….. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 14 TARIKH : 13 MEI 2023 HARI : SABTU TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA PANGSAPURI MEGAHVILLA
ATURCARA MAJLIS NOTIS PANGGILAN MESYUARAT KATA ALUAN PENGERUSI SENARAI AJK JMB 2022/23 STATUS UNIT KEDIAMAN MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT KANDUNGAN LAPORAN KEWANGAN 2021 LAPORAN AKTIVITI 2022 LAPORAN BELANJAWAN 2023 PERBENTANGAN USUL
ATURCARA MAJLIS MASA TENTATIF PROGRAM 8.30 pagi Pendaftaran kehadiran tetamu jemputan 9.30 pagi Perlantikan Pengerusi Majlis -Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan -doa -Ucapan Pengerusi Jmb -Ucapan perasmian oleh COB 10.30 pagi Mesyuarat Agung 2023 - Pengesahan minit mesyuarat 2022 - Pembentangan audit 2021 - laporan Aktiviti bergambar - Pembentangan belanjawan 2023/2024 - Pembentangan usul - Pembubaran Exco sesi 2022/2023 - Pelantikan Exco sesi 2023/2024 12.30 TGHARI Penghargaan / jamuan
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI MEGAH VILLA Pejabat Pengurusan Dewan Orang Ramai ,Kota Warisan 43900 Sepang Selangor E-mail: [email protected] Tel/Fax:0387066197/019-5608527 __________________________________________________________________________________ 13 April 2023 Semua pemilik (Terutama yang Namanya telah di daftarkan di dalam hakmilik strata) Megah villa Apartment kota warisan Y.Bhg Dato/ Datin / Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 14 BADAN PENGURUSAN BERSAMA APARTMENT MEGAH VILLA Perkara di atas adalah di rujuk 2. Adalah di maklumkan Yg Bhg Dato / Datin / Tuan / Puan selaku pemilik unitunit di Apartment Megah villa Kota warisan Sepang di jemput untuk menghadiri Mesyuarat agung ke 13 Badan pengurusan Bersama Apartment Megah Villa seperti ketetapan berikut : 2.1 Tarikh : 13 Mei 2023 2.2 Hari : Sabtu 2.3 Masa : 8.30 pagi 2.4 Tempat : Dewan Serbaguna Megah Villa 2.5 Agenda : 1) Perlantikan Pengerusi Mesyuarat AGM JMB kali ke 14 2) Ucapan Pengerusi JMB 3) Membentangkan & Meluluskan Minit Mesyuarat AGM kali ke 13 4) Membentangkan dan meluluskan audit akaun Pangsapuri Megah villa 2021 5) Membentangkan bajet belanjawan 2023 6) Membentangkan Laporan Aktiviti JMB 2022 7) Perkara Berbangkit 8) Pembubaran EXCO JMB Sesi 2022/2023 9) Perlantikan jawatankuasa JMB baru sesi 2023/2024 10) Lain-lain Usul 11) Penutup 2.6 Buku Mesyuarat : Buku Mesyuarat AGM boleh di perolehi awal atas permintaan mulai 10 Mei 2023 ( Jumaat ) dengan mengambilnya di Pejabat JMB 2.7 Maklumat Mesyuarat : Lampiran 1 2.8 Borang Proksi : Borang A NOTIS PANGGILAN MESYUARAT-1
Sekiranya terdapat sebarang usul yang hendak di kemukakan untuk perbahasan dalam Mesyuarat Agung, Sila hantarkan kepada Setiausaha JMB melalui email atau secara terus ke pejabat JMB sebelum atau pada 30 April 2023 Sekian Terima kasih “BULAT AIR KERANA PEMBETUNG BULAT KATA KERANA MUAFAKAT -------------------------------------------------------- EN MOHD MASROM BIN SUPARI PENGERUSI JMB MEGAH VILLA 2021/2022 S.K 1. Ketua Unit COB Majlis Perbandaran Sepang NOTIS PANGGILAN MESYUARAT -2
LAMPIRAN 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 14 APARTMENT MEGAH VILLA KOTA WARISAN SYARAT-SYARAT KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JMB 1. Separuh daripada pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir, sama ada sendiri atau secara proksi, hendaklah membentuk suatu kuorum dalam sesuatu mesyurat agung. Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang di tetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung suatu kuorum tidak hadir , pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum. 2. Apa-apa perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam suatu mesyuarat agung hendaklah di putuskan secara mengangkat tangan melainkan jika suatu pengundian di tuntut oleh seorang pembeli atau proksinya. 3. Kesemua pembeli boleh menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan ini . Walaubagaimanapun , hanya pembeli yang telah menjelaskan SEMUA kumpulam wang penyenggaraan mereka sehingga April 2023 akan dibenarkan mengundi. Pembeli adalah di nasihatkan untuk menjelaskan sebarang tunggakan caj penyenggaraan sebelum 30 April 2023 jika berminat untuk terlibat dalam proses pengundian dan perlantikan Ahli Jawatankuasa. 4. Pembeli yang gagal untuk menjelaskan semua Kumpulan wang penyelenggaraan mereka seperti syarat (3) di atas , TIDAK dibenarkan untuk mengundi di dalam mesyuarat tersebut, samada secara sendiri atau melalui proksi. 5. Pembeli yang gagal menjelaskan semua kumpulan wang penyelenggaraan mereka tidak akan di benarkan untuk memegang sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa tersebut. 6. Pembeli Bersama perlu melantik seorang proksi Bersama secara bertulis untuk menghadiri mesyuarat tersebut tertakluk kepada syarat 3, 4, 5 di atas. Sekiranya ingin menggunakan proksi sila lengkapi borang A. 7. Wakil daripada syarikat pelu memberikan surat kuasa bertulis daripada syarikat : dan sertakan Bersama borang B. Jawatan wakil syarikat sekurangkurangnya Pengurus Syarikat Tuan /Puan adalah amat digalakkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih
