PERINGKAT
NEGERI SELANGOR
TARIKH MASA & TEMPAT
14OGOS 9.00 PAGI -3.00 PETANG
2021 KEDIAMAN MASING-MASING
Syarahan ialah aktiviti berkomunikasi secara
sehala, di mana penyampai syarahan akan
menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu
tajuk dalam masa yang ditentukan untuk
mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju
dengan apa yang ingin disampaikan.
Untuk menggalakkan murid-murid SJK (Cina)
menguasai serta mempertingkatkan taraf
Bahasa Melayu.
Menggalakkan murid-murid SJK (Cina) bertutur
dalam Bahasa Melayu.
Merapatkan perhubungan antara guru-guru
serta murid-murid SJK (Cina) di Malaysia.
Menanam semangat perpaduan dan muhibah.
Menanam semangat Cintailah Bahasa Melayu.
JAWATAN KUASA PELAKSANA PERTANDINGAN SYARAHAN
BAHASA MELAYU SJKC PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT NEGERI SELANGOR KE-38 2021 (SECARA DALAM
TALIAN)
Perkara Nama
Pengerusi Pelaksana
Naib Pengerusi En. Mok Pey Weng
Penyelaras
Setiausaha Pn. Teyun Pei Yien
Pengacara Majlis
Buku Program / Kad Pn. Roslinah
Jemputan
Cik Wong Huew Shyuan
Kad Peserta Pn. Ooi Bee Yen (Teks)
Juruteknik
Pn. Roslinah,
Pengira Markah En. Muhammad Irham
Sijil / Hadiah En. Mustafa Kamil
Cik Ooi Chin Min
En. Gabriel
En. Refno
En. Chui Meng Hong
Pn. Toy Kee Bee
Pn. Tee Kim Boon
Pn. Tang Lee Lee
En. Ng Min Zong
En. Lim Hong Howe
Cik Yong Wei Fei
Pn. Teh Swee Poh
Pn. Chong Yee Peng
En. Koo How Guan
Cik Lee Lai Kuan
Pn. Ting Choo Keio
Pn Chew Siew Kheng
DIF KEHORMAT PERTANDINGAN SYARAHAN PIALA
PERPADUAN BAHASA MELAYU SJKC PERDANA
MENTERI PERINGKAT NEGERI SELANGOR KE-38
2021 (SECARA DALAM TALIAN)
Pengarah Jabatan Pn. Hajah Anismah
Pendidikan Selangor Binti M. Noh
Pengerusi Lembaga Dato‟ Loh Mun Shum
Pengurus SJKC Han
Ming
Penolong Pengarah En. Wong Chong Way
BC Jabatan
Pendidikan Selangor
Penolong Pengarah Pn. Lee Peck Hong
SJKC Selangor
Pengerusi MGB SJKC En. Chew Hock Jin
negeri Selangor
Timbalan Pengerusi En. Lim Kim Leong
MGB SJKC negeri
Selangor
Pengerusi MGB SJKC Pn. Tan Wat Nee
Daerah Petaling
ATUR CARA MAJLIS
SLOT 1
9.00 pagi
9.10 pagi : Ucapan Perasmian
9.20 pagi
9.30 pagi : Ucapan Tuan Pengerusi Majlis
En. Chew Hock Jin
9.40 pagi
10.40 pagi : Ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah
11.00 pagi SJKC Han Ming Dato’ Loh Mun Shum
12.00 tengah hari : Pengenalan Pertandingan
Pengenalan Para Hakim
: Pertandingan Bermula ( No 1 – 12 )
: Rehat 20 Minit
: Pertandingan Bersambung Semula
( No 13 – 23 )
: Sesi Penghakiman
ATUR CARA MAJLIS
SLOT 2
1.50 tengah hari : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.00 petang : Ulasan Wakil Hakim
2.10 petang : Pengumuman Keputusan Pertandingan
2.20 petang : Sesi Fotografi
2. 30 petang : Bersurai
Peraturan-peraturan Pertandingan Syarahan
Bahasa Melayu SJKC Piala Perpaduan
Perdana Menteri Peringkat Negeri Selangor
Ke-38 2021 (Secara Dalam Talian)
TEMA
Tajuk syarahan bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada isu- isu
semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
i. Perpaduan dan muhibah
ii. Kesopanan dan kesusilaan
iii. Integrasi kaum
iv. Patriotisme
v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia
Kupasan isi syarahan TIDAK BOLEH menyentuh,membangkitkan,
mengaibkan, menyebarkan,menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan
politik, agama, bahasa, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara,
nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan
sensitif.
Markah maksimun sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap juri
kepada peserta yang TIDAK menggunakan tajuk bertemakan
PERPADUAN
HAD MASA
Masa melebihi 5 minit, markah akan dipotong iaitu 30 saat yang
pertama, ditolak SATU MARKAH dari markah yang diperolehi, bagi
30 saat yang kedua ditolak SATU MARKAH lagi dan begitu seterusnya.
Peraturan-peraturan Pertandingan Syarahan
Bahasa Melayu SJKC Piala Perpaduan
Perdana Menteri Peringkat Negeri Selangor
Ke-38 2021 (Secara Dalam Talian)
PERATURAN RAKAMAN VIDEO
Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam MESTI
ASLI tanpa sebarang ubah suai suara dengan bantuan alat
elektronik dan berlatar belakang. Saiz video : FHD 1920 x1080
(30fps).
Rakaman video penuh secara melintang yang menampakkan
peserta dari bahagian kepala hingga ke kaki.
Video tidak boleh diedit dan tiada sokongan latar belakang seperti
gambar, nama peserta, identiti sekolah, muzik dan sebagainya.
Latar belakang yang digalakkan warna hijau epal, merah darah,
putih, biru langit, coklat atau warna lain yang sesuai.
Para peserta wajib berpakaian seragam sekolah (Lelaki – Kemeja
putih, seluar pendek biru navy, Perempuan - Pinafore biru navy
atas kemeja putih) yang menutup lencana sekolah dan tidak
dibenarkan memakai sebarang perhiasan. Peserta dilarang
memakai tali leher atau blazer semasa bersyarah.
Semasa sesi rakaman video dijalankan, peserta adalah bebas
memilih sama ada ingin menggunakan mikrofon klip atau
mikrofon diletakkan di hadapan peserta. Namun, semasa
syarahan, peserta dikehendaki berdiri dan bersyarah di tempat
asal dan dilarang berjalan bergerak ke sana sini.
Video peserta tidak akan dinilai oleh hakim sekiranya Gagal
Mematuhi Syarat Pertandingan.
HAKIM
Panel hakim akan dilantik oleh Penyelia Kanan Sekolah
Cina,Selangor.
Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.
PANDUAN PENGHAKIMAN
Peserta syarahan akan diadili dari segi :
• Idea / Isi - 20 markah
• Bahasa - 30 markah
• Penyampaian, Persembahan, Adab dan
Bonus - 50 markah
Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukannya akan berdasarkan kepada markah yang lebih
tinggi mengikut susunan perkara- perkara berikut:
i. Penyampaian
ii. Bahasa
iii. Idea / Isi
HADIAH BILANGAN CATATAN
PIALA
JOHAN 1
NAIB JOHAN 1
TEMPAT KE- 3 1 Semua peserta yang
TEMPAT KE- 4 1 menyertai
TEMPAT KE- 5 pertandingan diberi
1 piala dan Sijil
HADIAH CEMERLANG 5 Pencapaian.
HADIAH KEPUJIAN 13
JUMLAH 23
HAL HAL LAIN
Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri
Selangor.
EMEL bbc8404@btpnsel.edu.my
Nama : NOR AMIZAH BINTI MD NOR
Tempat : SK Bandar Sri Sendayan, Negeri
Bertugas Sembilan
Emel MOE : g-26358509@moe-dl.edu.my
Pengalaman i. Ketua Hakim & Hakim Pidato:
sebagai Hakim 21 tahun
ii. Ketua Hakim & Hakim Syarahan
Piala
Perpaduan : 21 tahun
iii. Ketua Hakim Syarahan Piala
Perpaduan
Negeri Selangor 2019
iv. Pegawai Teknik Pidato Negeri
Selangor
2013 – 2020
Nama : IDRUS BIN HASSAN
Tempat : SK Tanjung Keramat, Kuala
Bertugas Selangor
Emel MOE : g-95354870@moe-dl.edu.my
Pengalaman i. Hakim Pertandingan ko-
sebagai akademik Bahasa Melayu
Hakim peringkat daerah dan negeri
1995-2015
ii. Hakim Piala Perpaduan
Pertandingan Syarahan BM
SJKC/SJKT peringkat daerah dan
negeri 1995-2015
Nama : MUHAMMAD HANIFA BIN BASIRON
Tempat : SK Seri Setia, Kuala Lumpur
Bertugas
: g-69402242@moe-dl.edu.my
Emel MOE
i. Hakim Pidato kumpulan dan
Pengalaman negeri 2016-2020.
sebagai ii. Hakim Syarahan Piala
Hakim Perpaduan Kumpulan dan Negeri
2017-2020
iii. Hakim Bahas negeri 2017-
2020.
