The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alzakuccs7877, 2024-05-04 21:20:44

KERTAS KERJA MESY AGUNG 2024

KERTAS KERJA MESY AGUNG 2024

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM 1 24060 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN __________________________________________________________________ KERTAS KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 __________________________________________________________________ ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK FELDA NERAM 1


KERTAS KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 PENGENALAN PIBG SK Felda Neram 1 merupakan satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat pendidikan. Mesyuarat Agung yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat lagi diantara ibu bapa/penjaga dan juga guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Mesyuarat Agung ini juga membolehkan masyarakat dan warga sekolah bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. MATLAMAT Mesyuarat Agung PIBG ini diharapkan akan dapat memupuk hubungan di antara ibu bapa dengan warga sekolah. Majlis ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan warga sekolah untuk menyuarakan pendapat dan berbincang isu terkini untuk meningkatkan lagi pencapaian semua pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, kebajikan dan sahsiah. Semoga perbincangan yang diadakan adalah secara telus dan dapat mencapai kata sepakat antara pihak sekolah dan ibu bapa. Segala aktiviti yang dijalankan di sekolah juga dapat dilaporkan kepada ibu bapa secara terus dan bersama-sama berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan insan disamping memupuk semangat cintakan sekolah.


OBJEKTIF ❖ Mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan warga sekolah. ❖ Mendapatkan sokongan 100% daripada PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid ❖ Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan peranan PIBG ❖ Memberi pendedahan tentang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah ❖ Membuktikan kepada masyarakat luar bahawa SK Felda Neram Satu semakin maju ke hadapan dalam memberikan kemudahan yang sempurna kepada warga sekolah. ❖ Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dalam melaksanakan sesuatu program. SASARAN ❖ Semua Guru SK Felda Neram Satu. ❖ Semua ibu bapa dan penjaga Murid SK Felda Neram Satu. ❖ AJK PIBG SK Felda Neram Satu. ❖ Pemimpin Komuniti Masyarakat SK Felda Neram Satu. TARIKH, HARI& MASA TARIKH : 19 Mei 2024 HARI : Ahad MASA : 2.00 Petang TEMPAT Dewan Sepakat SK Felda Neram Satu PERASMI YH Dato’ Haji Jumaat Bin Mansor Pengurus Besar Modal Insan & Sosio Budaya Lynas Malaysia Sdn Bhd


AHLI JAWATANKUASA MAJLIS JAWATANKUASA TERTINGGI PENASIHAT En Abdul Latef Bin Awang @ Othman (Guru Besar) PENGERUSI En Zamzuri Bin Jusoh (YDP PIBG) NAIB PENGERUSI Pn Azlina Binti Mahtar (NYDP PIBG) En.Mohd Nadzlin Bin Mat (GPK 1) Pn. Wan Norakusma Bt Wan Alias (GPK HEM) En A Rahim Musly Bin Said (GPK KO) SETIAUSAHA 1 En. Mahathir Bin Fauzi SETIAUSAHA 2 Pn Nur Farhah Binti Ismail BENDAHARI En. Sahabuddin Bin Mat Nasim JAWATANKUASA KERJA AJK SAMBUTAN/ PROTOKOL Guru Besar YDP PIBG NYDP PIBG Penolong Kanan AJK PIBG ❖ Menyambut tetamu. ❖ Mengiringi tetamu ke dewan dan jamuan. ❖ Menguruskan aturcara program. ❖ Menjayakan raptai Perasmian Mesyuarat . ❖ Mempersilakan tetamu ke tempat jamuan. AJK SURAT JEMPUTAN Mahathir Bin Fauzi ❖ Merancang Mesyuarat Agung dengan jayanya ❖ Menyediakan surat jemputan kepada Perasmi dan jemputan. ❖ Mengedarkan surat jemputan serta usul mesyuarat kepada ibu bapa /penjaga murid. ❖ Menguruskan surat dan jemputan pasukan persembahan dari luar. AJK PENDAFTARAN Rohana Binti Abdullah Rohaya Binti Mat Jusoh Sujaihah Binti Safiee ❖ Menyediakan borang pendaftaran yang sesuai. ❖ Membuat pendaftaran ibu, bapa dan guru. ❖ Menyediakan Buku Pelawat dan menentukan ditandatangani oleh pelawat berkaitan. ❖ Mengedarkan Buku Program VIP, ibu bapa dan guru ❖ Menyediakan nombor cabutan bertuah yang sesuai. AJK BACAAN DOA Sahabuddin Bin Mat Nasim ❖ Menyediakan teks doa. ❖ Mengetuai bacaan doa. AJK PENGACARA MAJLIS Izran Bin Mohd Nor ❖ Menyediakan teks ucapan dan mengacarakan majlis. AJK PA Abdul Karim Bin Daud ❖ Menguruskan hal berkaitan siaraya.


