SMK (P) RAJA ZARINA, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA,
PELABUHAN KLANG
KEPENTINGAN
PENGURUSAN MASA
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
WE LOVE & WE CARE
#RZBANGKITHEBAT
#RZGOODTOGREAT
#RZBERKASIHSAYANG
PENGURUSAN MASA
Ada manusia yang berkata "tak cukup masa"
Ada manusia yang berkata "cukup masa "
Ada juga manusia yang berkata "terlebih masa"
Pengurusan masa yang berkesan
bermaksud bagaimana seseorang
itu menguruskan masa dalam
kehidupan seharian dengan cara
terbaik agar dapat menjalani
sebuah kehidupan yang teratur,
sistematik dan lancar.
Pengurusan masa merupakan satu
kemahiran yang harus dikuasai
oleh setiap individu sama ada
sebagai seorang murid, seorang
yang bekerjaya, seorang pemimpin
mahupun seorang suri rumah.
UnitBimbingan Kaunseling SMK(P) Raja Zarina
WE LOVE & WE CARE
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA
KEPENTINGAN
PENGURUSAN MASA
MASA DAPAT DIMANFAATKAN SEBAIKNYA
Jika seseorang itu bijak menguruskan masa, individu tersebut
dapat megelakkan diri daripada melakukan perkara yang
tidak berfaedah. Contohnya,seorang murid yang cemerlang
pastinya mempunyai peribadi yang luhur dan menggunakan
teknik yang betul dalam mengurus masa seharian iaitu
dengan tidak terjerumus dalam melakukan perkara-perkara
yang tidak bermanfaat seperti merokok, melepak, bergaduh
dan menagih dadah. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja
membuang masa malah memudaratkan diri serta
mencemarkan nama baik keluarga,diri,masyarakat,bangsa
dan agama.
MASA ITU EMAS
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA
KEPENTINGAN
PENGURUSAN MASA
MEMBENTUK DISIPLIN DIRI YANG BAIK
Seseorang itu dapat memupuk sifat menepati masa jika mereka
mampu menguruskan masa dengan berkesan. Pembahagian
masa yang tersusun juga mampu menjadikan seseorang itu patuh
pada peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,
seseorang murid perlu merancang masa dengan betul apabila
mereka pulang dari sekolah seperti menetapkan masa belajar,
menyiapkan kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran di
samping masa untuk beriadah, menonton televisyen dan mengaji
Al-Quran. Jadual yang dirancang ini dapat menjadikan murid
tersebut berupaya menguruskan kehidupannya dengan teratur
kerana mereka dapat melaksanakan urusan kehidupan mereka
secara teratur.Mereka perlu mematuhi jadual yang telah
dirancang dan menepati masa yang telah ditetapkan. Jika hal ini
berlaku, seseorang itu dapat memupuk disiplin diri yang kukuh
kerana mereka telah menguruskan masa dengan berkesan
MASA ITU EMAS
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA
KEPENTINGAN
PENGURUSAN MASA
URUSAN DAPAT DISIAPKAN DENGAN LANCAR
Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan kita
menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara
terancang. Dalam hal ini, ketepatan masa dalam menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan
tugasan yang berkualiti. Seseorang yang bijak merancang
masa dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut
durasi masa yang telah ditetapkan jika mereka menguruskan
masa dengan berkesan. Mereka tidak akan tergesa-gesa
melakukan sesuatu pekerjaan jika pembahagian masa telah
dibuat secara berjadual.
MASA ITU EMAS
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA
DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TEKANAN
Pada masa yang sama, seseorang itu tidak akan berada
dalam keadaan tertekan kerana proses menyiapkan tugasan
yang diberikan itu telah dilakukan secara tenang, bukannya
disiapkan secara tergesa-gesa apabila tempoh tamat hampir
tiba. Hasilnya, tugasan yang diberikan itu akan menjadi lebih
berkualiti dan dapat diserahkan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
MASA ITU EMAS
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
AYUH, URUSKAN
MASAMU!
Setiap masa yang dilalui hendaklah diatur
dengan sebaik mungkin kerana masa yang
terlepas tidak akan kembali semula
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
we love & we care