iv. Pegawai Teknikal Syarahan
Perpaduan Kebangsaan 2019
SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU SJKC
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI PERINGKAT NEGERI SELANGOR
KE-38 2021 (SECARA DALAM TALIAN)
BIL NAMA TAJUK SYARAHAN
1 LAM CHEE FOONG BANGSA MALAYSIA BANGSA BERJAYA
2 LEE JING XI PERPADUAN ASAS KEMAJUAN NEGARA
3 GOH ZHI XUAN BAHASA MELAYU MEMBENTUK PERPADUAN
4 ALICIA ANG
5 DOFINA ANAK HENRY PERANAN KELUARGA DALAM MENYATUPADUKAN
RAKYAT
NOJIM PERPADUAN TONGGAK KESEJAHTERAAN
6 EA JIN RUNN NEGARA
7 GOH RUEN TUNG
8 ASHLYNN LEONG YIQIAN PERPADUAN DAN MUHIBAH
9 ANDERINE CHAN YU EN
10 CHIAH WEI YUAN NILAI-NILAI MURNI TERAS KESEJAHTERAAN
NEGARA
KEPRIHATINAN MALAYSIA TERAS PERPADUAN
CINTAI NEGARA KITA PEMACU PEMBANGUNAN
NEGARA
RAKYAT BERSATU, NEGARA GEMILANG
11 WONG LI KE PERPADUAN DIJAGA NEGARA SEJAHTERA
12 SHERRYN WONG XUAN RYN PEMIMPIN TERBILANG NEGARA CEMERLANG
13 NIRMALA MARY LOPES INTEGRITI TUNJANG PERPADUAN BANGSA
14 HEW WEI SAN MALAYSIA
15 VETHASANKARY A/P
BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN
GUNALAN NEGARA
BAHASA MELAYU LAMBANG BANGSA MALAYSIA
16 TIEW ZHI SIEN PERPADUAN TUNJANG KEKUATAN NEGARA
17 CHEN SHI YANNG PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA
18 THEW YU XIN PERMUAFAKATAN MEMBINA BANGSA BERJAYA
19 LOOI YAO LUN MALAYSIA DI MERCU JAYA
20
BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN
TAN HONG ZE BANGSA
21 LAI YU QIAN MALAYSIA
PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN BERSAMA
22 ESTHER LEE XIN RUI BAHASA KEBANGSAAN NADI PERPADUAN
Nama Peserta : LAM CHEE FONG
Tajuk : BANGSA MALAYSIA, BANGSA BERJAYA
Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, saf hakim yang bestari dan
para hadirin yang saya kasihi. Salam kejayaan Malaysia saya hulurkan. Ucap
syukur penuh mesra dengan ikatan harmoni dek kerana pada hari ini dapatlah
kiranya kita bersama-sama menghayati tajuk syarahan BANGSA MALAYSIA;
BANGSA BERJAYA.
Hadirin sekalian,
Tajuk ini bakal merungkaikan masyarakat di tanah air tercinta ini yang
terangkumpelbagai bangsa, budaya, adat, dan agama, namun mampu hidup bak
aur dengan tebing dan teguh bersatu bak secekak lidi. Bahkan sederap
melangkah, seiring sejalan untuk terus menggapai kejayaan bersama.
Para hadirin. Indikator saya yang pertama: Bangsa Malaysia dengan kejayaan
pendidikannya.
Sesungguhnya, pendidikan adalah wadah kesaksamaan tanpa mengenal bezanya
kulit, budaya dan agama. Menginsafi akan hakikat ini, terencananya Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan aspirasi keempat iaitu perpaduan,
kita terus menggembeleng usaha bersama agar pembangunan modal insan dan
penerapan erti muafakat mampu mencernakan hasil generasi yang cemerlang
pada masa hadapan. Cemerlang dalam pembelajaran dan sedar tanggungjawab
sebagai anak Malaysia yang bertunjang kukuh pada erti kebersamaan.
Percayalah bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Para hadirin. Indikator saya yang kedua: Bangsa Malaysia dengan kejayaan
ekonominya.
Ekonomi memang sesuatu yang mengejutkan. Mampu berubah dan mengubah. Sebab
itulah dari Dasar Ekonomi Baru, kita bentuk pula Model Baru Ekonomi.
Segala-galanya untuk terus mengukuhkan ekonomi negara agar mampu berdaya
saing di arena dunia. Indeks Prestasi Utama dijadikan ukuran. Bidang
Keberhasilan Utama sebagai harapan. Maka, tidak dapat dinafikan, usaha
sama pelbagai masyarakat ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
perlulah digerakkan agar kesaksamaan dalam ekonomi dapat dirasai bersama.
Hadirin semua, Isi ketiga: Bangsa Malaysia dengan kejayaan di arena luar.
Zaman ICT tidak menunggu sesiapa untuk menyaingi keadaan yang kian
berubah. Kehendak ialah hasrat. Keperluan ialah keutamaan. Menyedari
hakikat ini, pemimpin negara mencorak langkah. Agenda Transformasi
Nasional 2050 dihasilkan. Sebagai susulan daripada dasar yang telah mapan.
Inilah bukti kita berpandangan jauh. Dengan muafakat dijadikan pegangan.
Kebersamaan dijadikan simbol bangsa Malaysia yang berjaya. Pada titik
akhirnya, Malaysia terus berada dalam kedudukan 30 negara berdaya saing
di pentas antarabangsa. Inilah hasil gemilang sebagai simbol bangsa
Malaysia yang berjaya.
Hadirin semua,
Kesimpulannya, Bangsa Malaysia yang berjaya ialah bangsa yang mampu
melakarkan kejayaan dalam pelbagai bidang dan lapangan. Dengan itu, imej
bangsa berjaya menjadi kebanggaan kita semua. Sebelum berundur, ingin saya
ingatkan, kejayaan yang kita bina tidak bererti andai makna perpaduan
tiada dalam diri kerana di situlah, hakikatnya erti bangsa Malaysia yang
berjaya.
Sekian, terima kasih.
Salam manis buat peneraju majlis, kombinasi mantap kehakiman, para pendidik
bangsa, pemidato
berwawasan dan sidang hadirin sekalian.
Salam perpaduan dan salam negaraku Malaysia.
Cincin pusaka cincin suasa,
Disimpan rapi di dalam lipatan,
Cintai negara sayangi bangsa,
Kekalkan perpaduan demi kemajuan.
„Perpaduan Asas Kemajuan Negara‟, demikianlah tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada pagi yang mulia ini.
Secara konsepnya , kemajuan dan kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada
perpaduan rakyat yang jitu serta kerjasama jadi amalan bagai aur dengan tebing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kata kunci saya yang pertama. Perpaduan teras kemajuan Negara.
Perpaduan rakyat merupakan teras dalam kemajuan negara. Masyarakat berbilang
bangsa dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kukuh dan maju. Hal yang demikian kerana “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”.
Hasil perpaduan, kemajuan dalam semua bidang dapat dijana seterusnya membawa
kegemilangan negara di persada dunia. Negara-negara yang sentiasa bertelagah
akan musnah dan rakyat hidup menderita. Tiada satu bangsa pun di dunia ini
yang mampu mencapai kehebatan dengan bangsanya berpecah-belah dan tidak ampuh.
Sidang pendengar sekalian,
Kata kunci saya yang kedua. Perpaduan menjamin perkembangan ekonomi.
Perkembangan ekonomi yang pesat hanya akan dicapai melalui perpaduan rakyat
yang kukuh dan kemakmuran sesebuah negara. Seluruh rakyat perlu bersatu dan
menganggap diri mereka bangsa Malaysia yang bertindak dalam satu nada dan satu
matlamat. Ekonomi negara perlu dibangunkan demi kesejahteraan bersama. Keutuhan
sesebuah negara bergantung kepada kekuatan ekonomi. Hasilnya, kita menjadi
bangsa yang kuat, bangsa Malaysia.
Saudara-saudari yang dihormati,
Kata kunci saya yang ketiga. Kemajuan pendidikan membawa kemajuan negara.
Pendidikan dan ilmu adalah syarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kemajuan. Menurut sejarah, hanya negara yang berteraskan akal dan ilmu akan
terus maju. Pendidikan merupakan fokus utama yang menjadi asas kemajuan, wadah
keamanan dan kemakmuran. Persefahaman kaum juga dapat dipupuk menerusi
pendidikan. Sistem pendidikan terkini menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum.
“Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan”. Bangunlah dari lena wahai
insan yang bakal menjadi tunjang negara. Dengan semangat satu bangsa Malaysia,
gagasan Malaysia maju pasti tercapai.
Sidang pendengar sekalian,
Intihanya, perpaduan kaum penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan
negara. Oleh hal yang demikian, rakyat perlu bersatu hati untuk mengekalkan
perpaduan agar negara terus aman dan gemilang. Ingatlah, kita tidak kurang
seinci, rendah seranting atau pendek sekuku daripada negara maju, asalkan kita
sepakat dan bersatu.
Akhir kata,
Bersatu teguh, bercerai roboh,
Bermuafakat, bertambah berkat,
Bersatu, bertambah maju.
Nama Peserta : GOH ZHI XUAN
Tajuk : BAHASA MELAYU MEMBENTUK PERPADUAN
Salam sejahtera, buat pengerusi majlis, barisan panel hakim yang
berpaksikan keadilan, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang saya hormati
sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “ Bahasa Melayu Membentuk Perpaduan”.
Sidang hadirin yang dihormati,
Pertama, bahasa mempunyai maksud yang sangat luas. Bahasa bukan hanya
merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga
membentuk perpaduan rakyat di Malaysia. Bahasa merupakan alat perhubungan
sosial dalam masyarakat. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam
keintelektualan dan perkembangan sesuatu tamadun bangsa. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
Kedua, bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa
Malaysia. Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu
telah diangkat menjadi bahasa rasmi kebangsaan. Maka, dapat disimpulkan
bahawa Bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia yang terdiri daripada
Melayu,Cina dan India dapat bersatu padu di bawah satu bahasa.
Hadirin yang dihormati,
Ketiga, untuk mewujudkan satu bangsa bukanlah mudah. Kita tidak boleh
membiarkan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ingin saya tegaskan
di sini bahawa pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia haruslah mengikut
acuan kita sendiri iaitu melalui bahasa kebangsaan. Mari kita teladani
pembentukan negara bangsa seperti di Jepun, Korea dan negara-negara di
Eropah. Mereka telah berupaya menjadi negara yang moden dan membina bangsa
hanya dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan masing-masing. Jadi, mengapakah
kita tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri? Jika bukan kita
siapa lagi yang harus mendukungnya. Maka, jelaslah di sini perpaduan yang
terbina hingga kini adalah hasil daripada penggunaan bahasa kebangsaan.
Sidang dewan yang dikasihi,
Keempat, bahasa merupakan identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Perpaduan
boleh wujud dengan penggunaan satu bahasa. Justeru, adalah penting untuk
kita mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu
adalah bahasa yang difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Maka, kita
haruslah menghargai keunikan dan keindahannya. Marilah kita bersama-sama
memajukan negara sekali gus membina bangsa yang mendaulatkan bahasa
kebangsaan kita sendiri.