SYSTEM/SIARAYA Mohd Amirul Naqib Bin Mohd Muzuki @ Marzuki ❖ Memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik. ❖ Memastikan audio dan muzik “minus one” berfungsi dengan baik semasa raptai dan sepanjang majlis berlangsung. ❖ Menguji peralatan yang akan digunakan sebelum majlis ❖ Menyusun atur kedudukan mikrofon untuk perjalanan mesyuarat. AJK BUKU PROGRAM Nur Farhah Binti Ismail Noor Hayati Binti Mat Shah Yusmera Binti Mat Jusoh ❖ Mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk buku program ❖ Menyediakan bahan-bahan untuk buku program. ❖ Menaip dan menyemak maklumat yang diperoleh. ❖ Menghias buku program VIP ❖ Mengedarkan buku program kepada Perasmi, Jemputan, setiusaha, pengacara majlis dan AJK Hadiah. AJK CENDERAHATI & HAMPER Nurfarhani Bt Mohd Hassan @ Abdul Ghani Noor Azliza Binti Abdul Rahman Namira Amalina Binti Kamaruddin ❖ Membuat pembelian cenderahati perasmi majlis.. ❖ Mengendalikan penyampaian cenderahati. ❖ Menguruskan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah. ❖ Mengendalikan cabutan dan penyampaian Hadiah cabutan bertuah. AJK PENGURUS PESERTA PERSEMBAHAN Suzana Binti Sena Mohd Amirul Naqib Bin Mohd Muzuki @ Marzuki Noor Fasya Nabilah Binti Abdul Hamid ❖ Menguruskan dan menyelia tempat duduk peserta persembahan. ❖ Menyelaras persembahan. ❖ Memastikan kelancaran persembahan semasa majlis berlangsung. ❖ Menguruskan pengagihan makanan untuk peserta persembahan. AJK PERSIAPAN PENTAS DAN KECERIAAN Zuria Akma bt. Mat Rani Noor Hafiza Binti Mohd Noor Siti Halijah Binti Matau Nur Hanna Syazlin Binti Sabki Saleh b. Saim ❖ Memilih dan menyiapkan hiasan yang bersesuaian. ❖ Menyediakan satu rostrum untuk VIP di atas pentas dan menghiasnya ❖ Hiasan di kiri dan kanan backdrop ❖ Meminta pekerja pembersihan menyapu /vacumm karpet pentas ❖ Meminta pekerja pembersihan mengemop pentas pada pagi majlis berlangsung ❖ Mengemaskan pentas setelah majlis berakhir . AJK PERSIAPAN TEMPAT Azizi Bin Mat Zin Rosli Bin Abdullah Sahabuddin Bin Mat Nasim Mohd Khairi Azhan Bin Ab Rashid Abd Hadi Bin Abd Ghani Mohd Iruan Bin Abdul Zalid ❖ Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk VIP, tetamu. ❖ Menyediakan ‘tagging’ untuk kerusi VIP dan AJK PIBG. ❖ Menyediakan kerusi dan meja untuk pembentangan minit Mesyuarat.