BORANG A SURAT KUASA PERLANTIKAN PROKSI /WAKIL Kepada : Pengerusi Badan Pengurusan Besama (JMB) Pangsapuri Megah Villa *Saya / kami (Nama dan No K/pengenalan)……………………………………………………… Dan ……………………………………………………………pemilik bagi petak No Unit…………. Dengan ini melantik (Nama)…………………………………………………………. ………………. No kad Pengenalan …………………………. yang tandatangannya adalah seperti di bawah ini sebagai proksi / wakil *saya / kami di Mesyuarat Agung Tahunan JMB Pangsapuri Megah Villa Kali Ke 14 yang akan di adakan pada 13 Mei 2023 ( Sabtu ) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Megah Villa Kota Warisan 43900 Sepang , Selangor ------------------------------------------ --------------------------------------- Nama Wakil : Pembeli 1 : No K/p : No k/p : --------------------------------------- Pembeli 2 : No k/p : *potong yang tidak berkenaan Sila serahkan surat ini semasa pendaftaran mesyuarat
BORANG B BORANG SYARIKAT Kepada : Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah villa *Saya / kami (Nama Syarikat ) …………………………………………………………………………………… Pemilik bagi petak ( No unit ) …………………………dengan ini melantik (Nama wakil syarikat) ………………………………………………………………No Kad pengenalan ………………………………. ( Jawatan wakil syarikat) ………………………………………………………yang tandatangannya adalah seperti di bawah ini sebagai proksi / wakil *Saya / kami di mesyuarat Agung tahunan JMB Pangsapuri Megah Villa Kali Ke 14 yang akan di adakan pada 13 Mei 2023 (Sabtu jam 8.30 Pagi bertempat di Dewan Orang ramai Pangsapuri Megah Villa Kota Warisan 43900 Sepang, Selangor . ………………………………………… ………………………………………... Nama Wakil : Pembeli 1 : No K/p : No K/P : ………………………………………… Pembeli 2 : No K/p : *Potong yang tidak berkenaan Sila serahkan surat ini semasa pendaftaran Mesyuarat
UCAPAN PENGERUSI JMB
PESANAN PENGERUSI JMB SEMPENA AGM TAHIJN 2022 - 2023 (1444H) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah..bersyukur kita pada Allah SWT kerana kita masih boleh bernafas dan dapat meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujiannya.Bersyukur kepada mereka yang tinggal di Megah Villa,kerana banyak sejarah kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikiran,kenangan pahit dan manis terlalu banyak yang hendak dikongsi bersama penduduk agar mereka tahu erti kehidupan di dalam perumahan yang berstrata, terutamanya di Megah Villa yang berkeluasan hampir 17 ekar ini yang mula diduduki pada 30.03.2003 hampir 20 tahun. Alhamdulillah Megah Villa masih di dalam Kawasan yang menjadi perhatian daripada badan-badan kerajaan dan Ngo,sejak Jmb ditubuhkan pada tahun 2008 dan diuruskan oleh penduduk sendiri yang menjadi Ajk dlm pengurusan Jmb.Bertanggungjawap,jujur dan Amanah serta mempunyai sifat tolak ansur serta mesra terhadap penduduk adalah menjadi pilihan utama untuk menjadi AJK dalam jmb.Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menguruskan Pangsapuri di Megah villa sejak tahun 2008 sehingga 2023 dimana kenangan manis itu menjadi satu kayu ukur dalam mendapatkan pencapaian Anugerah-anugerah Cemerlang yang dinilai oleh pihak luar seperti KPKT,LPHS dan COB Majlis Perbandaran Sepang serta badan-badan lain.Di antara Anugerah yang diterima Pangsapuri Megah Villa adalah seperti. 1. Saguhati 5 k-star terbaik dalam Selangor 2014 (RM5000.OO) 2. Peserta(Ajk) kursus fokus Terbaik Sepang 2016 3. Peserta(Ajk) Kursus fokus Terbaik Sepang 2019 4. Naib johan keseluruhan pengurusan jmb/mc terbaik sepang 2019 (RM700.OO) 5. Johan keseluruhan pengurusan jmb/mc terbaik sepang 2020 (RM 10.000) 6. Johan keseluruhan pengurusan jmb/Mc terbaik sepang 2021(RMIO.OOO) 7. Johan keseluruhan pengurusan jmb/mc terbaik sepang 2022 (RMIO.OOO) Banyak lagi Anugerah yang Megah Villa terima.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan itu,kerana setiap kejayaan itu perlu melalui dengan ujian-ujian daripada sikap penduduk terlebih dahulu yang perlu dihadapi baik ujian dalaman atau luaran yang perlukan kesabaran yang sangat tinggi dan cara berfikir ke arah yang positif.Semoga dengan Anugerah yang diterima itu ia dapat Memberi semangat dan juga dapat dikekalkan oleh Ajk-ajk, pekerjapekerja yang sedia ada sekarang ini dan juga yang akan datang. KATA ALUAN PENGERUSI JMB
Tahun 2021 — 2022 Ajk jmb banyak memberi fokus kepada landskap dan isu-isu dalaman serta luaran yang perlu diperbaiki ke arah yang lebih baik di dalam Megah Villa itu sendiri Seperti. 1.Baik pulih lampu perangkap nyamuk yang disumbangkan oleh KPKT pada Pangsapuri megah villa sebanyak 55 unit. 2.Penambahan signboard- singnboard baru berhubung sampah untuk menjaga kebersihan. 3.Menebang pokok untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta Bersama. 4.Mengecat padang bola tampar 5.Baik pulih signboard selamat datang ke Jmb Megah villa. 6.Membeli cctv bergerak tujuan untuk memantau masalah yang berlaku dalam Megah Villa baik keselamatan dan kebersihan. Alhamdulillah dapat atasinya dengan baik di mana Jmb dapat mengesan pelakunya. 7.Menambah baik pada tugu Jmb dan persekitaranya. 8.Membaik pulih lampu jalan yang sudah rosak dan mengantikan dengan lampu LED yang lebih menjimatkan kos. 9.1su burung merpati yang menjadi masalah penduduk.Alhamdulillah dapat diatasi dengan cara menangkap dan memasak daging burung tersebut. 10.Begitu juga tentang keselamatan dan parking kenderaan yang masih menjadi satu cabaran.Alhamdulillah masih boleh dikawal dalam keadaan baik. 11. Mengeluarkan kenderaan yang tersadai di Kawasan landskap (Combi) 12.1su di Tribunal.Alhamdulillah dapat di selesaikan dengan baik. 13.Baik pulih bumbung rosak disebabkan oleh ribut yang merosakkan 9 blok dan hujan lebat baru-baru ini yang melanda megah villa pada 12.04.2022 Sabtu petang.Alhamdulillah tidak ada berlaku kemalangan jiwa dan pihak pengurusan sedang membuat tuntutan ganti rugi kepada pihak insuran. 