Kesimpulannya, Bahasa Melayu itu menjadi ramuan yang sangat penting dalam
membentuk perpaduan di negara kita. Melalui perpaduan itulah kita dapat
membentuk masyarakat yang harmoni, berkualiti dan bersatu padu.
Sekian, terima kasih.
Pepatah lama ada menyatakan,
Air yang dicincang tidak akan putus.
Begitulah gambaran betapa akrab hubungan dalam sesebuah institusi keluarga. Maka,
keluarga merupakan institusi terpenting yang akan mencorakkan kehidupan anak-
anak.
Pengerusi majlis yang saya hormati, pastinya, Penjaga masa
Barisan respektatif intelektual berkarisma dan berwibawa
yang setia, seterusnya warga dewan yang saya muliakan.
Salam sejahtera dan Salam Perpaduan.
Sebelum hujah saya lontarkan, izinkan saya mengupas tajuk syarahan saya untuk
santapan minda kita bersama. mewujudkan
„Peranan Keluarga Dalam Menyatupadukan Rakyat „
Secara konsepnya, keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
Warga dewan yang dihormati, ibubapa ialah insan yang bertanggung jawab melahirkan
anak-anak ke dunia ini. Ibu bapa juga telah menjaga kita bagai menatang minyak
yang penuh. Setiap anak didik dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehinggalah ke
usia remaja.Oleh itu, institusi keluarga memainkan peranan utama dalam mendidik
anak-anak menempatkan diri dalam masyarakat.
Sidang dewan sekalian,
Indikator saya yang pertama.
Untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat, anak-anak perlu ditunjukkan cara
menghormati orang lain dalam masyarakat walapun berlainan kaum. Didiklah anak-anak
cara menerima teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka. Nasihat dan teguran
mereka bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan kepada generasi muda ke arah
perpaduan dalam masyarakat. Oleh itu, kesediaan menerima teguran menjadi tapak
kukuh ke arah sebuah masyarakat yang bersatu.
Para hadirin yang dihormati,
Saya teruskan dengan Indikator saya yang kedua.
Ibubapa merupakan „role model „ bagi setiap anak-anak. Justru, para ibubapa perlu
menjadi suri tauladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh yang baik pada
setiap ketika atau di mana jua berada. Hal ini dapat diterjemahkan dengan
menunjukkan sikap ramah mesra dengan jiran tetangga. Ini dapat dilakukan dengan
membawa anak-anak berkunjung ke rumah jiran ketika musim perayaan. Tidak salah
bukan. Dengan ini, anak-anak dapat belajar cara mengamalkan nilai perpaduan dalam
kalangan masyarakat.
Warga dewan sekalian,
Kita teruskan dengan indikator saya yang terakhir..
Dalam mencetuskan semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak, institusi keluarga
haruslah memainkan peranan dalam mendorong anak-anak agar sentiasa menghormati
kepelbagaian kaum di negara ini. Doronglah mereka untuk berkawan dengan semua kaum
yang terdapat di kawasan kejiranan mahupun di sekolah mereka sendiri. Oleh itu,
semangat perpaduan lebih mudah dicetuskan dan dimantapkan dengan sokongan
institusi keluarga yang kuat
Kesimpulannya,
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan yang wujud dalam kalangan
masayrakat pada hari ini berpunca daripada keteguhan institusi keluarga yang
mementingkan perpaduan. Oleh itu, marilah kita pelihara dan bajai perpaduan yang
kita ada ini supaya terus subur untuk kelangsungan hidup anak- anak pada masa akan
datang.
Akhir kalam daripada saya,
Marilah kita bersama-sama mendidik generasi muda kita agar menjadi rakyat
Malaysia yang sentiasa mementingkan perpaduan.
Sekian syarahan saya.
Salam sejahtera dan salam perpaduan buat anda semua. Terima kasih saudara
pimpinan majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dif-dif kehormat
yang dihormati, seterusnya hadirin pewaris bangsa yang saya muliakan.
Hadirin sekalian, berdirinya saya di pentas ini dengan penuh iltizam ingin
menyebarkan sedikit dokma berpandukan tinta dan wacana para sarjana melalui
maudhuk syarahan saya,
“Perpaduan Tonggak Kesejahteraan Negara‟. Secara konsepnya „Perpaduan
Tonggak Kesejahteraan Negara‟ ditakrifkan sebagai penyatuan adalah asas
kepada keamanan dalam satu kawasan jajahan. Bagi mengupas tajuk ini dengan
lebih jelas, 3 indikator perdana akan saya utarakan.
Pertama, Perpaduan Terbina Negara Sejahtera.
Hadirin,
Malaysia telah 63 tahun merdeka. Segala susah dan payah telah kita redah.
Kegembiraan dan kenikmatan yang dirasa kesan daripada air mata darah yang
tumpah. Hari ini kita menghirup udara sejahtera. Persoalannya, dari manakah
keselesaan ini kita perolehi? Sudah terang lagi bersuluh. Ianya adalah
daripada perpaduan yang terbina sejak sekian lama. Tanpa mengira perbezaan
agama dan bangsa, kaum Melayu, Cina dan India saling bekerjasama. Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Sebagai contoh yang jelas,
Malaysia berada di tangga ke-16 daripada 162 buah negara paling aman di
dunia sebagaimana yang dilaporkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2019.
Pernyataan ini membuktikan bahawa perpaduan yang terbina menjadi tonggak
kepada kesejahteraan negara.
Sidang dewan yang budiman, indikator kedua, Kesetiaaan Nadi Perpaduan.
Kesetiaan adalah suatu nilai murni yang suci. Prinsip kedua Rukun Negara
iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, menjadi ideologi nasional yang
digubal secara rasional. Sebagai warganegara yang cintakan perpaduan, kita
seharusnya mengimplimentasikan kesetiaan kepada raja dan pemimpin dalam
kehidupan. Biarlah kita terapung sama hanyut, terendam sama basah.
Contohnya, tatkala negara hampir rebah dilanda wabak covid -19, seluruh
rakyat bangun menjadi jantung dan nadi yang sentiasa berdenyut, menyokong
usaha kerajaan membantu mangsa-mangsa yang terjejas, agar mereka tidak
kelaparan biar hanya sesuap nasi sebagai bantuan. Analoginya, semangat
kesetiaan seperti inilah yang menjadi nadi kepada perpaduan yang terbina.
Hadirin yang saya muliakan, indikator ketiga, Integriti Teras Keharmonian.
Menjelang abad ke-21, dunia semakin mencabar. Silap langkah, kita tersasar.
Namun, integriti terus ditebar. Amanah sebagai dasar. Tugas digalas penuh
sabar. Justeru, pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah iaitu
menjadikan integriti sebagai landasan kukuh ke arah membina sebuah negara
harmoni. Misalnya, kerajaan telah melestarikan konsep “Budaya Bersih, Cekap
dan Amanah”, “Budaya Kerja Berkualiti”. “Piagam Pelanggan” dan “ISO 9000”
dengan tujuan untuk melestarikan kehidupan sejagat yang lebih harmoni.
Kesimpulannya, teruskanlah usaha membina perpaduan. Jadikanlah muafakat
sebagai prinsip manakala kesetiaan dan integriti sebagai penguat jati diri
untuk membina sebuah negara yang sejahtera abadi.
.Sekian, terima kasih
Yang saya muliakan saudari pimpinan majlis, yang dihormati barisan panel
hakim yang sentiasa berpaksikan tonggak keadilan, guru-guru selaku gagasan
intelek berketrampilan, rakan-rakan serta seisi warga dewan yang dihormati.
Pada pagi yang berbahagia ini saya tampil dengan sebuah syarahan yang
bertajuk “Perpaduan dan Muhibah”
Hadirin sekalian,
Sebelum kata meniti hujah, sebelum fakta mengisi madah, sebaris
definisi saya persembah. Perpaduan adalah perihal berpadu atau bergabung
menjadi satu. Manakala muhibah pula ditakrifkan sebagai perasaan
persahabatan dan kemesraan. Daripada takrifan kedua-dua konsep ini dapatlah
dirumuskan bahawa masyarakat yang bersatu-padu dan memiliki perasaan kasih-
mesra akan menjadikan sesebuah masyarakat itu maju dan cemerlang.
Sidang dewan sekalian,
Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat manusia
kerana pendapat. Justeru, saya akan kemukakan beberapa hujah sebagai asas
kepada syarahan saya. Hujah saya yang pertama di bawah kata kunci
“perpaduan menghapuskan sentimen perkauman”. Seperti yang kita ketahui,
negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada
masyarakat yang berbilang bangsa. Bangsa Melayu, Cina, India dan pelbagai
lagi mampu hidup bersama di bawah satu negara bernama Malaysia. Sebaliknya,
jika kita meninjau ke luar negara, kita akan melihat banyak negara di dunia
ini yang tidak mampu mempertahankan keamanan. Pergaduhan, perbalahan dan
peperangan berlaku di mana-mana sahaja.
Hadirin yang dihormati,
Hujah pertama telah diketahui, hujah kedua menyusul kini, di bawah
kata kunci “perpaduan dan muhibah membina masyarakat penyayang”. Menyedari
bertapa pentingnya perpaduan dalam sesebuah negara yang berbilang bangsa
seperti Malaysia, maka para pemimpin negara telah meletakkan agenda
perpaduan sebagai agenda perdana. Kerajaan telah menggubal Dasar Perpaduan
Negara yang berteraskan konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian merupakan
strategi jangka panjang memelihara perpaduan.
Hadirin yang dihormati,
Hujah kedua diketahui sudah, hujah ketiga menjadi penyudah di bawah
kata kunci “perpaduan menyumbang kepada keadaan politik yang stabil”.
Perpaduan yang ampuh menyumbang kepada kestabilan politik, pertumbuhan
ekonomi mampan serta mewujudkan kehidupan aman. Apa yang kita ada pada hari
ini adalah hasil usaha nenek moyang kita yang meletakkan batu asas kukuh
sebagai legasi dan warisan hidup generasi sekarang. Namun, persoalan timbul
kini, apakah perpaduan kita masih kental dan boleh menjadi benteng kejayaan
negara?
