The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1758-24-ayuni, 2023-10-02 00:08:28

Bahasa Melayu Komunikatif

MPU3112m

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUSGAYA, KOTA KINABALU,SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGANKEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA(TESL) -KERJA KURSUS- KURSUS: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF KOD KURSUS : MPU3112m GRED: KANDUNGAN i. Tugasan 1: Penghasilan Produk ii. Tugasan 2: Persembahan iii. Tugasan 3: Penulisan NAMA PELAJAR AYUNI BINTI HELIVEN ANGKA GILIRAN 2022072440130 KUMPULAN PISMP TESL SJKC 2 AMBILAN AMBILAN JUN 2022 SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 NO. TELEFON BIMBIT 0198838947 ALAMAT E-MEL [email protected] NAMA PENSYARAH KHADIJAH ADENAN KRITERIA Tugasan 1: Penghasilan Produk Tugasan 2: Persembahan Tugasan 3: Penulisan JUMLAH(100%) PEMERIKSA 1 PEMERIKSA 2 A. Pengesahan Pelajar : (Diisi semasa menghantar) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. ..................................................................TANDATANGAN PELAJAR: TARIKH : 24 SEPTEMBER2023B. Pelajar menerima maklum balas hasil tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada Pensyarah)


Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam Perlembagaan Malaysiadisebabkan oleh fungsinya. Antara fungsi Bahasa Melayu dalamPerlembagaanMalaysia ialah sebagai Bahasa Rasmi. Bahasa rasmi Malaysia adalah BahasaMelayu , seperti yang telah tertulis dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna semua kerajaan persekutuan dan negeri, serta institusi-institusi kerajaan, perlu menggunakan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, pentadbiran, dan dalam urusan rasmi. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuahnegara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi (Rosyatimah Binti Mohidin, 2012). Selain Bahasa rasmi, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasaperpaduan. Bahasa Melayu dimandatkan sebagai bahasa rasmi untuk menjadi senjata ampuh mempromosi perpaduan nasional. Bahasa Melayu sebagai bahasaperpaduan menjadi bahasa yang melambangkan penyatuan suara yang digunakansebagai alat perhubungan di dalam lingkungan kelompok manusia sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara Kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu berkait rapat dengansifat ketelusan budi bahasa atau budi pekerti dan keikhlasan yang terpancar dalamtatacara komunikasi sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahandanrasa tersinggung daripada pihak pendengar untuk menetapkan komunikasi yangharmoni tanpa mengakibatkan sebarang konflik (Asmah Haji. Omar, 2000). Contohkesantunan bahasa dalam Bahasa Melayu ialah penggunaan kata hormat. Menggunakan kata-kata yang menunjukkan hormat seperti "Encik," "Puan," atau"Tuan" ketika bercakap dengan seseorang yang lebih tua ataupun org atasan. Seterusnya, gunakan ucapan Terima Kasih dan Permintaan Maaf, Mengucapkanterima kasih dengan tulus ketika seseorang memberikan bantuan atau jasa, danmeminta maaf dengan sopan jika melakukan kesilapan. Rajah 1.1


Rajah 1.1 menunjukkan kerancuan Bahasa Melayu dalam salah satu media sosial iaitu Twitter. Di mana penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris dicampurkanataupun lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Salah satu punca perkara ini terjadi adalah kerana pengaruh bahasa asing. Pengguna sekarang mudah terpengaruhkerana begitu ghairah untuk mengunakan bahasa asing (Siti Hajar NorlaileeBt Mohammad Nor, 2010). Seperti yang dapat dilihat bahasa asing di sini ialah BahasaInggeris. Hal ini juga disebabkan oleh pengaruh teknologi. Seiring denganpeningkatan zaman permodenan ini, media sosial telah menjadi mediumuntukberkomunikasi antara masyarakat di dalam Malaysia mahupun di luar dankebanyakkan pengguna media sosial telah mencampuradukkan antara BahasaInggeris dan Melayu, hal ini mengakibatkan pengguna baru media sosial mengikuti tindakan yang sebenarnya kurang tepat. Rajah 2.2


Rajah 2.2 mempunyai situasi yang sama seperti rajah 1.1. Di mana kerancuanbahasa di rajah 2.2 juga menggunakan bahasa rojak, hanya sahaja ianya dalambentuk mempromosi perniagaan. Contohnya perkataan “Attention”, “Stock”, “Exclusive”, “High Taste”, “Design”, “Couple” dan juga “Complete”. Selainitu, terdapat juga kesalahan ejaan bagi perkataan “Pulak” di mana huruf Ksengajaditambah agar kedengaran seperti mengikuti tren terkini. Hal ini juga disebabkanoleh teknologi yang semakin maju yang memberi pengaruh sehingga sampai kebidang perniagaan tentang Bahasa Inggeris yang dicampuradukkan dengan BahasaMelayu. Rajah 3.3


Rajah 3.3 di atas memaparkan kerancuan bahasa yang disebabkan oleh pengaruhbahasa ibunda atau dialek/daerah keberadaan seseorang. Di mana perkataan “saya” telah dipendekkan menjadi “sy” dan “sa”. Perkara ini banyak didapati di negeri Sabahdisebabkan oleh dialek mereka, terutamanya orang yang berbangsa KDMR, iaitukadazan, dusun, murut dan rungus. Di dalam rajah 3.3 juga menunjukkan perkataanbahasa Inggeris iaitu “support” namun telah dipendekkan mengikut kesesuaiandialek mereka iaitu “sapot”. Tambahan pula, perkatan “tidak” juga telah disingkatkanmenjadi “X” yang juga bermaksud tidak. Dari sini, dapat kita lihat bahawa pengaruhdialek atau bahasa ibunda menjadi salah satu sebab kerancuan Bahasa Melayudalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kesimpulannya, Kerancuan bahasa dalam Bahasa Melayu adalah fenomenayang semakin biasa. Kerancuan bahasa ini mencerminkan perubahan semasa dalamcara komunikasi dalam talian, ia juga boleh mengakibatkan komunikasi yang tidakefektif dan mengurangkan kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa danpenggunaan yang betul dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk memeliharaintegriti bahasa. Oleh itu, sementara kerancuan bahasa mungkin tidak dapat dielakkan sepenuhnya, penting untuk terus menggalakkan penggunaan bahasa yangtepat dan kesantunan bahasa dalam komunikasi dalam talian. Ini membantumemastikan bahasa Melayu terus dipelihara sebagai bahasa yang bermaruahdanefektif untuk berkomunikasi dalam masyarakat yang semakin digital ini.


RUJUKAN Asmah Omar. (2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. KualaLumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Khaidir Bin Haji Othman. (2013). Kerancuan Bahasa Melayu. http://hajikhaidir.blogspot.com/2013/04/kerancuan-bahasa-melayu.html Rosyatimah Binti Mohidin. (2012). Bahasa Melayu Bahasaku. http://rospj.blogspot.com/2012/11/fungsi-bahasa-melayu.html Siti Hajar Norlailee Binti Mohammad Nor. (2010). Isu Bahasa. http://cpotbudu28.blogspot.com/2010/08/faktor-kerancuan-bahasa.html Siti Noraein Binti Razali. (2016). Kesantunan berbahasa dalam buku pemimpin dalam ungkapan melayu karya Tenas Affendy. http://studentsrepo.um.edu.my/9050/4/SITI_NORAIEN_BT_RAZALI.pdf


Click to View FlipBook Version