The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ekinzolkifli, 2024-01-18 01:23:42

Buku Pengurusan KVKS 2024

Buku Pengurusan KVKS 2024

26.1 Pensyarah-pensyarah adalah diwajibkan menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PPD / JPN / BPLTV / Kementerian Pelajaran atau mana-mana badan yang diakui sah. 26.2 Semasa pensyarah menghadiri kursus, sediakan tugasan / latihan untuk pelajar yang diajar supaya pelajar tidak membuang masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada penolong kanan. 26.3 Sekiranya kursus itu adalah untuk tempoh yang panjang, sekolah layak memohon pensyarah ganti. 26.4 Selepas tamat kursus, pensyarah hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya Kepada pengarah. 27. Lawatan / Aktiviti Luar 27.1 Setiap Pensyarah Kanan / Ketua Panitia / Unit yang mengadakan lawatan / aktiviti luar hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya kepada Pengarah setelah ianya dijalankan. Laporan hendaklah difailkan di dalam fail yang berkaitan. 27.2 Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pengarah dan Jabatan Pelajaran Negeri. 27.3 Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui Pengarah. Surat ini hendaklah dikirim sekurangkurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan. 27.4 Apabila pensyarah mewakili pengarah menghadiri mesyuarat / perjumpaan / taklimat seperti sukan dan sebagainya, laporan hendaklah dibuat kepada pengarah. 28. Cuti Penggal Sekolah Boleh Dipanggil Bertugas 28.1 Pengarah boleh memanggil pensyarah-pensyarah untuk menjalankan tugastugas selain dari tugas mengajar semasa cuti penggal tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun (Perintah Am Bab C – 50). 29. Membeli Barang 29.1 Pensyarah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran Pengarah dengan menggunakan borang ‘nota minta’ yang boleh diperolehi di pejabat. 29.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Pensyarah Kanan/Penolong Pengarah sebelum diluluskan oleh Pengarah dan serahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir. 29.3 Semua pesanan yang melebihi RM100.00 mesti dibuat melalui Pesanan Tempatan. 29.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh pensyarah yang menerima dan diserah kepada bahagian kewangan untuk proses pembayaran. 29.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengarah, Pembekal dan Penerima. 29.6 Semua pembelian dan penerimaan barangan hendaklah direkod dalam buku stok dengan kemas. PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 146


30. Kegiatan Kokurikulum 30.1 Semua pensyarah akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 30.2 Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Pengetua selepas dihantar ke hospital. 30.3 Para pensyarah yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mestilah menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan ketiadaan pensyarah terbabit adalah tanggungjawab pensyarah itu sendiri. 31. Buku Stok / Inventori 31.1 Pensyarah kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pegawai Aset Sekolah. 32. Kunci 32.1 Semua kunci mesti di simpan di pejabat (sila patuhi tatacara pengurusan kunci). 32.2 Kalau ada pensyarah yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran dari Pengarah. Pensyarah tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 33. Acara atau Majlis Sekolah 33.1 Semua pensyarah dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 33.2 Jika pensyarah tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, beliau mestilah memberitahu Pengarah terlebih dahulu. 34. Penggunaan Kenderaaan Sekolah 34.1 Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan membuat tempahan serta gunakan borang penggunaan kenderaan bagi menentukan tarikh/ masa/ tempat. 34.2 Jika lawatan bukan urusan khas sekolah, bayaran tol serta saguhati pemandu hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak yang membuat lawatan. Jumlah bayaran boleh dirundingkan. 34.3 Jika lawatan bertindih, keutamaan akan diberikan kepada urusan rasmi sekolah dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab untuk mencari kenderaan lain dan juga hari ganti. 35. Kerahsiaan Maklumat Sekolah 35.1 Pensyarah-pensyarah dan kakitangan tidak dibenarkan sama sekali membocorkan rahsia kolej. Sila patuhi Perintah Am. 36. Menjaga Nama Baik Jabatan PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 147


36.1 Setiap pensyarah dan kakitangan mestilah menjaga nama baik jabatan (KPM, BPLTV, JPN, PPD, SMTKS). 36.2 Mengikut Perintah Am Bab. D24, tindakan tatatertib boleh di ambil ke atas kakitangan kerajaan yang gagal berbuat demikian. Peringatan Khas : Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak yang berwajib, gaji pensyarah berkenaan dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil. Pengarah diperingatkan pelepasan pensyarah dari tugas-tugas hariannya kerana penglibatan pensyarah dalam aktiviti luar kolej, pastikan tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan kolej. Sila rujuk pekeliling ikhtisas bil 24/1998 Semua Pensyarah dan Staf Sokongan adalah Kakitangan Kerajaan yang tertakluk pada Perintah-perintah Am Kerajaan Malaysia. PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT 1. Kelayakan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 1.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak adalah pegawai yang layak Cuti Rehat Khas seperti di perenggan 3 (a)(i) termasuk: i. pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Mac 2004 dan ii. pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Mac 2004. 1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak layak adalah: i. Pegawai yang tidak layak Cuti Rehat Khas seperti di perenggan 3(b) ii. Guru Sandaran Terlatih / Guru Sandaran Tidak Terlatih; iii. Guru Kontrak iv. Pegawai yang meletak jawatan; v. Pegawai yang dibuang kerja vi. Pegawai yang meninggal dunia sebelum 1 Mac 2004; dan vii. Pegawai yang bersara sebelum 2 Mac 2004 2. Pengumpulan Cuti Rehat Khas Bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 2.1 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun. 2.2 Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dicantum dengan Cuti rehat yang terkumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. 2.3 Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah mendapat pengesahan Pengarah setiap tahun. Pengesahan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. 2.4 Sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat Khas dan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah tidak melebihi 150 hari. 3. Formula Kiraan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat adalah seperti di perenggan 7 dan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 148


TINDAKAN PENGARAH 1. Bagi melaksanakan urusan pengumpulan Cuti Rehat Khas untuk tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, Pengarah dikehendaki mengambil tindakan berikut: 1.1 memastikan Cuti Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemaskini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan; 1.2 mengesahkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap akhir tahun; dan 1.3 Memastikan pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat direkodkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun. 2. Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pengarah hendaklah: 2.1 Menguruskan permohonan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat dengan menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02. Pin seperti di lampiran B, pekeliling perkhidmatan Bilangan 7 tahun 2003. Ruangan Cuti Bawa Ke Hadapan di dalam borang di Lampiran B ini adalah tidak perlu diisi; dan 2.2 Mengemukakan borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI, pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003. 3. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi tujuan persaraan. TARIKH KUAT KUASA 1. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2004. PEMBATALAN 1. Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, kemudahan Cuti Sambilan yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah perenggan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 dan perenggan 10, Lampiran D4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 1991 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 1. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada Perkhidmatan Negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 149


Click to View FlipBook Version