KANDUNGAN Muka Surat
Rukun Negara 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Misi dan Matlamat KPM 2
Misi,Visi & Objektif Sekolah 3
Bidang Keberhasilan Utama 4-5
Piagam Pelanggan 6
Etika Kerja KPM 7
Objektif Etika Kerja 7
Nilai Utama Etika Kerja KPM 7
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 8
Cuti Rehat CRK 9 – 10
Ithink 11
Tonggak 12 12
Amalan 5S 13
Penerapan Nilai 14
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
• Memelihara satu cara hidup demokratik.
• Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayannya yang kaya dan
berbagai corak .
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu,
berketrampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.
2
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BESERAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara
OBJEKTIF SEKOLAH
• Sekolah selamat dan berwatak dengan tahap disiplin terbaik.
• Mempunyai kualiti pencapaian kurikulum dan kokurikulum terbaik.
• Mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap serta tepat
berteraskan ICT.
• Warga sekolah mengamalkan budaya ilmu dan nilai-nilai murni.
• Menyediakan prasarana yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran.
• Menyemai hubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah,
masyarakat dan badan-badan luar.
3
KRA 1 : BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
KRA 2 : (MATLAMAT STRATEGIK )
KRA 3 : SMK BESERAH
KRA 4 :
KRA 5 : Mempunyai barisan pemimpin yang berkualiti dan berintegriti.
KRA 6 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan berintegriti.
Melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
KRA 1 : Mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam.
Mempunyai kemudahan pendidikan yang kondusif.
Mempunyai Sistem Pengurusan Kewangan dan perkhidmatan yang cekap
dan berkesan.
Mempunyai barisan pemimpin yang berkualiti dan berintegriti.
KPI 1: Semua Pemimpin sekolah ( Pengetua , Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan
Ketua Panitia ) melaksanakan amalan Kepimpinan Instruksional dan Transformasional di sekolah
.
KPI 2: Memastikan semua dasar dan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM dilaksanakan sepenuhnya.
KPI 3: Memastikan sekolah berada sekurang-kurangnya dalam band 4 ( dalam Sekolah Berprestasi
Tinggi dan Tawaran Baru )
KRA 2 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan berintegriti.
KPI 4: Semua guru dipantau dan memperolehi Skor Pemastaian Standard SKPMg 2 : melebihi 80%.
KRA 3 : Melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
KPI 5: Memastikan kes disiplin sekolah tidak melebihi 5% berdasarkan laporan SSDM.
KPI 6: Memastikan kes ponteng sekolah menurun 0.01% setiap tahun
4
KPI 7: Memastikan sekolah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dan semua murid terlibat dalam
Semua pertandingan sukan.
KRA 4 : Mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam.
KPI 8: Pencapaian sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah( GPS ) pada peringkat
SPM GPS = 4.71
KRA 5 : Mempunyai kemudahan pendidikan yang kondusif
KPI 9: Memastikan sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi dan lengkap dengan
Kemudahan asas ( kerusi, meja, tingkap, cermin , papan kenyataan, perabot, lampu, kipas,
tandas , Api dan air )
KPI 10 : Pusat Sumber Sekolah berada pada taraf sekurang-kurangnya 5 bintang.
KRA 6 :Mempunyai Sistem Pengurusan Kewangan dan perkhidmatan yang cekap Dan
berkesan.
KPI 11: Memastikan sekolah tidak menerima audit berteguran.
KPI12: Pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai dalam jangkamasa 1 hingga 3 tahun.
5
PIAGAM PELANGGAN
Dengan ikhlas, iltizam dan penuh kesungguhan, kami warga SMK Beserah , berjanji akan
mengembeleng tenaga dan fikiran untuk :
PELAJAR
Memastikan pelajaran dilaksanakan mengikut sukatan yang ditetapkan
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan tepat pada masa yang
ditetapkan dalam jadual waktu.
Memeriksa buku pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas dikumpul.
Melatih pelajar berbudi bahasa , jujur dan bertanggungjawab.
Memastikan kebajikan pelajar diambil tindakan serta merta.
STAF
Memastikan urusan perkhidmatan , perjawatan dan tuntutan diselesaikan dengan
segera.
Memaklumkan segala edaran daripada ‘stake holders’ selewat-lewatnya 2 hari daripada
tarikh surat diterima.
Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 3 kali setahun .
Menjaga kebajikan staf.
IBU BAPA
Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan.
Memproses segala aduan dan rayuan secara bertulis dalam masa satu minggu.
Memproses segala urusan pertukaran sekolah dalam masa 30 minit sebelum dihantar
kepada pihak yang berkenaan.
KOMUNITI
Sedia bekerjasama dalam semua program yang dianjurkan sekiranya sesuai.
STAKE HOLDER
Memberi maklum balas kepada semua arahan dari ‘stake holders’ selewat-lewatnya 3
hari selepas surat diterima.
Data – data berkaitan sekolah disediakan pada setiap hujung bulan .
6
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Etika kerja ialah panduan tingkalaku yang menjadi pegangan setiap warga
Kementerian Pelajaran berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
OBJEKTIF ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Menanam sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan
kualiti kerja.