Hadirin sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, jelaslah... jelaslah kepada
kita bahawa isu perpaduan dan muhibah menjadi suatu isu yang sangat penting
bagi sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan. Jika keamanan negara
kita dapat dipertahankan seperti sekarang, maka akan terbentuklah
masyarakat bermandiri dan negara yang bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.
Salam apresiasi buat saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang
penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya hadirin
yang bervisi dekat di hati.
Nilai-nilai Murni Teras Kesejahteraan Negara.
Begitulah mauduk syarahan yang bakal saya persembahkan buat santapan minda
warga dewan yang budiman. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan
yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya
sesama manusia, alam dan Tuhan. Maka, nilai-nilai murni ini merupakan
suatu amalan yang penting agar segala tindakan mereka tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat
sekaligus dapat melahirkan insan yang unggul demi kesejahteraan
negara. Namun persoalannya, bagaimanakah nilai murni dapat menjamin
kesejahteraan negara?
Maka, hayatilah pragmatik yang pertama INSTITUSI KELUARGA DIPERKASA, NILAI
MURNI TERPELIHARA.
Institusi keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat kita kerana
asas segala asuhan bermula daripada keluarga. Ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Sedari kecil, anak-anaK perlu dididik dengan sifat peribadi
yang teguh, dan ibu bapa juga seharusnya menjadi suri teladan terbaik buat
anak-anak. Kegagalan nilai murni diterapkan sedari awal menyebabkan
institusi keluarga menjadi pincang, dan akhirnya bangsa yang bermaruah
terencat untuk dizahirkan.
Sidang hadirin bervisi,
Pragmatik kedua PENDIDIKAN DIMANTAPKAN, NILAI MURNI DIBUDAYAKAN
Institusi pendidikan seharusnya menjadi tapak untuk menanam nilai-nilai
murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita sedar, institusi pendidikan
merupakan institusi yang cukup dihormati dan dekat di hati. Didikan moral
yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat
mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif
luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Usaha-usaha
diperkasakan melalui sektor pendidikan untuk menyemaisuburkan nilai murni
bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malahan kepada warga pendidik.
Warga dewan yang budiman,
pragmatik ketiga, MEDIA MASSA MAINKAN PERANAN, AMALAN NILAI MURNI
DITINGKATKAN.
Menyedari betapa dunia hari ini dihujani dengan ledakan media sosial, kita
tidak boleh mengatakan tidak kepada kehadiran teknologi ini. Dilaporkan
bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan lebih 100 juta
pengguna twitter di seluruh dunia, membuktikan media sosial merupakan satu
ancaman jika tidak digunakan dengan cara yang betul. Lantaran itu, pengguna
media sosial yang mengamalkan nilai-nilai murni seharusnya berupaya menapis
dan menentusahkan setiap berita sebelum menyebarkannya di media massa.
Anak-anak bangsaku, rangkumannya;
Dalam kita mengejar kesejahteraan negara, nilai-nilai murni adalah
pelengkapnya, ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan
rindu.
Ayuhlah bangsaku, sejahterakan negara kita, agar kita dapat tersenyum indah
melihat istana tamadun bangsa dihiasi dengan nilai murni yang diikat dengan
perpaduan sejati. Maka benarlah Nilai-nilai Murni Teras Kesejahteraan
Negara.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Sejambak kasih seharum kesturi saya
hulurkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi kehakiman yang arif lagi
bijaksana serta para hadirin yang budiman.
Mauduk syarahan saya, “Keprihatinan Malaysia Teras Perpaduan”.
Secara konseptual, Keprihatinan Malaysia Teras Perpaduan membawa pengertian
yang amat bermakna, iaitu sifat peka atau mengambil berat yang membudaya
dalam kalangan segenap lapisan masyarakat Malaysia menjadi tonggak
keampuhan dan persepakatan. Lantaran itu, tiga hujah bakal mendasari
wacana.
Hadirin, isi pertama: Kerajaan Prihatin Rakyat Bersatu.
Di bawah pimpinan Perdana Menteri kelapan, Yang Amat Berhormat Tan Sri
Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, kebajikan rakyat jelata menjadi
keutamaan. Kerana menyedari jerih perih dan pahit maung golongan
berpendapatan rendah yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19, empat Pakej
Rangsangan Ekonomi dilancarkan, Bantuan Prihatin Rakyat dihulurkan,
moratorium diimplementasikan, kumpulan B40 disantuni, luhur dan murni.
Rakyat mungkin tidak mewah, tetapi yang pasti, hidup harmoni dan bersatu
berkat daripada keprihatinan kerajaan.
Sidang hadirin, isi kedua. Masyarakat Prihatin Marhaen Disantuni.
Malaysia juga menjadi gemilang berkat daripada keprihatinan masyarakat
majmuk yang ramah dan pemurah. Baik agensi kerajaan, syarikat swasta,
yayasan yang prihatin, pertubuhan bukan kerajaan mahupun orang-perseorangan
yang penyayang, marhaen berbilang kaum sering disantuni. Sebagai contoh,
keikhlasan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, begitu beristiqamah untuk
menjalankan kerja amal tanpa mengira kaum dan agama. Daripada masalah
pengangkutan pelajar, isu ketiadaan peranti untuk pembelajaran dalam
talian, krisis bekalan air sehinggalah apa-apa sahaja onak ranjau yang
dihadapi oleh rakyat jelata, beliau tidak pernah menghampakan. Kerana
keprihatinan seumpama inilah, Malaysia kekal harmoni dan perkasa.
Hadirin. Rakyat Bersatu Malaysia Gemilang, hujah saya yang ketiga.
Sering kali ada yang mempersoalkan, bagaimanakah kita menjadikan Malaysia
termasyhur di dunia? Bagaimanakah bangsa Malaysia menjadi bangsa yang
disegani seantero dunia? Ya hadirin, jawapannya mudah, apabila kita
melestarikan keharmonian, apabila kita memperkasakan toleransi sesama
etnik, apabila kita menghayati falsafah bersatu teguh bercerai roboh atas
keprihatinan kita kepada satu sama lain. Masyarakat majmuk yang prihatin
akan menggembleng tenaga, saling melengkapi, saling memahami, supaya Jalur
Gemilang terus berkibar megah di pentas dunia. Hadirin, warga dunia
mengagumi perpaduan kita, marilah kita terus menghargai satu sama lain,
seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Hadirin sekalian, tiga isi diperjelas, satu kesimpulan kita peroleh,
Keprihatinan Malaysia Teras Perpaduan. Ingatlah, Malaysia ibu pertiwi kita,
marilah kita mempertahankannya dengan patriotisme yang ikhlas membara dalam
sanubari. Marilah kita menggemilangkannya dengan keprihatinan bersemarak di
jiwa.
Sekian, terima kasih
Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi kehakiman penuh saksama,
barisan pendidik pencetus evolusi minda dan hadirin penggerak arus
kegemilangan negara. Agenda melebarkan minda menerusi syarahan saya „Cintai
Negara Kita Pemacu Pembangunan Negara‟.
Sidang dewan sekalian,
Ayuh kita telusuri dan hayati bersama pengertian tajuk syarahan saya.
Secara konsepnya, cinta didefinisikan sebagai perasaan sayang kepada
negara, kebebasan dan lain-lain manakala para sarjana sains sosial dan
kemanusiaan mendefinisikan pembangunan adalah sebahagian daripada proses
perubahan sosial. Lalu saya simpulkan frasa Cintai Negara Kita Pemacu
Pembangunan Negara bermaksud semua kaum di Malaysia menyayangi negara
tunjang kemajuan negara.
Sidang dewan yang dihormati,
Meniti cetusan minda pertama perpaduan menjamin kesejahteraan negara. Sejak
merdeka lagi, perancangan ke arah konsep perpaduan sebuah negara bangsa
yang dinamik telah dirangka. Kini, konsep perpaduan itu terus diperhalusi
dengan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang tinggi
ke arah pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Buktinya, pembangunan di
Malaysia bukan diukur menerusi kepesatan ekonomi semata malah keharmonian
antara kaum dan agama kunci utama.
Sidang dewan yang dihormati,
Meniti cetusan minda kedua, keutuhan ekonomi kemakmuran dirasai. Ekonomi
negara terus berkembang di bawah pimpinan perdana menteri. Hala tuju baharu
ekonomi diperkenalkan, kuasa beli rakyat ditingkatkan, jurang pendapatan
dihapuskan malah pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap
peringkat menjadi agenda utama menjelang tahun 2030. Buktinya KDNK
keseluruhan telah meningkat sebanyak 4.5 peratus pada suku pertama tahun
2019 terpahat dalam laporan Bank Negara Malaysia.
Sidang dewan berkarisma,
Meniti cetusan minda terakhir, sayangi Malaysiaku kemajuan dinikmati.
Setelah lebih separuh abad kemerdekaan dinikmati, pelbagai onak dan duri
perlu ditempuhi. Kini, negara kita memasuki fasa dan hala tuju baharu,
tentunya menguji ketahanan identiti nasional. Marilah kita renung sejenak
kehancuran yang dialami oleh negaranegara luar akibat perpecahan hingga
berlaku konflik dan peperangan. Namun, kita rakyat Malaysia sehati sejiwa
menjadi bangsa yang makmur dan aman di bawah Jalur Gemilang.
Sidang dewan sekalian,
Tuntasnya, rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya memerlukan
satu misi untuk memajukan negara secara bersama. Marilah kita melangkah
seiring dan berganding bahu agar menjadi bangsa yang cinta akan negara demi
kesejahteraan dan pembangunan Malaysia yang tercinta.
Sekian, terima kasih.
Melayu, India dan Cina. kita adalah sama. Jika bercerai kita roboh, bersatu
kita pasti teguh demi Malaysia yang tercinta.Salam sejahtera untuk peneraju
acara, lestari kehakiman teguh saksama dan para penonton yang dihormati.
Mauduk pidato saya “Rakyat Bersatu, Negara Gemilang”
Secara konseptualnya, “Rakyat Bersatu, Negara Gemilang” membawa pengertian
yang amat bermakna iaitu satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai bangsa,
agama dan budaya hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu atau
erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan
cemerlang.
