The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diri dan Masyarakat
Modul Mentor Mentee
Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abby_lerr85, 2021-05-20 05:05:13

Diri dan Masyarakat

Diri dan Masyarakat
Modul Mentor Mentee
Tingkatan 5

DIRI DAN

MASYARAKAT

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

Give the gift of reading to
all of the kids at ABC Orphanage

DIRI DAN
MASYARAKAT

Manusia termasuk remaja adalah makhluk sosial.
Kelangsungan dan kemahiran hidup remaja
dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah dan
masyarakat di sekeliling mereka. Mengambil

bahagian serta melibatkan diri secara sukarela
dalam aktiviti kemasyarakatan bukan sahaja
menguntungkan pihak penganjur tetapi amat
berfaedah kepada diri remaja, keluarga dan

masyarakat. Remaja yang melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, kepimpinan,
perundingan, perancangan serta pengurusan

organisasi. Berikut adalah panduan untuk remaja
melibatkan diri dan menyumbang bakti dalam
masyarakat.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

Panduan melibatkan diri dan
menyumbang bakti dalam
masyarakat

Pilih kegiatan yang digemari. Ini boleh memberi
peluang remaja mendapat kenalan dan
pengalaman baru di samping menyumbang secara
produktif kepada masyarakat.

Mulakan dengan melakukan aktiviti bersama
keluarga dan jiran. Kenal pasti sumber dalam
komuniti seperti lokasi dewan bola keranjang atau
badminton, dewan orang ramai, gimnasium rakyat
dan sebagainya supaya boleh merancang
beberapa aktiviti sukan atau sosial bersama-sama
rakan.

Sebaik-baiknya lakukan aktiviti secara
berkumpulan agar dapat meningkatkan kemahiran
bekerjasama, perhubungan, kepimpinan,
pengurusan dan bersosial.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

Panduan melibatkan diri dan
menyumbang bakti dalam
masyarakat

Kenali jiran dan komuniti. Sertai acara dalam
komuniti seperti majlis perkahwinan, hari keluarga,
hari sukan, ceramah agama dan lain-lain. Ini
dapat menambah bilangan kawan baru dan
jaringan hubungan sosial remaja.

Rancang projek bersama-sama rakan sebagai
sumbangan kepada masyarakat seperti
mengadakan lawatan ke pusat perlindungan atau
rumah anak yatim dan luangkan masa dengan
mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun
kebajikan yang dilakukan kecil, namun ia amat
bermakna. Remaja sendiri akan berasa bangga
dan bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki.
Selain itu, remaja juga akan berasa puas di
samping dapat meningkatkan keyakinan dan harga
diri serta kemahiran memimpin.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

Panduan melibatkan diri dan
menyumbang bakti dalam
masyarakat

Beri bantuan dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan
(seperti gotong-royong, kenduri, hari keluarga,
ceramah agama atau aktiviti sosial lain) yang
dianjurkan oleh keluarga, jiran atau masyarakat.

Buatlah kerja-kerja persiapan tempat seperti
menyusun kerusi, mengedar kad jemputan, menghidang
makanan, atau melayan tetamu.

Daftarlah sebagai ahli kelab belia atau program-
program yang diwujudkan oleh pihak kerajaan,
universiti, badan bukan kerajaan atau sektor swasta
seperti 1M4U, Duta Belia, Rakan Muda, PROSTAR,
Doktor Muda dan PROSIS. Remaja boleh menyumbang
kepada masyarakat dengan melibatkan diri dalam
program yang digemari.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

Panduan melibatkan diri dan
menyumbang bakti dalam
masyarakat

Jadilah remaja yang proaktif dan sedia berkhidmat.
Banyak agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan
syarikat swasta bersedia memanfaatkan idea dan
tenaga remaja dalam projek jangka pendek. Bertanya
atau layarilah laman sesawang dan teliti ruang iklan
berkaitan dengan bidang yang diminati. Pengalaman
bekerja sebagai sukarelawan sambilan/jangka
pendek dapat meluaskan pengetahuan dan
kemahiran yang menguntungkan kerjaya remaja di
masa hadapan.

Walaubagaimana pun, berhati-hati, sebelum
memulakan sebarang aktiviti. Semak kesahihan iklan
atau maklumat dalam talian dengan sumber yang
boleh dipercayai agar tidak menjadi mangsa
penipuan atau aktiviti haram.

Berbincang dengan ibu bapa, keluarga atau orang
dewasa yang dipercayai sebelum memulakan
sebarang aktiviti. Mereka pasti memberi maklumat,
nasihat dan bimbingan yang amat berguna.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

KESIMPULAN

Remaja boleh menyumbang kepada masyarakat dan
dunia dalam pelbagai bidang. Sumbangan termasuklah
aktiviti yang dirancang sendiri oleh remaja atau dengan

menyertai aktiviti kelab/persatuan, aktiviti sosial atau
kerja sambilan. Penglibatan diri dalam aktiviti

kemasyarakatan dapat meluaskan pengalaman dan
jaringan sosial di samping meningkatkan kemahiran
hidup, mengasah kemahiran kepimpinan dan memberi

peluang kerjaya.

Kecanggihan teknologi maklumat masa kini beserta
dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang betul

membolehkan remaja menyumbang kepada komuniti
sepenuhnya. Lebih banyak yang diberi, lebih banyak yang

akan diperolehi. Remaja boleh menjadi sebahagian
daripada penyelesaian dan bukannya sebahagian
daripada masalah dunia.

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
SMK (P) RAJA ZARINA

JADILAH AHLI MASYARAKAT
YANG PRIHATIN &

BERTANGGUNGJAWAB

Give the gift of reading to
all of UtNhIeT BkIMidBsINaGtANABKACUNOSErLpINhGanage

SMK (P) RAJA ZARINA


Click to View FlipBook Version