The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abby_lerr85, 2022-08-31 19:08:07

Syarat ePertandingan Rendah 2022

Syarat ePertandingan Rendah 2022

SYARAT-SYARAT ePERTANDINGAN RENDAH
A. MEWARNA DOODLE ART KERJAYA (INDIVIDU)

1. OBJEKTIF
1.1 Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid dalam bidang kerjaya.
1.2 Memupuk minat dan mencungkil bakat baharu murid dalam bidang seni visual serta mengekspresikan

kebolehan diri murid melalui Doodle Art.

2. SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan secara Individu, adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Tahap I (Thn 1, 2 & 3).
2.2 Setiap sekolah rendah hanya boleh menghantar 1 penyertaan dari Tahun 1, 1 penyertaan dari Tahun 2 &

1 penyertaan dari Tahun 3.
2.3 Penyertaan murid adalah secara Individu.
2.4 Setiap penyertaan Individu dikenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM5.00.

3. TATACARA PERTANDINGAN
3.1 Peserta perlu mewarna Doodle Art pada kertas lukisan bersaiz A4 (GBK cetak Doodle Art yang telah

ditetapkan oleh sekolah pengelola ePertandingan).
3.3 Peserta akan mewarna Doodle Art bertemakan STEM Pemangkin Minda Kerjaya Bestari
3.4 Semua jenis peralatan seperti pensel, pensel warna, Drawing Pen, Felt-Tip Pen dan warna air

dibenarkan.
3.1 Semua peralatan disediakan oleh peserta.
3.2 Penggunaan bahan tambahan daripada alat elektronik seperti komputer dan media digital, Clear Spray /

Lekar jernih / liquid paper/ adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hanya peserta sahaja dibenarkan mewarna tanpa bantuan mana-mana pihak.
3.9 Semua 3 penyertaan yang dihantar, wajib disahkan oleh Guru Besar sekolah (di muka belakang).
3.10 Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Daerah.
3.11 Sijil Pencapaian Peringkat Daerah diberikan kepada para pemenang yang ditentukan oleh Barisan

Hakim.

4. MAKLUMAT PEMARKAHAN
4.1 Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti oleh panel Hakim yang

dilantik penganjur.
4.2 Keputusan panel Hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.

KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH

1. TEMA 20

2. GUBAHAN / KOMPOSISI / OLAHAN 30

3. KREATIVITI 25

4. TON WARNA 15

5. KEKEMASAN 10

JUMLAH 100

5. SYARAT PENGHANTARAN
5.1 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dimuatnaik ke dalam pautan yang akan diberikan sahaja.

Penghantaran kepada orang perseorangan tidak akan diterima sama sekali.
5.2 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
5.3 Pendaftaran Peserta bagi pertandingan Mewarna Doodle Art kerjaya bermula dari 12 – 23 September

2022.
5.4 Tempoh penghantaran karya adalah pada 01 hingga 07 OKTOBER 2022 @ 5 PETANG.

Karya yang diterima selepas 07 OKTOBER tidak akan dipertimbangkan untuk penghakiman sama sekali.

1

B. eKUIZ KERJAYA (INDIVIDU)

1. OBJEKTIF
1.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai jenis melalui pembacaan.
1.2 Menguji pengetahuan murid tentang pelbagai bidang kerjaya.

2. SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan secara Individu, adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Tahap II (Tahun 4, 5 &

6).
2.2 Setiap sekolah rendah hanya boleh menghantar 1 penyertaan dari Tahun 4, 1 penyertaan dari Tahun 5 &

1 penyertaan dari Tahun 6.
2.3 Penyertaan murid adalah secara Individu.
2.4 Setiap penyertaan Individu dikenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM5.00.

3. TATACARA PERTANDINGAN
3.1 Soalan berkaitan pendidikan kerjaya akan disediakan dalam bentuk e-kuiz. (Google Form).
3.2 Sekolah Pengelola bertanggungjawab menyediakan soalan kuiz dalam bentuk Objektif & Subjektif (jika

perlu).
3.3 Borang penyertaan / pendaftaran akan disediakan oleh Sekolah Pengelola.
3.4 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
3.5 Jawatankuasa Pengelola akan mewujudkan pautan group Telegram. Setiap Guru Pembimbing perlu

memastikan peserta masuk ke kumpulan Telegram yang betul mengikut Tahun 4, 5 atau 6.
3.6 Sekolah Pengelola bertanggungjawab menguruskan semua penyertaan dari sekolah rendah.
3.7 Semua penyertaan perlu menepati tempoh masa menjawab – masa menjawab ditentukan oleh sekolah

pengelola. Tiada tambahan masa diberikan.
3.8 Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Daerah.
3.9 Sijil Pencapaian Peringkat Daerah diberikan kepada para pemenang yang ditentukan oleh Barisan Hakim.

4. MAKLUMAT PEMARKAHAN
4.1 Semakan jawapan murid adalah dilaksanakan oleh panel hakim yang dilantik oleh penganjur.
4.2 Pemenang ditentukan dengan markah paling tinggi yang diperolehi oleh peserta. Jika terdapat markah

yang sama, keputusan akan ditentukan dengan masa yang diambil untuk menjawab dan menghantar
jawapan kuiz atau kaedah terbaik yang ditentukan oleh panel Hakim.
4.3 Keputusan panel Hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan
sama sekali.