14. Mengecat bangunan tabika bahagian luar. begitu juga pemantauan urusan kewangan keluar maşuk dalam semua urusan supaya tidak berlaku pembaziran dan sejarah hitam krisis kewangan yang pernah melanda pengurusan di awal penubuhan Jmb.AIhamdulilIah Jmb masih dapat mengekalkan cara pengurusan berdasarkan peraturan-peraturan dalam Akta 757 yang menjadikan Jmb/mc itü lebih kuat.Begitu juga dalam mengambil tindakan kepada segelintir penduduk yang suka melakukan kesaIahan.Sama-samalah kita memajukan Pangsapuri Megah Villa ini dan menjadikan satu contoh yang baik pada jmb/mc lain yang berada dalam Negara Malaysia. Megah Villa juga sudah dikenali di seluruh negara dengan kehadiran pemimpin-pemimpin negara dalam negara ini yang hadir di Megah Villa.Seperti Perdana Menteri Dato Seri İsmail Sabri Bin Yaakub hadir ke Megah Villa untuk kunjungan ziarah kasih penduduk yang tidak sihat dan melawat Kawasan sekitar. Jmb juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KRT Megah Villa.Persatuan Silat Gayong Megah Villa & Combi yang banyak membantu pihak pengurusan.Semoga
hubungan baik ini dapat dikekalkan buat selama-lamanya demi kebaikan bersama penduduk.Dengan hubungan yang baik itü Alhamdullah tidak secara langsung dapat membantu daripada segi kutipan bayaran maintenance dan perkara-pekara yang berkaitan pengurusan. Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut kedatangan Aidil fitri bagi tahun ini,saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izinnya kita dapat beribadat selama sebulan di bulan Ramadhan dan seterusnya akan menyambut hari raya Aidil fitri,hari kemenangan umat İslam. Bulan Ramadhan bulan yang penuh Barakah.didalamnya terdapat banyak kelebihan keutamaan antaranya dibuka pintu syurga,ditutupnya pintu neraka dan diikatnya syaitansyaitan.selain itu,bulan ini merupakan bulan keampunan di mana setiap harinya terdapat mukmin yang terlepas dari api neraka,dibuka pintu syurga selain itü didalamnya juga terdapat satu malam iaitu lailatur qadar yang penuh berkah di mana ganjaran beribadat pada malam itü adalah seumpama seribu bulan. Sejajar dengan bulan yang mulia ini,marilah kita sama-sama menuju ke arah penambah baikan di dalam diri kita dan menjana perubahan positif diri dan masyarakat yang kita sayangi. Sempena ketibaan syawal tahun ini yang penuh cabaran,marilah kita sama-sama merenung Kembali setiap apa yang berlaku disekeliling kita hari ini di mana kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia dan tidak secara langsung negara kita juga terkesan dengan isu ekonomi. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak COB Majlis Perbandaran Sepang kerana telah banyak membantu dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar serta sokongan kepada pihak JMB Pangsapuri Megah Villa.Semoga hubungan yang amat baik ini antara Jmb Megah Villa dan COB Majlis Perbandaraan Sepang dapat diteruskan buat selama-lamanya Serta disambung hubungan baik oleh Generasi yang akan datang dalam pengurusan di pangsapuri Megah Villa ini. Mohd Masrom Bin Supari Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Megah Villa.l<ota Warisan Sepang. "BARANGSIAPA MERINGANKAN BEBAN ORANG YANG DALAM KESULITAN MAKA ALLAH AKAN MERINGANKAN BEBANNYA Dl DUNIA DAN AKHIRAT." (HR.MUSLIM)
AHLI JAWATANKUASA 2022-2023
SENARAI AHLI JAWATANKUASA JMB 2022/23 PENGERUSI EN MASROM BIN SUPARI BENDAHARI EN ALIZAM BIN KUSRIN SETIAUSAHA MOHD NORJAIMIN BIN MOHD SAID AJK KESELAMATAN KHOPIR B MOHAMED NORDIN AJK KEBERSIHAN ZAHARI BIN AB KARIM
PERKARA /BLOK BLOK A BLOK B BLOK C BLOK D BLOK E BLOK F BLOK G BLOK H BLOK J BLOK K BLOK L BLOK M JUMLAH UNIT 80 80 80 80 80 80 80 80 80 80 80 80 UNIT HAKMILIK STRATA 47 39 38 46 34 37 41 44 33 33 35 37 UNIT TIADA HAKMILIK STRATA 30 34 38 31 41 36 31 31 35 42 36 31 TIDAK DI KETAHUI STATUS PEMILIKKAN 3 7 4 3 5 7 8 5 12 5 9 12 UNIT YANG LAYAK MENGUNDI 28/80 18/80 26/80 30/80 27/80 27/80 23/80 26/80 27/80 22/80 25/80 20/80 STATUS UNIT KEDIAMAN DI MEGAH VILLA
MEBENTANGKAN & MELULUSKAN MINIT KE 13
MINIT MESYUARAT AGUNG BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI MEGAH VILLA RUJ : KALI KE 13 TARIKH :23/04/2022 HARI : SABTU TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA PANGSAPURI MEGAH VILLA KOTA WARISAN, SEPANG WAKTU : 09.00 PAGI HINGGA 12.46 TGHARI SENARAI KEHADIRAN: PEMILIK YANG LAYAK BERSUARA : NO NAMA PEMILIK UNIT 1. En Mohd Masrom Bin Supari A-1-07 2. En Mohamad Alizam Bin Kusrin D-G-03 3. En Khopir Bin Mohamed Nordin F-2-03 4. En Mohd Noor Bin Mohd Suboh G-G-11 5. En Mohd Masrom Bin Supari A-2-16 6. Pn Sharifah Dzuraitul Hayani / Mohd Zamzuri Bin Haron K-G-05 7. En Jamal Bin Masuri K-3-03 8. En Ramli Bin Ismail D-1-14 9. Pn Zalina Binti Ahmad H-2-05 10. Pn Mariyana Binti Ahmad E-1-06 11. En Mohd Norjaimin Bin Mohd Said D-2-03 12. Pn Mahani Binti Ghazali J-1-15 13. En Zahari Bin Ab Karim F-G-05 14. Mr Foong Leong Poh C-2-03 15. En Zulkifli Bin Arifin H-1-11 16. Pn Nor Azlina Binti Ab Ghani K-G-02 17. En Anuar Bin Dagang G-3-13 18. En Md Zain Bin Sarum F-G-13 19. Pn Aniton E-3-15 20. En Mohd Raduan Bin Mohd Hassan H-G-02
TURUT HADIR : 1. Sr Mohamad Shahidan Bin Hj Hashim Pengarah COB 2. En Muhammad Aizat Bin Shafie COB 3. Sjn Abdul Razak Balai BBST 4. Kpl Mohamad Fadillah Bin Bolhan IPD Sepang 5. Nazaruddin Bin Abdul Rauf Pekerja 6. Philimal Norhizlan Ani Bin Abdul Malek Pekerja 7. Nur Fadzli Amira Binti Ramli Pekerja 8. Nor Sahana Binti Yusof Pekerja
