, dan buah-buahan. Kaappu pula bermaksud
Wanita hamil tersebut ‘perlindungan’. Gelang ini
dipakaikan dengan sari
perkahwinan dan didudukkan dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam
di ruang tamu. kandungan daripada kesukaran
Seterusnya lampu minyak
kuttu vilakku dihidupkan semasa bersalin.
sebagai memohon restu Tuhan Gelang tangan yang dipakaikan

dan sebagai memulakan dalam upacara ini terdiri
upacara. daripada beberapa jenis iaitu

Para tetamu akan menyapu gelang kaca, pancalogam dan
kunyit pada tangan dan pipi emas mengikut kemampuan
Ibu mengelilingkan beras di masing-masing.
Setelah anak dilahirkan,
atas kepala sebanyak tiga
kali. Akhirnya suami gelang tangan emas tersebut
akan dileburkan untuk dibuat
menyuapkan manisan ke dalam perhiasan bagi bayi tersebut
mulut isteri. dan akan dipakaikan pada hari

pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan,

hadiah kepada wanita hamil
tersebut yang dikenali

sebagai ciir diatur ke dalam
dulang yang mempunyai
bilangan ganjil. 24

PANTANG LARANG

5 KAUM INDIA

PERTUNANGAN:

Selesai majlis pertunangan, bakal

1.PANTANG LARANG pengantin perempuan dan
bakal pengantin lelaki dilarang

PERKAHWINAN keluar pada waktu malam kerana takut
terkena panahan mata orang lain atau

Perkahwinan kaum India di berlaku kemalangan yang tidak
Malaysia diklasifikasikan sepatutnya.
kepada beberapa jenis iaitu
PANTANG LARANG SEBELUM

Tamil Tirumanam, Eliyat MAJLIS PERKAHWINAN:
Tirumanam dan Vaitiikat
Tirumanam. Kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu

tanpa sebarang kesilapan. Jika

MERISIK: terdapat kesilapan bermakna

Setiap pasangan yang belum perkahwinan tersebut tidak dapat

berjalan dengan lancar.

berkahwin akan dirisik oleh PANTANG LARANG JAMUAN:
pihak lelaki. Pasangan ini akan Hidangan seperti daging lembu tidak
saling membalas
boleh dihidangkan, kerana agama hindu
kunjungan. Ketika rombongan
melarang makan daging lembu

oleh bakal pengantin perempuan, jika jamuan tersebut dilakukan di

bakal pengantin perempuan kuil. Hanya sayur-sayuran yang boleh
dilarang ikut serta kerana dihidangkan kepada para tetamu.
dianggap tidak sopan.
25

2. PANTANG

LARANG PERAYAAN

PERAYAAN UTAMA
PERAYAAN DEEPAVALI:

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan
pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan
November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari,
masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan
memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-
kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila
berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan
rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah

26

PERAYAAN 27

THAIPUSAM:

Hari Thaipusam (தைப்பூசம்)
merupakan perayaan yang disambut
oleh penganut yang beragama Hindu
di seluruh dunia bagi menghormati
dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan
'Thai' yakni jatuh pada bulan
kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada
hari Thaipusam, bulan penuh
melintasi bintang terang. Mereka akan
membawa susu yang diisi dalam
belanga kerana susu itu dianggap
paling suci . Susu ini diisikan dalam
belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi
susu ini akan dihias dengan pelbagai
corak, warna, daun dan benang.
Belanga ini akan dijunjung di atas
kepala dari luar kuil hinggalah ke
dalam kuil. Walau bagaimanapun,
bukan semua penganut Hindu
membawa belanga berisi susu ini. Hal
ini demikian kerana pembawaan
belanga bukanlah kewajipan dalam
meraikan kebesaran Tuhan Murugan.

