The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peranan & Tanggungjawab Remaja Dalam Keluarga
Modul Mentor Mentee Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abby_lerr85, 2021-05-17 03:19:14

peranan & tanggungjawab remaja dalam keluarga

Peranan & Tanggungjawab Remaja Dalam Keluarga
Modul Mentor Mentee Tingkatan 3

UNIT KELUARGA MODUL 4
BIMBINGAN MENTOR
KAUNSELING MENTEE

SMK(P) RZ

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB REMAJA

PERANAN REMAJA DALAM KELUARGA

Setiap anggota keluarga memiliki peranan Remaja pun memiliki peranan dan tanggung
masing-masing di rumah, Peranan inilah yang jawab yang besar dalam keluarga. Mereka
membawa tanggung jawab yang harus dimiliki memiliki tahap peranan yang tinggi selepas
setiap anggota keluarga. Anak-anak juga perlu ibubapa. Perkara ini akan melatih remaja dalam
mengetahui peranan mereka dalam keluarga. membuat persediaan dan menggunakan
Bermula daripada yang paling besar sehingga pengalaman itu semasa mereka bergelar
yang paling kecil dalam keluarga itu ibubapa kelak.
mempunyai peranan yang berbeza.

PERANAN REMAJA TERHADAP IBUBAPA

MEMBERI KASIH SAYANG

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih
sayang yang selama ini dicurahkanibu bapa.
Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas
sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak
melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa.
Anak yang baik akan sentiasa berdoa kepada
Tuhan untuk sentiasa mencurahkan rahmat
atas ibu bapanya

MEMBERI PERHATIAN

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian.
Mereka terasa disisih dan seperti tidak
dipedulikan. Hal ini memberi tekanan
perasaan dan menyebabkan
kemurungan.Keadaan ini jika berterusan akan
memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan
mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang
disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan
orang tua. Sukar diterima akal bahawa anak
mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa,
sedangkan ibu bapa mampu menjaga dan
membesarkan anak-anak mereka.

MEMENUHI PERMINTAAN

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak
untuk melaksanakan sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk
kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi
permintaan ibu bapa perlu diutamakan
berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu
bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat
sembahyang sunat, berpuasa sunat dan
seumpamanya

ubk smk(p)rz

PERANAN REMAJA TERHADAP IBUBAPA

MELAKUKAN APA YANG
DISUKAI

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya
melakukan sesuatu yang baik pada pandangan
mereka. Melakukan perkara yang tidak disukai
ibu bapa bermaknamelakukan perbuatan
derhaka. Anak yang derhaka terhadap ibu
bapa tidak akanmendapat keberkatan dalam
kehidupannya. Sesiapa yang derhaka terhadap
ibu bapa akan disegerakan balasan di dunia
dan tidak terlepas balasan di akhirat

BERCAKAP DENGAN
LEMAH LEMBUT

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah
dengan bercakap secara lemah-lembut dengan
mereka. Suara hendaklah direndahkan dan
jangan membantah permintaan mereka.
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-
kata ibu bapa dengan suara tinggi atau
bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.
Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata
yang mungkin menyinggung perasaan ibu
bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan
cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan
sebenar

HADIAHKAN KEJAYAAN

Jika seseorang anak itu memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, mendapat pekerjaan,
dinaikkan pangkat dan seumpamanya,
seharusnya dimaklumkamkepada ibu bapa. Ibu
bapa sebaiknya dibawa bersama-sama dalam
majlis untuk meraikan kejayaan itu.

ubk smk(p)rz

PERANAN REMAJA TERHADAP IBUBAPA

MELUANGKAN MASA
BERSAMA

Anak-anak yang tinggal berasingan dengan
ibu bapa perlu kerap meluangkan masa
mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang
menerima kunjungan dan gembira untuk
menatap wajah anak-anak mereka.

MENDOAKAN KEBAIKAN
IBUBAPA

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan
untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan
kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan
walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Kebaikan yang dilakukan anak terhadap ibu
bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak
mampu untuk membalas jasa ibu bapa
sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang
hayatnya.