Bil Perkara Tindakan 1.0 1.1 1.2 1.3 PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT Mesyuarat diteruskan setelah menunggu ½ jam (setengah jam) dari masa bermula seperti dinyatakan dalam notis, dengan kehadiran seramai 20 milik yang layak tanpa bantahan. Mesyuarat dimulakan dengan membuat perlantikan Pengerusi Mesyuarat. Encik Mohd Raduan Bin Mohd Hassan (H-G-02) mencalonkan En Mohd Norjaimin Bin Mohd Said (D-2-03) dan disokong oleh Encik Khopir Bin Mohamed Nordin (F-2-03). Pengerusi mesyuarat menjemput En Mohd Masrom Bin Supari untuk mengetuai bacaan doa sebelum memulakan mesyuarat. Makluman Makluman Makluman 2.0 2.1.0 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.2.0 2.2.1 2.2.2 UCAPAN PENGERUSI BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI MEGAH VILLA Ucapan Encik Mohd Masrom Bin Supari Pengerusi Encik Mohd Masrom Bin Supari memanjatkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat agung tahunan hari ini, terutama Sr Mohamad Shahidan Bin Hj Hashim Pengarah COB Majlis Perbandaran Sepang, wakil daripada pihak IPD Sepang dan juga penduduk Megah Villa yang sentiasa membantu JMB. Pengerusi memaklumkan mesyuarat agung tahunan kali ini diadakan dalam bulan ramadan berikutan telah sampai tempoh selama dua belas (12) bulan. Pengerusi memaklumkan berdasarkan perkembangan semasa Pangsapuri Megah Villa telah mendapat perhatian seluruh Sepang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pangsapuri Megah Villa yang banyak membantu pihak pengurusan (JMB) dalam sedar atau tidak tanpa mengira pemilik, penyewa, bangsa dan agama. Pengerusi turut memaklumkan kutipan caj penyenggaraan semakin meningkat semenjak tahun 2021. Di akhir kata beliau mengingatkan kepada penduduk bahawa yuran caj penyenggaraan adalah tanggungjawab dan wajib dibayar. Ucapan Sr Mohamad Shahidan Bin Hj Hashim Pengarah COB MPSPng Sr Shahidan mengucapkan terima kasih atas jemputan menghadiri mesyuarat agung tahunan JMB Megah Villa pada hari ini. Beliau menyatakan JMB Pangsapuri Megah Villa telah menjadi contoh kepada JMB/MC lain. Beliau menyatakan secara keseluruhan dari pandangan orang luar seperti pihak LPHS dan COB sendiri menyatakan Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
2.2.3 2.2.4 2.2.5 Pangsapuri Megah Villa sangat bersih, dan menjadi contoh kepada JMB Pangsapuri kos rendah atau sederhana lain berdasarkan kebersihan kawasan, kerjasama antara penduduk dan pihak pengurusan. Beliau berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan antara pihak pengurusan dan penduduk. Sehingga membolehkan JMB Pangsapuri Megah Villa memenangi anugerah Pengiktirafan Pengurusan JMB/MC Cemerlang bagi kategori kos rendah tahun 2021. Beliau menekankan kepada penduduk mengenai tanggungjawab dan kewajiban pemilik petak membayar caj penyenggaraan agar dapat meneruskan pengurusan kawasan bersama. Beliau berharap penduduk yang hadir dapat memainkan peranan untuk memaklumkan kepada pemilik yang lain agar membayar caj yuran penyelenggaraan. Sr Shahidan menyatakan dalam Akta 757 telah dinyatakan kawasan berstrata perlu diuruskan oleh pihak Pengurusan. Berdasarkan akta 757 juga segala keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) adalah terpakai dan tidak boleh dipertikaikan melainkan bercanggah dengan akta 757. Di akhir kata, beliau berharap pengurusan JMB dapat meneruskan pegurusan dan menjadi contoh dan memberi semangat kepada JMB/MC lain untuk menguruskan kawasan pengurusan bersama. Makluman Makluman Makluman 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 Pengerusi mesyuarat memberi masa 5 minit kepada pemilik bagi membaca minit mesyuarat yang lalu untuk menyemak seterusnya mengesahkan atau jika ada pindaan di dalam minit yang lepas. Encik Jamal Bin Masuri (K-3-03) bertanyakan adakah benar mengikut akta 757 minit mesyuarat perlu diedarkan 2 minggu selepas mesyuarat dijalankan dan bukan semasa mesyuarat agung tahunan terkini. Sr Shahidan menjelaskan minit AGM perlu diserahkan kepada pihak COB dalam tempoh 28 hari selepas mesyuarat dijalankan dan dipaparkan di papan kenyataan seperti yang dinyatakan dalam akta 757. Bagi pemilik yang ingin mendapatkan minit mesyuarat boleh terus datang berjumpa dengan pihak JMB untuk mendapatkan minit tersebut. Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk meluluskan minit mesyuarat lalu. Pencadang : En Mohd Noor Bin Mohd Suboh (G-G-11) Penyokong : En Khopir Bin Mohamed Nordin (F-2-03) Minit diluluskan tanpa sebarang pindaan. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Membentangkan Laporan Kerja Penyelenggaraan Dan Aktiviti Sepanjang Tahun 2021/2022 Pengerusi mesyuarat meminta Encik Masrom selaku Pengerusi JMB untuk membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2021 / 2022 seperti dalam buku AGM. Aktiviti Penyenggaraan i. Membaiki stuktur tangga Blok A ii. Menyelenggara longkang sempadan Xiamen iii. Membaiki bumbung iv. Menyelenggara saliran air sempadan teres v. Cat yellow line vi. Kawasan parking vii. Menyelenggara saluran mainhole viii. Menyelenggara tong sampah ix. Membersihlan kawasan rumah sampah x. Membaiki kebocoran paip Blok J xi. Menyelenggara lampu taman. SOLAR dan lampu jalan xii. Menyelenggara TUGU, signboard xiii. Cat nombor tangga xiv. Selenggara taman permainan Aktiviti sepanjang PKP i. Pembasmian Covid-19 ii. Sanitizer pejabat iii. Taklimat SOP Aktiviti bersama agensi luar i. Lawatan Ahli Majlis ii. Lawatan Perdana Menteri dan Menteri iii. Lawatan pihak COB dan pihak KPKT Aktiviti bersama penduduk i. Taklimat COMBI ii. Gotong-royong COMBI iii. Penangkapan burung merpati liar iv. Terbang pokok Pencapaian Badan Pengurusan i. Tempat pertama anugerah Pengurusan Cemerlang Sr Shahidan meminta untuk membuat pembetulan pada undang-undang kecil kediaman bahagian kompaun tidak boleh melebihi RM200.00. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman 5.0 5.1 MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN SEPANJANG 2021 DAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2022 Rujuk pada lampiran. Encik Alizam membentangkan laporan kewangan dan belanjawan bagi tahun 2021/2022. Makluman