Lantaran itu, saya simpulkan sesebuah negara yang maju tidak akan wujud
tanpa perpaduan dari semua kaum.
Hadirin yang budiman,
Sudah melebihi setahun pandemik COVID 19 melanda, negara kita tidak
terlepas daripada pelbagai krisis dan masalah. Walaupun rakyat negara ini
terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran, namun satu perkara yang
membanggakan adalah semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kita dapat lihat bagaimana barisan hadapan tanpa mengira kaum memberikan
khidmat yang paling baik untuk semua mangsa COVID 19. Semangat perpaduan
sudah menjadi satu trend yang sangat positif, sekali gus membuktikan
perpaduan rakyat negara ini ketika berdepan krisis adalah pada tahap yang
sangat memberangsangkan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah
berkata, jika semangat perpaduan itu diteruskan, negara kita akan berjaya
mengatasi apa jua cabaran yang akan datang.
Hadirin yang dimuliakan,
Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Rangka Tindakan Perpaduan Negara.
Menurutnya, warga pendidik iaitu guru di sekolah dan ibu bapa di rumah
memainkan peranan yang penting untuk memupuk perpaduan. Melentur buluh
biarlah dari rebung. Anak anak umpama sehelai kain putih yang putih lagi
suci. Warga pendidiklah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Terapkanlah
nilai-nilai murni agar sikap bekerjasama, toleransi dan semangat perpaduan
terus segar berpadu sepanjang hayat!
Hadirin sekalian,
Penglibatan semua kaum dalam aktiviti sosial juga sangat digalakkan seperti
mana yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Perpaduan Negara. Gotong royong
membersihkanalam sekitar, bekerjasama mengadakan kenduri dan ziarah-
menziarahi semasa perayaan pasti dapat meningkatkan semangat perpaduan
antara kaum. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, barulah ada
rasa kasih sayang dan hormat menghormati. Kukuhkan perpaduan, pasti akan
terjalin ikatan yang padu bagai isi dengan kuku, bagai hempedu lekat di
hati.
Konklusinya kita wajar mengakui akan kepentingan mengamalkan perpaduan kaum
dan kegemilangan sesebuah negara. Hargailah perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun
Sambanthan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita.
Ingatlah keranamu Malaysia, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Disimpan rapi dalam peti,
Cintai negara sayangi bangsa,
Kekalkan perpaduan tanpa sangsi.
Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Sambutlah Salam Sejahtera, Salam Bahagia dan Salam Satu Malaysia. Semarak
kasih, sekalung budi buat Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi berkarisma, penjaga masa setia pada saat dan ketikanya, dif-dif
kehormat, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya
muliakan.
‟Perpaduan Dijaga Negara Sejahtera‟ begitulah tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada pagi yang mulia ini.
Warga dewan yang dihormati,
Perpaduan membawa maksud perihal berpadu, manakala kesejahteraan bermaksud
keamanan dan keharmonian. Pada hari ini, perpaduan nasional merupakan teras
kepada kekuatan dan ketahanan transformasi negara.
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Namun kita
mampu hidup dengan harmoni. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik
di dunia. Maka tidak hairanlah, Malaysia menjadi tumpuan pelancong kerana
mereka berasa lebih selesa dan selamat berkunjung di negara ini. Bekas
Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Tun Razak menggalakkan rakyat
mengamalkan Konsep 1 Malaysia. Justeru, bagi merealisasikan konsep ini,
perasaan cinta dan sayang akan negara perlu ada dalam diri rakyat Malaysia.
Ingatlah kata pepatah ”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh„.
Hadirin yang mulia,
Perpaduan tidak wujud dengan sendirinya. Perpaduan perlu dipupuk dalam diri
setiap rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Alangkah ruginya jika kita
tidak menjaga perpaduan, pasti kita tidak mahu pengalaman dijajah dan
tragedi perkauman 13 Mei 1969 berulangi lagi. Hakikatnya, negara kita turut
tidak terlepas daripada isu pergaduhan dan pertelingkahan. Sebab itulah
rakyat perlu sedar dan menjaga perpaduan agar negara kekal sejahtera.
Budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya, hendaklah dipraktikkan dalam
diri anak-anak. Sebagai contoh, di sekolah lagu Negaraku dinyanyikan dan
Rukun Negara dihayati. Maka dengan demikian, anak-anak akan menyedari
kepentingan bersatu padu dan saling hormat-menghormati. Kita hendaklah
bersama-sama berganding bahu dan tenaga untuk menyemai semangat perpaduan
ibarat kata, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Hadirin yang dikasihi,
Pada zaman yang kian maju ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan
dan nasionalisme negara. Kita bukan sahaja berusaha melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu tetapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan dapat
memberi sumbangan terhadap kesejahteraan negara tercinta. Secara tidak
langsung, hasrat menyemai perpaduan dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, imej negara dapat ditingkatkan. Contohnya, ketika
musim perayaan, budaya ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan adalah antara
amalan rakyat Malaysia. Bertitik tolak daripada ini, sedikit sebanyak
perpaduan dapat diwujudkan. Seterusnya kita mungkin boleh bersaing dengan
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea.
Sidang dewan yang saya muliakan,
Jika kita berganding bahu, perkara ini dapat dijayakan dengan cemerlang
berketrampilan dan berintegriti, warga pendidik yang terbilang seterusnya
warga dewan yang dihormati.
Secara literal dan konseptualnya,pemimpin yang terbilang dtakrifkan
sebagai pemimpin yang berjaya dan cemerlang yang mampu untuk menyumbang
kepada lahimya sebuah negara yang maju, pesat membangun,berdaya saing
serta dikenali di arena global. Maknanya,dalam konteks syarahan saya,
pemimpin terbilang berperanan sebagai penjana bagi melahirkan rakyat yang
bersatu padu dan negara yang cemerlang.
Warga dewan yang cemerlang,
Indikator pertama,guru sebagai pemimpin terbilang. Guru merupakan
aset yang sangat penting untuk melahirkan perpaduan yang bermula daripada
bangku sekolah, bak kata pepatah „hendak melentur buluh, biarlah daripada
rebungnya‟. Berasaskan pendidikan ke arah perpaduan, kita garap pula dengan
pembangunan modal insan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Negara telah menggariskan usaha-usaha yang boleh dipraktikkan
untuk mewujudkan perpaduan kaum yang dapat mencorakkan pendidikan negara
bertaraf dunia. Misi ini kita bawakan agar pendidikan kualiti berteraskan
keharmonian. Perlu dingat bahawasanya, guru yang berilmu, berwawasan dan
cemerlang adalah pemangkin kepada wujudnya satu bangsa Malaysia yang
merdeka.
Warga dewan yang berwawasan,
Indikator saya yang kedua,rakyat sebagai permimpin terbilang.
Persefahaman yang tinggi dan hidup harmoni adalah inti pati penting.
Begitulah hebatnya petua kita. 42 bangsa dan kaum melafazkan ikrar taat
setia hidup bersama. Dengan inti pati ini, kita duduk semeja membentuk
musyawarah ke arah perpaduan yang lebih kukuh. Perpaduan juga mengajar kita
untuk berkorban, kerana perpaduan tunjang perjuangan sesuatu bangsa
Contohnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah diselami dan dihayati oleh semua
agar yang pipih mampu setanding helang di awan tinggi. Inilah maknanya
bangsa Malaysia pencorak negara bestari..
Warga dewan yang berkarisma,
Indikator saya yang ketiga, kerajaan sebagai pemimpin terbilang. Negara
cemerlang mampu dicapai apabila pemimpinnya berwawasan, berketrampilan,
berani, yakin dan memenuhi aspirasi negara. Dalam konteks bicara ini,
perpaduan yang utuh mampu dicapai dengan objektif menjadikan Malaysia lebih
cemerlang . Persefahaman dan toleransi kian bertambah cerah. Melahirkan
bangsa Malaysia dengan lebih gagah. Hubungan kerajaan dan rakyat bertambah
erat. Semua kaum merasai kualiti hidup yang seimbang dari segi kerohanian
dan jasmaninya. Contoh jelas,Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan
Dasar Negara mengenai Industri 4.0 digubal bertujuan untuk merealisasikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, bemaruah dan merdeka.
Warga dewan yang dihomati,
Konklusinya, pemimpin yang terbilang dalam pelbagai aspek adalah tonggak
negara yang cemerlang. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan
pemimpin yang terbilang yakni, guru, rakyat dan kerajaan untuk memacu
negara ke arah transformasi negara yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera dan salam pepaduan. Terima kasih kepada tuan pengerusi,
saf hakim penuh berintegriti dan hadirin yang dekat di hati. Buat kali ini
saya titipkan madah bertingkah,
“INTEGRITI TUNJANG PERPADUAN BANGSA MALAYSIA”.
Ayuh kita selusuri denai inti pati yang mendukung pengertian bahawa
integriti merupakan kualiti unggul berpaksikan kerohanian yang utuh dan
budi pekerti yang ampuh menjadi asas penting kepada penyatuan pelbagai kaum
di Malaysia demi sebuah bangsa yang harmoni dan sejahtera.
Hadirin, yang pertama: Integriti dihayati, perpaduan dikecapi.
Ungkap bicara orang tua-tua, apa tanda bangsa jati, lidahnya jujur hatinya
suci. Apa tanda bangsa jati, jujur di mulut, lurus di hati. Demikianlah
penuh santun amanah diberi. Penuh hikmah amat bererti. Budi Bahasa harus
dihayati dengan nilai integriti yang tinggi bersulam nilai murni. Hasilnya,
Malaysia berada pada kedudukan yang selesa dalam Indeks Keamanan Dunia oleh
Institut Ekonomi dan Keamanan Dunia. Jelaslah, betapa prinsip penerimaan
dan kenegaraan berasaskan kesopanan dan kesusilaan menjadi ramuan penuh
bermakna.
Hadirin, yang kedua; Integriti Insan dijunjung, Perpaduan disanjung.
Dunia hari ini menuntut pembangunan modal insan bermutu tinggi.
Keperluannya, demi hari ini dan masa hadapan. Bukan menjulang kemewahan.