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan dan organisasi, dan
3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada Negara.
Nilai Utama Etika Kerja KPM
Walaupun terdapat banyak nilai-nilai murni , tetapi tujuh nilai utama menjadi
fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah :
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
7
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( PPPM)
2013-2025
11 ANJAKAN PPPM
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
ASPEK DALAM PPPM
1. Memartabatkan profesion perguruan
2. Meningkatkan kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
6. Penglibatan ibu bapa , sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
8. Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber
9. Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian
3 GELOMBANG TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN
1. Gelombang 1 (2013-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi
sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA ENAM CIRI UTAMA MURID YANG DIKEHENDAKI
AKSES 1.PENGETAHUAN
KUALITI 2. KEMAHIRAN BERFIKIR
EKUITI 3.KEMAHIRAN MEMIMPIN
PERPADUAN 4. KEMAHIRAN DWIBAHASA
KECEKAPAN 5.ETIKA DAN KEROHANIAN
6. IDENTITI NASIONAL
8
CUTI REHAT KHAS ( CRK )
Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 10 hari dalam setahun. Cuti ini tidak boleh
dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat Gantian Cuti
rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota
Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan
perkhidmatan.
Kelayakan Cuti Rehat Khas ( Guru )
1. Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester
di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian tinggi.
2. Guru sandaran terlatih
3. Guru Kontrak
Peraturan dan Syarat
1. Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan " pengurusan pengajaran dan
pembelajaran tidak terjejas".
Terma dan syarat ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang
bertugas sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa ini
sepenuh hati.
Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :
1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang sah, anak-anak dan ibu bapa
kandung pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.
9
2. Menziarahi sanak saudara ( adik-beradik, ibubapa mertua, datuk nenek pegawai dan
lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai yang sedang sakit atau meninggal
dunia.
3. Upacara/ perayaan tahunan agama yang diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan.
4. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.
5. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri ).
6. Perkahwinan ( guru sendiri / anaknya sahaja )
7. Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara rapat menunaikan fardhu haji.
8. Mendaftar anak ke IPT/ sekolah asrama penuh
9. Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
Walau bagaimanapun, Guru Besar/ pengetua atau Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan
atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
10
11
TONGGAK DUA BELAS
MENGHARGAI MASA KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
NIKMAT MENCIPTA KETEKUNAN MEMBAWA
KESERONOKAN BEKERJA KEJAYAAN
MEMULIAKAN
KESEDERHANAAN
PENGARUH TELADAN KETINGGIAN PERIBADI
KEUTAMAAN KESABARAN KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
PENINGKATAN BAKAT KEWAJIPAN MENJALANKAN
TUGAS
12
APA ITU 5S
SEIRI ( SISIH )
Mengasingkan barang yang tidak diperlukan di tempat
kerja dan membuangnya.
SEITON ( SUSUN )
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SEISO ( SAPU )
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
SEIKETSU( SERAGAM )
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
SHITSUKE ( SENTIASA AMAL )
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya
13
PENERAPAN NILAI MURNI
DI SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2020
(Usaha Kpm dalam Melahirkan Generasi Cemerlang, Terdidik dengan Adab Terpuji)
BULAN NILAI TERAS ELEMEN/AMALAN
Januari Kasih Sayang
• Jauhi Buli
Februari Hormat Menghormati • Prihatin Terhadap Jiran Tetangga
• Ihsan
Mac Bertanggungjawab • Menghargai Alam Sekitar
• Jati Diri
April Kegembiraan • Prihatin Terhadap Keluarga
• Komuniti Prihatin Orang Kurang Upaya
Mei Kasih Sayang • Malaysia Sejahtera
• Belanja Secara Berhemah
Jun Hormat Menghormati • Etika Penggunaan Media Sosial
• Penyalahgunaan Peranti (Gajet)
Julai Bertanggungjawab • Berwawasan
• Bermotivasi
Ogos Kegembiraan • Kesederhanaan
• Muhibah
September Kasih Sayang • Komunikasi dengan Berhemah
• Memanfaatkan Sumber Asli
Oktober Hormat Menghormati • Sayangi Alam Sekitar
• Keamanan Sejagat
November Bertanggungjawab • Setia
• Menghindari Perbuatan Negatif
• Silang Budaya
• Mematuhi Peraturan dan Undang-
undang Jalan Raya
• Mematuhi Peraturan Setempat
• Bumiku Hijau
• Sistem Demokrasi
• Integriti dalam Tugasan
• Pengurusan Masa Berkesan
• Persahabatan Merentasi Sempadan
• Lahirnya Sebuah Cinta
• Identiti Nasional
• Negaraku Tanggungjawabku
• Malaysia Negara Perpaduan
• Malaysia Progresif
• Daulat Tuanku
• Malaysia di Persada Antarabangsa
• Malaysia Harmoni
• Amanah dan Integriti
• Khazanah Alam
• Malaysiaku Kekal Aman
• Awas Bahan Terlarang
• Celik Cukai
• Jenayah Siber
14