5.2 5.3 Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk belanjawan bagi tahun 2022. Pencadang : En Jamal Bin Masuri (K-3-03) Penyokong : En Anuar Bin Buang (G-3-13) Keputusan : Mesyuarat sebulat suara meluluskan belanjawan bagi tahun 2022. Makluman Makluman 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 MEMBENTANGKAN LAPORAN AUDIT 2020 Laporan Audit Kewangan 2020 Bagi audit kewangan 2020 pihak pengurusan telah melantik juruaudit bertauliah JSA Charted Accountants. Rujuk kepada laporan Audit Tahun 2020. Pengerusi mesyuarat memberikan masa 5 minit kepada pemilik untuk membaca dan menyemak laporan Audit Tahun 2020 seterusnya mengesahkan atau mengemukakan pertanyaan jika ada. Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk laporan audit 2021. Pencadang : Puan Mahani Binti Hj Ghazali (J-1-15) Penyokong : Encik Mohd Raduan Bin Mohd Hassan (H-G-02) Keputusan : Mesyuarat sebulat suara meluluskan laporan audit bagi tahun 2021. Makluman Makluman Makluman 7.0 7.1.0 7.1.1 7.1.1.1 7.1.1.2 7.1.1.3 7.1.1.4 PERBENTANGAN USUL Pengurusan Badan Bersama (JMB) Usul I : Membuka Akaun Fixed Deposit Pihak pengurusan telah berbincang dan bercadang untuk membuka satu (1) akaun simpanan fixed deposit berjumlah RM200,000.00 Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja. Encik Jamal meminta penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini. Jelas beliau duit pembayaran yuran penyenggaraan perlu digunakan untuk kerja pembaikan dan penyelenggaraan sahaja bukan untuk simpanan. Encik Alizam menjelaskan pembukaan akaun simpanan fixed deposit ini adalah salah satu (1) cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Jelas beliau fixed deposit ini akan dapat menampung perbelanjaan yang sedia ada selain daripada kutipan caj penyenggaraan. Makluman Makluman Makluman Makluman
7.1.1.5 7.1.1.6 7.1.2 7.1.2.1 7.1.2.2 7.1.3 7.1.3.1 7.1.3.2 7.1.4 7.1.4.1 7.1.4.2 7.1.5 Encik Anuar meminta agar pihak pengurusan menyelesaikan dahalu perkara yang masih belum dapat diselesaikan sebelum mengeluarkan duit untuk membuka akaun simpanan fixed deposit ini. Pengerusi mesyuarat meminta penduduk yang hadir untuk membuat undian bagi perlaksaan usul ini. Bersetuju : 10 undian Tidak setuju : 5 undian Keputusan : Mesyuarat bersetuju untuk membuka akaun simpanan fixed deposit Usul 2 : Mengesahkan Pembinaan Bangunan Tambahan Encik Masrom menjelaskan bangunan tambahan belakang dewan telah pun siap dibina pada tahun 2020. Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk usul ini. Pencadang : Puan Mahani Binti Hj Ghazali (J-1-15) Penyokong : Mr Foong Leong Poh (C-2-03) Usul 3 : Membuat Penambahan Owning di Bangunan Tambahan Encik Masrom menyatakan akan membuat penambahan owning di bangunan tambahan belakang dewan beranggaran dalam 10 kaki dengan anggaran kos RM9,000.00 Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk usul ini. Pencadang : Encik Mohd Raduan Bin Mohd Hassan (H-G-02) Penyokong : Encik Jamal Bin Masuri (K-3-03) Usul 4 : Membina Wakaf / Gazebo bersebelahan gelanggang bola tampar Encik Masrom menyatakan akan membina satu (1) wakaf / Gazebo pentas bersebelahan gelanggang bola tampar di Blok D dengan anggaran kos sebanyak RM12,000.00. Pengerusi mesyuarat meminta seorang pencadang dan seorang penyokong untuk usul ini. Pencadang : Encik Zulkifli Bin Arifin (H-1-11) Penyokong : Encik Jamal Bin Masuri (K-3-03) Usul 5 : Melantik AJK perolehan bangunan tadika Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
7.1.5.1 7.1.5.2 7.1.5.3 7.1.5.4 7.1.5.5 7.1.5.6 7.1.5.7 7.1.6 7.1.6.1 7.1.6.2 7.1.6.3 Encik Alizam menjelaskan cadangan perlantikan AJK perolehan bangunan tadika sementara untuk kerja-kerja melibatkan tabika. AJK yang dilantik ini akan membentangkan kepada AJK JMB dan penduduk apa kerja-kerja yang dilakukan bagi mendapatkan perolehan bangunan tadika. Beliau turut menjelaskan pihak pengurusan akan membayar berdasarkan tuntutan perjalan yang berkaitan dengan tadika dan sekiranya ada plan tambahan bagi lokasi tapak bangunan tadika. Encik Jamal menyatakan perkara ini telah berlaku semenjak tahun 2007 lagi, beliau memaklumkan tapak bangunan tadika telah disediakan bersebelahan dengan surau kota warisan tetapi tiada yang memperjuangkan untuk membina tabika di sana. Beliau mempertikaikan kenapa pihak lain seperti persatuan penduduk, krt dan sebagainya tidak memperjuangkan untuk pembinaan tabika di tapak yang telah disediakan oleh kerajaan. Beliau menyatakan tiada masalah untuk menyewakan tetapi dalam masa yang sama perlu usahakan tempat yang bersesuaian untuk tadika. Beliau turut mencadangkan perlantikan ini dibuat dikalangan JMB sendiri. Encik Alizam menyatakan pengerusi KRT Encik Roseman juga turut menghantar usul bagi mendapatkan bangunan tabika. Encik Alizam mencadangkan perlantikan ini diberikan kepada pengerusi KRT. Pengerusi mesyuarat membuka undian kepada penduduk yang hadir. Setuju : 12 orang Tidak Setuju : 0 oran Usul 6 : Dana Tambahan Baik Pulih Saluran Pembentungan Blok J Encik Alizam menjelaskan terdapat masalah berkaitan dengan saluran pembentungan di Blok J. Pihak pengurusan telah melantik kontraktor untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi mengalami masalah dengan kos pembaikan yang diletakkan oleh pihak kontraktor terlalu tinggi iaitu anggaran dalam RM100,000.00. Beliau menyatakan telah membuat permohonan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di bawah KPKT dan LPHS. Sekiranya permohonan diluluskan tidak dapat kepastian sama ada kos pembaikan ditanggung 100% seratus peratus oleh pihak kerjaan atau hanya separuh yang akan dibayar. Justeru itu dana tambahan anggaran sebanyak RM40,000.00 perlu dikeluarkan bagi menampung kos pembaikan. Mesyuarat sebulat suara meluluskan usul ini. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
