UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
PERKEMBANGAN
EMOSI INDIVIDU
PROGRAM MENTOR MENTEE
TINGKATAN 4
MODUL 6
APA PERASAAN
ANDA HARI INI?
ZON ZON
BIRU HIJAU
Sedih Tenang
Penat Bahagia
Sakit Fokus
Bosan Saya OK
Perlahan Terkawal
ZON ZON
KUNING MERAH
Teruja Marah
Gelisah Takut
Berdebar Panik
Kecewa Ingin menjerit
Keliru Luar Kawalan
KAEDAH
MENGAWAL
EMOSI
Setiap masalah yang berlaku pasti
mempunyai punca & sebab.
Gangguan perasaan adalah kerana
reaksi emosi dan bukan atas apa yang
berlaku
Gangguan emosi itu adalah andaian
pemikiran yang tidak realistik terhadap
apa yang berlaku.
Andaian yang tidak realistik boleh
dibuang dari dalam diri.
Tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang
dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
Tekanan boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang
tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan
kata-kata yang kesat.
Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga
emas boleh mengalami tekanan.
Umumnya tahap tekanan yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza
mengikut beban tekanan yang dihadapi.
KENALI TAHAP EMOSI
Tekanan yang sedikit atau sederhana adalah baik dan
boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada
individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, tekanan yang berlebihan, untuk
jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan
menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan
kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara
yang boleh kita lakukan dalam
mengawal emosi. Emosi boleh
dikawal secara sendiri atau pun
melalui bantuan ahli keluarga
atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami
tekanan boleh mengurangkan
perasaan yang dialami dengan
segera dengan cara
mengamalkan kaedah 10B.
CARA KAWAL EMOSI
Berfikir sebelum anda bercakap
Setiap kali perasaan marah menyelubungi diri anda, tarik nafas. Ambil
masa untuk berfikir apa yang anda mahu luahkan kerana percakapan
semasa marah kebiasaannya dipengaruhi emosi.
Luahkan selepas tenang
Apabila anda sudah tenang, luahkan kekecewaan anda dengan tegas
tetapi tidak konfrontatif. Nyatakan kerisauan dan keperluan anda dengan
jelas dan dalam nada yang terkawal.
Kenal pasti penyelesaian mudah
Daripada memusatkan perhatian pada perkara yang membuat anda
marah, sebaiknya anda berusaha menyelesaikan masalah yang sedang
dihadapi. Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki
apa-apa, sebaliknya mungkin hanya akan membuat keadaan lebih teruk.
Rehatkan diri
Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh mendengar
muzik, melukis atau melakukan senaman yoga.
Jangan menyimpan dendam
Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri
anda. Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu
atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.
TEKNIK 10B
BERTENANG
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,
bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh
membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada
peringkat permulaan.
BERNAFAS DENGAN DALAM
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel
tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
BERKATA` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’,
Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah
bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat
menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
BERIBADAT
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda
boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan
sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.
Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh
melegakan perasan seseorang.
BERKONGSI PERASAAN DENGAN SESEORANG
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan
rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami
perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda
dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan
dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat
mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan
merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil
berat tentang diri anda.
TEKNIK 10B
BERURUT
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di
bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.
Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini
boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan
perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan
untuk mengurangkan stres
BEREHAT & MENDENGAR MUZIK
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan
muzik yang lembut. Muzik dapat membantu
mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh
badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan
kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang.
Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
BERIADAH
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di
luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat
menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira
serta menghilangkan stres.
BERSENAM
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan
ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat
meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda
akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman
yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam
robik.
BERFIKIRAN POSITIF
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan
salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah
berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat
kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi
yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk
meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran
positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani
stres dengan lebih berkesan.
JOM KAWAL EMOSI
- WELOVE&WECARE-
UBK RZ