BERBAKTI RINGANKAN
BEBAN

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh
dilakukan dengan berbuat baik kepada mereka
dengan berbakti dan berkhidmat kepada kedua-
duanya sewaktu mereka masih hidup iaitu ketika
mereka sihat atau sakit atau setelah meninggal
dunia. Seseorang anak tidak hanya dituntut
melayani dan menghormati ibu bapa sekadar
berbudi bahasa, malah digalakkan memberi
sumbangan kewangan bagi meringankan beban
mereka. Itulah hadiah yang paling bermakna
daripada seseorang anak yang dapat diberikan
kepada ibu bapa

ubk smk(p)rz

UBK SMK (P) RZ

PERANAN REMAJA TERHADAP

KAKAK & ABANG

HORMAT MENGHORMATI

Remaja perlu menghormati adik-
beradik yang lebih tua. Sikap saling
hormat-menghormati harus
dipupuk di kalangan remaja. Sikap
ini boleh dilihat apabila wujudnya
sikap bantu-membantu.

PERHUBUNGAN YANG
BAIK

Remaja perlu memastikan
perhubungan yang baik dengan
adik-beradik yang lebih tua. Elakkan
daripada pergaduhan. Sekiranya,
perhubungan tidak baik, sukar
untuk saling bantu-membantu.

UBK SMK (P) RZ

TERIMA PENDAPAT

Sekiranya abang atau kakak memberi
alasan yang tidak munasabah berkaitan
sikap mahupun tingkah laku kamu, jangan
sesekali cuba membetulkan atau memberi
pendapat yang bertentangan dengan
alasan yangdikemukakan. Cara sebegini
akan membuatkan abang atau kakak
berfikir dan berasa malu dengan alasan
yang diberikan itu dan mungkin akan
berasa bersalah dengan kenyataan yang
tiada kepastiannya itu. Sebagai adik, elak
berlalu pergi ketika abang atau kakak
sedang bercakap. Ini kerana, ia akan
mengeruhkan lagi keadaan sekaligus
menambahkan kemarahan mereka.

MENDENGAR NASIHAT

Remaja perlu mendengar nasihat
yang baik daripada orang yang lebih
tua.

MENJADI PENDENGAR

SETIA

Jadilah pendengar yang setia ketika
abang atau kakak menghadapi
masalah atau tekanan

UBK SMK (P) RZ

FAHAMI 'MOOD'/ PERASAAN

Kemarahan yang meledak pada usia
remaja adalah perkara biasa dalam
kehidupan seseorang, baik remaja
mahupun golongan dewasa. Setiap insan
pasti mengalaminya. Rasa marah bukan
kerana benci tetapi bersifat saying atau
teguran. Sekiranya kamu menghadapinya,
bukan masa yang sesuai untuk kamu
membalas kemarahan abang atau kakak
dengan rasa kebencian.

BIJAK KAWAL

KEMARAHAN

Kadang-kadang, sikap ketidakadilan
abang atau kakak boleh
mendatangkan kemarahan kamu.
Jangan sesekali membenci ataupun
menyesal dengan sikap mereka
kerana keadaan akan berubah saat
kamu menerima kepastian dengan
hati terbuka. Bawa bertenang dan
tunggu sehingga keadaan kembali
tenang.Kemudian, ambil peluang
membincangkan perasaan yang
kamu pendamkan itu, beberapa hari
kemudian

UBK SMK (P) RZ

PELIHARA TUTUR KATA YANG SOPAN

Apabila membincangkan sesuatu perkara dengan mereka sama ada
berkaitan dengan pendapat atau permintaan, peliharalah tingkah
laku dan tutur kata kamu dengan sebaik-baiknya. Kawal percakapan
kamu dan jangan sesekali meninggikan suara. Sekiranya kamu bijak
mengawal perasaan dan keadaan, sabar serta bercakap dalam nada
yang lembut, pasti mereka akan mengikut kehendak kamu.
Peranan remaja terhadap adik-adi Sebagai anak yang paling tua,
mereka tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka bagi
memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik terjamin dan
mempunyai kehidupan yang berkualiti untuk masa hadapan adik-
adik. Mereka harus berusaha bagi melaksanakan tanggungjawab ini
di samping tidak mengabaikan keadaan diri dan perasaan mereka
sendiri.