7.2.0 7.2.1 7.2.1.1 7.2.1.2 7.2.1.3 7.2.1.4 7.2.1.5 7.2.1.6 7.2.2 7.2.2.1 7.2.2.2 7.2.2.3 Jamal Bin Masuri (K-3-03) Usul 1 : JMB digesa melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan sepertimana diperuntukan dalam undang-undang kecil kediaman (House Rules) Encik Jamal meminta pihak pengurusan menguatkuasakan undangundang kecil kediaman (House Rules). Menurut beliau badan pengurusan terikat dengan akta 757 dan undang-undang kecil kediaman. Dimana buku undang-undang kecil kediaman (House Rules) dan peraturan-peraturan kecil kediaman telah disahkan dalam AGM pada awal penubuhan JMB tahun 2009 lagi. Beliau menyatakan terdapat beberapa rumah/unit yang telah membuat pengubahsuaian rumah dengan memasang owning, grill dan sebagainya tidak mengikut pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam buku undang-undang kecil kediaman Pangsapuri Megah Villa. Justeru itu beliau ingin mesyuarat agung tahunan pada hari ini memutuskan sama ada dibenarkan atau tidak penduduk membuat pemasangan owning dan sebagainya. Beliau meminta jawatankuasa pengurusan tegas dalam menguatkuasakan undang-undang kediaman. Encik Alizam menjelaskan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumah perlu mengikut undang-undang kecil kediaman yang telah ditetapkan berdasarkan akta 757. Dengan ini mesyuarat agung tahunan bersetuju untuk menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang kecil kediaman dengan bersyarat bagi klausa 12.2 berkaitan palang dan kad akses ditangguhkan. Usul 2 : Mencadangkan kenaikan kadar yuran penyengaraan sebanyak RM10.00. Encik Alizam tidak bersetuju untuk menaikkan kadar yuran caj penyelenggaraan yang dicadangkan. Encik Ramli cadangkan untuk mengekalkan harga yuran caj penyenggaraan sebnayak RM38.50. Pengerusi mesyuarat membuka undian kepada penduduk Setuju : 1 orang Tidak Setuju : 19 orang Keputusan : Mesyuarat tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan harga caj penyenggaraan. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
7.2.3 7.2.3.1 7.2.3.2 7.2.3.3 7.2.3.4 7.2.3.5 7.2.3.6 7.2.3.7 7.2.3.8 7.2.3.9 Usul 3 : Meminta JMB Mengembalikan wang AJK 2020 bersesuaian penarikan balik tuntutan Unit D-G-03 di Tribunal pada 2021 Encik Jamal menjelaskan pada tahun 2021 AJK terdahulu telah dilaporkan kepada pihak Tribunal atas isu perlaksanaan palang (Auto Gate). Beliau menjelaskan perlaksanaan palang pada ketika itu ditangguhkan untuk dimaklumkan dalam AGM, sementara menunggu mesyuarat agung tahunan dijalankan AJK terdahulu telah membuat persediaan penggunaan palang. Dalam masa persediaan AJK terdahulu telah mendapat surat daripada tribunal menyatakan pelanggaran keputusan AGM 2018 dan menuntut AJK membayar segala kos yang dikeluarkan kepada JMB. Encik Jamal menjelaskan AJK telah membuat pembayaran kepada JMB, tetapi pihak yang menuntut telah menarik kembali tuntutan tersebut. Justeru itu beliau meminta pihak JMB mengembalikan semula wang yang dibayar oleh AJK terdahulu atas sebab kes ini telah ditarik balik. Encik Jamal menjelaskan perkara ini dibawa ke AGM pada hari ini adalah supaya untuk menjelaskan kekeliruan kepada penduduk yang timbul kenapa palang tidak dapat dilaksanakan. Encik Alizam menjelaskan tuntutan tribunal dilakukan berikutan terdapat pelanggaran arahan dalam keputusan AGM tahun 2018 seperti yang dimaklumkan. Berdasarkan akta 757 syeksen nombor 2 Ahli Jawatankuasa perlulah mengikut arahan yang telah ditetapkan dalam AGM. Beliau menjelaskan pemilik atau penduduk boleh mengemukakan saman atau tuntutan tribunal kepada AJK sekiranya mereka melanggar arahan atau keputusan yang telah ditetapkan di dalam AGM dan akta 757. Encik Alizam menjelaskan beliau menarik kembali tuntutan tribunal ini kerana terdapat masalah teknikal dimana pihak COB telah memberi kelulusan perlaksanaan palang kepada AJK JMB ketika itu. Rujukan surat :MPSepang 700-34/3/7 (19) bertarikh 21 Oktober 2020. Encik Alizam menyatakan beliau telah mengingatkan pihak COB mengenai keputusan AGM yang lalu dan pihak COB telah menarik kembali kelulusan perlaksanaan palang tersebut dan menunggu keputusan AGM untuk perlaksanaan. Rujukan surat : MPSepang 700- 34/2/7(16) bertarikh 30 November 2020. Encik Alizam menjelaskan disebabkan hal ini menyebabkan beliau menarik kembali tuntutan tribunal yang dikenakan terhadap AJK Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