Oleh hal yang demikian, nilai murni merentas kurikulum diterapkan. Konsep
Sekolah Penyayang sebagai suri teladan. Agar kesedaran modal insan masa
hadapan tidak dibiarkan. Lantas integriti keinsanan menjadi wawasan agar
agenda perpaduan kian dimartabatkan. Pastinya, Malaysia harmoni sepanjang
zaman.
Hadirin, yang ketiga: Budaya integriti dijulang, Malaysia kian terbilang.
Ibnu Khaldun dalam al-Mukadimah menyatakan, “ bangsa yang sering terjajah
ialah bangsa yang menyanjung tinggi budaya orang lain dan memandang rendah
akan budaya sendiri. “ Lantaran itulah, acuan ketimuran dari Dasar Pandang
ke Timur perlu menjadi amalan untuk mendidik anak watan. Budaya integriti
usah dikesampingkan agar bangsa Malaysia dijulang megah. Bak kata orang, „
adat hidup orang terbilang, hatinya jujur, fikiran panjang. “. Maka
natijahnya, Malaysia diiktiraf oleh UNESCO di pentas antarabangsa sebagai
model negara terbaik perpaduan dek kerana Rukun Negara menjadi pegangan.
Sesungguhnya budaya integriti dijulang, Malaysia kian terbilang.
Hadirin,
Tuntasnya, dalam usaha menggapai visi bangsa yang bermaruah dan punya harga
diri, maka pasak integriti perlu teguh di sanubari. Sesungguhnya kita
percaya bahawa Integriti Tunjang Perpaduan Bangsa Malaysia. Sebelum
berpisah terimalah serangkap pantun sebagai halwa telinga.
Langit terbentang birunya awan
Menyerlah keindahan panorama
Integriti tunjang perpaduan
Marilah kita pelihara bersama
Sekian, terima kasih
Salam kasih ikatan murni. Terima kasih peneraju majlis, kombinasi kehakiman
yang berintergeriti seterusnya sidang penonton yang dirahmati. Salam ceria
ikatan mesra dengan kelas santapan minda untuk anak bangsa tercinta. BAHASA
MELAYU TONGGAK PERPADUAN NEGARA begitulah mauduk syarahan saya pada hari
ini.
Secara konseptualnya tajuk ini menjelaskan bahawa bahasa Melayu telah lama
terbukti berjaya melakarkan perpaduan negara dalam masyarakat Malaysia
berbilang bangsa. Lantaran itulah, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
rasmi negara yang digunakan oleh rakyat Malaysia sejak negara kita belum
merdeka lagi. Kini, bahasa Melayulah tonggak bahtera perpaduan negara yang
kita kecapi selama ini.
Sidang penonton yang dihormati, indikator pertama bahasa Melayu asas
perpaduan nasional. Pelbagai strategi dirancang bermula dengan Pelan
Penyata Razak sehinggalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memantapkan perpaduan nasional
melalui bahasa Melayu semoga tonggak perpaduan dapat dijelmakan. Percayalah
keamanan di negara kita apabila wajah bangsa Malaysia hidup ibarat seikat
bak sirih, serumpun bak serai. Ingin saya buktikan berdasarkan data
Keamanan Global 2019, telah meletakkan Malaysia di tangga ke-16 negara
paling aman di dunia. Demikian indahnya bahasa Melayu sebagai asas
perpaduan nasional.
Sidang penonton, indikator kedua bahasa Melayu alat perhubungan perpaduan.
Penduduk Malaysia 31.7 juta terdiri daripada pelbagai etnik dan bahasa
ibunda namun bahasa Melayulah sebagai alat perhubungan rakyat Malaysia
ibarat irama dan lagu. Suka saya buktikan laungan keramat “Malaysia
Boleh” dalam kalangan atlet negara kita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berjaya
membakar semangat juang atlet negara yang berbilang bangsa. Sudah terang
lagi bersuluh, meskipun Sabah dan Sarawak terpisah dengan Semenanjung
Malaysia namun, kita masih satu bangsa, satu bahasa. Maka benarlah bahasa
Melayu sebagai alat perhubungan demi bahtera perpaduan negara.
Sidang penonton yang budiman, indikator ketiga bahasa Melayu identiti
perpaduan negara. Dalam konteks perpaduan negara identiti bangsa mestilah
mengikut acuan Malaysia sendiri. Sesungguhnya kedaulatan sesebuah negara
hanyalah dengan bahasa kebangsaan bukannya mengagungkan bahasa asing. Ingin
saya buktikan kejayaan bangsa Jepun. Bangsa Jepun dengan bahasa Jepunnya.
Hasilnya Jepun menjadi negara maju tanpa membuang identiti bahasa
kebangsaannya. Ayuh bangsaku kita letakkan bahasa Melayu sebagai identiti
perpaduan negara.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu demi
perpaduan negara. Saya yakin dan percaya bahasa Melayu asas perpaduan
nasional, bahasa Melayu jugalah sebagai alat perhubungan perpaduan dan
pastinya bahasa Melayu identiti perpaduan negara dengan harapan bahasa
Melayu tonggak perpaduan negara sampai bila-bila.
Sekian, terima kasih.
Para hadirin yang dihormati,
Tajuk syarahan saya „Bahasa Melayu Lambang Bangsa Malaysia‟. Bahasa
sangat luas pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem
linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia.
Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat, budaya,
akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan ketinggian
bangsa dinilai daripada bahasanya. Melalui bahasa orang dapat mengenal
sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Sebagai warga
Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan
sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa
sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya . Pada bahasa itulah
tergambar semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air
yang dipunyai secara bersama.
Hadirin sekalian,
Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa
Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang
menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan . Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu
dapat menyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina,
India,Iban, Kazadan dan lain-lain di bawah satu bahasa. Justeru, jika
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan
keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia. Sebaliknya,
jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri
asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa
Malaysia yang bersatu. Ayuh , marilah kita berbahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan - 1 bahasa, 1 bangsa.
Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya
untuk mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di
sini, bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan kemajuan negara
menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa
kebangsaan, bukannya bahasabahasa asing. . Justeru, akan tercapailah
gagasan pemodenan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita sebagai
rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri, siapa
lagi? Oleh itu semua rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama bagai aur dengan
tebing bagi membantu merealisasikan impian dalam mendaulatkan bahasa
Melayu.
Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika kita benar-benar
serius untuk mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung.
Hadirin sekalian,
Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda
identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita
dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu
itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk
kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi
bangsa kita? Jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan
keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata . Tepuk dada, tanya
selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa
Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu
tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus
memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju
Perpaduan Tunjang Kekuatan Negara ialah intipati syarahan yang akan saya
sampaikan hari ini. Perpaduan merupakan penggabungan tenaga dan semangat
setiap kaum lalu berdiri sebagai agen kekuatan sesebuah negara. Tanpa
perpaduan, robeklah maruah dan kemasyhuran negara. Perpaduan menjadi faktor
atau tidak salah disebut sebagai tunjang kepada keamanan tanah tumpah darah
kita, Malaysia mahupun negara-negara lain.
Hadirin yang dihormati,
Lebih 60 tahun telah berlalu, laungan Merdeka, Merdeka, Merdeka
berkumandang dari tahun ke tahun. Sejarah luka penjajahan tetap dalam
kenangan. Hari ini menjanjikan kedamaian dan kekuatan Malaysia di mata
dunia. Namun, jika diingati segala yang kita kecapi hari ini tidak mungkin
terpatri andainya perpaduan tidak disemai, dibaja sehingga menjadi pohon
perpaduan yang rendang dan tegap. Kemerdekaan yang diperolehi hari ini
merupakan ikrar perpaduan tiga kaum sehati sejiwa tanpa titisan darah. Ikrar
perpaduan ini menjadi tunjang dan pasak untuk membangunkan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita berpegang dengan lima prinsip Rukun Negara
iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang - undang serta Kesopanan dan Kesusilaan
dalam pergaulan hidup seharian agar perpaduan kukuh dalam hati kita setiap
masa.
Hadirin yang dikasihi,
Hancurnya kemegahan sesebuah negara bakal mengundang bencana akibat
lenyapnya perpaduan. Hilangnya rasa kemanusiaan menjanjikan derita
berpanjangan. Lihatlah di negara Balkan, kalau jiran dan teman tega menusuk
senjata di tubuh mangsa, apakah ada lagi sisa perpaduan?
Lantas,
Kekuatan negara kita adalah bertunjangkan perpaduan rakyatnya menggembleng
tenaga memancarkan kembali ekonomi yang malap agar kembali gah berseri di
mata dunia.
Kini, negara kita telah mencapai Wawasan 2020. Ternyata visi ini sudah
membuihkan kejayaan. Kita telah terkedepan dalam era teknologi maklumat.
Kita telah mengeluarkan barangan sendiri yang bermutu dan berteknologi
tinggi. Malah kejayaan Sukan Komanwel yang lalu meletakkan kita sebaris
dengan nama besar di dunia. Sedarilah, kejayaan ini semua adalah kerana
kekuatan dan kemantapan perpaduan rakyat Malaysia.
Hadirin sekalian,
Menurut kata-kata mantan Perdana Menteri, sikap saling menghargai dan
menghormati antara rakyat berbilang kaum dan agama telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik, bersatu dan kuat. Beliau berharap budaya yang
bersifat inklusif antara masyarakat majmuk di negara ini dapat kekal
berpanjangan serta diwariskan kepada generasi akan datang.
Perpaduan rakyat Malaysia tercetus apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar
ketika negara dilanda cabaran dan musibah. Gelombang pandemik COVID-19 yang
dihadapi telah mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang dipamerkan oleh
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan adanya slogan
#KitaJagaKita#, rakyat bersatu membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej
yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan dan mematuhi semua
SOP yang ditetapkan. Ternyatalah rakyat Malaysia berjiwa patriotik kerana
kita menginginkan keharmonian dan mengidamkan perpaduan dalam negara yang
kita cintai ini.
Nah, daripada hujah dan bicara saya tadi, cukup membuktikan bahawa perpaduan
Nama Peserta : CHEN SHI YANNG
Tajuk : PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA
Yang mulia peneraju majlis, barisan hakim yang sentiasa berada di paksi
kebenaran, para guru seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.
Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
„Perpaduan Teras Keamanan Negara‟.
Hadirin yang dihormati,
Secara literal dan koseptualnya, tajuk syarahan saya pada kali ini bakal
menyingkap betapa pentingnya perpaduan dipupuk sebagai asas untuk
merealisasikan Malaysia baharu yang aman lagi tenteram.
Hadirin yang budiman,
Memandangkan penduduk negara kita Malaysia terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum, perpaduan amat perlu bagi melahirkan masyarakat satu
Malaysia. Perpaduan dalam kalangan rakyat perlu terus dipupuk agar terus
kekal dan sebati dalam jiwa setiap insan yang menjadi rakyat Malaysia.
Menghormati hak, adat dan budaya sesebuah kaum adalah satu langkah bijak ke
arah mengukuhkan perpaduan. Contoh, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
menggariskan perpaduan dan integrasi nasional perlu terus dipelihara dan
dikekalkan supaya negara kekal harmoni, sejahtera dan stabil.
Hadirin yang dimuliakan,
Warga pendidik iaitu guru di sekolah dan ibu bapa di rumah dapat memainkan
peranan penting bagi memupuk perpaduan. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak umpama sehelai kain putih, yang putih lagi bersih.
Warga pendidiklah yang bertanggungjawab mencorakkannya terapkan nilai-nilai
murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara agar sikap
bekerjasama, toleransi dan semangat patriotisme terus segar berpadu
sepanjang hayat. Ini juga menggariskan pembangunan modal insan yang
berkualiti lagi mampan dan mampu menyumbang bakti kepada agama bangsa dan
negara. Ayuh rakan-rakan, mari kita tekadkan azam belajar dengan tekun dan
istiqomah agar kita mampu meneraju negara ke arah keamanan dan kemakmuran
satu negara.
Hadirin yang budiman,
Detik 27 Februari 2020, pakej rangsangan ekonomi Dasar Kemakmuran Bersama
2030 dibentangkan berlandaskan strategi kedua, pemangkin pertumbuhan
berteraskan rakyat menjadi bukti penuh bermakna, kesejahteraan dan bantuan
kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa perlu dipenuhi secara
saksama. Dengan kekangan dunia pada hari ini diuji dengan isu Covid-19 dan
kelembapan pasaran antarabangsa. Kita harus bersatu untuk menjayakan hasrat
murni ini kerana perpaduan itu bukan sekadar menyatukan kaum bahkan
kesejahteraan dan kemakmuran fizikal turut perlu dikongsi bersama. Kata
orang, tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru ada kasih saying dan
hormat-menghormati.
Hadirin yang dihormati,
Keamanan negara kita menuntut .perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Perpaduan amat perlu dalam usaha membanteras gejala sosial dan jenayah di
negara kita. Setiap insan tanpa mengira kaum mestilah bersatu padu dan
bersikap telus dan jujur dalam menangani masalah ini. . Bertindaklah secara
rasional berpaksikan lima prinsip rukun negara. Sikap iri hati, bongkak dan
Nama Peserta : THEW YU XIN
Tajuk : PERMUAFAKATAN MEMBINA BANGSA BERJAYA
Permuafakatan Membina Bangsa Berjaya
Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi kehakiman penuh saksama,
barisan pendidik pencetus evolusi minda dan hadirin penggerak arus
kegemilangan negara. Agenda melebarkan minda menerusi syarahan saya
„Permuafakatan Membina Bangsa Berjaya‟.
Hadirin sekalian,
Ayuh kita telusuri dan hayati bersama pengertian tajuk syarahan saya.
Konsep permuafakatan ditakrifkan sebagai kerjasama dan persefahaman yang
dicapai melalui perundingan manakala perdana menteri Malaysia menjelaskan
bahawa konsep bangsa berjaya adalah mereka yang mempunyai asas identiti
yang kukuh dan berjaya mengharungi cabaran. Maka integrasi nasional menjadi
agenda utama agar kejayaan politik, ekonomi dan sosial dapat dibina.
Hadirin yang dikasihi,
Meniti cetusan minda pertama, persefakatan dimetrai, keutuhan ekonomi
dikecapi. Dalam Malaysia mencorak ekonomi ke arah negara berpendapatan
tinggi, laluan yang sukar sentiasa dilalui, pengucupan ekonomi dunia telah
menghimpit dan harga komoditi terus menggigit dan kini negara dibelenggu
kemerosotan nilai ringgit.
Justeru, ahli kabinet telah bersepakat, ahli jawatankuasa khas
ekonomi diperhebat. Lantas isu ekonomi tidak melarat. Natijahnya, keluaran
dalam negara kasar terus meningkat dan dijangka tumbuh 4.7 peratus dan 4.8
peratus pada tahun 2019 dan 2020 meskipun berhadapan ketidaktentuan ekonomi
global.
Hadirin yang dihormati,
Meniti cetusan minda kedua, perbezaan ideologi dihormati, kestabilan
politik direalisasi. Demi mengisi kemerdekaan, perbezaan ideologi memberi
cabaran. Barubaru ini negara dikejutkan dengan tindakan segelintir
masyarakat yang menabur hasutan supaya Sabah dan Sarawak keluar dari
Malaysia. Sentimen negatif ini adalah bertentangan dengan perlembagaan
negara. Mujurlah demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang menjadi
prinsip pemerintahan diterima dan disepakati dapat membendung anasir
pemusnahan. Malah kini, permuafakatan menjadi agenda perdana.
Hadirin yang budiman,
Meniti cetusan minda terakhir, Sayangi Malaysiaku Malaysia bersih,
keamanan sosial dinikmati. Setelah lebih separuh abad kemerdekaan
dinikmati, pelbagai onak dan duri perlu ditempuhi. Dewasa ini,
kesejahteraan rakyat dikeruhkan dengan sentimen perkauman, fitnah
disebarkan di laman sosial untuk merosakkan perpaduan. Namun rakyat
Malaysia terus bersatu hati. Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disambut
dengan meriah sekali. Perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik ditolak
tepi, Jalur Gemilang megah dikibari malah perpaduan pelbagai kaum dan hidup
harmoni. Buktinya diperingkat antarabangsa Malaysia kini berada di tangga
ke25 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global
(GPI) 2018. Kejayaan ini hanya dapat dirasai apabila muafakat menjadi
tunjang utama.
Nama Peserta :LOOI YAO LUN
Tajuk : MALAYSIA DI MERCU JAYA
Salam keharmonian penuh kemesraan. Terima kasih tuan pengerusi, barisan
hakim, dan para hadirin yang saya hormati. Rentak kejayaan negara telah
lama bergema di pentas dunia. Cukup membuktikan Malaysia sebagai Harimau
Kecil Asia. Lantaran ini dengarkanlah bicara nan indah : Malaysia Di Mercu
Jaya.
Hadirin,
Tajuk ini mendukung makna kejayaan negara yang ditempa kian lamanya hasil
perpaduan yang diikat padu dengan semangat aur dengan tebing dan saling
mempercayai daripada pelbagai kaum dan bangsa di tanah air tercinta ini.
Sidang hadirin. kejayaan pertama dalam pelajaran.
1. Pendidikan tidak pernah mengenal bezanya bangsa, pegangan dan budaya.
2. Pendidikan itu mengajar semua manusia menjadi insan berguna.
3. Berguna kepada bangsa, agama, dan negara.
4. Sebab itulah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang terencana
menjadi ilham dan pedoman bahawa sesungguhnya kukuhnya perpaduan daripada
didikan yang murni kepada generasi masa hadapan.
5. Matlamat inilah yang diharapkan agar bangsa Malaysia yang berjaya itu
mempunyai kesatuan hati, perasaan dan fikiran.
6. Berganding dalam bekerja. Bersatu setiap masa.
Hadirin semua, Isi kedua: Kejayaan dalam ekonomi.
Dasar Ekonomi Baru telah merencanakan keadilan ekonomi secara strata.
Dasar Perindustrian pula mencorakkan pembangunan ekonomi negara. Lantas
Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat
Sejahtera, membentuk rencana untuk mengukuhkan asas ekonomi negara dan daya
saing antarabangsa. Lantaran itu, sumber tenaga manusia digembelengkan
daripada pelbagai latar masyarakat dan bangsa agar seiring sepadu. Sehasrat
menjinjing, sepikul membahu. Agar ekonomi teragih secara adil. itulah makna
kejayaan ekonomi hasil muafakat pelbagai bangsa.
Hadirin semua, Isi ketiga: Kejayaan antarabangsa.
Globalisasi ialah padang yang sama rata. Sama memberikan dan sama
mendapatkan. Tiada yang dibezakan. Saksama yang dihasilkan. Sebab itulah,
pemimpin negara mencorakkan harapan. Malaysia perlu terus berpandangan jauh
untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang. Maka wajah Malaysia Baharu
terus diukirkan. Menjadi tunjang ke arah muafakat kepada rakyat Malaysia.
Untuk terus membawa Malaysia melangkah jauh ke hadapan. Hasilnya, Berita
Harian 17 Jun 2020 kejayaan Malaysia menangani Covid 19 diiktiraf oleh
institut perubatan untuk inisiatif penyakit melarat bagi Asia Tenggara.
Hadirin semua,
Kesimpulannya, kejayaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan di pentas
dunia sebenarnya membuktikan bahawa perpaduan bangsa Malaysia menjadi
tunjang utama. Seterusnya menjadi keunikan yang dicemburui di pentas
antarabangsa. Percayalah, walau apapun yang diperkatakan tentang Malaysia
dan masyarakatnya, sebenarnya kitalah bangsa yang berjaya.
sekian, terima kasih.
Nama Peserta : TAN HONG ZE
Tajuk : BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA
Sekalung apresiasi Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
menegakkan paksi kebenaran dan hadirin budiman. Selamat sejahtera dan salam
perpaduan. “Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia”, begitulah
tajuk syarahan saya.
Sidang hadirin,
Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia menampilkan maksud bahawa
Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan berupaya menjadi tunjang
kepada penyatuan pelbagai kaum di Malaysia. Persoalannya, mengapakah Bahasa
Melayu dikatakan medium untuk merapatkan perpaduan antara rakyat dalam
negara ini? Marilah bersamasama saya, merungkai persoalan ini.