Mohd Khairi Bin Md Nor Mohd Lukman Nul Hakim Bin Ab. Wahab ❖ Menyediakan meja dan kerusi untuk pencatat ❖ Menyediakan meja untuk hadiah di pentas ❖ Memastikan kebersihan dalam dewan. AJK JAMUAN VIP PIBG, GURU & STAF Wan Robaha Binti Wan Ngah Siti Khuzaimah Binti Zainul Abidin Norhayati Binti Shafie Ramdiah Marhani Bt Hanafi Nor Zaihanis Binti Zulkifli Nurul Hana Binti Mutalib Nurul Anisa Binti Razali ❖ Menyediakan minuman air mineral dan gelas yang sesuai di meja VIP di dewan. ❖ Menyediakan tempat jamuan untuk VIP beserta hiasan. ❖ Membincangkan menu dan menguruskan tempahan makanan. ❖ Menentukan jumlah/bilangan tetamu.-( 10 orang ) ❖ Menyediakan set pinggan mangkuk yang sesuai untuk VIP. ❖ Memastikan makanan/minuman disediakan mengikut ketetapan masa. AJK JAMUAN IBU BAPA Junainah Binti Jusoh Noor Erany Binti Mohd Nordin Hamatilah Binti Salleh Fatimah Binti Jusoh Nur Iffah Binti Fauzi Nor Azifahanim Binti Md Yusof Noriani Binti Abdullah Nor Zalina @ Kalsom Nor Azlinda Binti Abd Majid Norliza Binti Rosli ❖ Menentukan menu dan menguruskan tempahan makanan. ❖ Menentukan jumlah/bilangan tetamu.( --- orang ) ❖ Memastikan makanan/minuman disediakan mengikut ketetapan masa. ❖ Mengagihkan makanan yang dibungkus sebelum mesyuarat bermula. PENCATAT MINIT MESYUARAT Noraidar bt. Husain Rokiah Binti Mustafa ❖ Mencatat minit mesyuarat agung semasa mesyuarat ❖ Setelah ditaip dan dikemaskini perlu diserahkan kepada setiausaha PIBG. AJK JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI Mohd Firdaus Bin Mokhtar Mohd Al-Fateh Bin Noor Mohamad ❖ Mengambil gambar yang bersesuaian. ❖ Menyimpan dan menyusun atur untuk pendokumentasian/laporan. ❖ Menyediakan TV AJK KEBERSIHAN Sulaiman Bin Mohamad Pekerja Swasta ❖ Memastikan persekitaran tempat majlis selamat dan bersih sebelum ,semasa dan selepas majlis.


ATURCARA MAJLIS 2.00 Petang Ketibaan Guru, ibu bapa dan penjaga serta pendaftaran 2.15 Petang Ketibaan dif-dif jemputan 2.30 Petang Ketibaan YH Dato’ Haji Jumaat Bin Mansor Pengurus Besar Modal Insan & Sosio Budaya Lynas Malaysia Sdn Bhd Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG Encik Zamzuri Bin Jusoh Ucapan Guru Besar Encik Abdul Latef Bin Awang @ Othman Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 YH Dato’ Haji Jumaat Bin Mansor Pengurus Besar Modal Insan & Sosio Budaya Lynas Malaysia Sdn Bhd Persembahan 1 - Tarian Penyampaian Cenderahati AJK Penyampaian Cenderahati Perasmi Jamuan Bersama Perasmi dan Dif-Dif Jemputan Persembahan 2 - Nasyid 4.30 Petang Mesyuarat Agung PIBG bermula Cabutan Nombor Bertuah 5.30 Petang Majlis Bersurai


KEWANGAN BIL Perkara JUMLAH 1 Sumbangan PIBG RM4350.00 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL UNIT/JAWATANKUASA JUMLAH 1 Unit Buku Program & Surat Jemputan RM50.00 2 Unit Persiapan Pentas & Keceriaan RM200.00 3 Unit Backdrop & Banner RM110.00 4 Unit Persembahan Saguhati Persembahan : RM300.00 RM300.00 5 Unit jamuan VIP : Guru/Staf &AJK PIBG : 75@RM10 Per Pax RM750.00 Ibu Bapa : 150@RM5 Per Pax RM750.00 Menu Vip,Guru & AJK – Minum Petang 75 pax Menu Ibubapa & Persembahan - Bihun Goreng Air Mineral RM1500.00 6 Unit Cenderahati Perasmi , AJK Dan Cabutan Bertuah VIP : RM100.00 (Plak & Buah) AJK : RM50.00@ (Tyseo) Barangan Makanan Dapur : RM400.00 RM100.00 RM1750.00 RM400.00 7 Kontingensi RM40.00 Jumlah RM4350.00


PENUTUP Adalah diharapkan majlis yang akan dijalankan ini akan memberi aspirasi kepada PIBG sekolah untuk terus maju dan komited dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan . Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari AJK PIBG, ibu bapa/ penjaga murid, dan warga sekolah untuk terus menunjukkan kecemerlangan dalam segala bidang berkaitan dengan pendidikan. DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, ____________________ ___________________ EN. MAHATHIR BIN FAUZI EN. ZAMZURI BIN JUSOH Setiausaha PIBG Ydp PIBG SK Fekda Neram Satu SK Fekda Neram Satu DISAHKAN OLEH, ___________________________________ EN. ABDUL LATEF BIN AWANG@OTHMAN Penaung pibg Guru Besar SK Fekda Neram Satu


Click to View FlipBook Version