7.2.3.10 7.3.0 7.3.1 7.3.1.1 7.3.1.2 terdahulu. Beliau bersetuju untuk JMB memulangkan kembali duit tuntutan tersebut Mesyuarat sebulat suara memulangkan kembali pembayaran sebanyak RM7700.00 kepada AJK terdahulu. Encik Mohd Masrom Bin Supari Usul 1 : Kenaikan Elaun AJK Encik Jamal mencadangkan elaun pengerusi dinaikkan kepada RM700.00, setiausaha dan bendahari RM400.00, manakal AJK dinaikkan kepada RM200.00. Encik Alizam menyatakan untuk mengekalkan elaun AJK berdasarkan pada pandangan beliau bahawa AJK hanya meminjamkan nama sahaja dimana segala kerja tidak ramai AJK yang mahir. Setuju : 1 orang Tidak Setuju : 15 orang Keputusan : Mesyuarat sebulat suara mengekalkan pembayaran elaun kepada AJK. Makluman Makluman Makluman 8.0 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 MENENTUKAN BILANGAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN MEMILIH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN BAGI TAHUN 2021/2022 Encik Mohd Masrom Bin Supari mengisytiharkan Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Megah Villa bagi tahun 2021 dibubarkan. Pengerusi mesyuarat meminta cadangan berapa bilangan anggota AJK yang perlu ditetapkan. Encik Jamal mencadangkan 9 orang AJK. Encik Zahari mencadangkan 7 orang AJK. Encik Masrom mencadangkan 5 orang AJK. Hasil undian; 9 orang AJK : 4 sokongan 7 orang AJK : 2 sokongan 5 orang AJK : 6 sokongan Dengan keputusan 5 orang AJK ditetapkan, En Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) mencadangkan untuk mengekalkan AJK yang terdahulu. Mesyuarat menyokong cadangan tersebut. Encik Mohd Noor menolak perlantikan jawatan kuasa berikutan kekangan waktu. Mesyuarat membuka percalonan baru bagi jawatankuasa 2022. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
8.8 8.9 8.10 Pencalonan AJK Badan Pengurusan; i. En Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) Pencadang : Puan Mahani Binti Hj Ghazali (J-1-15) ii. Encik Mohd Norjaimin Bin Mohd Said (D-2-03) Pencadang : Encik Khopir Bin Mohamed Nordin (F-2-03) iii. Encik Mohd Masrom Bin Supari (A-1-07) Pencadang : En Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) iv. En Khopir B Mohamed Nordin (F-2-03) Pencadang : En Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) v. En Mohamad Alizam Bin Kusrin (D-G-03) Pencadang : En Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) Senarai AJK bagi sesi 2022-2023; i. En Mohd Masrom Bin Supari (A-1-07) ii. En Mohamad Alizam Bin Kusrin (D-G-03) iii. En Mohd Norjaimin Bin Mohd Said (D-2-03) iv. En Khopir B Mohamed Nordin (F-2-03) v. En. Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) Penentuan bagi tiga (3) jawatan tertinggi akan dipilih di dalam mesyuarat pertama. Makluman Makluman Makluman 9 .0 9.1 9.2 9.3 9.4 Lain-lain Encik Zahari Bin Ab Karim (F-G-05) bertanyakan adakah dengan kehadiran mesyuarat yang tidak mencapai separuh daripada 960 unit dikira sah. Encik Alizam menjelaskan dimana-mana mesyuarat agung selepas masa yang ditetapkan telah sampai akan membentuk satu (1) koroum. Koroum yang hadir akan mewakili penduduk yang tidak hadir dalam membuat keputusan. Encik Zahari juga bertanyakan bagi pemilik petak yang tidak menjelaskan hutang caj penyelenggaraan boleh atau tidak hadir ke mesyuarat agung tahunan. Sr Shahidan menjelaskan kehadiran AGM semua pemilik petak adalah dijemput hadir ke mesyuarat agung tahunan tanpa mengira caj penyenggaraan mereka bersih atau masih ada hutang. Tetapi masih ramai pemilik petak yang tidak mengambil berat akan hal ini dengan tidak hadir ke mesyuarat tahunan (AGM). Hal ini dibawah Makluman Makluman Makluman Makluman
Disediakan oleh : Disahkan oleh : .……………………………………….. ………………………………… [NUR FADZLI AMIRA BINTI RAMLI] [MOHD NORJAIMIN BIN MOHD SAID] Pencatat Minit Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Megah Villa Pengerusi Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Megah Villa 9.5 9.6 9.7 tanggungjawab individu sendiri untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan (AGM). Di dalam akta telah dinyatakan mana-mana pemilik yang tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) dijalankan belum menjelaskan hutang yang tertunggak mereka tidak layak untuk mengundi dan diundi untuk memegang jawatan dalan pengurusan. Mereka boleh hadir dan memberi pandangan. Sr Shahidan turut menjelaskan syarat yang ditetapkan ini adalah salah satu cara untuk mengutip hutang daripada pemilik petak. Pembayaran caj penyenggaraan merupakan tanggungjawab pemilik. Sekiranya mereka berpindah atau telah menjualkan rumah tersebut hutang tetap wajib di bayar. Harta bersama merupakan hak milik semua pemilik petak. Bagi rumah berstrata mereka tidak hanya membeli rumah tetapi turut termasuk harta bersama ( common area). Makluman Makluman Makluman 10.0 10.1 10.2 PENUTUP Pengerusi Mesyuarat memperkenalkan barisan Jawatankuasa baru kepada hadirin dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.46 tengah hari Makluman Makluman
LAPORAN BELAJAWAN 2023
ANGGARAN BELANJAWAN 2023 PERKARA BULANAN TAHUNAN UTILITI Air 80.00 960.00 Elektrik 2,000.00 24,000.00 Indah Water 20.00 240.00 Perkhidmatan Pembersihan Blok 6,000.00 72,000.00 Kwsp / socso / sip 893.00 10,716.00 Kawalan Makluk Perosak 400.00 1,200.00 Potong Rumput 1,400.00 16,800.00 Imbuhan pembersihan 3,000.00 3,000.00 Longkang Sempadan 500.00 6,000.00 OT pembersihan 500.00 6,000.00 Upah penyenggaraan 1,000.00 12,000.00 Penyelenggaraan Selenggara lampu jalan / taman / tangga / solar 500.00 6,000.00 Selenggara bumbung / dewan 650.00 7,800.00 Selenggara Pembentungan / paip 375.00 4,500.00 Pembersihan & Penyelenggaraan 550.00 4,200.00 Selenggara Umum 600.00 4,800.00 Baik pulih jalan / Garisan kuning / parking 250.00 1,500.00 Tong Sampah / pemadam api 540.00 540.00 Selenggara Pejabat / bilik mesyuarat 250.00 3,000.00 Pengurusan Elaun AJK 1,500.00 18,000.00 Gaji 7,503.30 90,039.60 Imbuhan 312.65 3,751.70 Kwsp / socso / sip 1,125.20 13,502.40 Perubatan 300.00 3,600.00 Lebih masa 1,000.00 12,000.00 FI Audit (Tahunan) 291.70 3,500.40 Fi Sistem / fi perakaunan 433.40 5,200.80 Percetakan/statonery/Barang Pejabat 450.00 5,400.00 Internet (Unifi/Topup) 350.00 4,200.00 Mesyuarat AJK /AGM Tahunan 333.40 4,000.80 Program / Kursus / Majlis 450.00 5,400.00 Pengurusan Mpspg / Pejabat Tanah DLL 500.00 500.00 Petrol 400.00 4,800.00 Mesin Photostat 500.00 6,000.00 Pantry 200.00 2,400.00 * ANGGARAN TAMBAHAN LUAR JANGKAAN 3,500.00 30,000.00 JUMLAH PERBELANJAAN 38,657.65 397,551.70 Nota : Perbelanjaan 1 tahun sekali Perbelanjaan 1-6 bulan