5. TARIKH PENDAFTARAN & TARIKH KUIZ
5.1 Pendaftaran Peserta bagi pertandingan e-kuiz bermula dari 12 – 19 September 2022.
5.2 Tarikh dan masa pertandingan e-kuiz adalah seperti ketetapan berikut:

Tahun Tarikh Masa
Tahun 4 04 Oktober 2022, Selasa 9:00 a.m. – 10:00 a.m.
Tahun 5 05 Oktober 2022, Rabu 9:00 a.m. – 10:00 a.m.
Tahun 6 06 Oktober 2022, Khamis 9:00 a.m. – 10:00 a.m.

2

C. VIDEO MODEL KERJAYA (KUMPULAN 3 ORANG)

1. OBJEKTIF
1.1 Membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam proses penyebaran maklumat kerjaya secara

berkesan.
1.2 Menyediakan peluang kepada murid untuk memperagakan, mengolah semula maklumat kerjaya dan

menyampaikan dengan menarik dan mudah difahami.
1.3 Menyedarkan murid tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya.

2. SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Sekolah Rendah di Daerah Klang.
2.2 Setiap sekolah rendah hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja (murid dari Tahun 1 hingga 6).
2.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan, 3 orang.
2.4 Setiap penyertaan kumpulan dikenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM10.00.

3. TATACARA PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan adalah secara kumpulan dan dihantar melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
3.2 Pemilihan kerjaya adalah bebas dengan memasukkan elemen R.I.A.S.E.K dalam persembahan kecuali

angkasawan.
3.3 Penggunaan alat bantu ketika menyampaikan maklumat seperti bahan multimedia, poster, carta, gambar

dan sebagainya adalah dibenarkan. Namun, penggunaan benda maujud seperti manusia dan haiwan
adalah DILARANG.
3.4 Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang menyentuh berkaitan dengan agama, bangsa, kebudayaaan atau
keperibadian seseorang adalah DILARANG.
3.5 Persembahan dan alat bantu mesti dalam Bahasa Melayu sahaja.
3.6 Peserta dikehendaki menggunakan bahasa dan tutur kata yang sopan.
3.7 Penggunaan dwibahasa semasa persembahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.8 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah selama 4 minit, kandungan bahan selepas 4 minit tidak
akan diambil kira dalam penilaian.
3.9 Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
3.10 Peserta DIBENARKAN menggunakan sistem audio mengikut kesesuaian semasa persembahan (tidak

mengganggu suara peserta).
3.11 Penyertaan adalah secara video rakaman bukan secara langsung (live). Rakaman video peserta

mestilah asli dan suara penyampaian mestilah jelas. Penggunaan muzik latar adalah bebas royalti.
3.12 Penyertaan akan terbatal secara automatik jika didapati tidak memenuhi syarat pertandingan.
3.13 Rakaman video peserta hendaklah dihantar melalui pautan yang disediakan.
3.14 Rakaman mestilah dihantar dalam bentuk video format mp4.
3.15 Semua penyertaan perlulah dihantar selewat-lewatnya pada 21 hingga 29 September , pukul 5.00

petang. Penyertaan yang dihantar selepas tempoh tersebut tidak akan diterima.
3.16 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak diterima.
3.17 Sebarang implikasi yang diterima oleh peserta sepanjang pertandingan ditanggung sepenuhnya oleh

peserta.

4 MAKLUMAT PEMARKAHAN
4.1 Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti oleh panel hakim yang

dilantik penganjur.
4.2 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
4.3 Terdapat tiga bahagian pemarkahan pertandingan video model kerjaya iaitu ISI KANDUNGAN, BAHASA dan

PERSEMBAHAN.

3

Kriteria pemarkahan adalah seperti jadual yang ditunjukkan.

Bahagian A: ISI KANDUNGAN MARKAH
KRITERIA PENILAIAN 5
10
1. Menyatakan SATU kerjaya pilihan.
2. Menghuraikan kerjaya yang dipilih dengan jelas. 10
15
Contoh :Sebab memilih kerjaya tersebut.
3. Menghuraikan dengan ringkas pakaian atau uniform kerjaya pilihan. 10
4. Nyatakan bidang tugas kerjaya yang dipilih 50

minimum 3 bidang tugas. MARKAH
5. Ikon pilihan (nyatakan idola pilihan dan huraian ringkas sebab memilih ikon tersebut). 5
5
JUMLAH 10

BAHAGIAN B : BAHASA 20
KRITERIA PENILAIAN
MARKAH
1. Struktur dan sebutan yang jelas 5
5
2. Intonasi suara 10
10
3. Gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang disampaikan serta 30
kelancaran penyampaian
JUMLAH

BAHAGIAN C : PERSEMBAHAN
KRITERIA PENILAIAN

1. Kesesuaian kostum dan aksesori yang dipakai dengan kerjaya yang dipilih.
2. Penggunaan alat bantu dan kreativiti.
3. Gaya, perwatakan dan kekemasan diri.
4. Keyakinan diri.

JUMLAH

5. SYARAT PENGHANTARAN
5.1 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dimuatnaik ke dalam pautan yang akan diberikan sahaja.

Penghantaran kepada orang perseorangan tidak akan diterima sama sekali.
5.3 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
5.3 Pendaftaran Peserta bagi pertandingan video model kerjaya bermula dari 12 – 23 September 2022.

5.4 Tempoh penghantaran video model adalah pada 01 hingga 10 OKTOBER 2022 @ 5 PETANG.
Video Model yang diterima selepas 10 OKTOBER tidak akan dipertimbangkan untuk penghakiman sama
sekali.

Disediakan oleh:
Rubadavi Raja Gopal & Ng Zin Si
Penolong Penyelaras I & II

Goury Soundrapandian
Penyelaras Program
ePertandingan Pendidikan Kerjaya 2022
(hp: 016-3609310)

4


Click to View FlipBook Version