The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chegusudusudip96, 2021-07-07 22:10:22

Kertas Penerangan 2 Modul C09

Kertas Penerangan 2 Modul C09

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 – 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W.P. PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM / HT-012-2:2012 PENYEDIAAN DAN
PROGRAM CODE & NAME PEMBUATAN MAKANAN

TAHAP / LEVEL L2

NO DAN TAJUK UNIT HT-012-2:2012 - C09 CATERING SET-UP
KOMPETENSI / COMPETENCY ACTIVITIES
UNIT NO.
AND TITLE 1. IDENTIFY VENUE AND SPACE
ALLOCATION FOR CATERING SETTING
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI ACTIVITIES
KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. AND 2. IDENTIFY TYPE OF BUFFET DISPLAY,
STATEMENT MENU AND SETTING FOR CATERING
ACTIVITIES.
NO. KOD
3. SELECT EQUIPMENT AND UTENSILS
NEED

4. CARRY OUT CATERING SETTING
ACTIVITIES

HT -012-2:2012/C09/P (1/2) Muka : 1 Drp
: 24

PENGENALAN SUSUN ATUR KATERING DAN FUNGSINYA
Contoh 1: Susun atur dan pelan lantai dapur komersial / dapur hotel

Contoh 2: Susun atur dan pelan lantai dapur komersial bersama restoran

Contoh 3: Susun atur dan pelan lantai restoran

Contoh 4: Susun atur dan pelan lantai dewan bankuet

PEMILIHAN LOKASI DAN RUANG DALAM PERKHIDMATAN KATERING

Sesebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan katering hendaklah
memikirkan implikasi pemilihan lokasi dan ruang dalam operasi perkhidmatan
katering, kerana pemilihan ini boleh membawa kejayaan atau kegagalan sesebuah
perkhidmatan katering.

Ciri-ciri pemilihan lokasi dan ruang ialah :

a) Lokasi:
Lokasi yang strategik dengan kemudahan prasana yang lengkap seperti
tempat letak kereta, selesa dan kondusif untuk pelanggan

b) Kebersihan premis perniagaan:
Kualiati makanan dan minuman yang sentiasa dijaga dan dipantau oleh badan
tertentu. Penggunaan peralatan yang tidak pecah dan bersih.

c) Kualiti makanan yang dijual:
Menitikkan kualiti makanan dengan tidak mencampur adukkan makanan yang
telah lama dimasak dengan yang baru dimasak untuk memastikan kesegaran
makanan. Makanan tidak terdedah pada suhu bilik untuk mengelakkan
berlakunya pencemaran makanan. Sentiasa menghidangkan makanan yang
segar dan di masak dalam kuantiti yang diperlukan.

d) Pengendali makanan:
Cepat menyediakan makanan yang dipesan. Mesra pelanggan serta
mempunyai etika dan bersopan terhadap pelanggan.

e) Kualiti perkhidmatan:
Susunan meja yang selesa serta kemudahan yang bersih , lantai tidak licin dan
berminyak. Mempunyai kemudahan seperti televisyen, alat penghawa dingin
serta waktu perniagaan yang tetap. Kawasan penyediaan makanan adalah
terbuka agar pelanggan dapat melihat pengendali makanan menyediakan
makanan.

f) Harga berpatutan :
Sesuai dengan makanan yang disajikan dan tempat yang disediakan.

KEPERLUAN ASAS LOGISTIK

Logistik bermaksud perkhidmatan pengangkutan barangan dan perkhidmatan,
rantaian kargo atau penggudangan dan aktiviti berkaitan atau peruncitan yang
berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman, dan barangan.

Di dalam perkhimatan katering tidak berpusat keperluan logistik amat diperlukan untuk
memastikan pengurusan perkhidmatan penyajian dapat di jalankan dengan lancar
dan teratur. Contohnya kenderaan seperti lori dan van diperlukan untuk membawa
peralatan penyajian, makanan & minuman, pekerja ke tempat perkhidmatan penyajian
di jalankan.

Antara keperluan logistik yang diperlukan adalah seperti gambar di bawah.

KEPERLUAN ASAS LOGISTIK

PERALATAN DAN BAHAN YANG BEKEPERLUAN LOGISTIK BAGI KATERING
TIDAK BERPUSAT


Click to View FlipBook Version