PESTA PONGGAL:

Ponggal merupakan perayaan menuai
yang disambut selama empat hari
pada bulan Thai di dalam kalendar
kaum india.Ia sempena berakhirnya
musim menuai, dimana hasil tuaian
ditujukan kepada Suriabhagawan
atau Dewa Matahari.
Ponggal disambut pada hari pertama
bulan Thai. Bulan Thai merupakan
bulan ke-10 di dalam kalendar kaum
india. Bulan ini, disambut dengan
hadiah dan pakaian baru untuk ahli
keluarga serta doa kepada dewa
untuk kemakmuran di tahun-tahun
akan datang. Bulan Thai juga sangat
sesuai untuk perkahwinan.
Rumah-rumah dihiasi dengan daun
mangga dan lantai dihiasi dengan
corak-corak yang dilukis
menggunakan tepung beras atau
beras berwarna. Ada juga yang
mengikat batang tebu di luar rumah
mereka.

28

3.AMALAN BERKABUNG.

Amalan ini dilakukan bertujuan untuk
menghormati sanak saudara yang telah
meninggal dunia. Semua ahli terdekat bagi

individu yang telah meninggal dunia
dilarang menyambut perayaan Deepavali
selama setahun. Namun begitu mereka
masih dibenarkan untuk melawat ke rumah

rakan-rakan seagama. Keadaan ini
bertujuan untuk memberi penghormatan
kepada ahli keluarga yang telah tiada dan
untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri

dan keluarga.

4. HIDANGAN MANISAN. PALKOVA

Manisan ini berkait rapat dengan LADDU
kepercayaan penganut Hindu. Manisan
Palkova, halwa, Laddu dan atherasam HALWA
dianggap juadah wajib bagi menjadikan PENERAM
sambutan Deepavali lebih bermakna dalam
kehidupan penganutnya. Manisan ini 29
merupakan acara pembuka bagi hari
Deepavali kerana membawa kegembiraan,
keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan
yang berpanjangan dalam diri seseorang.
Mengikut kepercayaan penganut Hindu,
manisan yang dibuat tidak boleh dimakan
selagi manisan itu belum mendapa restu
daripada Tuhan. Pada pagi sambutan
Deepavali, masakan dan beberapa jenis

manisan dipersembahkan semasa
bersembahyang di rumah tujuan untuk
mendapat restu daripada Tuhan. Selepas
sembahyang, barulah hidangan manisan dan
juga makanan istimewa lain yang disediakn

boleh dinikmati.

5. PAKAIAN

Warna pakaian yang dipakai semasa
menyambut Deepavali mestilah warna yang
garang seperi merah, biru dan oren. Mereka
dilarang memakai pakaian yang berwarna

hitam atau putih kerana ia bermaksud
kesedihan.

 WARNA YANG
DIBENARKAN

 WARNA YANG
TIDAK

DIBENARKAN

30

Permainan Cara bermain permainan
‘Kabaddi’
kabaddi
Permainan kabaddi
dimainkan untuk •Dalam satu permainan, 2
meningkatkan kemahiran diri
dan untuk membangun pasukan dibentuk yang mana
responsive cepat kepada
serangan. Ia juga mengasah terdiri daripada 7 orang pemain.
refleks serangan balas
daripada individu •Permainan ini dilangsungkan

•Satu pasukan akan menghantar selama 20 minit, dengan 5minit
penyerang kepada pasukan pihak
lawan bertujuan untuk setengah untuk berehat semasa
menyentuh salah seorang
daripada pemain pihak lawan pertukaran gelanggang antara
sebelum patah balik kepada
pasukannya. pasukan.

•Penyerang bermula melafazkan •Gelanggang yang digunakan
dengan kuat perkataan “kabaddi”
tanpa berhenti sehingga adalah 15m x 28m (separuh
penyerang itu menghabiskan
pusingan dia dalam permainan daripada gelanggang bola
iaitu, sampai pulang ke
pasukannya keranjang). Terdapat satu

garisan menegak yang

membahagikan gelanggang

kepada dua bahagian bagi

kedua-dua pasukan yang

bermain 31

• Pihak pertahanan

membentuk sebuah rantaian seperti

berpegangan tangan antara satu

sama lain bertujuan untuk

mengelakkan diri daripada

penyerang yang ingin menyentuh

mereka.

• Pemain yang telah

disentuh oleh penyerang akan

terkeluar dan meninggalkan padang.

