The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

usahawan merupakan individu yang memperkenalkan produk baru yang diinovasikan dan direka oleh mereka sendiri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Kohlijah, 2023-01-18 22:14:15

keusahawanan mengikut perspektif islam

usahawan merupakan individu yang memperkenalkan produk baru yang diinovasikan dan direka oleh mereka sendiri

Keywords: keusahawanan

ETIKA KEUSAHAWANAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


OBJEKTIF 1. Mendefinisikan keusahawanan dari perspektif Islam. 2. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif Islam. 3. Menyenaraikan etika perniagaan dan keusahawanan Islam. 4. Menerangkan prinsip asas etika keusahawanan Islam. 5. Menyebut prinsip khusus etika perniagaan Islam.


DEFINISI KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai manamana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Aktiviti keusahawanan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian, perkilangan. Bidang keusahawanan dalam perspektif Islam termasuk dalam ilmu fardhu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan amat besar kerana ia merupakan suatu kewajipan.


CIRI-CIRI USAHAWAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Menurut perspektif Islam, seseorang itu berjaya kerana ia mempunyai ciri-ciri orang yang berjaya. Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (ar-Ra’du: 11)


CIRI-CIRI USAHAWAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Antara ciri-ciri utama seseorang untuk berjaya dalam kehidupan terutamanya bagi seorang usahawan mengikut perspektif Islam ialah: 1. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya 2. Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan 3. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi 4. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan


CIRI-CIRI USAHAWAN DARI PERSPEKTIF ISLAM 5. Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber 6. Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat 7. Berfikiran terkehadapan 8. Sentiasa menjaga kualiti 9. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah


Sabda Rasulullah s.a.w. “Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-orang sahih dan para para syuhada.’’ (Hadis Riwayat Bukhari)


DEFINISI ETIKA Menurut perspektif Islam, perkataan etika adalah sinonim dengan akhlak. Perkataan ‘akhlak’ berasal dari Bahasa Arab iaitu bentuk jamak kepada perkataan ‘khuluk’ yang bererti sifat semula jadi, tabiat, maruah, agama atau gambaran batin seseorang. Etika merujuk kepada suatu set prinsip moral yang membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. Ia merupakan suatu perkara yang normatif kerana apa yang perlu dilakukan atau menahan diri daripada melakukannya. Kelakuan yang bermoral baik dikatakan sebagai kelakuan beretika.


Perkataan etika kadangkala digunakan secara sinonim dengan perkataan moral. Kelakuan yang bermoral baik dikatakan sebagai kelakuan yang beretika. Etika boleh membawa maksud contoh kelakuan atau garis panduan yang patut diikuti dalam usaha mengharmonikan hubungan kemanusiaan dan meminimakan penyalahgunaan dan bekerja untuk kebajikan masyarakat. Apa sahaja yang dilakukan oleh seorang individu muslim mesti dapat dihubung kait dengan objektif kehidupan dunia dan objektif kehidupan akhirat. Sifat-sifat mulia yang hakiki seperti adil, jujur, amanah, menepati janji, ihsan, sabar dan berdisiplin, hanya dapat dibentuk dengan prinsip tauhid yang tinggi.


Islam amat menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan kerana ia adalah bidang ilmu kifayah dan Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Sembilan persepuluh daripada sumber rezeki adalah perniagaan.’’ (Hadis Riwayat Bukhari)


❖Pematuhan Terhadap Kontrak ❖Penipuan & Salah Tafsir Iklan ❖Pengukuran/Timbangan Yang Tepat ❖Larangan Menyorokkan Barang ❖Penghapusan Keluaran Yang Berlebihan ❖Membeli Barangan Curi ❖Perniagaan Melibatkan Riba ❖Amalan Berkaitan Pekerja ❖Penipuan Barangan ❖Bersumpah Semasa Jualan ❖Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ❖Scammer ETIKA DALAM PERNIAGAAN ISLAM


PEMATUHAN TERHADAP KONTRAK Usahawan perlu mematuhi kontrak yang dimenterai Sikap menunaikan janji, kebenaran, kejujuran, dan amanah


PRINSIP ISLAM BERHUBUNG HALAL & HARAM Dalam perniagaan Islam halal adalah satu tuntutan yang baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarang. Konsep halal dan haram turut meliputi aspek transaksi perniagaan, Iaitu sebarang aktiviti dan kegiatan perniagaan yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Dalam aspek bioteknologi/ industri makanan terdapat sempadansempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad.


JUAL BELI YANG HARAM DAN TIDAK SAH 1. Jual beli secara riba 2. Jual beli secara baling batu – mana kena, maka itu dijual, haram (ada unsur perjudian) 3. Jual janin dalam kandungan – haram kerana tidak diketahui jenis dan sifatnya 4. Jual buah-buahan yang belum sesuai untuk dimanfaatkan. Contoh: jualan buah sebelum pokoknya berbunga 5. Jual al’arabun – jualan melibatkan deposit/cengkeram yang tidak akan dikembalikan sekiranya jual beli tak jadi.


PENIPUAN & SALAH TAFSIR IKLAN ➢Usahawan ditegah menipu dalam pengiklanan ➢Barangan yang dijual berbeza/tidak menepati seperti diiklankan ➢Hadis: Tidak boleh menjual barangan yang rosak kecuali yang rosak itu ditunjukkan kepada pembeli


TIMBANGAN YANG TEPAT Surah Al-Israa: 35 :- Dan penuhkanlah sukatan, apabila kamu menyukat dan menimbanglah dengan neraca yang betul. Itulah yang paling baik dan lebih kesudahannya.


LARANGAN MENYOROKKAN BARANG Menyorokkan barang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Eksploitasi masyarakat dan pengguna Bersifat bakhil dan tamak.


PENGHAPUSAN KELUARAN YANG BERLEBIHAN Jangan membazir dan merosakkan barangan yang dihasilkan Manusia adalah pemegang amanah Perlu mencari jalan untuk menmanfaatkan barangan yang berlebihan.


PERNIAGAAN MELIBATKAN RIBA Ditegah terlibat dengan amalan riba dalam perniagaan. Terdapat alternative dalam kaedah muamalat Al –Baqarah: 275- Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 1. Aduan Pengguna 2. Penipuan Perkhidmatan 3. Penipuan Harga 4. Penipuan Transaksi Internet 5. Jualan Bahan Petroleum 6. Tiada Tanda Harga 7. Bengkel Kenderaan Bermotor 8. Pekhidmatan Telekomunikasi 9. Penipuan Gores Dan Menang 10. Penipuan Perjanjian Sewa Beli 11. Penyelewengan Jualan Lansung


SCAM – SKIM PENIPUAN PELABURAN


“MACAU SCAM” MODUL SILAP LABUR DUIT LEBUR.pdf


RUJUKAN Norashidah, et al; 2009, Asas Keusahawanan. Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, Sintok.


Click to View FlipBook Version