PEMBERIAN ELAUN DAN PERBELANJAAN LAIN KEPADA AHLI JAWATANKUASA Dalam subseksyen 50(3)(l) Akta Pengurusan Strata 757 ; 50(3) akaun penyenggaraan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan amatau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut : 50(3)(l) pembayaran elaun dan perbelanjaan lain bagi anggota jawatankuasa pengurusan mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya. Cadangan pembayaran elaun berdasarkan jawatan ; Pengerusi JMB RM500.00 Setiausaha RM300.00 Bendahari RM300.00 Ahli Jawatankuasa RM100.00 (pada setiap kehadiran mesyuarat) Pembayaran bagi kehadiran kursus / seminar ; RM50.00 seorang / hari Lain-lain tuntutan ; ✓ Tol ✓ Parking ✓ Petrol Bagi urusan rasmi Kursus / seminar Lain-lain Cadangan ini tertakluk kepada kelulusan dalam mesyuarat agung dan kelulusan dari pihak pesuruhjaya bangunan Majlis Perbandaran Sepang
MEMBENTANGKAN USUL 2023
“SEPAKAT-HARMONI-INDAH-CERIA” BORANG PENYATAAN USUL / CADANGAN Kepada, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pangsapuri Megah Villa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama (JMB) akan diadakan pada 13hb MEI 2023. Sehubungan dengan itu, saya seperti nama di bawah, ingin mencadangkan beberapa usul iaitu : 1. Memohon kelulusan perlantikan syarikat pemungut hutang (dept collector) bagi tujuan memungut hutang-hutang yuran penyenggaraan yang tertunggak daripada pemilik petak yang ingkar. 2. Memohon AGM memberikan mandat kepada AJK untuk melantik syarikat yang difikirkan sesuai bagi tujuan usul nombor 1. Sekian terima kasih, Yang Benar, …………………… *Nama Penuh Pembawa Usul : Badan Pengurusan Bersama (JMB) * No Unit : Ahli Jawatankuasa JMB * No Tel : * No Kad Pengenalan : ** Bahagian bertanda (*) adalah WAJIB diisi oleh pencadang usul. Pihak kami tidak akan melayan sebarang usul yang dicadangkan tanpa mengisi bahagian bertanda (*) ** Pencadang usul perlu HADIR semasa Mesyuarat dijalankan. Sekiranya gagal usul akan ditolak *** Sila kembalikan borang usul ini kepada pihak pejabat pengurusan pada atau sebelum 30hb APRIL 2023
“SEPAKAT-HARMONI-INDAH-CERIA” BORANG PENYATAAN USUL / CADANGAN Kepada, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pangsapuri Megah Villa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama (JMB) akan diadakan pada 13hb MEI 2023. Sehubungan dengan itu, saya seperti nama di bawah, ingin mencadangkan beberapa usul iaitu : 1. Meluluskan ketetapan khas penambahbaikan buku undang-undang kecil kediaman : a) Sop penundaan kereta buruk/terpakai di dalam Kawasan JMB/MC b) Meletakkan harga tawaran kompaun seperti yang ditetapkan dalam buku Akta 757 *subseksyen -Jadual Ketiga Akta Pengurusan Strata 2013 dibawah subperenggan 7(1) dan (2). Sekian terima kasih, Yang Benar, …………………… *Nama Penuh Pembawa Usul : Badan Pengurusan Bersama (JMB) * No Unit : Ahli Jawatankuasa JMB * No Tel : * No Kad Pengenalan : ** Bahagian bertanda (*) adalah WAJIB diisi oleh pencadang usul. Pihak kami tidak akan melayan sebarang usul yang dicadangkan tanpa mengisi bahagian bertanda (*) ** Pencadang usul perlu HADIR semasa Mesyuarat dijalankan. Sekiranya gagal usul akan ditolak *** Sila kembalikan borang usul ini kepada pihak pejabat pengurusan pada atau sebelum 30hb APRIL 2023
“SEPAKAT-HARMONI-INDAH-CERIA” BORANG PENYATAAN USUL / CADANGAN Kepada, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Pangsapuri Megah Villa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama (JMB) akan diadakan pada 13hb MEI 2023. Sehubungan dengan itu, saya seperti nama di bawah, ingin mencadangkan beberapa usul iaitu : 1. Meluluskan pembaharuan fixed deposit kepada RM300,000.00 Sekian terima kasih, Yang Benar, …………………… *Nama Penuh Pembawa Usul : Badan Pengurusan Bersama (JMB) * No Unit : Ahli Jawatankuasa JMB * No Tel : * No Kad Pengenalan : ** Bahagian bertanda (*) adalah WAJIB diisi oleh pencadang usul. Pihak kami tidak akan melayan sebarang usul yang dicadangkan tanpa mengisi bahagian bertanda (*) ** Pencadang usul perlu HADIR semasa Mesyuarat dijalankan. Sekiranya gagal usul akan ditolak *** Sila kembalikan borang usul ini kepada pihak pejabat pengurusan pada atau sebelum 30hb APRIL 2023
MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI 2022
MESYUARAT BULANAN JMB
KURSUS DAN SEMINAR
AKTIVITI BERSAMA PENDUDUK
AKTIVITI BERSAMA PENDUDUK
SELENGGARA MAINHOLE BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEP OKT NOV DEC CHECK ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ TERSUMBAT B,D,E, J,H F,B,K E,D M,C,F H B A,F,H E,K D,F,M D,G,B M D,J K,L,D,OFIS DEWAN,J,A A,D,J D,G,B E,H PERINGATAN JANGAN MEMBUANG PAMPERS ,TUALA WANITA DAN LAIN-LAIN DI DALAM SALURAN PAIP YANG MENJADI PUNCA TERSUMBAT BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DEC TUKAR LAMPU TIADA TIADA TIADA F D K, F.E TIADA TIADA K,J F L,PADANG FUTSAL,D G, LAMPU AKTIVITI PENYENGGARAAN
PENYENGGARAAN LONGKANG MEMBAIKI BUMBUNG CAT LINE KUNING MENYELENGGARA SALURAN MAINHOLE MENYELENGGARA TONG SAMPAH MEMBAIKI KEBOCORAN BLOK J MENYELENGGARA LAMPU TAMAN, SOLAR DAN JALAN MENYELENGGARA TUGU, SIGNBOARD CAT NOMBOR TANGGA CAT LINE PUTIH JALAN MENYELENGGARA TAMAN PERMAINAN AKTIVITI PENYENGGARAAN