peranan remaja terhadap adik

PERTAMA KEDUA KETIGA

Sebagai pengganti ibu bapa Menjadi pendamai sekiranya Memantau kelakuan dan
sekiranya mereka tiada di adik-adik berada dalam pergaulan adik-adik. Sebagai

rumah. Seorang abang atau konflik atau bergaduh sesama abang atau kakak, mereka
kakak perlu memastikan sendiri. Mereka tidak boleh perlu tahu ke mana adik-adik
menyebelahi mana-mana pergi dan siapa rakan-rakan
keselamatan dan kebajikan pihak sebaliknya menjadi disekeliling adik-adik.Mereka
adik-adik seperti yang orang tengah dalam perlu memastikan adik-adik
telahdilaksanakan oleh menyelesaikan masalah ini.
mereka bergaul dengan
ibubapa mereka. Oleh itu orang yang betul dan boleh
adik-adik tidak akan terasa
terabai atau tersisih kerana membimbing adik-adik
mereka masih mempunyai mereka kearah kebaikan.

tempat bergantung dan KELIMA
tempat rujukanselain ibubapa
Memotivasikan adik-adik
mereka sekiranya mereka kurang
bermotivasi. Sebagai kakak
KEEMPAT atau abang, mereka perlu
sentiasa memberi nasihat
Menjadi contoh dan role kepada adik-adik supaya
model yang baik kepada adik- sentiasa berusaha untuk
adik. Ini penting kerana adik- mencapai apa yang diingini.

adik akan mengikut rentak Ini adalah penting bagi
atau perangai orang yang mewujudkan semangat dalam

lebih tua dari mereka diri adik-adik mereka untuk
sepanjang hayat lebih berjaya.

perkembangan dan UBK SMK (P) RZ
pertumbuhan.

peranan remaja terhadap adik

KEENAM KETUJUH KELAPAN

Memberi sokongan dan Sentiasa mengingati adik- Memberi pertolongan kepada
dorongan supaya adik-adik adik untuk sentiasa bersedia adik-adik sekiranya mereka
berasa lebih yakin dengan dan pandai menguruskan diri
apa dilakukan. Sokongan ini sendiri ketika berada di luar memerlukan bantuan samada
perlu agar adik-adik tidak dari segi kebajikan,
atau didalam rumah. Ini kaunseling atau
berasa takut atau samar- penting sekiranya adik-adik
samar untuk melakukan mereka berada di luar dari pembelajaran. Seseorang
kakak atau abang tidak boleh
sesuatu pekerjaan. peglihatan ibu bapa dan menolak sekiranya adik-adik
remaja itu sendiri. mereka memerlukan bantuan
KESEMBILAN
kerana mereka akan terasa
Sebagai tempat mengadu dan tersisih dan boleh
juga rakan-rakan kepada
adik-adik. Mereka harus menimbulkan perasaan benci
di kalangan adik-adik.
bersikap terbuka dan menjadi
tempat untuk adik-adik KESIMPULAN

meluahkan perasaan. Mereka Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai abang atau kakak,
juga perlu menjadikan diri mereka juga perlu menitikberatkan soal hati dan perasaan adik-adik

mereka sebagai sahabat karib mereka. Kadang-kadang, perhatian yang telalu serius juga boleh
kepada adik-adik supaya mengakibatkan adik-adik ini berasa terkongkong dan rimas serta boleh

adik-adik berasa selesa untuk menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri adik-adik. Jiwa
berkomunikasi dan dalam adik-adik ini akan memberontak dan melakukan apa sahaja untuk
masa yang sama dapat mencari ketenangan dan kebebasan.Oleh itu, remaja perlu berhati-
mencari jalan bagi
berhati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka agar adik-adik
menyelesaikan masalah adik- mereka tidak berasa terkongkong. Mereka perlu menjadi seorang
adik ini. abang atau kakak yang baik dan dalam masa yang sama menjadi

sahabat karib kepada adik-adik mereka serta pada masa yang sama
juga mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap diri

sendiri dan ahli keluarga yang lain. Ini adalah penting untuk
mewujudkan keluarga yang bahagia.

UBK SMK (P) RZ

UNIT
BIMBINGAN

R E M A J A V S K E L U A R G AK A U N S E L I N G
SMK(P) RZ

REMAJA MEMPUNYAI PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB YANG PENTING DALAM

KELUARGA


Click to View FlipBook Version