Hadirin sekalian,
Yang pertama, Bahasa Melayu pembentuk identiti bangsa Malaysia. Hari ini,
kita mencipta sejarah, hidup berbilang bangsa dan budaya. Kita rangkum dan
cantum melalui penggunaan Bahasa Melayu. Perpaduan bangsa kita jelmakan
bersama ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah sehingga
membentuk identiti bangsa Malaysia. Melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967,
kesemua etnik di Malaysia disatukan di bawah satu bahasa kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu. Maka, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dapat membentuk negara bangsa.
Hadirin budiman,
Yang kedua, Bahasa Melayu wahana semangat perpaduan. Konfrontasi antara
kaum dapat dikikis dengan dasar bahasa kebangsaan sebagai pengikat. Apabila
rakyat berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan satu bahasa,
hubungan intim akan terjalin seterusnya membawa kepada permuafakatan. Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, Bahasa
Melayu telah merentasi dunia sehingga laungan keramat “Malaysia Boleh”
bergema di sukan peringkat antarabangsa. Ini menunjukkan kesepaduan rakyat
Malaysia hidup ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai. Tuntasnya,
kemakmuran yang kita kecapi dengan ikatan sebagai wahana semangat
perpaduan.
Hadirin berwawasan,
Yang ketiga, Bahasa Melayu nadi perpaduan negara. Pertandingan syarahan dan
pidato Bahasa Melayu telah membuktikan Bahasa Melayu boleh dipelajari dan
dituturkan oleh sesiapa sahaja. Anak-anak disemai nilai perpaduan di bangku
sekolah lagi melalui penerapan Bahasa Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Jelas menunjukkan bahawa persefahaman dan nilai kemesraan
dalam interaksi membentuk rakyat bersatu hati. Sesungguhnya, Bahasa Melayu
mengajar kita makna perpaduan, kebudayaan dan kemerdekaan. Nyatalah Bahasa
Melayu menjadi komponen penting sebagai nadi perpaduan negara.
Hadirin yang dikasihi,
Tinggi bangsa kerana bahasa, maka saya menegaskan bahawa rakyat yang
memperlekehkan Bahasa Melayu akan merosakkan perpaduan bangsa. Biar gelora
ganas membadai, biar mentari hangus membakar, namun bahasa kebangsaan tetap
Nama Peserta : LAI YU QIAN
Tajuk : PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN BERSAMA.
Salam bahagia dan salam keharmonian. Sekalung aprisiasi untuk tuan
pengacara,saf hakim yang adil lagi bijaksana dan warga maya yang dihormati
sekalian. Jendela awal 2021, cukup mencabar dan mengesankan kepada
masyarakat antarabangsa. Pincangnya isu COVID-19 telah menjadi pertikaian
di seluruh dunia. Ironinya, negara tetap tenang dan rakyat cukup matang
walaupun hidup berbilang kaum dan bangsa. Mengapa ? kerana....
Perpaduan Asas Kesejahteraan Bersama.
Dalam persepsi kini, apabila kita menyatakan perpaduan itu sebagai asas
kesejahteraan bersama bermakna kita diajarkan untuk mengerti tanggungjawab
penuh tergalas sejak 6 dekad lamanya bahawa hanya dengan menghargai
perpaduan maka tanah air ini akan tetap teguh tanpa tergugat.
Warga maya, yang pertama: kesejahteraan bersama dalam dunia pendidikan.
Kesejahteraan bersama dalam pendidikan perlu dimaknai sebagai internalisasi
set nilai sejagat yang dapat mengangkat kemuliaan dan daya maju bangsa
Malaysia berakarkan semangat bersatu dan bersama. Selaras dengan gelombang
ke-2, yakni meningkatkan intervensi bagi memupuk perpaduan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh, akibat Pandemik COVID-19
kerajaan telah membuat penambahbaikan terhadap sistem pembelajaran dan
pemudahcaraan pendidikan.
Didik TV KPM telah dilancarkan untuk meningkatkan akses pendidikan
berkualiti kepada semua murid di seluruh negara kerana pendidikan merupakan
senjata paling ampuh untuk memupuk perpaduan.
Warga maya, isi kedua : kesejahteraan bersama dalam dunia ekonomi.
Pandemik COVID-19 merupakan cabaran baharu yang meresap ke dalam sektor
ekonomi negara. Transformasi digital menuntut negara terus kekal berdaya
saing dan merancakkan landskap dunia moden. Bahkan Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara merupakan antara usaha merapatkan jurang sosioekonomi untuk
membina Prinsip ke-3, iaitu “Negara Bersatu, Makmur dan Bermaruah” agar
segenap kaum dan bangsa menikmati semangat hati kuman sama dicecah, hati
gajah sama dilapah. Yang pastinya warga maya, usaha ini mampu tercapai
melalui perpaduan rakyat Malaysia.
Sidang maya, isi ketiga: Kesejahteraan bersama dalam kemakmuran rakyat.
Detik 28 Jun 2021, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang
berjumlah RM380 bilion dibentangkan bertujuan untuk membantu rakyat menjadi
bukti penuh bermakna kesejahteraan dan bantuan kepada masyarakat tanpa
mengira kaum dan bangsa perlu dipenuhi secara saksama.Antaranya, Bantuan
Bakul Makanan ,Bantuan Khas COVID-19 dan Rancangan Subsidi Bahan Api.
Dengan tantangan dunia pada hari ini diuji dek isu Covid-19 dan kelembapan
pasaran antarabangsa, kita harus bersatu ,seikat bak sirih, serumpun bak
serai untuk menjayakan hasrat murni ini kerana perpaduan itu bukan sekadar
menyatukan kaum bahkan kesejahteraan dan kemakmuran fizikal turut perlu
dikongsi bersama.
Warga maya ,
Natijahnya, kesejahteraan bersama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan
kemakmuran rakyat sebenarnya pancaran hikmahnya perpaduan yang kita miliki
selama ini. Sesungguhnya, dengan nilai kesamaan kita mewujudkan perpaduan.
Dengan perpaduanlah, kita menikmati kesejahteraan.
Nama Peserta : ESTHER LEE XIN RUI
Tajuk : BAHASA KEBANGSAAN NADI PERPADUAN
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah
itu bahasa. Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan,
“Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan”. Seuntai kasih sekalung budi pengacara
majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan
warga dewan yang saya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan.
Sidang warga dewan sekalian,
Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara keseluruhannya membawa maksud
bahasa merupakan elemen penting yang menjadi tunjang kepada perpaduan
rakyat di negara kita.
Hadirin yang saya kasihi,
Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah
bahasa yang digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak
zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa iaitu Bahasa Melayu menjadi
komponen penting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan.
Hadirin yang budiman,
Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan
ialah Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin daripada
pelbagai kaum telah sepakat perlu adanya satu bangsa yang mampu
menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim akan terjalin apabila
semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu bahasa.
Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa
atas nama perpaduan, bak kata pepatah,”Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung”.
Hadirin sekalian,
Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa
dan agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang.
Cuba fikir sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran
tanpa bahasa? Tentunya tidak.
Hadirin sekalian,
Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan, negara akan menemui
kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat penting untuk menjamin
kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bahasa bukan
sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan
merupakan aset penting yang menjana kemajuan dan kestabilan yang
berterusan.
Sidang hadirin sekalian,
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu?
Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara
tercinta.
Sekian, terima kasih.
Nama Peserta : ONG TZI YEN
Tajuk : PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN NEGARA
Sebelum kata membawa bicara, sembah dan salam hamba pohonkan. Selamat
sejahtera dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel
hakim yang arif lagi bijaksana, warga pendidik yang budiman dan seterusnya
para hadirin yang saya muliakan. Salam mesra dan salam perpaduan.
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara” begitulah tajuk syarahan saya pada
hari ini.
Hadirin sekalian,
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu,
perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang politik, ekonomi
mahupun sosial. Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran
negara kerana perpaduan merupakan asas untuk mengekalkan dan mempertahankan
kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Sebagai
contoh, Jemaah Menteri di negara ini dianggotai oleh masyarakat berbilang
kaum sejak dahulu hingga kini. Oleh itu, perpaduan dalam pembangunan dan
pentadbiran negara asas kepada kecemerlangan negara.
Hadirin yang dihormati,
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat
ditingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping
mewujudkan suasana politik yang stabil. Perpaduan yang kukuh dan kuat
merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Sebagai contoh, masyarakat
membantu dalam meningkatkan ekonomi negara dengan menyokong peniaga
tempatan tanpa mengira kaum dan latar belakang mereka. Dengan wujudnya
perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu memperkukuh ekonomi negara
ini.
Hadirin sekalian,
Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada
pelbagai ancaman dan masalah seperti huru-hara, pergaduhan kaum, rusuhan
dan sebagainya. Kita haruslah belajar dari peristiwa rusuhan kaum yang
pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan
rakyat negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu. Walau
bagaimanapun, peristiwa itu dapat diatasi menerusi pelancaran Rukun Negara
pada 31 Ogos 1970 sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat negara ini.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum ini.
Hadirin sekalian,
Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita haruslah menjadikan
perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara
ini. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan
dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Contohnya,
perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh atlet-atlet negara membuahkan
hasil dan berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa bersatu padu bak kata peribahasa serumpun bak serai,
sesusun bak sirih.
Kesimpulannya, jika masyarakat bersatu padu, negara akan utuh dalam
pelbagai bidang, demikianlah kesannya perpaduan. Sebelum saya mengundur
diri, saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.
Terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada:
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor
Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Han Ming
Penolong Pengarah BC Jabatan Pendidikan Selangor
Penolong Pengarah SJKC Selangor
Pengerusi MGB SJKC negeri Selangor
Timbalan Pengerusi MGB SJKC negeri Selangor
Pengerusi MGB SJKC Daerah Petaling Perdana
MGB Negeri Selangor,
Semua Guru Besar SJK (C),
Hakim-hakim, Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan
Syarahan Bahasa Melayu (SJKC Han Ming),
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian,
Guru-guru Pengiring dan
Para Peserta
2021