The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farisaleeya, 2021-09-01 06:10:15

KERTAS KERJA KARNIVAL KEMERDEKAAN

MALAYSIA PRIHATIN 2021

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2021

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI
KEMERDEKAAN KE -64

SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG

#MALAYSIA PRIHATIN

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA

PANITIA BAHASA MELAYU, PANITIA SEJARAH, PANITIA PENDIDIKAN SENI.
PANITIA RBT,PANITIA PJK, PANITIA SAINS DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
1.0 PENGENALAN

Bulan kemerdekaan menjadi acara wajib yang disambut pada setiap tahun
diperingkat sekolah. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari
kemerdekaan yang ke-64. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat
sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang
dan cinta akan Negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah
kita capai pada hari ini walaupun dalam suasana pendemik COVID-19.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan semangat
cintakan tanah air dalam kalangan warga sekolah tanpa melanggar SOP yang telah

ditetapkan. Bulan Kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan sepanjang bulan
Ogos 2021 sehingga 16 September 2021.

2.0 MATLAMAT

Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid-murid:

➢ dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia.
➢ mengcungkil bakat terpendam murid-murid SK Kerayong secara menyeluruh.
➢ dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya

kekal aman dan terus maju walau berhadapan dengan pendemik COVID-19.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA
ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada

negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta

menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah, masyarakat dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah, rumah dan masyarakat dalam suasana

ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa
pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar.

xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu

semasa.
xiv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman

masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Sejarah dengan kerjasana Penyelaras Pusat
Sumber, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Muzik serta Panitia Pendidikan Seni SKM.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari bulan Ogos 2021 hingga Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan pada 16 September 2021.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru Sekolah Kebangsaan
Mengkuang.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan
penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan
dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pertandingan
dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Sejarah, Pendidikan Seni
Visual, Pendidikan Kesihatan, Bahasa Melayu, Pusat Sumber Sekolah serta ibu
bapa.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Penyertaan Guru Penyelaras Tarikh
Tahun 1-3 Guru BM penghantaran
1 Video kreatif –
deklamasi pantun 8 Sept 2021

2 Swafoto Tahun 1-6 Guru Sains 8 Sept 2021
Kemerdekaan Tahun 4-6 Guru PSV 8 Sept 2021

3 Video kreatif –
deklamasi Sajak

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Bilangan hadiah Kos Anggaran
perbelanjaan
1 Video kreatif – 1. Pertama ( 3 kelas) RM8 X 3
deklamasi pantun 2. Kedua ( 3 kelas) RM6 X 3 RM 54
3. Ketiga ( 3 kelas) RM4 X 3

2 Swafoto 1. Pertama ( 6 kelas) RM8 X 6 RM108
Kemerdekaan 2. Kedua ( 6 kelas) RM6 X 6 RM 54
3. Ketiga ( 6 kelas) RM4 X 6
3 Video kreatif –
deklamasi Sajak 1. Pertama ( 3 kelas) RM8 X 3
2. Kedua ( 3 kelas) RM6 X 3
3. Ketiga ( 3 kelas) RM4 X 3

7 Sijil penyertaan RM30
RM246
JUMLAH

10.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Sumber RM
1. Sekolah 246
2.
Jumlah

11.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pensihat : Pn Wan Zaidawati Binti Wan Daud - Guru Besar
- GPK Kokurikulum
Pengerusi : En Mohamad Borhan Bin Jamaluddin
- GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : En Abdul Rahman Bin Jelani -GPK HEM

Naib Pengerusi 2 : En Hazlan Bin Hamzah - KP Sejarah

Penyelaras : En Azhar Bin Nazeri

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pertandingan Swafoto tema kemerdekaan : Panitia Sains

Pertandingan Deklamasi Sajak/ Pantun : Panitia Bahasa Melayu

Pelaporan Program : Pn. Farihah Binti Ibrahim

Hadiah : Panitia Pendidikan Islam, Panitia Matematik

Sijil : Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Sejarah

13.0 PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Mengkuang
ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan
mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SKM
dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping
memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

(PN. FARIHAH BINTI IBRAHIM)
Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Mengkuang

Disemak oleh,
...............................................
(EN MOHAMAD BORHAN BIN JAMALUDDIN)
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Mengkuang

Diluluskan oleh,
.................................................
(PN WAN ZAIDAWATI BINTI WAN DAUD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mengkuang


Click to View FlipBook Version