• Jika rantai terputus

disebabkan oleh penyerang yang

telah menyentuh salah seorang

daripada rantaian tersebut, pemain- • Apabila penyerang yang

pemain pihak lawan itu perlu ditahan oleh pihak lawan itu telah

menghentikan dan menahan menyentuh garisan tengah gelanggang,

penyerang yang ingin balik ke
pasukannya setelah menyentuh salahmaka penyerang itu selamat dan boleh
meneruskan permainan. Jika
seorang daripada pihak lawan.
penyerang tersebut gagal untuk

menyentuh garisan tersebut, maka

penyerang perlu menyerah kalah dan

keluar daripada permainan.

• Perlawanan ini diteruskan dengan

penghantaran setiap pemain

daripada kedua-dua pasukan secara

bergilir-gilir.

• Pada akhir perlawanan,

pasukan yang mengumpul mata

tertinggi adalah pemenang.

32

Permainan Perkataan silambam berasal
Silambam daripada perkataan „silam‟
atau „silambu‟ yang
bermaksud bukit dan
perkataan „bamboo‟.
Apabila gabungan dua
perkataan yang panjang ini
dipendekkan, timbullah
perkataan silambam yang
bermaksud „buluh dari bukit‟.
Silambam menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri seperti
berdisiplin, berpengetahuan,
berperikemanusiaan,
mementingkan keamanan,
kesetiaan dan banyak lagi.

33

PENGENALAN MAKANAN TRADISI INDIA

Masakan India dicirikan oleh kegunaan
pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain

ditumbuh di India dan juga untuk amalan
tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak
bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan
India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik
hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia

berlainan dari rantau ke rantau,
mencerminkan demografi berlainan dari subbenua

India ang secara etnik berpelbagai

Kepercayaan agama dan budaya India telah
memainkan suatu peranan berpengaruh dalam

evolusi masakannya. Meskipun, masakan di
sepanjang India juga timbul oleh kerana interaksi
kebudayaan skala besar subbenua dengan Parsi

yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia
Barat, membuatnya suatu pemaduan unik dari

pelbagai masakan di sepanjang Asia.
Perdagangan rempah di antara India dan Eropah

sering dipetik sebagai suatu mangkin untuk
Zaman Penjelajahan Eropah zaman penjajah
memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India
menambahkan pada kelenturan dan kepelbagaian
masakan India.] Masakan India telah mempunyai
suatu pengaruh luar biasa pada masakan di
sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara

34

ANTARA MAKANAN
TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKKU

NASI DAUN
PISANG

IDLI NASI
TOSAI BRIYANI

35

KESIMPULAN

• Kita seharusnya mengekalkan tradisi yang sedia ada di Malaysia
amat penting agar tradisi tersebut tidak ditelan zaman dan tidak
dilupakan. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa dalam
masyarakat India membantu kita untuk lebih memahami tentang
tradisi tersebut. Oleh yang demikian, pelbagai langkah yang efektif
perlu diambil dan diterapkan dalam diri setiap masyarakat.

• Dengan berpegang teguh pada agama India, masyarakat india
mampu mengekalkan tradisi mereka yang sedia ada di Malaysia.
Hal ini kerana, apabila masyarakat India sentiasa mengamalkan
amalan ibadat, mereka akan sentiasa berpegang teguh pada
kepercayaan mereka. Academic edu juga menyatakan bahawa
amalan agama penting kerana ia mampu mencerminkanidentiti
mereka kepada masyarakat yang ada di Malaysia. Agama dan
tamadun juga merupakanperkara yang sinonim. Tanpa agama
sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Inikerana
agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada
tamadun yang sedangingin membangun dan ia juga merupakan
salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah
tamadun dalam kehidupan masyarakat

 https://pkpgbk6.weebly.com/kaum-india.html

 https://www.studocu.com/my/document/unive
rsiti-teknologi-mara/islamic-asian-

civilisation/ctu553-kaum-india/8322163

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

 https://www.malaysiakini.com/news/518072

 https://www.studocu.com/my/document/unive
rsiti-teknologi-mara/islamic-asian-

civilisation/ctu553-kaum-india/8322163

 https://selongkar10.blogspot.com/2011/10/9-
jenis-perayaan-perayaan-yang-disambut.html

 http://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-
india.html

 https://anyflip.com/crnos/jwuw/basic
• https://saji.my/makanan-tradisional-india/


Click to View FlipBook Version